Bab 4
Soalan KRP3013 ( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah )


1)      Apakah aspek yang paling utama dalam perlaksanaan KBSR dan KSSR?
a.      Membaca, menulis, dan menaakul.
b.      Membaca, menulis dan mengira.
c.       Membaca dan bersembang
d.      Membaca, menulis, mengira dan menaakul.

      2)      Bidang apakah yang membentuk dalam kurikulum KBSR?
a.      Membangun, menjana dan kebolehan
b.      Komunikasi, Manusia, dan Alam kelilingnya.
c.       Komunikasi dan Perkembangan Individu.
d.      Manusia dan Alam sekeliling

      3)      Berapakah tunjang dalam pembentukan kurikulum KSSR?
a.      4
b.      9
c.       7
d.      6

     4)      Dalam kurikulum KSSR, terdapat 3 kelompok matapelajaran mengikut modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Efektif.
Matapelajaran yang manakah mengikut  Modul Teras Asas?
i)                    Bahasa Melayu
ii)                  Matematik
iii)                Pendidikan Seni
iv)                Bahasa Inggeris
a.      I dan ii
b.      I, ii dan iii
c.       I, ii, dan iv
d.      Semua diatas

    5)      Berapakah peruntukan masa mengikut kurikulum KSSR dalam masa seminggu?
a.      1380 minit
b.      1330 minit
c.       3000 minit
d.      1333 minit

     6)      Berapakah peruntukan masa dalam seminggu bagi matapelajaran Matematik mengikut kurikulum KSSR?
a.      180 minit seminggu
b.      160 minit seminggu
c.       180 minit sehari
d.      108 minit seminggu

     7)      Pilih pernyataan yang benar tentang perbezaan KSSR dan KBSR?
a.      KSSR mempunyai 3 tunjang utama dan KBSR mempunyai 6 bidang utama
b.      Fokus utama KBSR ialah bertumpu kepada 3M manakala KSSR pula berfokus kepada 4M.
c.       KSSR mengutamakan murid tahun 1 sahaja manakala KBSR mengutamakan murid tahun 6.
d.      Murid mempelajari pelbagai bahasa dalam kurikulum KSSR, manakala KBSR murid hanya belajar bahasa Melayu sahaja.

      8)      Matapelajaran makah termasuk dalam Tunjang Komunikasi Elektif mengikut kurikulum Standard Sekolah Rendah?
a.      Bahasa Cina
b.      Bahasa Inggeris
c.       Pendidikan  Kesihatan
d.      Pendidikan Moral

      9)      Pendidikan Islam dan Moral termasuk dalam Tunjang ___________ mengikut kurikulum KSSR.
a.      Perkembangan Fizikal dan Estetika
b.      Komunikasi
c.       Sains dan Teknologi
d.      Kerohanian, Sikap dan Nilai
 10 ) Apakah tunjang kemanusiaan yang terdapat dalam Kurikulum KSSR?
a.      Pendidikan Islam
b.      Pendidikan Moral
c.       Sejarah

d.      Pendidikan Seni Visual
Bab 2
Soalan KRP3013 ( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah )

1.  KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama. Apakah bidang tersebut?
i.                     Komunikasi
ii.                   Manusia dan alam kelilingnya
iii.                  Minat dan bakat
iv.                 Perkembangan diri individu

A.      I,II,III
B.      II,III,IV
C.      I,II,IV

D.      I,III,IV

2.   Yang berikut merupakan prinsip KBSR, kecuali
A.      Pendekatan bersepadu
B.      Pendidikan yang sama untuk semua murid
C.      Pendidikan seumur hidup
D.      Meningkatkan penggunaan BM dan BI serta bahasa pengantar yang lain.

3.  Terdapat beberapa perbezaan antara KBSR dan KSSR. Manakah berikut yang salah


KBSR
KSSR
A
Bahan kurikulum
Sukatan pelajaran (SP)dan Huraian Sukatan
Dokumen standard kandungan (DSK)
B
Kemahiran berfikir
Elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat & ICT secara eksplisit
C
Fokus
3M

4M
D
Organisasi kurikulum
Tahap 1
Modul teras asas, modul teras tema, & modul elektif

Tahap 2
Mata pelajaran teras & Elektif
Tahap 1
Mata pelajaran teras, wajib & tambahan

Tahap 2
Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan

4.  Daripada aspek bahan kurikulum, apakah kelebihan KSSR?
A.      Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria.
B.      Kemahiran asas 4M ditegaskan
C.      Lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan.
D.      Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid.

5.  Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke  arah pembelajaran berterusan. Apakah kaedah p&p yang disarankan?
i.                     Belajar sambil bermain
ii.                   Melakukan inkuiri penemuan
iii.                  Pembelajaran koperatif
iv.                 Pembelajaran luar bilik darjah

A.      I,II,III
B.      I,II,IV
C.      II,III,IV
D.      I,II,III,IV

6.   Manakah penyataan yang benar?
A.      KLSR hanya memberi pendidikan asas dan tidak bersifat akademik
B.      KLSR tidak memberi pendidikan asas sebaliknya lebih bersifat akademik
C.      KLSR kurang memberi pendidikan asas, sebaliknya lebih bersifat akademik
D.      KLSR lebih memberi pendidikan asas dan lebih bersifat akademik

7. Pendidikan untuk semua
  • Penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
  • Meningkatkan penggunaan BM&BI serta bahasa pengantara yang lain
  • Pendidikan sepanjang hajat
  • Penekanan kepada nilai murni
  • Kesepaduan unsur JERI


Ciri- ciri di atas menunjukkan?
A.      Kesepaduan dalam KBSR
B.      6 Tunjang dalam KSSR
C.      Prrinsip dalam KBSR
D.      Bidang utama dalam KBSR

8.   Apakah persamaan antara KBSR dengan KSSR?
A.      KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaituTahap 1 dan Tahap 2
B.      Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan
C.      Penilaian formatif dan sumatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid
D.      Bahan-bahan yang relevan difikir dan disediakan  oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas

9.   Kurikulum KBSR perlu disemak semula untuk ___.
i.                     Meningkatkan mutu p&p berdasarkan konsep kesepaduan.
ii.                   Memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran matemetik dan unsur-unsur KBKK
iii.                  Seiring dengan ekonomi, social dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
iv.                 Selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu.

A.      I,II,III
B.      II,III,IV
C.      I,II,IV
D.      I,III,IV

10.   Lengkapkan jadual berikut berasaskan 6 tunjang KSSR.
komunikasi
X
Y
Kerohanian,sikap & nilai
Perkembangan fizikal dan estetika
Z
i.                     Kemanusiaan,
ii.                   Sains dan teknologi
iii.                  Keterampilan diri
iv.                 Perdagangaan


A.      I,II,III
B.      II,III,IV
C.      I,II,IV
D.      I,III,IV
Ramai Orang DiPutrajaya....
Pejam celik pejam celik,sekejap ajor tahun 2012 berlalu..banyak kenangan dan peristiwa yang sukar dilupokan..hope live pokcik tahun 2013 ini akan lebih baik dan bermakno..then pokcik jugak harap tahun 2013 ini akan lebih mematangkan pokcik..samo-samo la kito berdoa yor...

Somalam sompek jugak lo pokcik n family bersamo family membo pokcik p putrajaya tengok bunga api..bukan main seronok anok pokcik tengok bunga api yang moletup2 tu..tak apo la sotahun sokali ajor..ikutkan hati pokcik maleh nak bersosak dongan orang ramai..tapi megonangkan anak bini pokcik kotopikan jugak kemalasan pokcik ni..

Hari pertama 2013 awal-awal dah ado peristiwa yang agak menjengkelkan berlaku..pagi-pagi pokcik bangun then p tingkap pokcik dihidangkan dongan aksi tidak senonoh 2 pasangan..lelakinya bangla wanitanya melayu..siap berpeluk peluk laei..ontah la..Apo nak jadi dengan manusia sekarang agaknya....Maleh nak cerito banyak-banyak kito ada akal pikir la sendiri.....
Bab 3

1.       Apakah matlamat kurikulum sekolah rendah?
                                I.            Tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh pada akhir suatu proses pendidikan.
                              II.            Ia bersifat umum dan berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada pencapaian metlamat pendidikan sesebuah Negara.
                            III.            Pendidikan adalah ke arah pembentukan manusia yang bersifat mulia.
                            IV.            Memperkembangkan potensi murid-murid untuk aspek personal,sosial dan emosi

A
I,II,III
C
I,III,IV
B
I,II,IV
D
I,II,III,IV

2.       Apakah matlamat kurikulum dalam pendidikan sebelum penjajahan Inggeris?

A
Untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat.
B
Pendidikan formal.
C
Pendidikan kea rah perpaduan.
D
Pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.       Berikut adalah sekolah-sekolah vernacular,kecuali

A
Sekolah Melayu
C
Sekolah Tamil
B
Sekolah Cina
D
Sekolah Wawasan

     4.       Berdasarklan Perakuan 57(a) ,Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

“ Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang ___________, bidang _________________________dan bidang ______________________sesuai dengan keperluan,minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-muid itu.”

A
Komunikasi ,Manusia dengan Alam Semula Jadi dan Perkembangan Masyarakat.
B
Komunikasi, Manusia dengan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.
C
Hubungan,Manusia dengan Tuhan dan Perkembangan Diri Individu.
D
Hubungan, Manusia dengan Tuhan dan Komunikasi.

5.       Apakah mata pelajaran yang terkandung dalam bidang Komunikasi

A
Pendidikan Moral dan Muzik
C
Bahasa dan Matematik
B
Pendidikan Seni dan Bahasa
D
Pendidikan Jasmani dan Matematik

6.       Apakah Objektif  KBSR?
                                I.            Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
                              II.            Menguasaia kemahiran belajar dan berfikir.
                            III.            Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.
                            IV.            Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

A
I,II,III
C
II,III,IV
B
I,II,IV
D
I,II,III,IV

     7.       Kemahiran asas berbahasa termasuklah

A
Mendengar ,bertutur,membaca dan menulis.
B
Membaca ,menulis dan mengira.
C
Mendengar, membaca dan menulis.
D
Mendengar, bertutur,membaca,menulis dan mengira.

    8.       Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berteraskan

A
Penyata Razak dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
B
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
C
Akta Pelajaran 1961 dan Rukun Negara.
D
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

   9.       Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut :
                                I.            Insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial.
                              II.            Warganegara yang bertanggungjawab.
                            III.            Global Player
                            IV.            Pekerja ilmu

A
I,II,III
C
II,III,IV
B
I,II,IV
D
I,II,III,IV

  10.       KSSR mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,iaitu
                                I.            Belajar untk mengetahui
                              II.            Belajar untuk bermain
                            III.            Belajar untuk hidup bersama
                            IV.            Belajar untuk membentuk peribadi

A
I,II,III
C
II,III,IV
B
I,III,IV
D
I,II,III,IV


Bab 1
Soalan KRP3013 ( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah )

1. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Berikut adalah mata pelajaran Teras dalam KBSR kecuali,
A) Muzik
B) Matematik
C) Sains

D) Bahasa Melayu

 2.  Dalam bidang perkembangan diri individu. Mata pelajaran apakah yang tiada pada tahap satu?
A) Kemahiran Hidup
B) Pendidikan Seni Visual
C) Pendidikan Muzik
D) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

3.Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada 3 kelompok, iaitu mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK?
i.  Bahasa Arab
ii.  Bahasa Melayu
iii.  Matematik
iv  Bahasa Inggeris

A) I,ii,iii                 B) I, ii,iv                                C) I, iii, iv              D) ii, iii, iv

4.   Apakah tujuan mata pelajaran yang berkomponen kerohanian, nilai dan sikap?
A) Membina sikap, watak dan personaliti murid-murid
B) Memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggungjawab
C) Membangunkan sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan
D) Mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya.

5.Berikut adalah tunjang-tunjang di dalam mata pelajaran teras dan elektif KSSR tahap 2.
i. Tunjang Komunikasi
ii. Tunjang Sains dan Teknologi
iii. Tunjang Kemanusiaan
iv. Tunjang Komunikasi Elektif

A) I, ii, iii               B) I, ii, iv               C) I, iii, iv              D) Semua di atas

6.  Mengikut UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan 4 tonggak utama berikut kecuali:
A) Belajar untuk mengetahui ( Learning to know)
B) Belajar untuk bertindak ( Learning to do)
C) Belajar untuk membentuk peribadi ( Learning to be)
D) Belajar untuk kerjaya ( Learning to Success)
(Tips : belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi )

7. Apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran teras?
A) Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid
B) Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid
C) Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan
D) Mata pelajaran yang tidak wajib dipelajari oleh semua murid.

8.  Apakah tujuan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan dalam KSSR?
A)  Mengukuhkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul di kalangan murid
B) Menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan
C) Membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa
D) Membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah

9.  Dalam KSSR, klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Antara lain adalah bagi perkembangan _________________.
A) Jasmani
B) Intelek
C) Sosial
D) Rohani

10. Manakah antara berikut benar berkaitan dengan klasifikasi modul elektif di tahap satu KSSR?
A) Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah
B) Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan
C) Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari
D) Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing

Latihan Seterusnya :

Klik sahaja setiap bab-bab yang ada :

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 3 tambahan
Bab 4

Soalan Latihan Ulangkaji KBK 3073