KONSEP PERGERAKAN ASAS

terbahagi kepada empat konsep

Kesedaran Tubuh Badan
 -> pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan ntuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
-> merupakan pindahan berat antara anggota badan dan keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai

Kesedaran Ruang
-> merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan
-> ruang diri dan ruang am -> Ruang diri : ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan -> Ruang am : kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan

Kesedaran Beban
-> merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
->Terbahagi kepada dua iaitu halus ringan:(lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat)  dan berat kuat ; (lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.)

Kesedaran Masa
-> kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

JENIS-JENIS PERGERAKAN
-> Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan
-> berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari atau lompat sisi, lompat skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop

-> Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat.
-> berdiri, duduk,dan sebagainya

perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Lokomotor

  • kedudukan seseorang berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain- berjalan atau berlari dikenali  sebagai bergerak dan beredar
  • merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar  - melalui pergerakan seperti melompat dan berlari 
  • pergerakan yang banyak menggunakan ruang
bukan lokomotor
  • menggerakkan bahagian tubuh badan - tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah
  • menggunakan otot-otot atau motor kecil halus sendi buka-tutup dan pusing putar
  • kurang memerlukan ruang

0 comments: