Sejarah Hitam Harimau Malaya bersama Qatar

Mari kita konal dulu sikit-sikit tentang perlawanan ini...
Berada pada kedudukan ke-106 dalam Ranking FIFA jelas menunjukkan pasukan Qatar berkelebihan ditambah bermain ditempat sendiri. Namun falsafah hebat FAM iaitu "Ranking TIDAK PENTING" mampu dibuktikan, sudah pasti pasukan Qatar akan mengalami kesulitan yang amat besar apabila melayani kunjungan skuad Harimau Malaya kelak.
Seramai 26 orang pemain telah dipanggil oleh Fahad Thani berbanding Rajagopal 'The Scientist' yang hanya memerlukan 24 orang pemain sahaja. Saad Al Sheeb yang berusia 22 tahun dan baru sahaja memiliki 3 penampilan antarabangsa hampir pasti menjadi penjaga gol utama berikutan persembahan semasanya yang amat memberansangkan. Pemain pertahanan penuh pengalaman iaitu Bilal Mohammed yang berusia 26 tahun akan mengetuai barisan 'Back 4' Qatar. Dengan rekod 4 gol dalam 61 penampilan antarabangsa, beliau merupakan antara nadi penting untuk pasukan Qatar.


Selain itu, negara Qatar juga turut melaksanakan Program Naturalisasi seperti Indonesia dan Singapura. Program ini dikenali sebagai PNR1Q iaitu Program Naturalisasi Rakyat 1 Qatar.  Mereka telah menjadikan pemuda Uruguay yang berusia 29 tahun iaitu Sebastian Soria sebagai warganegara Qatar yang sahih lagi sah. Soria adalah penyerang utama Qatar buat masa ini dengan rekod jaringan 26 gol dalam 66 penampilan buat pasukan ini.

Antara senarai pemain yang dipanggil oleh Fahad Thani (lagi 2 orang gagal dikesan) adalah 
  • Qasim Burhan
  • Baba Malik
  • Ibrahim Majed 
  • Abdulkareem Hassan 
  • Mahdi Ali
  • Ibrahim Ghanem 
  • Mohamed Mousa 
  • Khaled Muftah
  • Yousif Muftah 
  • Khalid Abdulraouf 
  • Hamad Ismail Ahmed Yassir 
  • Talal Al Balooshi 
  • Hassan Al Haidous 
  • Abdulaziz Al Sulaiti
  • Abdulaziz Hatem
  • Younis Ali
  • Mohammed Al Sayed 
  • Khalfan Ibrahim
  • Majed Mohammed
  • Yousef Ahmed
  • Jarallah Al Marri
Jika dilihat pada rekod pertemuan peringkat senior antara Malaysia dan Qatar, kelebihan jelas berpihak kepada Qatar. Sepanjang 5 pertemuan, Malaysia hanya mampu seri 3 perlawanan manakala tewas dalam 2 perlawanan yang lain. Amat mengerikan.


Apa sekalipun PokCik tetap mahu tengok game ini esok...kalah menang bukan cerita....yang penting sekali Harimau malaya harus bermain dengan baik dan bersemangat...
Hakikatnya PokCik tahu...Siapa nak kalah?.......
Kalau dah kalah memang dah adat tetapi biarlah kalah dengan berMARUAH 


Sumber diperolehi : Mata Pena Si Hitam

1 comments:

Aku pengembara said...

Ya betul 2.. tunjukkan satu kualiti permainan yg baik.. walaupun kalah, at least kita dah buat yg terbaaik.. bak kata admin, kalah bermaruah...