Jenis rekabentuk penyelidikan boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :


REKA BENTUK PENYELIDIKAN

REKA BENTUK PENYELIDIKAN


Rahsia kejayaan utama Pokcik dalam exam adalah...
2 batang pen hitam,lequiet paper,sebatang pensil 2b dan secebis pemadam dan slip periksa dan ic...
Kalau tak ada ini macam mana nak tulis dan hitamkan jawapan dalam borang OMR.....
Soalan Ulangkaji....


1.         Apakah yang dimaksudkan dengan unit motor?

A.        Unit yang mengawal penguncupan otot.
B.        Unit yang terdiri daripada otot, tulang dan ligamen.
C.        Unit yang terdiri daripada susunan filamen aktin dan miosin.
D.        Unit yang terdiri daripada satu unit neuron motor dan serat-serat otot yang disarafinya.

2.       Apakah aras paling rendah dalam organisasi struktur manusia?

A.        Sel.
B.         Tisu.
C.         Kimia.
D.        Organ.

3.       Di manakah kedudukan fulkrum dan rintangan pada tuas kelas kedua?

A.      Daya berada di antara fulkrum dan rintangan.
B.      Fulkrum berada di antara daya dan rintangan.
C.      Fulkrum berada di antara rintangan dan daya.
D.      Rintangan berada di antara fulkrum dan daya.

4.         Apakah fungsi neuron?

A.        Membawa impuls.
B.        Membantu menghantar impuls.
C.        Menyimpan lebihan lemak tubuh.
D.        Membekal nutrien kepada neuroglia.

5.       Sel yang manakah di antara berikut tidak terdapat di dalam tisu perantara areolar?

A.      Adiposit.
B.      Fibroblas.
C.      Sel darah putih.
D.      Sel darah merah.

6.       Pada tulang orang dewasa, plet efifisis digantikan dengan _______________.

A.      osteon
B.      periosteum
C.      endosteum
D.      garis epifisis



7.       Apakah jenis tisu yang melitupi semua permukaan tubuh?

A.      Tisu otot
B.      Tisu saraf
C.      Tisu epitelium
D.      Tisu perantara

8.       Ciri yang manakah di antara berikut menunjukan yang sesuatu objek sedang mengalami pecutan?

A.      Berubah arah gerakan.
B.      Gerakan bertambah laju.
C.      Gerakan menjadi perlahan.
D.      Semua di atas.

9.       Apakah peranan serat di dalam matriks ekstrasel?

A.      Menyatukan sel-sel tubuh.
B.      Menguatkan dan menyokong tisu perantara.
C.      Menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh.
D.      Menentukan bagaimana tisu terbentuk dan berkembang.

10.   Pada kedudukan anatomi, tapak tangan menghadap ke ___________.

A.      atas
B.      hadapan
C.      belakang
D.      sisi tubuh

11.   Kuantiti yang manakah di antara berikut kuantiti vektor? 
A.      Jisim.
B.      Suhu.
C.      Masa.
D.      Halaju. #DAYA


12.   Apakah jenis rawan yang melitupi permukaan tulang yang membentuk sendi?

A.      Hialin
B.      Elastik
C.      Artikular
D.      Berserat

13.   Sistem yang manakah di antara berikut terlibat dalam pergerakan?

A.      Sistem rangka.
B.      Sistem respiratori.
C.      Sistem pencernaan.
D.      Sistem kardiovaskular.



14.   Pernyatan yang manakah di antara berikut tidak benar mengenai tisu otot rangka?

A.      Tisu otot rangka mempunyai banyak nukleus.
B.      Tisu otot rangka mempunyai banyak cabang.
C.      Tisu otot rangka mempunyai banyak mitokondria.
D.      Susunan aktin dan myosin menghasilkan jalur pada tisu otot rangka.

15.   Apakah  jenis  daya  yang  dikenakan  pada  buku  yang  diletakkan  di  atas  meja  tersebut
Untuk menyokong berat buku tersebut?

A.      Daya graviti
B.      Daya normal
C.      Daya kenaan
D.      Daya tegangan

16.   Osteologi adalah kajian mengenai _________________.

A.      otot
B.      saraf
C.      tulang
D.      jantung

17.   Serat otot jenis yang manakah di antara berikut mempunyai daya penguncupan yang terbesar?

A.      Jenis I
B.      Jenis Ia
C.      Jenis IIa
D.      Jenis IIb

18.   Mulut terletak ____________terhadap dagu.

A.      lateral
B.      inferior
C.      superior
D.      proksimal

19.   Daya geseran ___________________ gerakan sesuatu objek.

A.      menentang
B.      menambah
C.      menstabilkan
D.      mengekalkan

20.   Sirkumduksi boleh dilakukan di sendi ____________________.

A.      gesel
B.      kondil
C.      pelana
D.      engsel


21.   Tisu adiposa adalah tisu perantara ____________.

A.      elastik
B.      kendur
C.      padat teratur
D.      padat tidak teratur

22.   Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan Hukum Newton Kedua(pecutan)?

A.      Melantun bola ke lantai.
B.      Menendang bola dari titik penalti.
C.      Membuat hantaran aras dada kepada rakan.
D.      Menggunakan dua pemain untuk menjatuhkan pemain lawan yang lebih besar dalam
permainan ragbi.

23.   Molekul  yang  manakah  di  antara  berikut  menyimpan  tenaga  untuk  membina  kembali
molekul tambahan ATP?

A.      miosin
B.      troponin
C.      mioglobin
D.      tropomiosin

24.   Telinga terletak __________ terhadap mata.

A.      distal
B.      lateral
C.      posterior
D.      proksimal

25.   Berapakah sesaran yang dilalui oleh atlet yang berlari 400 meter pada balapan 200 meter?

A.      100 meter
B.      200 meter
C.      400 meter
D.      800 meter

26.   Otot _________________ bertindak bersama agonis untuk mengurangkan pergerakan yang
tidak diperlukan.

A.      sinergis
B.      penetap
C.      antagonis
D.      penggerak utama

27.   Satah___________ membahagi tubuh kepada bahagian atas dan bawah.

A.      sagital
B.      frontal
C.      transversal
D.      sagital tengah
28.   Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara aktin dan _____ dalam tisu otot.

A.      miosin
B.      neuron
C.      nukleus
D.      tisu perantara

29.   Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi tisu epithelium?

A.      Membentuk kelenjar.
B.      Melitupi permukaan tubuh.
C.      Melindungi dan menyokong tubuh.
D.      Melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus.

30.   Tisu yang manakah di antara berikut berperanan untuk mengesan perubahan dalaman dan
luaran tubuh?

A.      Tisu otot.
B.      Tisu saraf.
C.      Tisu adiposa.
D.      Tisu perantara.

31.   Daya adalah suatu kuantiti vektor kerana daya ___________________.

A.      menukar arah gerakan objek
B.      mempunyai magnitud dan arah
C.      boleh menghentikan gerakan objek.
D.      membolehkan kita untuk memulakan pergerakan

32.   Ciri yang manakah di antara berikut bukan ciri matriks ekstrasel?

A.      Gel.
B.      Pepejal.
C.      Bendalir.
D.      Gabungan pepejal bersama serat protein.

33.   Struktur yang manakah di antara berikut mengandungi tisu perantara padat teratur?

A.      Otot.
B.      Tulang.
C.      Tendon.
D.      Rawan berserat.

34.   Telinga mengandungi rawan______________.

A.      hialin
B.      elastik
C.      berserat
D.      artikular

35.   Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai kelajuan bukan sifar dan pecutan sifar?

A.      Objek bergerak dalam garisan lurus.
B.      Objek berkeadaan pegun.
C.      Objek bergerak pada kelajuan sekata.
D.      Objek berada dalam keadaan bergerak.

36.   Rawan lambat untuk dibaik pulih selepas mengalami kecederaan kerana ___________

A.      mempunyai lemak
B.      mempunyai neuroglia
C.      tidak mempunyai salur darah
D.      mempunyai salur darah yang sempit

37.   Apakah bahan kimia yang meransang perubahan kedudukan kompleks troponintropomiosin untuk membolehkan kepala miosin melekat pada tapak aktif di aktin?

A.      ATP
B.      aktin
C.      kalsium
D.      asetilkolin

38.   Struktur yang manakah di antara berikut merembeskan bendalir sinovia?

A.      Membran serosa.
B.      Membran mukus.
C.      Membran sinovium.
D.      Membran kutaneus.

39.   Ilmu statik mengkaji objek yang ____________________________.

A.      berkeadaan rehat
B.      berkeadaan tegar
C.      mengalami pecutan
D.      boleh berubah bentuk

40.   Penguncupan otot dicetuskan oleh impuls yang dibawa oleh ________________.

A.      neuroglia
B.      neuron motor
C.      neuron aferen
D.      neuron sensori

41.   Girdel pelvis terdiri daripada ___________________________.

A.      tulang koksa
B.      skapula dan klavikel
C.      humerus dan skapula
D.      tulang rusuk, sternum dan klavikel

42.   Apakah kesan tindakan daya ke atas sesuatu objek?

A.      Mengubah arah.
B.      Mengubah pergerakan.
C.      Mengubah binaan geometri.
D.      Semua jawapan di atas.

43.   Yang manakah di antara berikut terdapat pada plet epifisis?

A.      Kondrosit.
B.      Trabekula.
C.      Osteoklas.
D.      Endosteum

44.   Apakah peranan bursa pada sendi sinovial?

A.      Menyingkirkan sisa metabolik.
B.      Merembeskan bendalir sinovial.
C.      Membekalkan nutrien kepada kondrosit.
D.      Mengurangkan geseran di antara tulang-tulang sendi.

45.   Sel yang membina tulang adalah _________________.

A.      osteosit
B.      osteoblas
C.      osteoklas
D.      osteogenik

46.   Ciri yang manakah di antara berikut terdapat pada tulang spongiosa?

A.      Mengandungi lakuna.
B.      Mengandungi osteon.
C.      Mempunyai system Havers.
D.      Mempunyai tulang trabekula.

47.   Gerakan linear hanya dianalisis berdasarkan_____________________ sahaja.

A.      arah
B.      vektor
C.      magnitud
D.      arah dan magnitud

48.   Tulang rangka bersifat fleksibel kerana mempunyai __________________.

A.      fosfat
B.      kalsium
C.      kolagen
D.      Vitamin D



49.   Sistem rangka berperanan untuk ____________________.

A.      menghasilkan sel darah
B.      membantu dalam menghasilkan pergerakan
C.      melindungi organ dalaman tubuh daripada kecederaan
D.      semua jawapan di atas

50.   Tulang yang manakah di antara berikut dikategorikan sebagai tulang pendek?.

A.      Karpal
B.      Femur
C.      Skapula
D.      Vertebra toraks

51.   Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan prinsip daya-masa?

A.      Menambah jarak melangkah semasa berlari di selekoh balapan.
B.      Menarik tangan yang menangkap bola ke belakang untuk menyerap daya.
C.      Memindahkan  daya  daripada  anggota  bawah  ke  trunkus  dan  seterusnya  ke  lengan,
tangan dan bola yang dibaling.
D.      Menggunakan posisi yang kurang stabil semasa bersedia untuk berlepas daripada blok
permulaan dalam lari pecut.

52.   Apakah serat otot yang digunakan secara dominan dalam aktiviti bercorak anerobik singkat?

A.      Jenis I.
B.      Glikolitik pantas.
C.      Oksidatif perlahan.
D.      Oksidatif-glikotik pantas.

53.   Tulang yang manakah di antara berikut terbentuk menerusi osifikasi intramembranus?

A.      Femur
B.      Radius
C.      Mandibel
D.      Metatarsal

54.   Daya yang manakah di antara berikut bukan daya sentuhan?

A.      Daya elastik.
B.      Daya kenaan.
C.      Daya geseran.
D.      Daya magnetik.

55.   Menggelengkan kepala adalah pergerakan jenis __________________.

A.      fleksi
B.      retraksi
C.      putaran
D.      abduksi

56.   Pergerakan yang manakah di antara berikut bukan berupa pergerakan angular?

A.      Fleksi.
B.      Elevasi.
C.      Abduksi.
D.      Ekstensi.

57.   Pergerakan yang manakah di antara berikut tidak boleh dilakukan pada mandibel?

A.      Eversi.
B.      Elevasi.
C.      Depresi.
D.      Protraksi

58.   Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi bendalir sinovial?

A.      Melincirkan sendi.
B.      Menguatkan sendi.
C.      Menyingkirkan bahan sisa metabolik.
D.      Mengurangkan geseran di antara tulang.

59.   Apakah yang akan berlaku sekiranya ATP tiada selepas sarkomer mula memendek?

A.      Troponin akan terikat pada kepala miosin.
B.      Penguncupan berlangsung secara normal.
C.      Kepala miosin tidak dapat berpisah daripada aktin
D.      Aktin dan miosin akan terpisah dan kekal dalam kedudukan ini

60.   Permukaan tulang-tulang sendi ini dilitupi rawan ________________________.

A.      tulang
B.      elastik
C.      artikular
D.      berserat

61.   Sendi jenis yang manakah di antara berikut mempunyai tisu perantara berserat tetapi tiada
rongga sinovial?

A.      Simfisis.
B.      Sinovial.
C.      Berserat.
D.      Sinkondrosis.

62.   Ciri yang manakah di antara berikut bukan ciri otot?

A.      Kefleksibelan.
B.      Kebolehujaan.
C.      Kebolehkuncupan.
D.      Kebolehpanjangan.


63.   Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai 
kelajuan sifar dan pecutan bukan sifar?

A.      Objek berkeadaan pegun.
B.      Objek berkeadaan berputar.
C.      Arah gerakan objek berubah
D.      Gerakan objek bertambah laju

64.   Sendi bahu adalah sendi jenis _____________________.

A.      engsel
B.      pangsi
C.      lesung
D.      kompaun

65.   Perbuatan menguap adalah pergerakan jenis ______________.

A.      depresi
B.      pronasi
C.      retraksi
D.      pendorsifleksan

66.   Tisu perantara paling luar yang melitupi otot rangka adalah ____________________.

A.      Epimisium
B.      Perimisium
C.      Endomisium
D.      Retikulum sarkoplasma

67.   Otot  rangka  menghasilkan  pergerakan  dengan  menarik  _______________  yang  melekat
pada tulang.

A.      saraf
B.      tendon
C.      ligamen
D.      rawan artikular

68.   Apakah aspek yang dikaji dalam bidang kinetik?

A.      Gerakan objek.
B.      Sifat objek pegun.
C.      Penyebab bagi gerakan.
D.      Sumber tenaga bagi gerakan.

69.   Apakah sistem tubuh yang berperanan menghasilkan pergerakan tubuh dalam ruang?

A.      Sistem respiratori.
B.      Sistem pencernaan.
C.      Sistem kardiovaskular.
D.      Sistem muskuloskeletal.
                                                             
70.   Julat gerakan pasif sendi dipengaruhi oleh ____________________.

A.      panjang tulang
B.      jenis serat otot
C.      jenis pergerakan
D.      bentuk permukaan berartikulasi

71.   Apakah gerakan yang berlawanan dengan pecutan?

A.      Pecutan sifar.
B.      Nyah pecutan.
C.      Memperlahankan gerakan.
D.      Bergerak dengan halaju malar dalam garisan lurus.

72.   Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan berkordinasi?

A.      Organisasi di antara tindakan serentak dan berturutan.
B.      Urutan dan pemasaan tindakan otot dan gerakan tembereng.
C.      Penambah julat gerakan pada sendi semasa melakukan pergerakan.
D.      Mengawal kedudukan tubuh secara relatif kepada tapak sokongan.

73.   Julat fleksi sendi lutut adalah di sekitar _______________.

A.      45°
B.      90°
C.      120°
D.      140°

74.   Jumlah pemendekkan yang boleh berlaku pada serat otot ____________________.

A.      titik selitan otot pada tulang
B.      yang tersusun secara selari
C.      dipengaruhi jenis serat otot dalam sarkomer
D.      di sekitar 50% hingga 60% daripada panjangnya
                          
75.   Apakah kelebihan otot yang mempunyai lengan momen yang pendek?
A.      Pergerakan bersudut lebih besar.
B.      Pergerakan bersudut lebih kecil.
C.      Daya yang dihasilkan lebih besar.
D.      Daya yang dihasilkan tidak berubah.
                                                                    
76.   Serat otot jenis yang manakah di antara berikut paling akhir direkrut apabila daya rintangan besar?

A.      Jenis I
B.      Jenis Ia
C.      Jenis IIa
D.      Jenis IIb



77.   Tuas  adalah  struktur  tegar  yang  dapat  memindahkan  daya  dengan  berpusing  di  fulkrum. Pada tubuh, struktur apakah yan berperanan sebagai fulcrum?

A.      Otot
B.      Sendi
C.      Tulang
D.      Ligamen

78.    Jalur I pada sarkomer terdiri daripada______________.

A.      filamen aktin.
B.      filamen miosin
C.      filamen aktin dan miosin
D.      hujung pelekatan filament miosin.

79.   Otot-otot __________________ membantu otot penggerak utama atau agonis untuk menghasilkan pergerakan  yang lebih berkesan.

A.      fleksor
B.      sinergis
C.      penetap
D.      antagonis

80.   Tulang yang manakah antara berikut sebahgian daripada rangka aksial?

A.      Radius.
B.      Femur.
C.      Klavikel.

D.      Sternum.

Soalan 81-90: Namakan otot bagi setiap tindakan yang dinyatakan


No.
Tindakan
Otot
81
Aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu
Pektoralis major

82
Fleksi lengan di sendi bahu.
Biseps brakii
83
Fleksi tangan di sendi pergelangan tanga
Fleksor digitorum superfisialis
84
Membantu mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah.
Gluteus maksimus
85
Pendorsifleksan dan inversi kaki.
Tibialis anterior
86
Fleksi  plantar  kaki,  fleksi  bahagian kaki bawah      di sendi lutut
Gastroknemius
87
Meninggikan skapula
Trapezius
88
Menarik lengan ke bawah dan ke belakang.
Latisimus dorsi
89
Supinasi lengan bawah
Biseps brakii
90
Abduksi, fleksi, ekstensi dan rotasi lengan di sendi bahu.
Deltoid

91-100: Namakan tulang yang ditunjukkan

soalan exam, soalan peperiksaan, upsi, pjj, PJK