BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula Dikurangkan.

“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin.

Ini adalah berita yang baru didengar melalui  Astro Awani.

Fakta kenaikan harga gula :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)
  5. 29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen)
  6. Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Kempen kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit sudah lama dijalankan. Jika anda semua diberikan pilihan antara BR1M dengan  subsidi gula dikekalkan? Yang mana satu yang menjadi pilihan anda? 

Pokok pangkalnya setiap yang diberikan harus mempunyai pro dan contranya.....
So pikir-pikir la yer....

0 comments: