PENDIDIKAN PERGERAKAN KREATIF

DEFINISI PERGERAKAN KREATIF

  • Penggunaan pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi
OBJEKTIF PERGERAKAN KREATIF
  • aspek fizikal : memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencapai kecergasan fizikal dalam aktiviti pergerakan yang mengandungi latihan-latihan jasmani serta aktiviti-aktiviti fizikal yang mencabar
  • kanak-kanak dapat memahami, menghargai serta memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan mereka
  • menyedari tentang potensi-potensi pergerakan, batas serta kemampuan mereka dalam melakukan pelbagai aktiviti pergerakan
  • sosio-emosi : belajar bekerjasama dan bertolak ansur dengan masyarakat yang lain - membina sikap, perasaan dan nilai positif kanak-kanak terhadap kesukanan, persaingan sumbangan aktiviti-aktiviti pergerakan dalam membangun kehidupan yang sejahtera. - memberi peluang kanak-kanak untuk gemar melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal, - dapat membina konsep kendiri yang kental dalam hubungannya dengan tubuh badan dan aktiviti fizikal di samping mempertingkatkan mutu disiplin kendiri dan keyakinan kendiri.
  • segi intelek : menambah pengetahuan dan mendalami pemahaman terhadap konsep-konsep pergerakan dan prinsip-prinsip pergerakan fizikal.- membina potensi gerakbalas dan bertindak secara kreatif terhadap tugas yang melibatkan pergerakan asas, gimnastik, kemahiran-kemahiran permainan, ritma dan gerak tari - memberi peluang kepada kanak-kanak memilih aktiviti pergerakan
4 UNSUR ASAS DALAM PERGERAKAN KREATIF


a. Tubuh badan
- Apakah yang dilakukan oleh tubuh badan atau bahagian-bahagian anggotanya?
b. Ruang
- Di mana dan bagaimana ruang digunakan dalam aktiviti pergerakan?
c. Daya
- Kualiti pergerakan.
d. Perkaitan
- Bagaimana pergerakan dihubungkaitkan antara bahagian-bahagian anggota tubuh badan dengan orang lain atau objek-objek?

Perkaitan Antara Individu Dengan Kelompak

4 kategori perkaitan iaitu:
i. Individu dengan individu
ii. Individu dengan kelompok
iii. Kelompok dengan kelompok
iv. Kelompok dengan individu

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
  • Kebebasan Pengucupan Idea dan Perasaan
  • Ritma
  • Kreativiti - elemen yang dinamik yang tersirat dalam jiwa kanak-kanak
KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF KEPADA KANAK-KANAK

  • Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
  • mengurangkan ketegangan emosi.
  • menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri



terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk menyediakan persekitaran yang boleh merangsang dan menjana kreativiti kanak-kanak, antaranya;


1. Persekitaran perlu sesuai dengan aktiviti yang dirancang.
2. Ruang persekitaran mudah dikawal dan diurus.
3. Peralatan yang disediakan mudah diambil untuk digunakan dan juga mudah untuk disimpan.
4. Persekitaran memudahkan pergerakan kanak-kanak.


Melalui aktiviti pergerakan kreatif, penilaian yang dapat dibuat adalah;
1. Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti pelbagai potensi kanak-kanak.
3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.

DYSPRAXIA - masalah penyakit yang berkait dengan masalah ketidakmampuan seseorang dalam mempelajari atau menggunakan kemahiran motor (pergerakan yang mempunyai koordinasi) .

RAWATAN UNTUK DYSPRAXIA - 
o  THERAPI OCCUPATIONAL - membentuk kemahiran khusus
o TERAPI BAHASA DAN PERTUTURAN - membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan berkesan
o LATIHAN PERCEPTUAL MOTOR - Melibatkan peningkatkan bahasa, visual, pergerakan & kemahiran pendengaran

SINDROM TOURETTE - gangguan pada saraf otak (neurological) yang menyebabkan berlakunya perkara- perkara yang tidak terkawal (spontaneous) seperti tingkah-laku dan kata-kata (Dianne K. & Nelson B, 2006). engalami tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang dilakukan secara tidak sedar oleh seseorang (spontaneous).

RAWATAN UNTUK SINDROM TOURETTE
  • Pembedahan neuro
  • Pemulihan tingkah laku dapat dilakukan melalui pembaikkan tabiat dengan bimbingan teknik-teknik menangani (Kids Health Organisation,2007)
  • Ubatan yang berkesan seperti dadah diperlukan bagi pesakit yang mengalami tics

0 comments: