Pada 29 / 6 / 2013 ( Sabtu ) akan berlansung Perlawanan Akhir Piala FA 2013 diantara Kelantan dan Johor Darul Takzim.

Kelantan akan mempertahankan Kejuaraan yang dimiliki oleh mereka Pada tahun Lepas setelah menumpaskan Sime Derby FC. Manakala Johor Darul Takzim pula berjuang demi membawa pulang piala FA kali ini ke Johor.....

Kelantan dengan Rekod yang agak stabil disepanjang kempen Piala FA 2013 kali ini. Manakala Johor Darul  Takzim berada diakhir ini kerana nasib mereka memang baik...Tumbang di Johor semasa menentang selangor....Seri di Selangor....kerana kelebihan gol tempat lawan.....Semasa menentang Pahang pula, menang di Johor dengan 1 gol...tapi tumbang di Bukit Jalil namun layak kerana bilangan gol tempat lawan juga....

Siapakah  bakal menjadi Juara Piala FA 2013 kali ini?......
Kita nantikan perlawanan akhir piala f a 2013 pada 29.6.2013 (sabtu)....

Perlawanan Akhir Piala FA 2013, keputusan terkini Perlawanan Akhir Piala FA 2013, Johor Tumbang, Pablo Aimar

PokCik terang-terang menyokong Johor Darul Takzim.
Harapan PokCIk untuk perlawanan akhir kali ini diharapkan ianya berjalan dengan baik dan tidak timbul isu-isu atau eksiden yang tak diinginkan.....
harapan PokCik juga mengharapkan Penyokong jangan taksud sangat....dan jaga kelakuan dan amalkan nilai-nilai murni......

Update

Akhirnya penantian keputusan Piala FA 2013 terjawab juga...
Johor Darul Takzim kalah dengan Kelantan....

Johor DT ( 0 ) VS Kelantan ( 1 )  
Kelantan Juara Piala FA 2013

Minggu ni ada terbaca dalam paper hmetro tentang kes sebuah pusat hiburan buat parti mandi sabun. PokCIk tak layan sangat...just fikir this is our new world...

Then hari ini layan pulak Rancangan TV3 menerusi slot 999 ( favourite Rancangan )....First-first topiknya adalah kes mandi sabun yang PokCIk baca kelmarin.....Apa yang menarik tentang kes ini...semua yang terlibat golongan muda. Ok that is standard la....Untuk join parti mandi sabun ni charge nya adalah Rm 40...ok ni pun standrad la.....dalam kepala ni (Charge Yang  Cukup Murah )....ada 3 orang budak bawah umur (budak sekolah), pun ditahan....ni pun kira standard jugak...sebabnya dah memang ramai pun bebudak sekolah ni masuk kelab-kelab macam ni sekarang...ni yang kantoi yang tak terkantoi berlambak-lambak.....tak caya pergi kl dan penang.........

Yang TIDAK standard nya pulak;

Tuan Polis tu cakap budak-budak ni tak tahu tahap pergaulan antara lelaki dan perempuan.......
aik belajar sampai bertahun-tahun disekolah dengan ayat mudah cakap mereka tak tahu batas pergaulan....tak pelik ker?....di sekolah cikgu-cikgunya tak ajar apakah itu perbatasan didalam pergaulan ke?...di sekolah tak diajar tentang Agama ke?.....Pelik tak?.....

Menurut beritanya ini lagi....kebanyakkan yang terlibat adalah orang melayu.....fikir tak apa PokCIk fikir sekarang?.......kalau melayu dah tentu peratusan mereka islam adalah tinggi kan.......Bukan ke di sekolah Subjek Agama Islam merupakan subjek yang amat ditekankan.....Dalam subjek ni dah tentu diajar Halal Haramkan......fikirlah sendiri.......Ok lah PokCIk anggaplah mereka ini kalau bab subjek agama mereka memang tak tumpu lansung.....kira budak lemah la...PokCIk ambil bab Ibubapanya?.....macam mana mereka boleh lepas sampai ke kelab-kelab macam ni?......ibubapa budak-budak ni buat apa?....takkan mereka tak risau bila anak mereka tak ada dirumah bila jam 10 malam?.....pelik kan......kalau aktiviti mand sabun macam ini kebiasaan di jalan atas jam 10 malam..... Pelik-pelik dan pelik......

Dan yang paling penting sekali....Mereka tak tahu batasan?......mereka ini dah tentunya budak-budak sekolah menengahkan.......takkan mereka stay tak tahu apakah itu maruah?.....mereka budak bandar...bukan budak kampung yang selalu terkena kejutan budaya pabila dibandar......

Entahlah....Fikirlah sendiri.....kalau bebal sekali pun biarlah berTEMPAT.......

Hakikatnya Jika anda berumur 18 tahun kebawah anda adalah didalam kategori kanak-kanak yer......ingat-ingat sikit......kalau tak percaya try baca akta kanak-kanak...ada disitu....

Ya Allah ampunkan lah Dosa-Dosa Ku......Selamatkanlah anak-anak bangsaku ini...... 


Jenis2 manusia yg wujud time jerebu dan tanda-tandanya :

1) Camwhore :
Pakai topeng jerebu kemudian up ke
instagram,FB,Twitter.
Geng mulut itik mula berasa terancam. 

2) Geng Ustaz Tahyul :
Asap jerebu ialah asap dari neraka. Kemudian semua Melayu angguk percaya dan share, Re Tweet sebanyak
mungkin.

3) Geng Peramal Kiamat : Tanda2 awal kiamat,
asap keluar berkepul2 dari perut bumi.

4) Wartawan Wannabe :
Setiap masa akan update pasal jerebu, jerebu, dan jerebu.

5) Geng Lawak Hambar :
Cuba kaitkan jerebu dengan asap rokok.

6) Geng Meroyan :
Tengok jerebu, masuk dalam bilik, salin baju tebal2, snap pic. Caption "sedang bercuti di Kutub Utara"

7) Budak2 Kesihatan :
Jerebu semakin teruk. Jaga kesihatan wahai sahabat. Banyakkan minum air dan jangan lupa penutup muka

8 ) Geng Romeo :
Cuba manipulasi isu jerebu untuk kelihatan romantik. Setebal2 asap jerebu, tebal lagi cinta abang pada ayang.

9) Geng Takde Masa Depan : 

Mengharapkan darurat dan sekolah ditutup.

10) Geng Jigsaw Puzzle Pemecah Code Rahsia : 

-JDT - Jerebu Dah Teruk

Hahahaha.. sekadar gurauan..


Kredit : facebook
ianya menjadi tanda tanya kepada semua pihak?..
Ini kerana tiada arahan atau kenyataan yang benar-benar jelas dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib...
Yang keluiar hanya Kemungkinan Cuti....tapi ianya tidak jelas lagi....
Sumber web-web pendidikan lagilah sunyi tanpa berita.....

PokCik check semua sumber yang ada lansung tiada ketepatan yang diberikan....
Check punya check ada beberapa keratan yang media yang boleh dirujuk.....

Jerebu, kesan jerebu, sekolah cuti, sekolah ditutup, informasi jerebu

Kosmo kata sekolah dibuka seperti biasa.....

Jerebu, kesan jerebu, sekolah cuti, sekolah ditutup, informasi jerebu

Utusan pula hanya menyatakan ibubapa dibenarkan tidak hantar anak ke sekolah....( Macam buka )

Jerebu, kesan jerebu, sekolah cuti, sekolah ditutup, informasi jerebu
Berita harian pula agak jelas......sekolah dibuka...dan jika ipu 250 boleh dipertimbangkan tutup...kalau 300 comfrim tutup.....

PokCIk check Pulak IPU udara semasa

Jerebu, kesan jerebu, sekolah cuti, sekolah ditutup, informasi jerebu

Nampak gayanya MACAM esok comfrim sekolah dibuka.......
namun Siapa PokCIk nak mencomfrim kan fakta ini.......
sedangkan BOS-BOS pokcik semuanya senyap seribu bahasa.....
kenyataan dari pihak berwajib tidak jelas...
kenyataan dari pihak PokCik lagilah tak ada.....
nak tak nak ke cari maklumat sendiri dan memikirkan apa penyelesaiannya......


Fikir-fikirlah sendiri....

UPDATE TERKINI

PokCIk servey dari Metro pulak.....

Jelaslah disini...
Esok sekolah seperti biasa.....
soalan KAC3033 KAA3013
Yahoo....esok PokCIk last Paper untuk exam final sem ini.....
Tak tahu lah lulus ke tidak......
Tadi pun banyak yang tak dapat comfiden.....what ever tawakal saja....
Berdebar-debar tunggu result yang entah bila nak keluar.......
Lepas ini dah boleh tumpu semula pada kerja-kerja hakiki PokCIk semula....
banyak yang dah melangkau dari jadual dek kerana study ni....
semak pale study sambil berkerja ni...ingat senang.....tapi indah khabar dari rupa......
What ever orang lain boleh buek tak kan PokCIk tak buleh...itu saja azimat PokCIk untuk terus bertahan.....


Soalan Edisi Pertama ( Klik Sini )

1. Yang manakah BUKAN komponen Lowenfeld dalam menyatakan kreativiti seseorang,

(A) Kelancaran 
(B) Fleksibel
(C) Keaslian
(D) Perkembangan idea

2. Menurut Paul Torrence, Menstimulasi minda kanak-kanak dengan cara soal jawab terkandung di dalam proses ________

(A) Penerokaan
(B) Penemuan
(C) Penyoalan 
(D) Memanipulasi

3. Menurut teori Six Thinking Hats, topi warna hitam menggambarkan pernyataan berikut:-
(A) dipakai semasa membuat penilaian positif 
(B) dipakai semasa ingin mendapatkan informasi yang meliputi fakta
(C) dipakai semasa membuat penilaian negative terhadap kesalahan dan halangan
(D) dipakai semasa menghadapi situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir.

4. Berikut adalah empat ciri utama pemikiran kreatif KECUALI

(A) Imaginatif
(B) Fleksibel 
(C) Keberanian 
(D) Mereka cipta

5. Manakah antara berikut, merupakan sifat bagi kategori kreativiti menurut Taylor.
I. Kreativiti bersifat ekspresif
II. Kreativiti bersifat inovatif

III. Kreativiti bersifat imaginatif
IV. Kreativiti bersifat inventif
V. Kreativiti bersifat emergen


(A) I,II,III dan V 
(B) I,II,IV dan V 
(C) I, III, IV dan V 
(D) Semua jawapan di atas 

6. Estetika kanak-kanak meliputi jenis-jenis nya yang berikut, KECUALI
(A) Sikap 
(B) Respons 
(C) Pengalaman 
(D) Seni

7. Menurut Huwitz dan Day, peringkat menghasilkan symbol adalah bagi kanak-kanak yang berumur.......

(A) 0 hingga 2 tahun 
(B) 2 hingga 4 tahun 
(C) 6 hingga 9 tahun 
(D) 10 hingga 13 tahun.

8. Pilih contengan yang tidak benar dalam meneliti perkembangan kognitif kanak-kanak.

(A) Contengan terkawal 
(C) Contengan tidak terkawal 
(B) Contengan tidak bernama 
(D) Contengan bernama

9. Menurut Schirmacher, kanak-kanak berumur 8 hingga 9 tahun cenderung melakukan aktiviti berikut.
(A) Menconteng, melukis, menyanyi dan bermain
(B) Melukis, mewarna, menari dan permainan kata-kata
(C) Visualisasi,numerasi dan literasi
(D) Bercerita,permainan dan pakaian beragam

10. Campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama dikenali sebagai ......................
(A) Warna asas 
(B) warna sekunder 
(C) warna tertier 
(D) warna neutral

11. Yang manakah BUKAN bentuk kraf mudah 2 dimensi?
(A) Boneka 
(B) kolaj 
(C) kad ucapan
(D) topeng

12. Pilih aktiviti bagi aktiviti menggambar .
I. kolaj
II. cetakan
III. tiupan
IV. resis
V. origami

(A) I,II dan III
(B) I,II dan IV 
(C) I, III, IV dan V 
(D) Semua jawapan di atas 

13. Manakah keterangan yang tepat menyatakan tentang mobail?
A. Menggunting, menyusun dan menampal medium di atas sebarang permukaan gambar.
B. Membentuk objek menggunakan tanah liat
C. Menggantung lukisan, hasil lipatan dan objek pada imbangan yang sesuai.
D. Menggubah sesuatu bahan untuk membuat sesuatu objek konkrit.

14. Kesemua di bawah adalah jenis-jenis lagu kanak-kanak kecuali................
(A) Permainan jari 
(B) lagu rakyat 
(C) lagu serantau 
(D) lagu rancak

15. Antara berikut merupakan tarian yang berkait rapat dengan kerohanian dan menggambarkan amalan seharian.
(A) Tarian Singa 
(B) Tarian Bharata Natyam 
(C) Tarian Orang Asli 
(D) Tarian Sumazau 

16. Proses pergerakan kreatif menggunakan elemen masa seperti berikut.
I. tempo
II. ritma
III. pola ritma
IV. rentak
V. aksen

(A)I,II dan III 
(B) I,II , III dan IV 
(C) I, III, IV dan V 
(D) Semua jawapan di atas 

17.Berdasarkan situasi berikut, nyatakan nama aktiviti yang paling tepat .

(A) Main peranan 
(B) simulasi 
(C) teater 
(D) memos 

18.Guru boleh melaksanakan penilaian kemahiran seni visual dan seni persembahan kanak-kanak dengan menggunakan bahan berikut kecuali........

(A) Skala kadar 
(B) rekod anekdot 
(C) pemerhatian 
(D) senarai semak

19.Apakah peranan utama seorang guru dalam penilaian seni kanak-kanak?
(A) Pengurus 
(B) perekod
(C) pembimbing 
(D) pemudahcara

20.Bangun Pagi dan Rajin Adik Rajin terdiri daripada jenis lagu berikut.
(A) Lagu nasihat 
(B) lagu rakyat 
(C) lagu serantau 
(D) lagu permainan

NEW UPDATE

21. Yang manakah menunjukkan susunan tahap pemikiran kreatif Fisher yang betul?
I.             Peringkat Rangsangan
II.            Kajian Semula
III.           Peringkat perancangan
IV.          Peringkat penerokaan
V.            Peringkat aktiviti
(A)          I → II → IV → V → III
(B)          I → IV →III → V → II
(C)          II → I → III → IV → V
(D)          I → III → IV → V → II
               
22. Menurut teori dua belahan otak, otak kanan lebih memfokuskan kepada,
(A)  kemahiran analisis            
(B)  pemikiran logik            
(C) kreativiti                      
(D)  numerasi

23. Melukis merupakan aktiviti yang mendatangkan kebaikan berikut, yang manakah penyataan yang kurang tepat?

(A) meningkatkan daya penguasaan kendiri (self esteem) kanak-kanak
(B) suatu cara meluahkan perasaan dan emosi dalam diri
(C) menjadi medium komunikasi awal kanak-kanak sebelum berupaya bercakap
(D) sebagai protes terhadap sesuatu yang diinginkan

24. Teori manakah yang menyatakan faktor pengurusan emosi  adalah penting dalam pemikiran kreatif   
 (A) Teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development
(B) Teori Multiple Creative Talent
(C) Teori Kreativiti Paul Torrence
(D) Teori Six Thinking Hats

25. Lengkapkan 7 konsep penting Teori Susanne K. Langer yang berikut.
         Imej, ............,, Abstrak,  .................,.Perasaan,.............,Ilusi
(A)          Bentuk, warna, muzik
(B)          Bentuk, ekspresi,  struktur
(C)          Bentuk, lambang, ekspresi, 
(D)          Bentuk, muzik, lambang

26. Gabungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencari maklumat dan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul adalah maksud bagi aspek pemikiran simbolik berikut;
(A) kemahiran berfikir
(B) perwakilan realiti
(C) kreativiti
(D) penyelesaian masalah

27. Seorang kanak-kanak dilihat melakukan aktiviti menanda, melukis dan mencakar di merata tempat seperti lantai dan dinding. Nyatakan peringkat skemata bagi kanak-kanak tersebut.
(A) peringkat manipulatif
(B) peringkat membuat simbol
(C) peringkat praremaja
(D) peringkat remaja

28. _______________ merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata seperti kadbod.
(A) capan                          
(B) catan                            
(C) tiupan                               
(D) resis

29. Terdapat tiga warna premari iaitu............., .................. dan .................

(A)  hitam, putih dan kuning                               
(B) hijau, kuning dan merah
(C) merah, kuning, biru                                      
(D) putih, biru dan   merah

30.  Aktiviti  ____________ boleh meningkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa dan kemahiran intrapersonal kanak-kanak.
(A) mobail                          
(B) topeng                         
(C) lukisan                              
(D) boneka

31.Semasa melakukan penilaian seni kanak-kanak, aspek minat, kebolehan dapat dikenal pasti melalui
(A) hasil kerja seni                    
(B) penceritaan                       
(C) ujian                        
(D) pemerhatian

32.  Aktiviti berlaku dalam situasi yang tidak dirancang dan boleh dilaksanakan berdasarkan sesuatu kostum , alatan dan watak.  Aktiviti ini merujuk kepada
(A) pantomin                      
(B) improvisasi                 
(C) simulasi                             
(D) teater membaca

33. Antara berikut yang manakah bukan terdiri daripada drama dalam pendidikan
(A) imrovisasi                     
(B) main peranan                        
(C) permainan spontan             
(D) boneka

34. Pergerakan perkusif termasuk di dalam elemen __________ dalam aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak.
(A) daya                         
(B) ruang                        
(C) masa                             
(D) tubuh badan

35. Lagu ________________ menunjukkan bahasa dialek atau loghat  bahasa asal sesuatu tempat.

(A) nasihat                     
(B) rakyat                        
(C) permainan                    
(D) serantau