Soalan Ulang Kaji KPF 3012 (Falsafah Pendidikan)


Soalan KPF 3012 
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah Dan Dasar
1. Antara cabang falsafah, yang manakah di antara berikut berkaitan dengan kajian ilmu dan nilai?
I. Metafizik 
 II. Epistemologi
III. Aksiologi
 IV. Logik
A. I, III sahaja
B. II, III sahaja
C. II, IV sahaja
D. III, IV sahaja

2. Pilih dan padankan mazhab falsafah dengan epistemologi yang tepat

Mazhab falsafah Epistemologi
I. Idealisme Kebenaran sebagai fakta
II. realisme Kebenaran sebagai idea
III. Pragmatisme Kebenaran sebagai pengalaman
IV. Eksistensialisme Kebenaran sebagai pilihan individu
A. I, II sahaja
B. III,IV sahaja
C. I,III,IV sahaja
D. II, III,IV sahaja

3. “Pendidikan di dalam peringkat sekolah rendah hendaklah mengutamakan pendidikan asas, iaitu membaca, menulis dan mengira”
Salah satu falsafah pendidikan berikut yang mengutamakan pendidikan asas seperti kenyataan di atas ialah:
A. Essensialisme
B. Pragmatism
C. Rekonstruktivisme
D. Eksistensialisme

4. Berikut merupakan tujuan utama Falsafah Pendidikan Negara 1988 di gubal.
A. Menentukan matlamat pendidikan Negara.
B. Memberi panduan dalam penggubalan kurikulum.
C. Menentukan usaha berterusan ke arah perkembangan potensi murid.
D. Memberi pedoman terhadap segala rancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan.

5. Apakah matlamat utama pendidikan guru?
I. Melahir guru yang berkualiti.
II. Menguasai ilmu dan kemahiran mengajar.
III. Memupuk dan mengamal nilai-nilai keguruan.
IV. Mencapai kecemerlangan pendidikan dalam alaf baru.
A. I, II sahaja.
B. I, IV sahaja.
C. II, III sahaja.
D. III, IV sahaja.

6. Semua berikut boleh diertikan sebagai kokurikulum, kecuali_________ .
A. kurikulum tambahan
B. aktiviti badan beruniform
C. pendidikan untuk masa lapang
D. aktiviti pelajaran luar bilik darjah



7. Perkara utama dalam sesuatu kurikulum yang sempurna ialah
I. isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektifnya.
II. matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh sekolah.
III. penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.
IV. pendekatan dan strategi yang hendak digunakan untuk mencapai objektif pelajaran
A. I, II sahaja.
B. I, IV sahaja.
C. I,III sahaja.
D. II, IV sahaja.

8. Semua berikut adalah perubahan Sistem Pendidikan Kebangsaan berdasarkan syor-syor Laporan Kabinet 1979, kecuali __________ .
A. kegiatan kokurikulum diutamakan.
B. bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam semua peringkat persekolahan.
C. kurikulum sekolah KBSR dan KBSM digubal dan dilaksanakan dalam tahun 1980an.
D. mata pelajaran Kemahiran Hidup wajib dipelajari dalam sekolah menengah rendah.

9. Tujuan khusus menguatkuasakan Akta Pendidikan 1996 ialah _______________
A. menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020.
B. memperkukuh semangat perpaduan berbilang kaum.
C. memantapkan Sistem Pengurusan Pendidikan Kebangsaan.
D. melengkapkan perundangan Sistem Pendidikan Kebangsaan.



10. Tujuan utama mendirikan Sekolah Bestari ialah _______
A. Menjadikan sekolah yang moden
B. Mencapai matlamat Wawasan 2020
C. Mencapai matlamat wawasan pendidikan
D. Menyatupadu murid-murid berbilang kaum

11. Dalam penggubalan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR/KBSM, perkara-pekara yang harus dipertimbangkan ialah ______________
I. Kandungan ilmu dan kemahiran
II. Nilai-nilai murni
III. Strategi dan aktiviti pengajaran-pembelajaran
IV. Hasil pembelajaran
A. I, II sahaja.
B. III,IV sahaja.
C. I,II, IV sahaja.
D. I, II, III, dan IV.


12. Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, tujuan utama program KBSR adalah memberi pendidikan kepada murid untuk ____________
A. menguasai kemahiran asas 3M.
B. memenuhi keperluan mereka masing-masing.
C. menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
D. memperkembang potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu.


13. Di dalam kelas, nilai-nilai murni boleh dipupuk melalui _________
I Tingkah laku guru
II Aktiviti pengajaran guru
III penyampaian isi pelajaran
IV aktiviti pembelajaran murid
A. I, II sahaja.
B. III, IV sahaja.
C. I, III, IV sahaja.
D. I, II, III,dan IV.

14. Di dalam komponen penyampaian pelajaran, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan kecuali ________ .
A. langkah-langkah pengajaran
B. strategi dan kaedah mengajar
C. pengalaman murid sedia ada
D. perkara yang diajar oleh guru lain


15. Perancangan pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan ___________ .
I. Huraian Sukatan Pelajaran
II. Bahan pelajaran dan kemudahan
III. Objektif pelajaran dan isi kandungan
IV. Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
A. I, II sahaja.
B. III, IV sahaja.
C. I, III, IV sahaja.
D. I, II, III,dan IV.

16. Guru yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah pelaksanaan tanggungjawab terhadap __________
I. Murid
II. Negara
III. Ibu bapa murid
IV. Profesion keguruan
A. I, III sahaja.
B. II, IV sahaja.
C. I, II, III sahaja.
D. I, II, III, dan IV.

17. Guru yang mempunyai kemahiran professional dalam ertikata yang sebenar ialah guru yang ________________
I. mematuhi Kod Etika Keguruan
II. mengajar dengan cekap serta berkesan
III. mempunyai sijil Diploma Pendidikan yang diiktiraf
IV. sering berusaha meningkatkan prestasi profesionnya
A. I, II sahaja.
B. III, IV sahaja.
C. I, II, IV sahaja.
D. I, II, III, dan IV.


18. Untuk merealisasikan reformasi pendidikan di Malaysia, guru harus memainkan peranan sebagai agen perubahan.
Ini bermakna guru masa kini harus menukar dari kebiasaan dan rutin yang diamalkan dulu dengan __________ .

I. menggunakan strategi berpusatkan murid
II. melaksanakan program pendidikan bersepadu
III. mengandaikan murid bersifat homogen dan heterogenus
IV. mengurus dan membimbing secara demokratik dan kasih sayang
A. I, II sahaja.
B. III, IV sahaja.
C. I, II, IV sahaja.
D. I, II, III, dan IV.

19. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri iklim yang negatif dalam bilik darjah?
A. Murid duduk diam kerana takut dihukum.
B. Hubungan mesra antara guru dengan murid.
C. Iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram.
D. Murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

20. Aktiviti pengurusan kelas yang kurang berkemampuan mewujudkan iklim bilik darjah dengan berkesan ialah _____________
A. sering mengingatkan murid supaya mematuhi disiplin.
B. menggalakkan murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.
C. menentukan jadual waktu bertugas harian bersama dengan murid.
D. menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran.

21. Di bawah Standard Guru Malaysia, kriteria dan standard am guru yang digariskan adalah berdasarkan kriteria dan Standard _____________ .
A. Diploma Pendidikan
B. Pendidikan Tinggi
C. Kelayakan Perguruan
D. Malaysia Qualification Framework

22. Yang manakah antara berikut merupakan perubahan utama sistem pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996?
A. Sekolah Bestari diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menengah.
B. Reformasi sistem pendidikan untuk mencapai matlamat wawasan 2020.
C. Menambah peluang pendidikan tertiari dengan meluluskan penubuhan kolej-universiti swasta.
D. Pendidikan pra-sekolah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan rendah.

23. Tujuan menggubal kurikulum kebangsaan ialah untuk
A. keseragaman
B. kemudahan
C. penjimatan
D. Pengekalan

24. Berikut ialah objektif domain Bloom kecuali
A. Pengetahuan
B. Kefahaman
C. Aplikasi
D. Apresiasi

25. Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan
A. kawalan
B. pemantauan
C. kesinambungan
D. psikometrik

26. Pendidikan era kemerdekaan menitik beratkan
A. perpaduan kaum
B. kehendak dan nilai penjajah
C. demokrasi pendidikan
D. pembangunan manusia

 
Soalan Lain : Klik Pada Set 2 & Set 3 dibawah
SET 2
SET 3
SELAMAT MENGULANG KAJI

2 comments:

Cha Yoke Li said...

Terima kasih atas sharing soalan....
very very TQ...

KamusPelajar.com said...

SALAM KENAL