Showing posts with label Sistem ICT. Show all posts
Showing posts with label Sistem ICT. Show all posts
Perghhh...Penat dah ni......
Last kerja untuk malam ini setelah mengupdate blog Makmal Pokcik....

Check trafik VLE Frog untuk hari ini.....

VLE frog

Tepat jam 11.19 malam ini ada 2 orang student sedang online.....2 guru sedang membuat site untuk pembelajaran dan 1 orang ibubapa/penjaga sedang menyemak kerja rumah anaknya...

mungkin ramai yang tak tahu bahawa cara pembelajarn budak/murid sekarang sudah banyak berubah. langsung tak sama dengan dulu...ini adalah salah satu perubahan yang telah berlaku dan sedang berjalan sekarang ini.... pembelajaran secara maya menggunakan platfrom VLE Frog dibawah program 1bestarinet....

Nak tahu lebih lanjut lagi?....Klik disini http://1bestarinet.net/ ..... apakah VLE Frog?...klik sini http://makmalkomputerskp1.blogspot.com/2013/03/apakah-frog-vle.html . PokCik malas nak cerita panjang-panjang...tak pandai....

Budaya dan cara pembelajaran baru ini agak mudah namun pada peringkat permulaan ini memang banyak masalah nya....namun sekarng ini sudah banyak perubahan berlaku...semua masalah awal dah dapat diatasi dengan baik...Syabas KPM....

So....Dunia pengajaran dan pembelajaran dah berubah......
Murid mesti didik mengikut arus perubahan zaman yang serba canggih dan semakin terbuka.....
Cikgu-cikgu pun mestilah berubah juga.......

kurangkan mengkomplen......just buat dan laksana sampai mana yang termampu.....masalah memang banyak....kekangan memang berlambak...namun ianya harus diteruskan demi perubahan yang lebih baik kepada negara dan bangsa......Masalah dan kekangan akan cuba diatasi dari semasa ke semasa...bantuan sentiasa diberi oleh pihak yang berwajib....Just call or email pasti dibantu....PokCik buat benda ini pun separuh nyawa...dengan budaknya yang terlalu lemah ICT..dengan ragam cikgu-cikgunya...lebih-lebih yang otai-otai.....yerlah pokCik paham...orang lama.....dah expert dengan cara mereka tersendiri yang penuh seni dan kebaikkannya.....bila benda baru macam ini datang mereka agak pening lah...namun ianya bukan alasan dan halangan.....

Just do...jika kita tidak berubah macam mana anak didik kita nak berubah....jika kita tidak berubah macam mana masyarakat nak berubah......Just pandangan PokCIk ajer...jangan pulak ada yang terasa......Kalau salah PokCIk minta maaf siang-siang...

Perghhhh...Panjangnya merepek....dah lah jarang-jarang update blog...membebel pulak......i am sorry....Ok esok sambung lagi...banyak kes nak cerita lepas ini.......Semuanya tentang ragam pendidik, pendidikan dan orang yang didik....ini bukan blog nak cerita tentang informasi yer...ini blog peribadi yang digunakan untuk luahkan perasaan PokCik yang tak berapa nak stabil ini.....


Dikala insan lain sedang lena dan nyenyak tidur PokCik bertungkus lumus menyiapkan Sistem Kemasukan Data terbaru dari KPM....

Sistem Pengurusan Sekolah......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Data yang perlu dimasukkan.....ada 21 jenis data.....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Semuanya kerana.....?......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Kalau tak Puas hati lagi...tak tahulah....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Ini belum cerita tentang portal yang lain lagi......


What ever ini adalah kerja yang bakal dihadapi oleh semua warga pendidik yang telah bermula dari 3 tahun yang lepas lagi......

Jangan merungut kerana ini semua adalah bidang kerja seorang pendidik di zaman multimedia ini.....

Disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Inilah kerja PokCik.....Sampai pagi......Esok sambung lagi dan lagi dan lagi.......entah bila nak siap agaknya.....
Nak minta geng lain isikan.....Tak sampai hati lah pulak.....so terpaksa berkorban sikit demi kengkawan yang lain........

Al maklum la Cikgu sekarang ini bukan ada kerja pun......

Dikala ini hanya satu sahaja PokCik doakan....

YA ALLAH,AJARI KAMI. Ajari kami IKHLAS untuk 

dapat merelakan ketika kami harus KEHILANGAN.

 Ajari kami SABAR untuk bisa menerima ketika hati 

TERLUKA. Ajari kami TABAH menghadapi semuanya 

ketika kami dalam UJIAN. Ajari kami untuk tetap 

TERSENYUM menyembunyikan segalanya Ketika kami 

dalam MASALAH. Ajari kami untuk bisa BERSYUKUR 

atas segala nikmat yang kuterima ketika kami tengah 

BAHAGIA. Ajari kami ARTI Ikhlas dan Redha atas 

segala yang telah ENGKAU tetapkan.. Amin....




" Hari ini PokCik telah mengahadiri Kursus Sistem Pengurusan Sekolah. Ini adalah merupakan salah satu Program ajakan ke 7 pembangunan program pendidikan di malaysia. "
Jadi hari ini kita akan berkenalan dulu dengan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS).
SPS, Sistem Pengurusan Sekolah,
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. 
Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). 
Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti
Apakah objektif SPS?

Objektif sistem ini dilaksanakan di sekolah adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini.

keistimewaan SPS jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang terdahulu?

Sejak sekian lama, pihak sekolah hanya memberikan maklumat dan data kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pihak sekolah sendiri tidak mempunyai sistem untuk merekod maklumat dan data untuk urusan pentadbiran di sekolah. Dengan ini, SPS merupakan sistem yang dapat membantu pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya.

sistem sokongan yang lain dibangunkan bersama SPS?

SPS merupakan sistem pengoutomasian bagi dua bidang utama di sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran (SPP) yang akan dipasang bersama SPS (seperti yang terkandung dalam spesifikasi tender) sistem ini mampu memberi manfaat kepada guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah format SPS dapat membantu sekolah?

SPS mengandungi modul-modul yang dibina atas kehendak dan keperluan sekolah dan KPM. Sebagai contoh, Modul Peperiksaan disediakan bagi tujuan meneliti kemahiran dan perkembangan murid. Selain itu Modul Maklumat Murid dibina bagi tujuan rekod dan data ini dapat diguna oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Oleh kerana sisitem ini berjaya dilaksanakan dengan jaya disekolah rintis oleh KPM sejak dari tahun 2009 maka pada tahun ini ( 2013 ) Semua sekolah di Malaysia akan menjalani latihan khas bagi menggunakan sistem ini dan ia akan menjadi Sistem Rasmi untuk kegunaan semua pihak ( murid,ibubapa,guru dan pihak jabatan dan KPM )...

# masalah yang pertama yang timbul semasa kursus hari ini adalah Sistem ini tak boleh nak masuk. Terkejut kot...So kursus hari ini jadi setengah hari...dan akan disambung apabila sistem dah stabil dan dah boleh lgin...harapan PokCIk pihak KPM akan menyelesaikan isu server ini sebab ini baru guru admin masuk login...belum guru-guru lain....belum murid-murid...belum ibubapa lagi......
# benda baru memang macam ini...so kita semua harus bersabar yer.....memang akan timbul macam-macam masalah nanti....sama-sama kita membantu antara kita bagi menjayakan program pendidikan di Malaysia ini....