i.              Menilai rakaman Video satu  sesi pengajaran. Pelajar perlu menilai dengan memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam rakaman video tersebut.


Salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat didalam rakaman video pengajaran ini adalah  Kemahiran menerang. Kemahiran menerang adalah  salah satu daripada komponen dalam kemahiran mikropengajaran yang harus dikuasai oleh guru . Kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman pelajar serta pelajar dapat mengikut arahan. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi,atau motivasi penyoalan ,variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat bantu mengajar pengukuhan, penutup,menerang dan sebagainya.
Kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengajaran seseorang guru.  Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid, ia biasanya digunakan pada peringkat perkembangan sesuatu proses pengajaran. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru boleh  memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru untuk mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid dengan jelas.
Dalam kemahiran ini telah  menggunakan dengan cara  memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran seperti  menerangkan pengertian bersuci  dengan memberikan beberapa contoh jenis air  yang boleh ditemui disekeliling murid melalui pengalaman sedia ada murid dan juga melalui persembahan multimedia yang digunakan sebagai bahan sumber untuk pemahaman murid. Guru ini juga  menerangkan sambil mendemonstrasikan alat yang tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru ini telah  menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada persembahan multimedia yang disediakan. Guru ini telah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran didalam kelas ini.
Tujuan utama guru perlu menguasai Kemahiran Menerang ini adalah supaya guru dapat Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Ia juga akan dapat memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Disamping itu juga sesuatu isi  pembelajaran murid dapat  dihuraikan melalui sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Kemahiran Menerang ini juga dapat menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
Guru ini telah mengikuti Prinsip-Perinsip Panduan dalam Kemahiran Menerang yang di mulai dengan merancang  aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang amat sesuai. Contoh-contoh ilustrasi dan sumber pengajaran  yang  disediakan amat menarik dan telah disediakan terlebih dahulu. Aktiviti penerangan yang dilaksanakan oleh guru ini  tidak terlalu lama. Jika penerangan dilakukan terlalu lama kemungkinan murid –murid  ini akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dan  mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. Guru ini juga bijak dalam menggunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru tentang topik yang diajar.
Guru ini juga telah menggunakan perkataan dan istilah untuk menerangkan kepada murid juga adalah  berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu dan murid dapat mengikutnya pengajaran dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan berserta dengan penerangan yang dilakukan adalah amat berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti penerangan oleh guru. Selepas aktiviti penerangan dilakukan , guru ini telah menggalakkan murid bertanya perkara-perkara yang murid  tidak faham.
Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang ini akan memberikan kesan yang amat positif seperti
  • Murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.
  • Murid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.
  • Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru kerana penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.
  • Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar  yang digunakan ia dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid  serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.
  • Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Komponen Kemahiran Menerang yang telah digunakan amat jelas. Guru ini telah menggunakan Pengunaan Contoh didalam proses penerangannya seperti contoh sumber yang mencukupi dan ini dapat memberikan input dengan menyeluruh dan ada bahan bukti. Contoh sumber  yang digunakan adalah amat sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid. Contoh sumber yang  jelas dan menarik digunakan sepenuhnya. Ini  kerana murid sukakan benda yang menarik dan berwarna-warni.
Pengurusan Kemahiran Menerang juga dilaksanakan dengan baik. Idea pengajaran  dikembangkan secara teratur dan  murid tidak keliru dengan isi yang disampaikan oleh guru.Variasi rangsangan yang dilakukan oleh guru ini telah berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap pelajaran. Penerangan lisan dilakukan dengan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.
Dengan menguasai kemahiran menerang ini maka isi-isi penting dapat dinyatakan secara bertulis supaya murid akan dapat mengingat dengan lama. Manakala Isi-isi pelajaran disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang difahami oleh murid. Semasa akhir kemahiran menerang ini digunakan penyataan penutup mestilah  ringkas,tepat dan jelas.
Secara keseluruhanya kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam sesuatu mikropengajaran. Ada pelbagai jenis penerangan iaitu menerang secara penaakulan, interpretatif dan diskriptif. Terdapat 5 komponen menerang. Komponen pertama ialah ayat pembukaan, Ini bagi mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian pelajar. Komponen kedua adalah isi kandungan atau intipati yang merupakan perkara penting yang ingin disampaikan kepada pelajar. Komponen ketiga dalam kemahiran menerang ialah kata penghubung atau penanda wacana. Ini bagi menunjukkan perkaitan antara isi kandungan pelajaran. Komponen keempat ialah ayat penutup atau ringkasan. Komponen terakhir ialah soalan yang menaksir kefahaman pelajar. Ia berbentuk soalan pendek bagi menilai kefahaman pelajar. Guru juga boleh bertanya soalan berbentuk retorik iaitu "faham tak?"
Prinsip utama dalam kemahiran menerang ialah gunakan kejelasan iaitu menggunakan ayat yang spesifik dan mengelakkan kekaburan dan tidak relevan. Prinsip lain ialah, gunakan penegasan seperti menggunakan intonasi yang berbeza, penunjuk, pergerakan atau gerak isyarat. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar dengan mewujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman. . Dalam kemahiran menerang juga, guru perlu menunjukkan urutan atau kesinambungan antara isi pengajaran agar pelajar memahami apa yang diajar dengan mudah.
 

LAPORAN ANALISIS 1

Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual (20%) Pelajar diminta mengenal pasti 4 (EMPAT)
keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran dan rakamkan gambarnya.secara statik (bukan video). Pelajar diminta menganalisis keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar tersebut untuk dikaitkan dengan 4 (EMPAT) disiplin/mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Analisis adalah berkaitan:
i. penjelasan kepada keadaan/situasi/fenomena/ senario dalam gambar tersebut;

ii. topik/subtopik apa yang terdapat dalam tiap-tiap disiplin/mata pelajaran yang dipilih yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/ senario tersebut (sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/ Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran);

iii. huraian bagaimanakah keadaan/situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan
pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik tersebut;

iv. cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/ fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.


Ringkasan Pemarkahan:

Gambar keadaan/situasi/fenomena/senario = 1 mrkh
Huraian keadaan/situasi/fenomena/senario = 1 mrkh
Laporan analisis berkualiti = 3 mrkh
Jumlah = 5 mrkh
Keseluruhan: 4 m.pelajaran x 5 mrkh = 20 markah

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : Minggu 10

LAPORAN ANALISIS 2

Perbandingan Kurikulum Mengikut Era (20%) Pelajar diminta memilih 1 (SATU) disiplin/matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah diMalaysia. Pelajar diminta membandingkan disiplin/ mata pelajaran tersebut mengikut era Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) aspek-aspek daripada:

i. dimensi horizontal (skop/liputan, kesepaduan/integrasi dan imbangan)

ii. dimensi vertikal (urutan/sekuen dan kesinambungan/ kontinuiti)

Pelajar juga diminta memberi pandangan/ulasan dan cadangan masing-masing berkaitan disiplin/matapelajaran tersebut.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : Minggu 10
TUGASAN 1

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan:
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
 b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : (29/4/203 –5/5/2013)

TUGASAN2

Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan;
 a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner
b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas
 c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas.
d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak- kanak pintar cerdas.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : (29/4/203 –5/5/2013)

TUGASAN 1

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.

Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

Tarikh Akhir Hantar : 3hb Mei 2013 (Minggu ke-10)

TUGASAN 2

Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) serta Viktor Lowenfeld (1947), perkembangan artistk kanak-kanak boleh dikesan melalui lukisan figura yang mereka hasilkan.

(a) Bincangkan dengan lebih kritis tentang Teori Perkembangan Artistik kanak-kanak.

(b) Kumpulkan SATU (1) lukisan figura bagi setiap peringkat umur berikut;
i. 3 tahun
ii. 4 tahun
iii. 5 tahun
iv. 6 tahun
v. 7 tahun
vi. 8 tahun
vii. 9 tahun
viii. 10 tahun
ix. 11 tahun
x. 12 tahun

Berdasarkan setiap lukisan itu, buat analisis tentang perkembangan artistik kanak-kanak.

Tarikh Akhir Hantar : 3hb Mei 2013 (Minggu ke-10)


Tugasan 1



Pilih satu pusat jagaan kanak-kanak.


1)      Analisa  persekitaran dalaman dan luaran pusat jagaan tersebut.

2)      Pada  pendapat anda, adakah pusat jagaan tersebut memenuhi garis panduan seperti yang ditetapkan dalam akta dan polisi berhubung dengan kanak-kanak.

3)      Bincangkan kelemahan, kekuatan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pusat jagaan kanak-kanak tersebut.

Buat laporan bertulis berserta gambar-gambar yang relevan.

Tarikh akhir hantar tugasan : 3 Mei 2013 (minggu 10)






Tugasan 2



Pilih satu tokoh yang telah anda pelajari;


1)     bincangkan bagaimana pendapat dan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang diutarakan oleh tokoh tersebut dapat diaplikasi dalam konteks di Malaysia.   

Tarikh akhir hantar tugasan : 3 Mei 2013 (minggu 10)