Tanggang Ayu

PokCik balik awal hari ini.....dalam jam 4.30 petang dah sampai rumah...
layan astro 105 (Astro Prima)...Cerita Tanggang Ayu......Episod 2.....
awal-awal cerita dah gempak.....

anak jirannya maki jiran yang sebelah sebab arwah lakinya perompak dah mati sebab ditembak polis....arwah suami si yang dimaki pula  pernah tolong keluarga dia...
bukan main kurang ajr lagi si anak dengan si emak kerana emaknya mempertahankan si isteri arwah.....

Si isteri yang suaminya baru mati kene tembak tadi pun keluar kampung......
So si isteri ini tadi dapatlah bilik sewa yang dimiliki oleh sepasang suami isteri.....
Pergh.......si isteri pemilik rumah tadi bukan main jahat lagi dengan si balu malang ini......
dah la kawan tu ada anak.....tak dipikirnya.......boleh menipu lagi dengan mengatakan sewa bilik sampai RM200 sedangkan sewa bilik hanya RM50 sahaja....
Sampai sini saja cerita ini pokCik layan.....Tak sanggup nak tengok......
PokCik jenis sensetif sikit bab-bab ini.......

banyak Pengajaran yang PokCIk dapat dalam 15 minit menonton cerita Tanggang Ayu ini.....
Antaranya :
  • Inilah sifat orang melayu kita......benda baik dia tidak akan ingat...benda jahat sahaj yang disukai.....
  • Suka menjatuhkan hukuman sendiri dengan mengata orang tu teruk orang ini salah...sedang diri sendiri tak nampak.....
  • kalau salah seorang ahli keluarga kita yang bjahat bermakna satu keluarga kita jahat.....
  • kalau dah cemburu datang......sanggup membuat orang lain merana tanpa memikirkan kesan kepada orang lain yang tidak bersalah..ada kes sampai sanggup membunuh dalam diam.....
  • Sembahyang cukup...puasa cukup.....haji dah pergi...masjid pergi...tapi menyimpan hasad dengki dan berfikir cetek demi kuasa dan pangkat yang dia ada sebab dia orang kuat masjid..cakap dia yang betul siap berhadis dan bersunnah sedangkan dia tidak melakukan sesuatu dengan ikhlas...(Ini cerita kampung PokCIk)...
Siapa yang sanggup nak tengok boleh la layan cerita ini setiap selasa jam 5.00 petang di astro prima (105)....

hakikatnya....INILAH SIFAT SEBENAR ORANG-ORANG disekeliling KITA......
Terima atau tidak ini adalah pendapatan dan pandangan PokCik dari pengalaman pokCIk sendiri....
Tepuk dada tanya iman dan pengalaman......


1 comments:

Anonymous said...

Saya setuju benar2 dgn PokCik ni.. sy jugak mengalami nya.. Dunia ni byk sgt org ada penyakit hati ni.Yg baik2, jiwa bersih susah nak jumpa atau Allah lebih sayangkan mereka.