Adakah Guru Profesional ?

Satu persoalan yang menjadi tanda tanya?......

Siapa dapat jawab dengan tepat?....
Tahu tak makna perkataan Pofesional?....
Apakah ciri-ciri seorang profesional?.....
apakah perbezaan sekolah kebangsaan dan swasta?.....
Apakah perbezaan sistem sekolah kebangsaan dengan jenis sekolah jenis kebangsaan...lebih-lebih sekolah kebangsaan cina?......
Apakah perbezaan sekolah dikampung, dipendalaman dan dibandar?....
Apakah sekolah dibandar lebih hebat seperti di uar uarkan?

PokCIk kecil kan spek sikit.....
Kita tengok sekolah rendah ajer.....Sek Men tak tahu sangat apa ceritanya.....
kita tengok sekolah rendah di bandar...di luar bandar pokcik tak tahu apa cabarannya....
Adakah semua sekolah dibandar hebat?.....adakah semua murid-murid yang ada dibandar lebih banyak kelebihan?sebabnya terdedah kepada pelbagai informasi yang terkini dan lebih maju....
Apakah suasana disekolah rendah yang mejoritinya muridnya terdiri dari rumah rumah flet or setinggan sama dengan sekolah rendah yang murid-muridnya terdiri dari rumah-rumah teres dan banglow?.....
Adakah pemikiran semua ibubapa sama tanpa mengira latar belakang?.....

Kita tengok pulak dari sudut yang dikatakan profesional?.....
Profesional?......wah begitu gah perkataan ini....
Namun adakah kita sedar bahawa guru bukan melaksanakan tugas yang melambangkan profesional?....
kenapa? sebabnya guru bukan hanya mengajar sahaja.....guru adalah segala galanya.....
Kerani pun dia.....tukang kebun pun dia.....polis pun dia......juruletih pun dia.....pak guard pun dia....nak pendek kan cerita pun semua lah dia yang buat.....
Guru harus menggunakan pendekatan yang profesional apabila membuat sesuatu..nak profesional macam mana kalau dah budak sendiri teruk sangat....teruk dari segi apa?....ADAP DAN BUDI BICARA...SIKAP HORMAT MENGHORMATI..kalau salah or kalau ada aduan comfrim kena tembak punya......nombor satu yang tembak adalah ibubapalah....kemudian guru besar pulak...kemudian jabatan...kemudian KPM pulak......
SEBABNYA....Guru kena bertindak profesional dalam apa keadaan sekalipun.....walaupun maruah kita dipijak-pijak....walaupun kita dihina.....
So bagi yang dah jadi Guru or baru nak jadi guru mental kena kuat ibarat besi yang tak lebur.....kerana tiada siapa yang akan pertahankan kita kecuali kita buat kerja kita secara profesional walaupun hakikatnya kita tahu sikap dan cara profesional itu tidak akan menyelesaikan masalah...

kita tengok disekolah pinggir bandar yang biasanya terdapat banyak rumah-rumah flat....
tahukah kamu bahawa murid-murid kebanyakkanya tidak mempunyai adap dan sikap hormat menghormati serta jati diri yang kuat......tahukah anda?......sekolah dah dianggap macam tempat mengasuh ajer....cukup masa ambik anak balik....pergi pulak sekolah agama...selesai semua dah....
budak tak pandai salahkan guru tak pandai mengajar.....guru makan gaji buta.....kerja balik awal pun nak berlagak....makan duit haram sebab anak dia tak pandai....budak bergaduh sikit nak masuk campur....pasal pensil pun boleh jadik kes...cakap anak dia kena buli...hakikatnya dia tak kenal perangai anak dia dah macam tut...................(tak baik cakap bukan bukan)......

Nak pandai macam mana kalau dah masa belajar pun dia boleh berangan......buat aktiviti yang menarik sikit dia boleh bermain-main.....Guru tegur adalah dalam 5 minit boleh tahan.....kalau dah setiap 5 minit nak tegur masak la guru tu......bukan guru ajar 5 or 6 orang dalam kelas......nak kawal 20 pun pening apatah lagi yang 38 or 40 orang dalam satu kelas....ini tak masuk bab buku teks...buku latihan...buku kerja......di area rumah flet ini kena pandai-pandai la...sebabnya kalau minta beli buku kerja or buka tambahan memang payah...silap-silap kena marah pulak nanti......

whatever la......
PokCIk nak terangkan disini bahawa......
Kita jadi guru kena la ikhlas...biar lah apa pun orang cakap orang nak tuduh kita....kita kena mengadap jugak.....Ingatlah bangsa kita di bahu kiri kita...agama kita di bahu kanan kita.....
profesional or tidak jangan dipedulikan kerana kita lebih kenal tempat kita.....
bab ibubapa...tak payah layan sangat....buat pekak ajer....kalau dia lebih-lebih jangan layan sangat anak dia...biarkan ajer..... simpan bukti-bukti......Sebab ibubapa hanya tahu komplen ajer....bukan dia tahu masalah kita.....Terimalah satu hakikat bahawa ibubapa belum tentu sedar bahawa sifat mereka banyak diwarisi oleh anak dia melalui tindak tanduk mereka sendiri......kalau buruk perangai mereka buruk la anak dia....kalau baik mereka baik la anak dia...budak belajar dari perlakuan orang dewasa dan masyarakat disekeliling mereka.....

.......ini sekadar luahan apabila pokcik makin rasa tertekan sekarang......
-----------------------Hope membantu jika sudi-------------------------------







2 comments:

Siti Safiyyah said...

ss dibesarkan dalam family guru. bila baca citer2 camni, ss paham perasaan pokcik camne. inilah yang perlu dihadapi oleh guru =) orang kata, senang jadi cikgu ni. tapi ss tak rasa camtu pun, yelah melihatkan sendiri real situation nya yang berlaku dalam family ss ni.

jadi guru ni paling best masa hari guru je. dapat banyak hadiah. hehe. kan kan? ^_^

Unknown said...

Malaikat maut mana dapat hadiah....hahahaha