pembelajaran eksplisit dan implisit


Pembelajaran ekpslisit
  • Pembelajaran ekpslisit ialah suatu kaedah pembelajaran yang membantu seseorang memperoleh kemahiran secara sedar dengan cara memberi arahan secara jelas dan berstruktur yang mana penerima dapat memahami maksud arahan yang diberikan kepadanya
  • mempertingkatkan kaedah pembelajaran pelajar terutamanya kepada pelajar berprestasi rendah
  • objektif pembelajaran eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
pembelajaran implisit

  • pembelajaran implisit pula ialah suatu kaedah pembelajaran membantu seseorang memperoleh kemahiran dengan cara tidak disedari
  • melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, menghargai sesuatu yang telah diajarkan kepadanya
  • kaedah pembelajaran ini berdasarkan tindakan spontan tanpa memikirkan sama ada perbuatan tersebut salah atau betul.
latihan yang sesuai untuk mempelajari kemahiran motor
  • latihan fizikal, ---> kaedah paling efektif,  Part practice ialah suatu aktiviti latihan fizikal yang memecahkan satu kemahiran kepada beberapa bahagian bagi memudahkan proses pembelajaran.memudahkan proses pembelajaran iaitu senang ke susah.latihan fizikal juga dapat diperoleh dengan menggunakan alat simulasi (berupa alat sebenar)
  • latihan mental dan imaginasi,---> bentuk latihan yang melibatkan latihan pada bahagian mental secara berulang-ulang, contoh cara untuk ingat membuat panggilan telefon oleh kanak-kanak. imaginasi mental melibatkan percubaan untuk mencipta imej yang mengandungi pelbagai aspek dan langkah yang terlibat dalam kemahiran motor.
  • pembelajaran secara pemerhatian ---> suatu bentuk latihan yang membolehkan seorang pelajar memerhatikan pertunjukkan orang lain yang memodel suatu bentuk kemahiran. bersifat autentik . Melalui pemerhatian kita boleh belajar mengenai strategi pergerakan bagi mengumpul maklumat mengenai corak koordinasi
  • cuba jaya (trial and error) --->digunakan itu berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri , tujuan mendapatkan teknik yang paling berkesan, meningkatkan pengawalan deria serta motivasi diri melalui siri latihan berterusan

Sumber maklumat yang penting dalam mengawal motor ialah exteroseptif dan proprioseptif

sumber maklumat kepada sistem deria
- Exteroseptif : maklumat sensori yang datang terutamanya daripada bahagian luar badan, terutamanya penglihatan dan bau.
- Proprioseptif : maklumat sensori yang datang terutamanya daripada sumber dalam otot-otot, sendi-sendi dan kesan daripada pergerakan tubuh.
- Introseptif : maklumat sensori dari dalam tubuh itu sendiri seperti lapar dan dahaga.

mengawal motor. -----> Maklumat proprioseptif ataupun kinestesis

Laluan dorsal ------> kawalan pergerakan otot melalui fungsi menumpu perhatian

Sistem penglihatan ventral ------>  peka terhadap sifat-sifat rangsangan seperti bentuk atau warna
                                      ------> mengubah aktiviti selaras dengan rangsangan dan keperluan tugas semasa


0 comments: