Showing posts with label Belajar IT. Show all posts
Showing posts with label Belajar IT. Show all posts
Malam ini printer Pokcik tetiba ada timbul masalah

"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"
"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"

Setelah bertanya kepada En.Google PokCIk jumpa pun cara penyelesaiannya.

hanya dengan menggunakan software resetter epson L210 
Langkah-langkahnya adalah :

Pertama

Kedua

Ketiga


keempat

Kelima

Setelah itu FINISH...maka dengan itu printer ini telah boleh digunakan semula.

Link Untuk Download ----->  KLIK SINI



Kredit For : Blog PCC












Sudah tiba masa yang ditunggu...
Segala idea dan keringat akan ditumpahkan kepada majalah Tahun ini....

Langkah Pertama

Memikirkan tema Majalah tahun ini - SANTAI

Langkah ke dua 

Mencari bahan perasa yang bersesuaian, masa untuk mendownload bahan di web....

Setakat malam ini......
ada lah lebih kurang 26 jenis vector....kenapa Vector...nanti Pokcik cerita yer....
masa yang PokCIk rancang untuk mendownload dan mencari bahan perasa ini dijangka mengambil masa 3 ke 4 hari....

nampak senang....tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu...
tak apa...slow-slow demi anak murid yang disayangi.....
Bertahun menunggu pihak berwajib datang merepair..namun ianya tunding menunding..tunggu menunggu..PokCik jadi jaga dalam makmal sendiri..stanby trip elektrik..kalau trip pokcik la panjat on kan balik..2 tahun mengadap benda sama...
Tapi alhamdulilah ada juga hamba Allah yang sudi membantu..akhirnya jumpa juga masalahnya..budak pijak treck wayar sampai hancur...pokcik dan hamba Allah ni berkampung seminggu merepair....kini dah 2 minggu tak ada trip lagi...
Selama 2 tahun berlaku macam-macam andaian dibuat oleh mereka yang pakar..namun cakap ajer..buat tak...akhirnya muncul hamba Allah yang kurang bercakap kerja yang lebih sampai selesai...katanya ikhlas bila bekerja...
Pecah sebab kena Pijak dengan budak-budak

Kualiti kerja kontrakter

Buka Semua Track wire...

Cukup bahaya......
Pasti anda tercari-cari cara mudah untuk menggodam WiFi rumah jiran anda. Cara ini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya dan tidak perlu kepakaran komputer yang tinggi untuk melakukannya. Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.

Hari ini, PokCIk akan ajarkan kepada anda 10 langlah mudah untuk hack WiFi dengan cara yang paling mudah dan berkesan, 

Jika anda sudah bersedia, kita akan memulakan tutorial menggodam dan mendapatkan password di kawasan kejiranan anda.

Jika belum, pastikan anda pergi membasuh muka dan buka mata anda luas-luas.

Caranya mudah.

Ikuti langkah di bawah.

1. Anda kena ada komputer. Kalau takde komputer, macam mana nak akses internet?

2. Kabel komputer kena pasang dan pastikan bil api anda sudah dijelaskan.

3. Jika langkah di atas sudah setel, pastikan anda masuk ke dapur dan cari barang makanan yang boleh dikongsikan dengan orang sekeliling anda.

4. Jika tiada makanan, pergilah ke luar atapun ke pasar untuk membeli goreng pisang dan air tebu. Pastikan beli lebih kerana anda akan memerlukannya untuk menggodam WiFi rumah jiran anda.

5. Jika pisang goreng dan air tebu dah beli, mari kita mulakan cara mudah untuk hack WiFi jiran anda.

6. Ketuk pintu rumah jiran anda dan berikan salam serta senyuman paling menawan.

7. Masuk pintu rumah jiran anda dengan langkah kanan dan duduk dengan sopan.

8. Mulakan bicara sopan anda dengan mengajak tuan rumah minum dan menjamah goreng pisang yang anda bawa tadi.

9. Jika tuan rumah dah sedikit terleka dan kemesraan mula terpancar di wajahnya, inilah masanya untuk bertanyakan kata laluan WiFi rumah beliau.

10. Jika dapat password WiFi hari itu jugak, anda seorang yang bertuah dan sekiranya tak dapat, esok anda cuba lagi.

Itulah cara terbaik untuk mendapatkan password WiFi rumah jiran anda iaitu dengan meminta izin dan pastinya WiFi beliau adalah selamat dan halal digunakan.

Mudah bukan?

Dalam masa sebulan, Komputer PokCIk terlah diformat sebanyak 25 kali....ada sahaja masalahnya......Sayik nak hack ajer kerjanya...nasib baiklah pokCIk ada sedikit kemahiran dalam format mengformat ini...Itu pun PokCik belajar dari En Google...hehehehe...what ever PokCIk kena sentiasa mengikuti setiap perkembangan dunia kini.....benda ak tahu kena tahu......kalau tidak...habislah......

Antara Laman Web yang PokCik selalu kunjungi untuk belajar Komputer ini adalah :


Format Komputer.......

Laman ini lengkap dengan gambarnya sekali cara nak format Komputer :

http://www.aura-ilmu.com/2013/01/Tutorial-Cara-Menginstall-Windows-7-Dengan-Sempurna.html?showComment=1361419555465

Tips Komputer Yang Amat Berguna Dan mudah untuk memahaminya.....

1. http://juslyh.blogspot.com/
2. http://computertiptrik.blogspot.com
3. http://fendiskypro.blogspot.com/2011/07/cara-nak-buang-virus-shortcut.html