Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tetiba nak update blog pokcik ini.
Pokcik nak sharekan satu pengalaman yang amat berharga...

Pernah tak ada pengalaman kereta terkunci di dari dalam...tak kisahlah apa sebabnya janji kunci didalam kereta tapi pintu terkunci dari dalam....

Jika jenis kereta model lama memang agak senang nak dibuka....paling popular jolok guna pembaris atau dawai ikut cermin...cara kedua terpopular bukak bonet depan ikut bawah kereta kemudian cabut dan pasang kabel dengan bateri..

Tetapi untuk model baru memang susah....
Nak dijadikan cerita hari ini terjadilah sebuah toyota vios terkunci dari dalam....
Maka ramailah yang menggunakan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengatasi masalah kereta sahabat ini..

Idea pertama...pembaris dan dawai...gagal kerana memang agak mustahil jika tak tahu cara yang betul....
Idea kedua.....buka bonet depan...bonet terbuka tapi cabut dan pasang kabel plug lansung tak beri kesan pada lock pintu....tinggi betul tahap keselamatan kereta vios ini....
Idea ketiga...umpil kunci pintu..tak berani buat....then telepon orang toyota...maklumat yang diterima adalah....hanya ada 2 cara saja buka tanpa kunci...pecah cermin atau guna cara sendal sendal guna kain atau plastik (pokcik tak berapa paham nak jelaskan) tapi cara ini pun agak susah.....so pikir cara lain....

Dengan kehendak Allah maka terjadi satu keajiban.....tanpa perlu pecah atau godek2 kunci pintu....maka pintu dapat dibuka tanpa sebarang kecacatan pada kereta...

Kereta model vios agak tinggi jugak tahap keselamatannya...tapi ada satu kelemahan yang boleh digunakan untuk buka kereta tanpa cacat cela....cuma memerlukan kesabaran untuk lakukannya.....semua orang boleh buat....

Cuba teka bahagian mana yang boleh dibuka untuk membuka pintu vios yang terkunci dari dalam......bahagian ini memang tak ada skru dan hanya dilock biasa sahaja....


Pokcik cuma boleh bagi hint kawasan yang boleh dibuka ada dibahagian belakang...

Yang paling penting Toyota Vios Ini tahap keselamatannya memang agak baik sebab memang payah nak buka bila terkunci dari dalam..kami ambil masa 3 jam lebih untuk cari penyelesaiannya....1 jam untuk buka dan menutup bahagian lemah ini tanpa kecacatan pada kereta vios ini.



Assalammualikum.....
Salam Sejahtera......Salam 1 Malaysia.....
Rasanya masih belum terlabat untuk PokCik mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2015....
Seperti yang semua tahun 2014 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran pada rakyat Malaysia....Begitulah dengan PokCik sendiri....Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah memberikan PokCik pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk meneruskan kehidupan dengan izin daripada NYA yang Maha Kuasa.....Alhamdulilah.....

PokCik tak mahu bercerita tentang semua isu yang telah berlaku disepanjang tahun 2014 kerana semua dah tahu......
Yang pastinya adalah satu.....setiap Yang Berlaku ada Hikmahnya.....Ada Sebabnya.....semuanya adalah untuk kita sedari bahawa betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.....

Blog ini pun tahun lepas tak banyak diupdate....semuanya kerana kekurangan dan kelemahan dari diri PokCik sendiri.....

tahun 2015 ini Pokcik boleh melepaskan nafas lega kerana rasanya tanggungjawab PokCik agak kurang dan boleh menumpukan pada tugasan hakiki sahaja......Alhamdulilah.....

Walau apa pun PokCik amat berharap pada tahun ini PokCik dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan yang pernah pokcik lakukan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya....

Selamat Menempuh Tahun 2015.......
Semoga Allah mempermudahkan segalanya pada tahun 2015 ini dan pada tahun-tahun akan datang....
Ya Allah sesungguhnya padaMu aku sembah dan Hanya PadaMu aku berserah....

2015, pendidikan, Dunia Pendidikan, luahanku
Amin ya obbal Al lamin.....
Topik yang hangat......


Lihat kanan...lihat kiri....lihat belakang....lihat depan......kita akan nampak kebenarannya akan pekara ini.....

PokCIk sendiri pernah bercakap akan isu pekerjaan ini dengan beberapa rakan bukan warga negara....Mereka menyatakan Malaysia Syurga Duit sebab peluang banyak disini dan mudah nak dapatkan wang.....Cuma perlu usaha dan rajin sahaja....bayangkan lah.....

Kisah benar seorang tukang sapu......Di Malaysia dia tukang sapu....Di indonesia dia mempunyai rumah banglo....kereta 3 biji...ada perniagaan sendiri...anak-anaknya belajar di luar negara.....PokCIk tanya...kenapa tak balik sana....kan dah senang.....Satu ayat ajer dia......Malaysia syurga duit....janji rajin usaha kita dapat...yang penting Malaysia mengajarnya erti kesyukuran kepada yang Maha Esa.....dan dia mengiyakan satu pekara.....Rakyat Malaysia ramai yang suka memilih....tapi bab yang tak memilih adalah bab berbelanja.....ini adalah peluang.......

Wallahhualam.......

p/s: lama tak berbloging....sebabnya....nantilah POkCik Cerita.....

Statusnya dilaman sosial

Apabila dia memberi komen
Apa cerita ni bro...
Jangan hipokrit la....
Status tak serupa komen la...

Betul-betul buat malu la....
Al-quran dan dalam sunnah tak ajar benda ini pun....
Kerja tahap profesional...gaji beribu...status penuh ngan nilai islam....tak kan benda mudah tak leh pikir...

Inilah situasi sebenar dunia laman sosial sekarang...menjadi arena mengenal manusia yang hipokrit...bertopengkan agama...bermulut gah...hakikatnya....kita sendiri yang tahu....




Apa dah jadi ni..
Apa yang bocor lagi ni...
Tempat lain pulak tercabutnya..
Semak pale dah ni..
soalan Bocor,tiub bocor
Tang ni dah ok
Tang ni pulak tercabut..tang filter tu...


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak beberapa minggu ini salur minyak motor PokCik selalu tercabut...mula-mula ingat ada yang mencuri....namun bila ianya kerap sangat berlaku PokCik andaikan bahawa ianya memang masalah teknikal pada motor...

Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..

Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....

So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Cara, mudah, membaiki, kerosakan, pada, motor, sendiri,
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50
Aktiviti membuka set motor bermula dengan mudah

Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip

Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip

Update :
Bahagian dalam setelah dibuka cover set
Kedudukan klip yang nak dipasang












Kekurangan Bukan Alasan

Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....

Kisahnya .....
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan. 
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka. 
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.
" Ya Allah....Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada ku........ "



Sedap sajak A. Samad Said

Murid sekarang..

YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut

Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

P/S;Belajar-belajarlah terima hakikat.....
Tak tahu nak cakap macam mana...
Exam sem ini menyeksakan...
dah lah susah..baca tak masuk kepala...
Markah assingment ciput jer...
Jadual Exam pulak ada 2 sesi..pagi petang...
Pergh..seksa menunggu ooooo.....
Pukul 10 nak tgu sampai pukul 2.30....
Nak baca?...apa pun tak masuk kepala beb...satu pun tak lekat..stail pokcik tak leh nak push last minit dalam bab membaca ni..kalau dalam bab mengedit boleh lah jugak....
Nak minum lepak kedai...
Lagi lah boring..dah sorang-sorang...membe semua exam sabtu...yang datang exam semua pokcik tak penah tengok...
Nak internet..dah muak dah...
Nak lepak masjid...
Dah macam tempat perkelahan dah...semak pale...
Kata putusnya..
Dok kat lorong bagunan exam tengok orang lalu lalang..
Buat entry ini....
What ever pokcik memang tak pandai berkawan sangat...
Pokcik dah kurang bercakap.......
Ada sebab yang pokcik ke paham..
Makin tua ini makin sensetif.....
Bila jadi macam ini hanya 2 pekara yang bermain difikiran...
Seksaan: menunggu...
Peluang : baca buku nak exam...
Kesimpulan : benar cakap orang-orang tua..tak guna baca last minit..tak masuk apa pun.....
Pening-pening
Selamat hari guru @ Happy Teacher Day ......
Apa yang kita ada sekarang ini bermula dari seorang Cikgu.....
Siapa sangka Manusia macam PokCik boleh jadi seorang Cikgu.......
Siapa duga PokCik yang dahulunya selalu di gelar "bodoh" kini mampu menjadi sebahagaian dari golongan Cikgu.....
Terima kasih Cikgu-Cikgu......
Terima Kasih Encik-encik dan Puan-puan yang mendidik PokCik.......
Dan Terima Kasih "ABAH" kerana menjadi Cikgu kepada PokCIk sehingga hari ini......tidak pernah jemu menunjuk dan mengajar PokCik akan erti Hidup ini......

Kini Menjadi Tanggungjawab PokCIk menyambung Tugas yang sungguh mencabar ini....
Kini PokCIk merasa susahnya CIkgu-Cikgu PokCik mendidik dengan kenakalan dan kedegilan yang dihadap selama betahun-tahun.......sehingga PokCIk tahu berfikir dan menjalani kehidupan sebagai insan yang tahu jalan yang lurus.......

selamat hari guru 2014, agenda guru malaysia, Guru malaysia, Puisi guru malaysia,.cabaran guru malaysia, warna-warna pendidikan, Happy Teacher Day

Buat teman-teman seperjuangan.....
Berjuanglah,berbaktilah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.........
Jangan mengalah.....Jangan tumbang sehingga tiba waktunya....
Jangan mengeluh....Jangan Cepat melatah........
Perubahan kita terima dengan hati yang terbuka........
Sesungguhnya kita adalah sebahagian dari Pemula kepada seorang insan yang tidak tahu menahu.......
sesungguhnya kita adalah warna yang pertama akan mencorak sehelai kain putih......

Selamat hari Guru.........

Puisi khas dari PokCIkl buat teman-teman Seperjuangan.......

 Dia memang budak hingusan...
Dia memang budak nakal...
Dia memang budak otai....
Dia memang buta huruf ....
Namun dia boleh berubah....
Siapa tahu dia  bakal menjadi pemidato dunia....
Siapa tahu dia boleh berpangkat besar.....
Siapa tahu dia bakal berakhlak mulia....
Dia boleh berubah kerana seorang guru
Didiklah dengan penuh hikmah
Ajarlah sehingga dia pandai mengeja
Tunjukkanlah sehingga dia tahu menulis berita 
Sehingga mampu menjadi pahlawan perwira untuk Negara
Yang Punya cita-cita seribu agenda....

NAMUN semua itu hanya bermula
Dengan seorang PENDIDIK yang setia!

Dengan penuh Ikhlas dari pOkCIk....

# Selamat Hari Guru
# Happy Teacher Day
# 快乐教师节
# मुबारक शिक्षक दिवस
# سعيد عيد المعلم
# இனிய ஆசிரியர் தின
 # ਖੁਸ਼ੀ ਦਾ ਅਧਿਆਪਕ ਦਿਵਸ

Sekadar Perkongsian.....
Ini 2 tahun yang lepas....Tapi Kini?.........lagi teruk...Percayalah....PokCik ajer yang tak sanggup Nak paparkan.....
Percayalah....Kerana nila setitik Rosak susu sebelanga.......
Terimalah dengan hati dan fikiran yang terbuka......
Belum tentu ada benarnya.....Dan tidak boleh juga disangkalkan....
Tepuk dada tanya hati......
yang Penting Jalankan tanggungjawab kita mengikut Peraturan dan Lunas undang-undang....
yang Penting Berkhidmatlah demi Agama, bangsa dan Negara.......

ipoh bergegar kali ini..
dulu kes lain sekarang kes lain..
kali ini lagi besar lah..
bagi pokcik benda ni dah lama jadi..
semua orang tahu...namun buat tak tahu..
ini lah masalah orang sekarang..
what ever bacalah sendiri dimastika..

fikir-fikirlah..pembangunan penting..namun bagaimana dengan kehancuran yang disebabkan pembagunan
mungkin dimasa hadapan bukit pun dah tak ada...silap-silap gunung pun boleh gondol..
...gambar ini disnap semasa perjalanan pulang dari ipoh ke kl.
bila lihat pembangunan ini teringat anak didik pokcik sekarang.
Inilah time kebosanan melanda..mendengar dan meratapi benda yang kita sendiri tahu...kebiasaanny ia menjadi satu platfrom meluah perasaan big bos and the leader2 nya..but that ok..cuma ianya tak leh digelar inhouse..ianya sepatutnya digelar outhouse..kerana ianya lebih merupakan sesi meluahkan hati big boss.yang lain wjib dengar walaupun ianya benda sama yang the army lakukan hari hari.....
Pokcik macam biasalah..masuk lewat keluar awal....jika beri info berguna..tak apa la jugak .namun ianya lebih kepada pekara yang kita lebih tahu..bagi pokcik ini outhouse bukan inhouse..
What ever layankan jer..
Marahlah macam mana sekali pun..dia tetap seorang budak...
Denda lah,pukul lah,rotan lah walau macam mana oun dia tetap seorang budak..
Pulaukan lah,buat tak tahu lah..dia tetap seorang budak..
Menjadi tanggungjawab kita mendidik dan mengajar mereka tetang hakikat bagaimana menghadapi hidup ini...
Namun ingatlah dia tetap seorang budak yang sentiasa belajar dari setiap perbuatan dan cara kita. Dia tetap akan menilai setiap apa yang kita cakap dengan setiap perbuatan kita..
Ini kerana dia tetap seorang budak..
Lama tak menulis di sini..poKcik sibuk dengan kerja yang menimbun..sIapA caKap kerJa macAm poKcik senang..dah 1 lebiH poKcik tiDo lewaT..menyiapKan beberapa keroJa yang Orang cakaP mudah...baGi yang RAjin boLeh la cakaP senang..taPi bagI pokCik lain ceRitanya..whatever kerja tetap kerJa..ini pun Pokcik menaip gunaKan phone samsung ace Plus...whatever jikKa ada linE pokCik akan berceloteh lagi..banyak yang nak diceritakan..
Letak gambar bontot kete yg kene sindol..berbulu ajer..
Sambil baca sambil layan lagu...memang masuk mood membaca..tidak mahu dengar lagu klik ajer button pause player diatas...

Isu guru, Semua salah cikgu, Panduak menjadi guru, cabaran menjadi guru,

PokCik pernah baca laporan ini di surat khabar Berita harian pada bulan september 2013 (http://www.bharian.com.my/articles/Sikapgurupuncaponteng/Article/)  ...Namun PokCIk tak ambil port sangat la...Sebab yang cakap ini tahapnya Dr...So layan kan ajer......

Top-top buka Fb ada pulak isu ini diketengahkan.....Paham-paham ajer lah kan.....comfrim ramai yang mengamuk punya......
Isu guru, Semua salah cikgu, Panduak menjadi guru, cabaran menjadi guru,

nah Jumlah like 560 orang....Jumlah yang share 599 kali.......

Antara komen yang PokCIk syok layan Sambil tersenyum :

Bukan takat ponteng je...cikgu pun punca pelajar xminat blajar...gado..kongsi gelap...pengedaran dadah...buang anak...hubungan seks luar nikah..mat rempit...keretakan rumahtangga...pencurian moto dirumah ibadat pakej dengan selipar...eh bnyak lagila...cume mak bapak diorg je yang betul...

Suruh dr tu jd cikgu je..ngajar klas ujung skali, yg bdk2nye 50% mlayu 50% cina..pstu mmg jnis x nk blaja..buku x bwk..dlm beg ada pen sebatang je..dlm klas tdo @ buat bising memanjang...ckgu tegur dia lawan...mkin provoke ckgu..senang cter bdk2 total lost....ckgu dpt kawal klas bdk2 x bgaduh btumbuk pun dh bsyukur..tp yg dicanangkan zaman skrg ni, SEMUA SALAH CIKGU...

pelajar nakal akan bg jawapan yg sama....sy ponteng sbb....
cikgu tk mgajar
cikgu ajar boring
cikgu tk masuk kelas
cikgu membebel
cikgu garang
HARUSLAH dia jawab mcm tu.. utk lepaskan diri...takkan dia nk jwb mcm ni:
-sy malas
-sy nak main game guna handphone ..kt sekolah tkleh bw tepon
-sy nk sembang2 dgn kwn...sy nk hisap rokok...
Sekian terima kasih....

Biasa budak ponteng sbb :
1. Ibu bapa tak kisah dia gi sekolah ke tidak
-last2 anak jadi habit tak pi skol. Lebih suka tergolek atas katil atau main game atau jd mat rempit. 
2. Tak siap kerja sekolah 
- Gi skol cikgu tegur. Bila bertimbun tak siap..cikgu marah. Last2 takut gi skol. Budak terlalu manja n tak boleh di tegur...

- kalau kajian tanya budak..memang semua salah cikgu....


Ponteng kerana sikap guru....ADA BETULNYA..sbb bila murid tdo lam klas, guru kacau suh bgn blajar. Bila tak buat kerja, guru marah, paksa suh blajar, bila bg kerja rumah, msti kena siapkan, esok ckgu bk bincang..kalo tak siap, nnti kna marah lagi...ha..sbb tu la pelajar ponteng..bayangkanla, kalo ckgu ni tak mnegur n tak prihatin lgsung pd plajar, tdola, bisingla, tak pyh buat kerja, tak pyh siap kerja, tak pyh bncg kerja rumah, insyaAllah sentiasa penuhla kelas..takde yg ponteng..maklumla plajar ponteng sbb sikap guru yg suka marah..rasanya ckgu ni suka mrh2 tanpa sbb ke??biarla hanya Allah yg mengetahui segala2 dan sesungguhnya Allah itu maha adil dan tahu niat kita smasa mengajar dan mndidik murid..

yang Ini marah bebenor......
 En Hassan bin Bolt ni trauma dgn mereka yg bergelar guru ye??? Dr aritu bg komen negatif tentang guru... Pasal perkara ni...jgn dok kaji pelajar sahaja...meh kaji guru2... Kaji secara telus.... Jangan terkejut kalau puncanya nanti macam membuka pekung didada...dok ngata mcm2 punca semua guru..maafkan sy..IBU BAPA pun semakin cerdik ye..IBU BAPA YG ADA HUBUNG JALIN DGN PARA GURU AKN FAHAM SIAPA SEBENAR PUNCA SEMUA TU... kalau cikgu tertekan siapa puncanya??? Kalau cikgu terlalu sibuk aktiviti luar utk sekolah,daerah dn negeri. .siapa punca kuasa yg mengarahkn mereka keluar????kalau pelajar kurang pandai tk dapat perhatian..arahan siapa yg suruh semua tahap pelajar dimasukkn dalam satu kelas dgn mengenepikan aras pemikiran mereka ???? Nk melaksana PBS. .eviden nk kejar..silibus nk kejar... Semua terkejar2 hingga fokus mendidik itu hilang..siapa arahkan laksana semua perkara tu???? Belum lg kerja2 pengkeranian yg tk sudah2 tu...siapa punca kuasa yg mengarahkan???? Dengan dasar itu dn ini nk nampak cantik tp sipelaksana (guru)yg tonggang terbalik..salah cikgu gak???? Dr segi disiplin...siapa yg arahkan murid tk boleh itu dn ini...sampai dijeling pun tk boleh??? Owh pelajar lempang cikgu sebab kejutkan pljr jawab kertas exam tk plak diwar2kan...cikgu salahlh sebab kejutkan??? Bkn menengking pun..goyangkan bahu jer...kena ketuk kepala cikgu tu dgn botol air dek pljr tu...owh salah cikgu gak ker??? P&p tk menarik??? Lengkap sgt ker kemudahan sekolah yg ada????lcd cukup??? Lap top cukup??? Sy siap beli sendiri dgn duit gaji sendiri utk pelbagaikan p& p. .dh bdk tk minat...disiplin longgar....msh tk cukup usaha ka???? Salah cikgu???? Mcmmana nk buat persediaan mengajar klu ntah2 apa mcm2 bebanan bg cikgu pikul..mana masa nk bersedia utk p&p...??? Salah cikgu lagi kerrr??? TAK ADILLLL...tk cukup dicacaikan...institusi pendidikan dn jadi pusat jagaan semata2.. TUDING PADA GURU SEMUA PUNCA???!!!TAK ADILL SANGAT TAK ADIL!!!!

En Shukor Ahmad. ..bila situasi seisi rumah semua tk bangun lg tu salah guru kot..dh tu semua salah cikgu... Fakta perkara yg bermula dr rumah sampai mati pn akn disembunyikan..salah cikgu diwar2kan... 
Pn Hajjah Mardz betul tu...cikgu tidak boleh berpolitik disekolah..yg en samsudin dok kata pasai undi2 cikgu tu nape????...apapun hak mengundi adalah rahsia.. Nama pn cikgu..mereka cerdik menilai dn hak mereka. ..hak sbg warganegara!! Klu nk suh ikut satu parti shj baik tk yah ada mengundi..jadilh kuasa tentera dn diktator...brgkali itu yg dia mahukan...
En Samsudin Abd Kadir... Samada en pn ada masalah dendam dgn insan yg bergelar guru atau mungkn slh fhm politik yg mguris en Samsudin ni..satu jelh sy nk bgtau...TAJUK DN ISI KERATAN AKHBAR TERSEBUT TIDAK GOYAHKAN SEMANGAT GURU2 NI SEBAB YG BG REZKI ADALAH ALLAH!(JGN LUPA TU...REZKI TUAN PN ALLAH YG BERI) ... YG EN KATA KAMI NI TK TAHANLAH DGN KATA2...SEBENARNYA BUKAN TAK TAHAN CUMA KAMI BUKAN DAYUS!!! MEMBIARKAN PENINDASAN YG SEBENARNYA BKN SHJ MEMBERI KESAN KPD KAMI MALAH PEWARIS KEWARGANEGARAAN MALAYSIA...TERMASUKLAH KETURUNAN ANK BERANAK PINAK ENCIK Samsudin Abd Kadir NI... BUKAN GURULH NAMANYA KALAU GENTAR DGN KOMEN YG TK MEMBINA EN BAGI TU... SEDIKIT PUN TK MENJADI KUDIS KOMEN2 EN TU KPD KAMI.. DH BERAPA BYK ARTIKEL TENTANG GURU..SALAH GURU..ITU DN INI SEMUA YG NEGATIF TNTANG GURU TP KAMI MASIH TETAP 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' WLUPUN HATI2 KAMI DH TERGURIS DEK MEREKA2 YG NAMPAK CERDIK TP BUTA MATA HATINYA...KAMI MSH TETAP LAKSANAKN DASAR2NYA..EN NK TAU KENAPA??? SEBAB KAMI ADALAH GURU..ALLAH PANDANG MULIA PD INSAN YG BERGELAR GURU....PENGIKTIRAFAN ALLAH KPD GURU LBH TINGGI NILAINYA BERBANDING MANUSIA..KENAPA GURU2 MASIH KENTAL??SEBAB ADA ALLAH YG BERI KEKUATAN..KENAPA YG SALAH KAMI NK PERBETULKAN???SEBAB KAMI MEMEGANG AMANAH ALLAH DLM MENDIDIK DN MENGAJAR..DLM KUBUR NANTI ITU YG AKN DISOAL KPD KAMI TENTANG ILMU DN DIDIKAN YG KAMI BERI...YG DIATAS SANA PUN TKKN TERLEPAS DR SOAL JAWAB ALLAH BILA MEREKA MENJADI PEMIMPIN... KAMI NI DIBAWAHNYA...JADI APA YG BERI KAMI KEKUATAN??? HANYA ALLAH...




Tak kurang juga yang memberikan pandangan :
 ponteng sekolah adalah budaya terkini bukan lagi masalah... walaupun guru-guru yang memiliki personaliti yang berbeza tetapi mereka masih dengan visi yang sama..iaitu mendidik dan membina murid dgn sahsiah terpuji..kalau nak harap semua guru memiliki personaliti yang sama..kita kena wat klon guru..hihih...pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan... untuk jenis murid atau pelajar ni ...saya cadangkan sekolah perlu adakan kedai video game...panggung wayang kecik..taman rekreasi...air terjun dan lagun buatan manusia...tak payah ada bilik darjah...kita gantikan nama sekolah dengan taman tema sk.. atau smk...sure masalah ponteng akan jd sifar.. ayat dr penebang pokok...

Sebenarnya guru2 yg memberi komen bknlah beerti kami tidak boleh ditegur..pd guru2 yg betul2 murni nawaitunya..yg menjadikan profesion perguruan ini menjadi salah satu amalnya utk dibawa mati...berbakti kerna allah..berbakti kerana cintakn negara..berbakti demi ank bangsa...tp jgnlh kerna mgkin sikap segelintir guru itu lalu keluarkn kenyataan2 yg mengguris hati guru2 yg masih murni nawaitunya... Bersikap adillah..sebagaimana pelajar punya sebab mengapa ponteng dn punca2 yg diberi adalah sedemikian..cari dn kajilah pula apa punca guru tersebut jadi sedemikian.. Mewar2kn pkara sebegini bkn dpt menyelesaikan pun.. "BERDEBATLAH UTK MENCARI UBAT...BERBINCANGLAH UTK SAMA2 MENANG.. BUKAN MENUDING SANA DAN SINI" ...Jangan sampai anak bangsa kita hilang arah dek kerna kita dok membiarkan masalah yg tk sudah... SAya SYGKN ANK DIDIK SY..SY DH BERUSAHA YG TERMAMPU...TP JIKA MASIH SINIS PDNGAN SESETGH ORG TNTG GURU...TK MENGAPALAH...ALLAH MSH ADA UTKKU... ALLAH MELIHAT KESUNGGUHANKU...ALLAH MELIHAT SIAPA YG BENAR...ALLAH MELIHAT DIMANA KELEMAHANNYA... GURU2 JGN PATAH SEMANGAT!... INGAT ALLAH SELALU.... KPD ALLAH TEMPAT KEMBALI...DISANA NANTI SEADIL2 TEMPAT PERHITUNGAN YG TIADA MANUSIA BOLEH LARI DARINYA... 

 Nak tau juga ye... Apa cara menanganinya...? Boleh kata murid sekarang sukakan perhatian... Bilangan murid yg ramai dlm satu bilik darjah menyumbang kepada masalah yg kusut begini... Pengalaman sendiri, murid yg gemarkan perhatian cenderung akan bertanya guru semula perkara yg telah diajar... Kekadang dr step yg mula2... Sbg guru sy bersikap terbuka n x kisahpun terangkan semula... Tp yg hairannya bila kita explain secara one to one, walaupun kaedah sama yg kita terangkan di awal2 td, golongan ini lebih cepat faham... Jd apa masalah mereka sebenarnya? Merekalah generasi sekarang yg ditatang bagai minyak yg penuh, sukakan perhatian dan bila x dpt perhatian masalah2 lain timbul... Sy x salahkan pelajar walaupun adakalanya rasa mendidih dgn sikap begini, cuma sy terfikir kalaula satu bilik darjah isinya 20 orang murid pasti guru dpt beri perhatian pd mereka sepenuhnya... Cukup2la tunding jari pd guru... Perlu diingat kami bukan bersifat maksum... Bantulah kami mengharungi badai ini... Besarkanlah sekolah2... Kecilkan bilangan pelajar dlm setiap bilik darjah... Tp sapalah nak dengar pandangan sy, guru biasa yg kerjanya mengajar tulis, baca dan kira, hasilnya cuma murid yg berkemahiran 3M, bukannya terus jd doktor atau professor...

Tak larat pokCik nak copy and paste satu persatu.....cukup lah setakat ini ajer.....Yang penting setiap komen adalah sekadar luahan dari seorang Cikgu-cikgu biasa......Sendiri fikir dan ambil iktibar...
Bagi PokCik satu saja.......Artikel ini PokCik ambil sebagai panduan...yang betul diikuti...yang salah diperbaiki.....Tak guna salah menyalah.....Anak-anak kita tanggungjawab kita ( Masyarakat ) bersama.....

Yang Majikan Perbaikilah, fahamilah,mengertilah....
Yang Cikgu, perbaikilah apa yang sepatutnya diperbaiki....Usahalah setakat mana yang mampu....
Yang ibubapa...fahamilah,dan tolong menolong lah...
Yang Masyarakat.....bersatulah......kita hidup disebuah negara yang berbilang kaum....Kita harus sentiasa membantu antara satu sama lain supaya anak-anak kita tahu ertinya hidup ini.....Jangan kerana perbalahan antara kita akan hacur lah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini kelak.....

Yang Dr ini pun satu......nak keluarkan artikel pun fikirlah dulu....tak sesuai sangat dikeluarkan dalam paper isu-isu macam ini.....teruk benar ke golongan cikgu-cikgu ini......atau pun nak bagi ilham pada pelajar di Malaysia ini ilham untuk buat alasan......

What ever PokCik nak Kongsikan sesuatu tetang siapa CIKGU....

Erti sebenar seorang CIKGU:

C-cantik budinya,
I-inovatif praktisnya,
K-kreatif mindanya,
G-garang semangatnya,
U-unggul ilmunya.

Kalau nak kaya jangan jadi guru,
kalau nak glamour jangan jadi guru,
kalau nak banyak kerja jadilah guru,
kalau nak merasa kena marah dengan mak bapak budak jadilah guru.

Mak cakap Cikgu macam MAGGI makanan masa susah,
ayah cakap cikgu macam D"SEEKERS menakutkan,
atuk cakap cikgu macam ASTRO macam2 ada,
tapi saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga.

GURU,
dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru.

Hidup sebagai GURU tiap2 tahun dapat hadiah,
walaupun taknak kerja tetap kena kerah,
kalau merotan siaplah kau dapat padah,
tapi jangan teringin nak dapat anugerah.
Namun begitu hidup seorang guru sangat mudah,
dapat makan, pakai walaupun hidup tidaklah mewah
tapi cukup indah...

Ku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri,
Ku minta kupu-kupu diberinya aku ulat.
Aku kecewa dan sedih tetapi tetap bersabar...
Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik...
Begitulah caranya ALLAH mengasihi kita selalu.

Jadilah seekor lebah
MAKAN MAKANAN YG BAIK...
KELUARKAN BENDA YG BAIK
Jadilah seorang guru
yang ada VISI , MISI dan AKSI

There can be coffee without susu..
Nights without lampu..
Curry without lembu..
Burgers without keju..
But NOT school without cikgu.

Bad TEACHER complains,
Good TEACHER explains,
Better TEACHER demonstrates,
Best TEACHER motivates,
Great TEACHER inspires...

Wasalam.........