Baru-baru ini berlansung kempen di Tompek pokcik berkerjo......
Matlamat kempen ini adalah untuk menyodarkan orang ramai tontang keselamatan di jalan raya..
namun sambutannya amat hambar...korano tak ramai orang yang datang....
mungkin tak ado promosi kot......
kalau nak buek sosuatu kempen bagi la promosi sikit....
sotakat 2 3 korat yang datang apo yang dapek nyo.....
Satu bondo yang pokcik banggo tontang kempen ini, tidak lansung moyontoh hal Politik walau pun diuruskan oleh orang-orang MCA....
syabeh pokcik ucapkan.....

Antara Aktiviti Yang Diadakan:
Ceramah Keselamatan Oleh Peguam....
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Pameran keselamatan Di Jalan raya
Pemberian Helmet Percuma

Pertunjukkan Kereta RC

Tarikh : 22 April 2012
Waktu : 9.00am - 1.00pm
Tempat : tompek Kojo PokCik
Aktiviti : Ceramah, Pameran, Demostrasi Keselamatan Jalan Raya, Pertunjukkan Kereta RC, Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah...

Mai-mai cek mai....
mana tau dapat cabutan bertuah.....
Hari ini baru budak kena langgar depan sekolah (klik untuk tahu cerita)....
Esok dah ada ceramah....tak terlambat ker.....
Mak ai...
ramai betul orang kat kilang ni....
dah macam pesta....
beratur sampai berjam-jam sebab nak bayar....
ada pulak yang siap berpicnik di kaki lima....
dijalan raya jangan ceritala...
jem berjam-jam.....
Semuanya kerana Sale Pureen
So esok hari lastnya.....
Siapa yang nak beli pergi la beli...
memang murah dan berbaloi-baloi....
Kesian kat anak murid PokCik ni...
Tak pasal-pasal kena langar dengan motor...
nak salahkan sape pun tak tahu...
Budak ni main keluar ajer dari celah kereta....
Pastu mamat motor terus langgar dia.....
mamat tu bawak perlahan katanya...
Budak ni tiba-tiba ajer muncul....
bum...kena dah sekali....
Kepala Bengkak
Atas mata Pun bengkak
Walau apa murid PokCik ini dah dibawa ke Hospital untuk dirawat
Hope tak ada apa-apa la kan....
 Kesimpulannya dari kes ini
Jika memandu or menunggang motorsikal or basikal ke hati-hatilah didepan sekolah...
Budak-budak mana tahu apa-apa...
Dah diingatkan berkali kali...
tapi itu juga yang dibuatnya...
al maklum la budak-budak...
tak kena tak tahu...dah kena buat lagi..
dah memang sifatnya....
Kosian kek kawan-kawan PokCik....
Dah la Tompat kojo Kongsi-kongsi....
Semuo nyo kongsi la....
Tormasok la Parking keto ni...
Dah tak muek dah....
Kek Sini lah tompek budak-budak bormain...
Kek sini lah Jugok tompek  nak dirikan khemah kalau ado Funcation apo-apo...
Kosian Kek Tompek kojo PokCik kan...
Nampak Sangat Sompitnya...
Parking ini free yer..tak payah bayor
Apakah Ini?
Pelik kan bentuk nya....

Mempunyai gigi yang tajam
Sapa tau apakah benda ini dan apakah Kegunaannya....
Sotolah PokCik selidik selidik....
Rupo-ruponya monatang ini adalah....
Pencungkil Ubek stapler....
mak ai...canggih botol....
solamo ni pokcik hanya cungkil guna belakang stapler or gunting or bondo2 yang boleh mencungkil...
Ado sokali tu PokCik cungkil guno Player...Goram punya pasal lo....

faham tak dengan apa yang diperkatakan dengan mudahkan pekara yang susah dan susahkan pekara yang mudah....
Tekun tak?...
Memang sifat semula jadi budak suka mengeluh dengan pekara yang susah seperti mengajar matematik sains dan engglish....

dan memang sifat budak jika suka membuat sesuatu pekara yang mudah seperti melukis dan bermain....
So jadikan ianya suatu teknik dalam pembelajaran mereka....

Kusyuk betul kan.....
Pembaris tu adalah sebagai guide ajer
PokCik ada test pekara ini dalam mendidik budak tahun 1 kelas akhir (LINUS) dan hasilnya....Ok gak la dari pada terpekik dan terlolong sebab budak main banyak dan cepat hilang tumpuan...

Tipsnya...Kurang cakap...banyakan Melukis dan hasilnya memang mengkagumkan...Ini adalah salah satu eksperimen pokcik terhadap budak kelas akhir (LINUS)....


Assalammualaikum....

Nak cerita sikit ni....
Cuba teka berapa harga yang aku dapat beli sekaton air tin jenama YEO'S dan juga sekaton Maggi CUP Cintan ni?








Satu tin air tin ini berharaga RM 0.50sen
Satu Maggi Cup pulak RM1.00
Satu katok ada 24 pic
Kalau 24 air tin X dengan RM0.50 = RM 12.00
Kalau 24 Maggi Cup Cintan X RM1.00 = RM 24.00

Jumlah Besarnya hanya RM36.00 sahaja
Kalau kat kedai luar dapat tak harga ni.....
kalau mydin buat sale belum tentu leh dapat harga ni kan.....
Harga ini lebih murah dari harga di Kedai 1 Malaysia tu tau....
Peluang untuk membeli dengan harga yang murah memang selalu ada disekeliling kita...
cuma kita kena berusaha untuk mendapatkannya la.....
Tapi peluang untuk dapat harga ini susah sikit nak dapat la...
So dah ada peluang kena beli la banyak-banyak....
Cukup untuk stok sebulan ni..hehehehehe....

Ini nak cerita sikit tentang Komputer yang ada di Makmal Komputer....
Makmal ini baru Ditubuhkan or diberinafas baru setelah lama berkubur dengan pelbagai masalah....
Terdapat 40 monitor + 2 monitor utama, 5 CPU + 1 CPU utama.
Beroperasi dengan multiseat nya funcation.....
5 CPU di lengkapi dengan window multiserve dengan kekuatan i7 dan 8g RAm....
1 CPU window 7 ,64 megabite dengan kekuatan i5 dan 4g Ram...
Komputer Sedia Berkhidmat

Setiap barisan ada 8 monitor dan ditampung dengan 1 CPU

Semua Komputer sedia digunakan

Cantik tak

Agak berserabut dengan wayar

Inilah dia Multiseate yang menghubungkan CPU dengan Komputer
 
Tempat PokCik Kojo...
Ini lah Tugas Rasmi PokCik Kini....
menjaga makmal Komputer or Bilik komputer...

PokCik pun tak tahu nak panggil makmal or bilik....
Ikut lah yang mana anda semua fikir sesuai...

Ingatkan senang nak uruskan.....
rupa-rupanya banyak kerja yang perlu dilakukan...

Komputer Utama
lebih-lebih lagi apabila makmal@bilik komputer ini baru sahaja beroperasi setelah bertahun-tahun terbengkalai...

Komputer Utama ada 2 biji Monitor dan sebijik CPU....
Komputer yang lain yang ada di lab ini adalah 40 set monitor dan 5 CPu...

pelikkan....

Tak ada apa yang peliknya....Jika 1 CPU cover 8 Monitor...
Sistem yang digunakan untuk menjana operasi monitor dengan sebiji CPU adalah dengan menggunakan widow server dan HP multipoint....
Dapat bayang tak macam mana CPU dan 8 Monitor ini beroperasi?....
Tak apa di lain masa nanti jika ada masa PokCik cerita la yer.... 

Borsepah Komputor Utamonya ni...napo?....

Banyak tak kerusi dan meja yang tidak boleh digunakan lagi.....
Ini adalah hasil dari tahun lepas....
selepas dikumpul-kumpul ini lah hasilnya.....
Dalam fikiran korang apa yang yang boleh disimpulkan?....
Apakah penyebab utama jadi macam ini?....
Yang paling penting Siapakah pencipta kerusi dan meja ini...pernah kita fikir?....
hehehehe.....



Standard la jika kerusi  dan meja ini rosak....
tapi baru beli tak sampai setahun dah jahanam....
Yang ini tak standard...
Nak salahkan sape.....
Orang yang menggunakan nya....
OR orang yang menjualnya.....
OR orang yang membuatnya....
Sendiri pikir la yer....
Hakikatnya kita ini...maksud aku manusia lah...termasuklah orang yang sedang membaca ini yer....Lebih seronok mengatakan sesuatu yang negatif tentang orang lain dari bercerita tentang kebaikkan orang lain....

betul tak....jangan nak menyangkalkannya yer....tak banyak sikit pun mesti ada betul tak?....

Terimalah kenyataan ini dengan hati dan akal yang terbuka yer....Jangan nak marah pulak....
Contohnya "dia tu dulu masa sekolah memang jahat betul tapi sekarang daj jadi ahli perniagaan yang berjaya tu....

tak pun..."perangai dia dulu macam setan, macam mana boleh jadi cikgu yer?"....

Namun jarang kita kita dengar orang cakap " dia berjaya sebab dia memang kuat berusaha dari dulu lagi"....tak pun "dia mesti boleh jadi cikgu yang baik sebab dia banyak pengalaman dari sejak zaman sekolah lagi, harap-harap dia boleh didik anak bangsa dengan berjaya kelak"....

Beginilah sifat kita kan.....tidak memikirkan kesan atau perasaan orang apabila bercakap. Tidak mahu berfikir sebelum bercakap...

Hakikatnya oramg tidak akan faham dan selalu salah anggapan pada mereka yang selalu ingin berusaha ke arah kebaikan. Tolongnya tak ada...kutuk lagi banayak adalah....itulah masyarakat kita....Tepuk dada tanya IMAN....

Cuba kita renungnkan..."kita memang suka memperkatakan hal orang lain, tapi sentiasa menutup kelemahan kita sendiri" ( DR Tuah )
Inilah rupa Bilik kemahiran Hidup Sek Aku....
Dah tak ada bilik lain...
Setakat ini saja yang ada...
Lepas tu pula dijaga oleh guru wanita...
walauapa pun keadaannya ianya masih beroperasi dengan seadanya juga...
Kewajipan mesti dilaksanakan....
 

Kerusi murid kelas digunakan sebabnya memang tak ada kerusi khas bilik KH
Sempit...tapi boleh gak la muat 40 orang student walaupun macam sardin..
Ini lah meja guru nya...sadiskan...
Ini bukan barang pameran macam kat muzium yer...jangan salah anggap
Sekurang-kurangnya budak2 tahu ini bukan kambing...

Walaupun keadaan bilik ini amat menyedihkan dan tidak sesangat la sesuai untuk belajar namun ianya masih wajib digunakan demi ilmu yang amat diperlukan oleh warga pendidik.

Satu benda yang aku tabik adalah....
walau pun guru yang mengajarnya wanita namun dia masih menggunakan bilik ini bagi mendedahkan studentnya dengan benda/barang yang sebenar...walaupun aku selalu nampak dia masuk ngajar guna baju kurung...
jangan masa berkebun pun guna baju kurung udah la yer....
Apa ke bendanya Disleksia ni?....

Perkataan ini memang asing bagi orang kebanyakkan.Tapi tidak bagi warga pendidik di Malaysia atau didunia. ini. Makna Disleksia :

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya. ( WIKIPEDIA )

Apakah tanda-tandanya pula?:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
 Puncanya pula darimana ? :

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. ( WIKIPEDIA )

Sememangnya penyakit ini amat merunsingkan warga pendidik. ramai ibubapa tidak menyedari atau tidak dapat menerima anak mereka adalah pengidap penyakit ini.

Disleksia ini sebenarnya tidak teruk sangat di Malaysia ini. semuanya boleh dikawal. Tapi warga pendidik dan ibubapa serta masyarakat kenalah berganding bahu dengan mendidik mereka ini...

Hakikatnya :  Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


Apabila saya suruh anak murid ini tulis, maka saya pun dapat mengesan sesuatu...Cuba kita lihat apa yang tak kena.Apakah ini disleksia?

 Cuba perhatikan jari yang memegang pensil ini...


Cuba pula tengok tulis mereka


Untuk mendidik budak-budak disleksia ini guru perlulah benyak bersabar....
Guru perlu mengajar mengikut aras merka dan jangan cepat mengalah kerana salah satu kelemahan budak-budak ini adalah mereka seorang pelupa.So kira nya mereka lupa apa yang guru ajar itu pekara biasa..
Mereka memang mengambil masa yang lama untuk paham...
Kebiasaannya murid tahun 1 yang menghidap sintom ini akan memerlukan guru yang penyabar dan tidak berputus asa untuk mendidik golongan ini....