Assalammualikum....
Dok termenung memikirkan keputusan bebudak menjelang UPSR 2015 yang tinggal tak berapa hari lagi ini.......
Segala usaha dan keringat jenuh dikeluarkan.Segala teknik dan cara telah dibuat...
Tak tahu macam mana nak buat lagi.
Dok termenung sahaja melihat angka-angka ini...
Untuk makluman ini adalah keputusan dari kelas belakang. Pokcik memang pening sekarang ini....
5:57 PM
Malam ini printer Pokcik tetiba ada timbul masalah
"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"
Setelah bertanya kepada En.Google PokCIk jumpa pun cara penyelesaiannya.
hanya dengan menggunakan software resetter epson L210
Langkah-langkahnya adalah :
Pertama
Kedua
Ketiga
keempat
Kelima
Setelah itu FINISH...maka dengan itu printer ini telah boleh digunakan semula.
Link Untuk Download -----> KLIK SINI
Kredit For : Blog PCC
8:40 PM
TUTORIAL
1
MAKSUD
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Ialah Aplikasi
kaedah saintifik bagi menkaji masalah pendidikan dengan tujuan utk
memahami, menerang, menjangka atau mengawal fenomena pendidikan.
DUA
TUJUAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(OLEH GALL, 1996):
a. Utk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling
kita dalam bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu.
Cthnya : situasi
pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan.
b. Utk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan situasi masa kini.
Cth: Kejayaan pelajar pada masa hadapan
diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini./ keputusan
percubaan peperiksaan SPM digunakan utk meramal keputusan pepriksaan SPM mereka
nanti.
c. Utk tujuan penambahbaikan
berhubung dgn sesuatu fenomena yang biasannya melibatkan aktiviti pencelahan(intervention). Cth: Sblm melaksanakan satu
kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih
dahulu oleh penyelidik utk melihat keberkesannya.
TERANGKAN
PERBEZAAN KAJIAN KUALITATIF DENGAN KUANTITATIF:
KUALITATIF: Satu bentuk kajian yang dijalankan utk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Input
akhirnya ialah hasil kajian yang memberi
kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan responden yang dikaji. Ianya SUKAR dilakukan kerana data adalah subjektif.
KUANTITATIF: Penyelidikan yang sistematik
berdasarkan nilai numerikal atau
statistik . Kajian ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data kajian. Alat yang biasa
digunakan ialah soal selidik sama ada
soal selidik terbuka atau tertutup. Hasil
kajian merangkumi
formula-formula tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan
perkiraan statistik. Ia juga biasanya utk mengukur tingkahlaku yang nampak(luaran).
4 KOD
ETIKA PENYELIDIKAN:
a. Mendapat Kebenaran daripada Responden.
b. Penglibatan: Responden
perlu diberitahu setakat mana penglibatan mrk dlm penyelidikan tersebut.
c. Kerahsiaan, seperti mengutamakan hak responden.
d. Anomiti: Penyelidik mesti
menjamin anomiti kpd peserta spt identiti responden.
HURAIKAN
PROSEDUR MENJALANKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN:
1.
Menyatakan masalah kajian,
iaitu isu @ persoalan pokok yang akan dikaji.
2.
Menetapkan Objektif Kajian:
Menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dlm
penyelidikan tersebut.
3.
Membentuk Soalan Kajian:
Dibina berdasarkan Objektif Kajian dan mestilah jelas, tepat dan berfokus.
4.
Menghasilkan Hipotesis Kajian: Utk menentukan sama ada yang dikaji itu benar atau salah dll.
5.
Melakukan
Tinjauan Literatur: Utk mengetahui isu-isu yang berkaitan dgn
penyelidikan yg akan dijalankan.
6.
Merancang Kaedah Kajian : Menetukan instrumen serta prosedur pelaksanaan kajian.
7.
Merekabentuk Kajian :
Menentukan sama ada pendekatan kualitatif @ pendekatan Kuantitatif yg bakal
digunakan.
8.
Menentukan Prosedur Persampelan : Sampel yang betul agar dpt menggambarkan sesuatu @ fenomena yang
dikaji.
9.
Membina instrumen Kajian:
iaitu alat utk membuat pengukuran @ pengumpuln data.
10.
Menyatakan Kesahan & Kebolehpercayaan instrumen Kajian: Spt Kesahan
Kandungan dan Kesahan Muka.
11.
Menetukan Prosedur Pengumpulan Data : Agar data yang dikumpul cukup, tepat dan dpt menggambarkan dgn benar
12.
Mengumpul Data :
Iaitu Mengutip Data.
13.
Menganalisis Data :
Samada secara Kualitatif @ kuantitatif.
14.
Membincang Hasil Kajian : Agar menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi
penyelidikan.
15.
Melaporkan Kajian :
Iaitu melaporkan keseluruhan kajian spt Tujuan kajian, objektif kajian, reka
bentuk kajian, dapatan kajian, cadangan2 dsbnya
TUTORIAL
2
1. 3 JENIS PENYELIDIKAN KUALITATIF(HURAIKAN):
a. Kajian
Kes : Menurut Merriem (1998)
Kajian kes digunakan utk memahami secara mendalam
ttg subjek yg dikaji . Melibatkan seorg individu, sekumpulan
manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. Cth: Kajian ttg tanda t/laku
bermasalah dan penyebab cara meluahkan perasaan serta emosi seorang
pelajar.
b. Kajian
Sejarah : Mengkaji ttg sebab-sebab, kesan-kesan @ kecederungan dari peristiwa lepas yg mungkin boleh membantu utk menerangkan
perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada
masa akan datang. Cth: Kajian kesan pelaksanaan PdP Sains &
Matematik dlm B. Inggeris (PPSMI) dlm kalangan pelajr sekolah Menengah.
c. Kajian
Naratif: Satu Kajian yg
digunakan utk memahami atau mengkaji bagaimana
manusia membina makna dalam kehidupan mereka, iaitu makna
yg ditafsirkan kesan drpd peristiwa2 yg berlaku dlm kehidupan mereka. Cth:
Kajian Analisis Naratif Filem Romantik Korea: Winter Sonat
2. MAKSUD ‘MASALAH
KAJIAN YG BAIK’: Ialah Masalah
yg mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh
dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan.
3. TERANGKAN
2 PUNCA BLH MENDAPATKAN MASALAH KAJIAN:
i. Minat
& Pengalaman Pengkaji: Iaitu minat atau rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara. Jg
Pengalaman peribadi di persekitaran spt di tempat kerja, bilik
kuliah, bilik darjah dsb akan membantu mencetuskan idea-idea utk
mnjalankan sesuatu kajian
ii. Tinjauan
Literatur: Iaitu melalui pembacaan pada kajian-kajian yg lepas,
Yang mana akan dpt membantu pengkaji dlm memilih isu kajian yg relevan dan
bersesuaian. Seterusnya membantunya utk merangka isu
kajian yg lebih baik.
TUTORIAL
3
1. MAKSUD
PENYELIDIKAN KUANTITATIF :
Penyelidikan Kuantitatif ialah penyelidikan yg sistematik berdasarkan nilai numerikal atau
statistik . Tujuan ialah utk:
i.
Menguji teori
ii.
Melihat hubungkait angkubah
iii.
Menjelaskan fenomena dr segi “sebab penyebab”.
iv.
Membuat ramalan.
v.
Membuat tinjauan
2. Namakan
3 Jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif :
i.
Kajian Eksperimental .
ii.
Kajian Tinjauan
iii.
Kajian Korelasi
3. APAKAH
MAKSUD KAJIAN ETNOGRAFI?
Iaitu Kajian
deskriptif ke atas budaya, sub-budaya , institusi atau
kumpulan sesebuah masyarakat. Kajian ini biasanya menggunakan teknik pemerhatian, temubual(sama ada secara
formal @tdk formal), analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan
enulisan diari. Cth kajian: Kajian mengenai gaya
pembelajaran pelajar di rumah.
4. TERANGKAN
FASA ANALISIS DATA KUALITATIF.
Lacey
& Luff(2001) menyatakn Fasa Analisis Data Kualitatif ada
beberapa Fasa, iaitu :
I.
Penerokaan Data
Kajian: Peringkat ini, Pengkaji perlu membaca, menyemak,
mendengar berulang-ulang kali data-data yang telah dikumpul. Juga dibuat
sedikit ringkasan yang penting.
II.
Transkripsi : Iaitu proses menukarkan rakaman temubual
(dalam bentuk audio) dan nota lapangan yang bertulis tangan kepada
bentuk ‘verbatim’(bertulis bertaip) agar mudah dibaca dan
difahami. Jg segala tanda bukan lisan sperti
diam sejenak, ketawa, mimik muka, berkerut dahi dan
sebagainya PERLU DIREKODKAN kerana
menggambarkan perasaan responden.
III.
Mengorganisasi : Iaitu menyusun
data yang telah siap dengan teratur. Peringkat ini jg
ditukar nama responden kpd nama samaran iaitu dalam etika menjaga kerahsiaan
responden.
IV.
Pengkodan : Iaitu proses utk meniliti, membaca,
mengenalpasti serta mengeluarkan teks dan memberi kod(sama
ada dalam satu bentuk @ singkatan), agar lbh mudah utk
dianalisis. Pengkodan boleh dilakukan secara manual ataupun
menggunakan perisian tertentu spt NUD IST, NVivo dan Atlas Ti.
V.
Analisis : Peringkat
ini melibatkan proses untuk membina tema.
Iaitu melibatkan pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif.
TUTORIAL
4
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYELIDIKAN YANG MEMATUHI
PARADIGMA POSITIVISME?
·
Adalah
bagi menganalisis sesuatu isu, ianya
akan melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang boleh
diperhatikan, diukur, di buktikan serta akan ada elemen hubungan sebab dan akibat.
·
Maka
penyelidikan yang mematuhi paradigma ini akan menggunakan
kaedah kuantitatif, dan data informasi dalam
bentuk numerical serta penganalisisan
data secara sistematik.
·
Pengkaji
yang meyokong paradigma ini, mempunyai hubungan yang
kurang rapat (detached) daripada partisipan kajian, agar emosi penyelidik neutral dalam melaksanakan kajian.
Ini amatlah perlu supaya penilaian pengkaji tidak mempengaruhi fakta atau
aspek-aspek dalam kajian tersebut.
Modul m/s : 89
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN
KUALITATIF?
·
Merriam
(1998), mentakrifkan kebolehpercayaan atau ‘reliability’ adalah sejauh mana dapatan kajian boleh diulang atau
direplikasikan. Dengan perkataan
lain, adakah kaijian ini, jika diulang akan
menghasilkan dapatan yang sama.
·
Menurut
Creswell (2007), kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif adalah berdasarkan ‘intercoder agreement’, iaitu persetujuan antara
beberapa individu dalam menyemak kod-kod analisa yang telah dibuat pada data
kajian.
Modul
m/s: 142
HURAIKAN
4 STRATEGI UNTUK MENENTUKAN
KESAHAN DALAMAN DALAM KAJIAN KUALITATIF.
Masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama
responden.
Apabila pengkaji berada lama di tempat
kajian, membuatkan dia lebih rapat dan memahami budaya,
isu kajian dengan terperinci. Apabila hubungan baik telah terbina , maka lebih
senang untuk responden meluahkan pandangan, perasaan terhadap isu kajian.
Triangulasi (triangulation) – Marshall
dan Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata
untuk mendapatkan kebenaran, tetapi dapat memberi
gambaran mengenai dunia social dari pelbagai perspektif.
Ulasan oleh rakan (peer view) – fungsi
rakan (peer) adalah membaca, meneliti dan membuat komen yang
analitis tentang aspek seperti metodologi, analisa serta
interpretasi kajian yang kita jalankan. Rakan ini akan
memastikan kita jujur dalam menjalankan kajian.
Semakan oleh responden –
ini merupakan cara yang terpenting
untuk meningkatkan kredibiliti kajian. Pengkaji
akan membawa data yang telah dianalisis dan diinterpretasikan untuk disemak
oleh responden kajian.
Modul
m/s: 143
APAKAH
TUJUAN MENGGUNAKAN UJIAN
‘ANOVA’ DALAM ANALISIS DATA?
·
Apabila
kita ingin membandingkan min (purata) antara 2 sampel, maka ujian-t akan
digunakan. Namun apabila terdapat kita ingin membandingkan lebih
daripada dua min, maka ujian ANOVA akan digunakan bagi
menggantikan ujian-t. Maka dalam ujian ANOVA
ini, lebih daripada 2 kumpulan diuji secara serentak.
·
Dengan
penggunaan ujian ANOVA ini akan dapat membantu
penyelidik untuk menganalisa dan membandingkan min-min bagi lebih daripada 2
kumpulan ini.
·
Contoh
lain, ANOVA ini boleh digunakan apabila kita ingin membandingkan
min (purata) markah matematik antara etnik Melayu, India, Cina dan Orang
Asli setelah program tutorial intensif diberikan kepada kumpulan etnik-etnik
ini.
Modul
m/s: 131
TUTORIAL
5
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HIPOTESIS KAJIAN?
Hipotesis ialah
satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi
menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan dengan menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.
Modul
m/s:177
TERANGKAN
SECARA UMUM KAEDAH SEORANG PENYELIDIK MELAPORKAN DAPATAN KAJIANNYA
·
Penyelidik
perlu melaporkan dapatan analisis yang mudah seperti
nilai min, kekerapan atau peratus.
·
Setelah
itu penyelidik boleh melaporkan pula dapatan analisis yang lebih kompleks seperti kolerasi atau
NOVA dan sebagainya.
·
Sekiranya
perlu, penyelidik boleh mempersembahkan data yang
diperolehi dengan menggunakan jadual atau graf.
·
Perlu
diingat bahawa jadual atau graf hanyalah untuk memudahkan sesuatu penerangan,
namun begitu ia perlu diterangkan secara penulisan
supaya pembaca tidak membuat interpretasi berdasarkan pendapat mereka sendiri.
·
Bagi
memastikan kesemua persoalan kajian terjawab, penyelidik perlu menghuraikan dapatan kajian yang diperoleh dan
dipersembahkan mengikut urutan persoalan kajian yang telah ditetapkan.
·
Secara
umumnya penyelidik boleh melaporkan dapatan
kajian penyelidikan kepada 2 bahagian utama
iaitu profil responden dan dapatan kajian.
Modul
m/s: 150
NYATAKAN
4 PENEKANAN YANG HARUS DIBUAT DALAM PEMBENTUKAN FORMAT PROPOSAL
PENYELIDIKAN SEPERTI YANG TELAH DISYORKAN OLEH NORAINI
(2010).
·
Memastikan
masalah atau isu
penyelidikan dikenal pasti, konstektual dan jelas.
·
Memastikan
persoalan kajian jelas, tepat dan relevan dengan
permasalahan yang dikemukakan.
·
Tinjauan literatur yang
berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan
metodologi penyelidikan.
·
Memastikan
kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan secara
terperinci dan eksplisit.
Modul m/s
: 168
TERANGKAN
3 LANGKAH YANG PERLU PENYELIDIK LAKUKAN APABILA INGIN MENGANALISIS DATA KUALITATIF.
I.
Berterusan
II.
Model, tema dan konsep induktif
III.
Analisis bersifat induktif (‘Constant Comperative Method’)
Modul
m/s: 40
- Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik. eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.
- Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfakta. eg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.
- Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa. eg: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.
- Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti) eg: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.
- Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasi. eg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik
- Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif): -mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat. eg: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM
- Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar sekolah menengah.
- Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah eg: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan teknologi.
3:06 PM
MENGAPA TGFU DIANGGAP PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teaching
Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang
dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik
darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar
Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)
TGFU ini adalah lebih berfokus
terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat
memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga
menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu
menjalankan TGFU supaya murid-murid dapat berseronok dalam aktiviti fizikal.
TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang
sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan
persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat
mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid.
Melalui TGFU, murid bukan sahaja
melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang,
maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat
dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah
lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU
lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.
KELEMAHAN SUKAN BERPASUKAN
BERBANDING DENGAN SUKAN INDIVIDU
Albert
carron(1993) telah menggariskan beberapa faktor yang boleh menggugat kesepaduan
sesuatu pasukan. Antaranya adalah Percanggahan tentang matlamat pasukan iaitu
matlamat pasukan yang kurang jelas akan menyebabkan pemain mudah tersalah
anggap.
Kekerapan pertukaran ahli juga faktor yang boleh menggugat
kesepaduan pasukan adalah satu kelemahan. Pasukan yang kerap menukar pemain,
khususnya dalam pasukan yang memerlukan setiap pemain bersama-sama beraksi
seperti bolasepak, hoki dan bola jaring akan menyebabkan pemain keliru serta
tertanya-tanya. Pemain akan menjadi kurang selesa kerana mereka tidak dapat mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan yang lain, tertanya –Tanya
tentang nasib mereka sendiri dan mereka tidak pasti apa yang diingini oleh pihak
pengurusan. Akibatnya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan menurun.
Kelemahan
yang lain adalah perebutan kuasa dalam . Fenomena ini akan memecah belahkan
kesepaduan asukan kerana para pemain akan berpecah belah kepada beberapa
kumpulan.Tumpuan akan menjurus kepada perebutan kuasa dan bukannya tugasan
serta matlamat pasukan. Kesannya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan
terkikis.
Kelemahan komunikasi
dalam pasukan juga merupakan kelemahan sukan berpasukan. Kekurangan komunikasi
yang berkesan akan menyebabkan matlamat pasukan tidak tercapai di akhir musim.
Ini kerana matlamat pasukan tidak dapat difahami oleh semua pihak yang
terlibat.
Kelemahan
dalam sukan berpasukan adalah sering berlaku pertelagahan dalam
pasukan.Kurangnya interaksi dalam pasukan akhirnya
akan mengurangkankeberkesanan serta kesepaduan pasukan.Selain itu, antara
faktor lain yang boleh menggugat kesepaduan pasukan adalah pemain kurang jelas
dari segi peranan yang dimainkannya. Pemain yang tidak tahu tentang perananya
dalam pasukan adalah ibarat layang-layang putus tali. Mereka tak dapat
memberikan prestasi yang terbaik kerana kurang jelas tentang ekspektasi
pengurusan serta rakan sepasukan terhadap mereka.Mereka juga tidak tahu apa dan
siapa yang boleh membantu mereka menangani masalah pasukan. Akibatnya, pemain akan bertindak sendirian
sehingga menjejaskan pasukan.
Kelemahan sukan berpasukan juga merujuk kepada masalah pertembungan
personaliti . Dalam situasi yang agak genting sering kali berlaku
pertembungan personaliti sesama sendiri di kalangan pemain diantara
pemain dengan pemain serta jurulatih.
KEPENTINGAN PROSEDUR KEEMPAT
DALAM MODUL TGFU
Dalam
pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang
hendaK dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.
Kepentingan jelas
didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia
sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek akan sentiasa berubah. Dalam
membuat keputusan, Setiap situasi perlu diambil kira seperti kemampuan untuk
mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih
perkara-perkara yang penting. Kepentingan yang lain adalah mencarai jalan yang
terbaik untuk melakukan perubahan dan membuat pilihan yang menepati kehendak
keadaan pada saat yang kritikal.
Matlamat utama TGfU adalah untuk
memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan. Menurut falsafah
TGfU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan
sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah
mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan
dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya
melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan.
2:48 PM
Assalammualikum.....
Salam Sejahtera......Salam 1 Malaysia.....
Rasanya masih belum terlabat untuk PokCik mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2015....
Seperti yang semua tahun 2014 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran pada rakyat Malaysia....Begitulah dengan PokCik sendiri....Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah memberikan PokCik pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk meneruskan kehidupan dengan izin daripada NYA yang Maha Kuasa.....Alhamdulilah.....
PokCik tak mahu bercerita tentang semua isu yang telah berlaku disepanjang tahun 2014 kerana semua dah tahu......
Yang pastinya adalah satu.....setiap Yang Berlaku ada Hikmahnya.....Ada Sebabnya.....semuanya adalah untuk kita sedari bahawa betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.....
Blog ini pun tahun lepas tak banyak diupdate....semuanya kerana kekurangan dan kelemahan dari diri PokCik sendiri.....
tahun 2015 ini Pokcik boleh melepaskan nafas lega kerana rasanya tanggungjawab PokCik agak kurang dan boleh menumpukan pada tugasan hakiki sahaja......Alhamdulilah.....
Walau apa pun PokCik amat berharap pada tahun ini PokCik dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan yang pernah pokcik lakukan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya....
Selamat Menempuh Tahun 2015.......
Semoga Allah mempermudahkan segalanya pada tahun 2015 ini dan pada tahun-tahun akan datang....
Ya Allah sesungguhnya padaMu aku sembah dan Hanya PadaMu aku berserah....
Amin ya obbal Al lamin.....
7:28 PM