Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Alhamdulilah......
Inilah perkataan yang termampu PokCIk ucapkan sekarang....Berjaya menyiapkan tugasan KAF3023 Psikomotor dan Pergerakan Kanak-Kanak.....

Pelbgai kepayahan yang PokCIk alami untuk meyiapkannya.....biarpun Tugasan 1 tidak sempat nak submit sebab terlepas tarikh hantar.....Tunggu ikhsan pensyarah balas massage dan email yang PokCIk hantar kepada beliau untuk dinilai...Hope beliau balaslah.....

PunCa lewat hantar.......
tak payah cerita lah...tonggang ke terbalik ker......dah memang salah diri sendiri...what ever doa-doa lah semuanya berjalan lancar......ada 6 tugasan yang sedang diusahakan untuk disiapkan....

PokCik ingat amik Kos Pra ini senang...Rupanya.....perghhhhh...susah ya Robbi.......ingat ngajar tahun 1jer susah.......Pra sekolah lagi susah rupanya......

Dah lama tak berkecimpung dengan tahun 1 sepenuh masa....baru tahu susah nak ajar bebudak ini...lebih-lebih kelas belakang...apatah lagi pra sekolah......

PokCik dah 2 tahun tinggalkan tahun 1....just ajar DST 1 jam setiap minggu...yang lain semuanya tahap 2...almaklumlah dah naik pangkat jaga ICT dan Disiplin.....Lagi payah......segalanya kini jelas betapa susuahnya jadi Cikgu.....

Jom layan Guru Disiplin Ajar Tarian pada budak pra sekolah....Nama tarian ini adalah Tarian Tungang Terbalik.......pokCik baca soalan dan create sendiri ikut kefahaman PokCik......





Bebudak suka bebenor.....Tapi yang seksanya PokCIk.tak pernah menari macam ini sekali...Penat oooo..berpeluh-peluh...Menari sampai 15 minit tanpa henti.....Tu pun POkCik edit jadikan pendek sikit......Hope betul lah.......

Soalannya :

Rancang satu pergerakan manipulatif dengan melibatkan pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Bahan manipulatif yang digunakan mestilah ada kepelbagaian. Hasilkan mengikut kreativiti masing-masing.

ARAHAN

1.      Buat rakaman bagi tarian pergerakan manipulatif  tersebut selama sekurang-kurang 10 hingga 15 minit.


2.      Tugasan WAJIB dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali. 

Rasa-rasa menjawab soalan ke ni ek......
Esei ilmiah  

Soalan : Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK). 


Untuk memastikan sesuatu matlamat dan objektif dalam pembelajaran muid, pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah sangat penting.  Model pengajaran yang sesuai harus digunakan untuk memastikan guru dapat mengajar dan menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih jelas dan berkesan agar objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Untuk memastikan sesuatu konsep dapat di sampaikan dengan jelas dan tepat bahan yang digunakan haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Rancangan mengajar atau persediaan sebelum mengajar juga boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk  satu atau dua waktu pengajaran. Faktor  penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu  dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta kesannya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.
Dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi  sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Seseorang guru perlulah mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Salah satu model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) merupakan satu model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.  Model ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Assure membawa maksud " memastikan sesuatu berlaku.".   Matlamat utama Model ini adalah bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan menggunaan media.  Model ini lebih berfokus kepada inisiatif pengajaran dengan menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Modul ini juga menyediakan rangka kerja yang sesuai dengan media dan teknologi mengikut kesesuaian persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Modul Assure ini juga amat sesuai digandingkan dengan Sembilan peringkat pembelajaran Gagne .Modul Assure lebih sesuai digunakan dalam persekitaran yang konstruktivis di mana murid perlu berinteraksi dengan persekitarannya.
Dalam model ini terdapat enam komponen utama  seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dibawah:
 •       A - Analyse learners (Analisis pelajar).
•       S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
•       S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
•       U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
•       R - Require learner participation ( Penglibatan murid dalam pembelajaran ).
•       E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Komponen 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis murid. Guru perlu mengenalpasti cirri-ciri umum yang terdapat pada seorang murid Ciri-ciri umum murid termasuklah deskripsi tentang umur murid, jantina murid, kelas, budaya, bakat, gaya pembelajaran,kawasan kediaman , latar belakang,taraf ekonomi dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.  Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod murid dan berinteraksi secara langsung Dengan cara ini guru akan dapat mengetahui dan memahami harapan, sikap dan latar belakang murid.
Ciri-ciri umum ini boleh juga dikenalpasti melalui sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan .Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan guru boleh membuat pemerhatian untuk mengetahui tentang diri seseorang murid.
Pada peringkat pertama modul assure ini lebih banyak  berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan pelajaran.  Maklumat yang diperolehi banyak didapati daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama murid.  Murid juga biasa mendapatkan sesuatu maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV. Setiap murid  mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri  yang dibawa masuk ke dalam kelas. Ini dipanggil  sebagai entry point. Guru perlulah menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid untuk membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan. Di samping itu juga murid juga dapat membina pengetahuan secara konstruktivis dan membantu guru mengesan pengetahuan murid melalui soal jawab ataupun pra ujian. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran murid merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk murid  itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid  dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran murid. Gaya pembelajaran seseorang murid mempengaruhi cara seseorang murid memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi serta perubahan setiap tingkah laku belajar.
Media yang akan digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri murid, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya lebih berkesan dan bermakna kepada murid itu sendiri. Perkara-perkara ini juga harus diberi  pertimbangan oleh guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal murid yang akan diajar. Dengan cara ini bahan media yang akan digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif murid, yang mana hasil pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap murid harus diberi dititik beratkan bagi menjamin kualiti sesuatu pembelajaran murid terlaksana dengan jayanya.

Komponen 2: Nyatakan objektif
Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran yang yang telah ditetapkan.Objektif pembelajaran harus  ditulis dan dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh murid. Peringkat ini memberi penekanan kepada penyataan objektif atau hasil pembelajaran yang diharapkan dapat dicapai di dalam bentuk yang spesifik dan boleh diukur. Penyataan objektif perlu bagi membantu guru memilih media dan bahan sumber pendidikan yang bersesuaian, memastikan penilaian dapat dibuat dengan baik serta membantu para murid mengetahui apa yang diharapkan daripada mereka. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh murid. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Penetapan objektif dapat membantu seseorang guru memilih media dan kaedah penyampaian yang paling sesuai mengikut aras pembelajaran murid. Dengan itu guru dapat menentukan aktiviti pengajaran yang paling sesuai untuk murid . Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian murid tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Menurut Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) melalui objektif pretasi, seorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian murid apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara murid dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Objektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian murid demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) pula mengklasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.
Pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
  1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Matlamat penulisan objektif  ialah pembelajaran. Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah murid. Pembelajaran akan berlaku sekiranya murid terlibat secara aktif dalam semua aktiviti dan proses pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.
  1. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada murid .Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran haruslah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi dan keadaan sebenar.Diantara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar, menamakan, meramal, membaca, menjawab, melukis, menilai, melabel dan menjelas
  1. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Apakah syarat perlakuan? Pencapaian objektif  pengajaran dan pembelajaran adalah termasuk syarat bagaimana suatu tingkahlaku itu baru boleh dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru dalam menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran. Situasi atau syarat pelakuan bermakna  penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang paling sesuai.
  1. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu murid yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul. Contoh penulisan objektif yang baik ada seperti tajuk planet-planet dalam sistem suria melalui topik bumi dan alam semesta bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini dapat di lihat bahawa penetapan objektif dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.

Komponen 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Media dan bahan sumber pengajaran memainkan peranan yang penting di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media dan bahan sumber yang sesuai
bukan sahaja dapat membantu penyampaian isi pelajaran, malah dapat menarik minat
dan tumpuan murid serta menjadikan pengajaran tidak membosankan. Pengajaran
menggunakan bahan sumber pendidikan memerlukan perancangan yang teliti termasuk
daripada segi pemilihan dan penggunaan bahan sumber tersebut.Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu merujuk kepada tingkat kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
1)            Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah yang  berbeza harus digunakan bagi disesuaikan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian murid dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru. Sesuai dengan latar belakang murid yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah amat berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan berasaskan ciri-ciri murid, pengalaman sedia ada murid, gaya pembelajaran murid serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi murid  yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Murid yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

2)             Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.  Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia.  Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan murid. Pemilihan media boleh dilihat dari dua aspek. Pertama adalah memilih media yang telah sedia ada, manakala yag kedua adalah memilih format atau bentuk media yang belum ternyata makna didalamnya. Pemilihan media pengajaran yang tersedia berasaskan kreteria yang tertentu seperti :
·         Sepadan dengan kokurikulum
·         Maklumat yang tepat dan tekini
·         Bahasa yang jelas dan tepat
·         Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid
·         Menggalakkan penglibatan murid
·         Mempunyai teknikal kualiti yang baik
·         Terdapat bukti keberkesanannya
·         Bebas dari bias
·         Mempunyai buku panduan yang lengkap

Media yang tersedia boleh diperolehi melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan contohnya di Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan, agensi swasta dan sebagainya.

3)             Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran yang menjadi fokus kepada pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. pemilihan baan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber yang baru.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut harus ditanya:

1.      Adakah bahan ini menepati kurikulum?
2.      Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
3.      Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
4.      Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
5.      Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
6.      Adakah bahan ini ada kualiti?
7.      Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
8.      Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
9.      Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber yang sedia ada haruslah menepati kriteria dan objektif pengajaran pembelajaran supaya dapat menjimat masa dan kos. Walau bagaimanapun, jika bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati kriteria atau objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahan sumber sendiri. Ini pasti akan memerlukan masa, kos dan kreativiti yang tinggi.
 
EDU 3016
Add caption
Komponen 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan di dalam pengajaran adalah amat penting kerana ia menjadi penentuan kepada keberkesanan suatu proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota atau latihan. Buku teks  juga digunakan sebagai sumber tambahan.  Media dan bahan yang telah dipilih akan mengubah suasana  persekitaran yang sesuai dan ideal  untuk pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para murid.
Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid turut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh murid lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan seperti berikut harus diambil oleh guru:

1.     kaji dahulu bahan sumber yang akan digunakan sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah mengkaji,menyemak  atau  menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakkannya untuk proses pengajaran dan pembelajaran                                                              di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa proses pengajaran pembelajaran berjalan.

2.   Menyediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas.
Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Dalam menyediakan proses ini, guru perlu terlebih dahulu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan murid . Guru juga haruslah boleh meramal masalah yang mungkin akan timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternatif yang lain.

3.    Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.
Memastikan persekitaran pembelajaran  yang sesuai yang merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga seharusnya memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah haruslah sesuai dengan kaedah yang telah dipilih dan hendaklah dipastikan selamat. Misalnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

4.      Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
 Memastikan murid bersedia untuk pengalaman pembelajaran yang sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang memberangsangkankan. Memastikan set Induksi yang terancang dan memotivasikan murid supaya dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid untuk terus belajar. Menurut Ausubel, murid  boleh disediakan untuk menerima maklumat baru dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh tentang isi pelajaran yang akan murid pelajari. Seterusnya, wajar bagi seorang guru memberitahu murid objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, murid dapat dimotivasikan untuk belajar. Murid juga harus tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5.      Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid.
Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang memberangsngkan, guru seharusnya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dapat menjadi penyampai yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan dan perhatian murid kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan murid boleh digunakan untuk melibatkan murid secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila murid terlibat secara langsung, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

komponen 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, murid perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dilasanakan seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya.  Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas murid yang betul.
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan murid menyertai aktiviti  dan berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang juga mengambil kira keaktifan murid dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.
Pengalaman rasa berjaya murid  akan dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Lataran itu, guru haruslah memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya akan dapat mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti yang menyediakan maklum balas secara langsung melalui guru, keterlibatan dan minat murid dalam aktiviti akan berterusan.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.
Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons murid berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Komponen 6 : Penilaian / semak semula bahan
Penilaian merupakan satu  proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran  mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dilaksanakan  melalui sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah selesai pengajaran, penilaian perlu dilakukan bagi menentukan kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam proses pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai berkaitan sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.  Secara umum, pencapaian murid dibahagikan kepada tiga, iaitu
i.              Prestasi murid berdasarkan rujukan kriteria (penilaian murid berdasarkan suatu  set objektif yang telah ditentukan)
ii.             Prestasi murid dalam aspek kemahiran.
iii.            Sikap.
Murid akan dinilai dengan soalan betul atau salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu Murid juga menjawab soalan struktur.

Pemilihan dan penilaian sesuatu bahan sumber adalah sangat penting bagi memastikan bahan
yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah bersesuaian dengan objektif
pengajaran yang ingin dicapai serta tahap pencapaian dan kebolehan murid. Bagi
membantu dan memudahkan guru membuat pemilihan dan penilaian bahan sumber
pendidikan Model ASSURE boleh diaplikasikan. Models ASSURE yang mengandungi enam komponen ini dapat membantu guru membuat satu persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini merupakan asas bagi pemilihan untuk semua jenis pengajaran media.