Apakah Program LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Tahun ini PokCik tak banyak dapek hadiah dari anak murid PokCIk.....
PokCik tak kisah sangat pun.....
al maklum la PokCIk ini garang dan cukup tegas pada tahun ini......
ramai dah kena denda dan dimarah PokCik atas pelbagai masalah disiplin dan nilai adap yang tidak baik....

Hadiah Hari Guru
Ini sahaja hadiah yang anak murid PokCik bagi tahun ini...sikit kan...tapi Oklah dari tak ada...sekurang-kurangnya ada jugak.....

Dalam hadiah-hadiah ini ada 2 hadiah yang paling berharga buek PokCik....
Hadiah pertama....
APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
PokCIk di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012

Tak sangka Pulak terpilih untuk tahun lepas....PokCIk tak harapkan sangat anugerah ini sebab sebelum ini markah prestasi tahun-tahun sebelum 2012 pokCIk agak teruk diberi oleh seorang GB yang amat tidak menyukai PokCIk....namun GB baru PokCik bagi jugak then dah rezeki pokCIk dapek jugak.....

hadiah kedua...

Kenaikan pangkat DG29 ke DG 32
Pokcik dapat naik pangkat dari 29  ke DG32...
Alhamdulilah....dapek juga....segala kerisauan akibat markah prestasi yang diberikan oleh GB yang tidak profesional itu tidak diambil kira kot...sebab tu PokCIk dapat jugak naik pangkat.....

Dan Pokcik amat ingin kan hadiah dari anak-anak didik pokCik yang paling berharga.....iaitu kejayaan dalam hidup dan masa depan mereka...inilah hadiah yang paling berharga  PokCik inginkan dari anak didik pokCIk....



PokCik jenis tak suka masuk dalam hal-hal politik ini.....
kalau bab agama lagi lah.....al maklum la PokCIk ini bukannya dikalangan golongan ulamak.....
namun PokCIk mempunyai tanggungjawab kepada bangsa dan agama pokCIk......

Sejak akhir-akhir ini lebih-lebih sejak bermula PRU dan selepas PRU 13 ini, banyak sangat pekara yang telah berlaku dan menyebabkan PokCik jadi takut sangat.....
Dengan perhimpunannya....
namun ianya semakin jelas dan jelas.......

PokCIk tanya abah PokCIk dikampung tentang isu-isu pekara yang berlaku sekarang......
dan abah hanya cakap satu pekara sahaja.......
jangan mengelabah...just tengok dan perhati dan abah cakap, PokCIk akan tahu apa yang PokCIk perlu buat.....

benarlah satu ketika dulu abah pernah cakap Pak lah ( Mantan PM ) membuat kesilapan yang cukup besar kerana melepaskan Anwar Ibrahim....PokCIk tanya kenapa pulak......dia hanya diamkan sahaja....satu pekara sahaja dia cakap.....negara akan huru hara...islam akan dipemainkan...melayu akan diperkudakan..pemuda akan dipergunakan..kita lihat dan tengok.....

Semasa itu PokCIk tak paham....PokCIk cuma tahu Anwar adalah seorang pejuang melayu dan islam.....kerana PokCIk kagum masa muda-muda dia dah jadi pemimpin yang hebat hingga dapat membuat satu pakatan iaitu ABIM kalau tak salah PokCIk la.....dia pejuang islam lahkan....namun kini.....segalanya dah makin jelas...dan PokCIk dapat memahami apa yang abah cuba ketengahkan.....

Patutlah abah selalu pesan...jangan mudah melatah apabila mendengar......jangan mudah melenting apabila melihat......tetapi lihat dengar mata hati......fikir ke logikkannya....lihat dan fikir akan tindak tanduk serta perlakuannya.....solat dan minta ditunjukkan benda yang paling kecil namun besar hikmahnya......

Ketakutan diri PokCIk kini menyelubungi.......kerana menanti apa tanggungjawab yang akan diberikan pada PokCIk oleh abah......









Cukup-cukup la tu oiiiii.....

Ini adalah print screen dari FB rakan PokCIk yang berkerja sebagai pendidik di satu wilayah di Utara....bukan main percaya lagi dia tentang artikel yang keluar di FB ni....
fitnah PRU 13

Then selepas itu Pihak Polis telah mengeluarkan satu jawapan balasan tentang artikel ini...
tengok bawah....
fitnah PRU 13

Then apa yang mereka buat?...
Buat tak tahu sahaja la......macam biasa..nanti keluar lagi fitnah yang pelik-pelik lagi....
cukup-cukup la tu.....
Kerja elok-elok....didik anak bangsa tentang adap dan budaya timur kita cukup lah....
nak berpolitik tengok dulu diri sendiri...anak didik pun tak terdidik sekarang nak didik tang Politik pulak......

kiranya pihak polis sekarang ini baik sangat.....
ketatkan lah undang-undang di internet ni........
dah teruk sangat sekarang ni.....
tangkap sahaja mereka ini jika maklumat dan fakta yang dikeluarkan menyalahi undang-undang....

Orang kita ini senang sahaja.....kalau tak kena maka tak tahu.....
dah kena baru ternganga.....

Sudah-sudah lah tu......



Inilah screen shoot saya dapat dari seorang warga singapura....
Kebenaran ini memang sama seperti apa yang diberitahu Oleh rakan PokCik yang bekerja disana suatu tika dulu...rasanya 3 tahun yang lepas masa di kampung....tu yang tiba-tiba nak kongsi...
malas nak cerita panjang...fikirlah sendiri....

Kita tengok orang kita pulak.....
 
Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara pemimpin yang PokCik paling kagumi dan segani....
Namun dalam beberapa pekara PokCIk rasa Pelik sangat.....
PokCik ada baca jugak paper Utusan sekali sekala.....
tang tajuk ini pun poKcik baca.....harakah Pun pokCIk beli dan baca....


Boleh kah Tuan Guru nyatakan apakah pandangan dan pendapat Tuan Guru tentang gambar ini pula?...

Apakah ini semua Tuan Guru?.....
apakah makna nya ya?......
Ada orang kita kah disitu.....
Apakah yang mereka mahu?......

Satu soalan saya kepada Tuan Guru....
Kenapa yang bila Pemimpin Kafir boleh menolak kesepakatan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura tentang Penggunaan Kalimah Allah Tuan Guru hanya berdiam sahaja....

Dan satu lagi.....apakah jaminan Tuan Guru bahawa ISLAM tetap akan jadi agama rasmi negara ini sedangkan Tuan Guru sendiri melihat bahawa Pemimpin Kafir seolah olah memandang rendah kepada kita.......

Tolonglah Tuan Guru jawab soalan saya yang memang kebigungan sekarang ini...
saya sayang bangsa saya....
saya sedih bangsa saya bergaduh....
saya kecewa apabila bangsa saya berpecah belah.....
dan saya amat terkilan bangsa saya yang beragama islam angkat bendera kafir....
dan saya pilu sedih apabila rakan bangsa saya seagama dengan saya mengkafirkan saya kerana hanya saya memakai baju berwarna biru......

Bolehkah Tuan Guru menjawab soalan yang bermain difikiran saya ini?.....


Assalammualikum dan salam 1 Malaysia......

1 bulan lebih tak update blog ini.....
semuanya kerana kesibukan yang menyebabkan kemalasan.....(alasan)
selepas 5 mei 2013 hari ahad semalam semuanya menjadi  cool semula...
Insyaallah jika tidak ada arah melintang blog ini akan diupdate seperti biasa.....

Em....semuanya telah terjawab....Rakyat telah memilih....
betul ke...tipu ker.....and what ever la apa yang nak dipikir semuanya dah termaktub....
Pihak pembangkang akan teruskan misi mereka...Pihak Kerajaan akan terus mempertahankan....
yang penting bagi PokCik satu sahaja....tanggungjawab kena diteruskan......

Cuma satu sahaja yang PokCIk terkilan.....
Benda ini berlaku dikawasan PokCIk dilantik sebagai ahli SPR secara paksa rela.....
anda lihat dan anda fikir?....




Tugasan 1:
Proses dan perkembangan pembelajaran bahasa dan 2M adalah satu proses yang berterusan (continuous. Secara terperinci huraikan Perspektif Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dari perspektif:

a. Teori dan konsep
b. Langkah-langkah menggunakan KGBK
c. Kekuatan dan kelemahan KGBK
d. Isu dan cabaran KGBK

Tugasan 2:
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), iaitu pendekatan yang menggabungkan pendekatan abjad-fonik (bunyi) dan pendekatan seluruh perkataan. Pilih satu kemahiran mengajar perkataan suku kata dan hasilkan satu modul mengajar yang lengkap menggunakan KGBK yang mengandungi:

a. Senarai perkataan daripada suku kata yang dipilih
b. Langkah-langkah pengajaran
c. Satu contoh Rancangan Pengajaran Harian Bertema yang menggunakan perkataan yang dipilih.
d. Hasilkan buku bacaan bergred (yang menunjukkan suku kata dan perkataan yang dipilih)