Blogger 'hantu' diharamAda baca paper Berita Harian hari ini tak?....
Blogger kena letak identiti mereka yang sebenar pada blog mereka selepas ini....
Ini supaya semua pemilik Blog dan web lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka terbitkan.....

Satu langkah yang baik kerana selepas ini akan kurang sikit blogger-blogger hantu yang suka sangat menerbit sesuatu yang tidak sepatutnya....walaupun kita tahu bahawa ini tidak akan dapat meyekat mereka....sebabnya banyak cara untuk meyembunyikan identiti didalam dunia internet ini......what ever ianya satu langkah yang baik dari pihak kerajaan.

hope kita sebagai blogger janganlah suka-suka mengeluarkan fakta atau artikel yang boleh menyebabkan perpecahan bangsa kita sesama sendiri demi KUASA yang diidamkan....


Berita Penuh anda boleh baca dibawah.....


Dicopy dari Bharian.Com

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

“Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

“Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

‘Kesan rama-rama’

“Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan ‘kesan rama-rama’,” katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

“Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.
layan tak 2 cerita ini..,?????....
Mula-mula PokCik tak layan sangat cerita-cerita ini.....sebabnya macam tak Logik sangat.....
tapi bila dah tengok pertengahan cerita ini syok pulak......
Si Iffa dengan ketabahannya.....
yang si dahlia Pula dengan kecekalannya.....
Kedua-dua cerita ini jelas menunjukkan persamaan kehadiran orang ketiga didalam perkahwinan hingga perceraian akibat dari fitnah dan kebo....an si Suami......
Kedua-dua cerita ini melibatkan watak anak.....
si iffa dengan bayinya.....dan bayinya telah berjaya meruntuhkan dan melembutkan hati seorang insan yang memang kekosongan......
mana kala si Dahlia pula dengan perjuangannya mempertahan haknya iaitu kebenaran dan anak-anaknya.....
Dan persamaan yang jelas lagi adalah kedua-dua cerita ini melibatkan kebencian yang mendalam kepada watak-watak utama......
what ever this story memang boleh menarik begitu ramai wanita termasuk lah bini PokCik untuk setia duduk didepan TV menanti kesudahan nasib wanita-wanita ini......

harapan PokCik satu ajer.....
yang baik dijadikan teladan...yang buruk dijadikan sempadan.....
jangan ada yang menjadikan kejahatan yang timbul dalam cerita ini sebagai cara untuk mendapatkan hak orang lain sudahlah....
dah satu lagi....para wanita jangan la emosi sangat dan timbul perasaan syak wasangka pada suami atau tunang atau pakwe anda sudah lah....ingat ianya hanya sekadar cerita yang belum tentu ada kebenarannya....

Teduhan Kasih VS Dahlia
VS
Teduhan Kasih VS Dahlia

pasang air cond, pengahawa dinginOrang lain dah betahun pasang......
tapi PokCik baru hari ini pasang......
Pak Mertua bagi dah 3 bulan lebih.....tapi baru hari ini pokcik upah orang pasang......
nak kasi sejuk sikit umah.....
bukan apa...kesian dengan anak kepanasan.....
whatever terbang juga lah RM200...kira murah la tu......sebab tengok gaya kerjanya memang rumit....
dari jam 12 tengah hari siapnay dalam pukul 5.30 petang......pergh....memang susah....
payah jugak nak pasang menatang ni ek......
terima Kasih kepada en tukang pasang air cond ini kerana membuat kerja dengan penuh kesabaran dan berdedikasi.......
what ever lepas ini umah PokCik akan jadi sejuk bila panas menyerang.......
then kesannya akan sejuklah dalam umah dan panas lah poket pokCik membayor bil elektriknya nanti.....




Linus.....
dah lama tinggalkan dunia LINUS ini..tiba-tiba terkena jugak akhirnya setelah lebih 2 tahun bercuti dari dunia budak-budak yang lambat dan slow didalam pembelajaran ini....Sejak berkhidmat didalam dunia pendidikan ini PokCik memang terlibat didalam Program ini.....Namun pada hujung tahun 2010 poKCik dah tak terlibat lagi sebab nya bukan Opsyen didalam Bahasa Melayu.....then diganti oleh seorang yang lebih berpengalaman....

namun pertengahan tahun ini tiba-tiba saja guru yang mengajar ini dinaikkan pangkat dan budak-budak ini kehilangan guru yang benar-benar pakar didalam bidang ini.....Oleh kerana berlakunya pertikaian dan perbalahan siapa yang nak mengajar budak-budak ini maka PokCik terpaksa meninggalkan semua subjek yang poKcik ajar untuk memastikan budak-budak ini tidak terabai.....

Bukan senang nak ajar budak-budak ini oiiii......lebih-lebih lagi 2 kelas yang PokCik cover....kelas tahun 1 ada 25 orang...kelas tahun 2 ada 17 orang.....25 campur 17 dah berapa?....kira lah sendiri....then mereka ini semua mempunyai permasalahan didalam pembelajaran......

walaupun PokCik berpengalaman didalam mengajar murid-murid seperti ini namun setelah bertahun tidak mengajar mereka PokCik jadi blur.....tak tahu nak mulakan dari mana.....jadi kosong....

So dihari pertama persekolah setelah bercuti untuk penggal pertama ini PokCIk memulakannya dengan mengasing tempat duduk mereka dulu......yang teruk duduk depan yang ok sikit duduk belakang...Hope betul la......esok tak pikir lagi nak mula dari mana.....blur...blur...blur.....

Nak tahu apakah LINUS yang pokCIk peningkan ini.....
Klik gambar dibawah.....susah oo ngajar budak-budak ini ooo...kebanyakkan mereka mempunyai masalah pembelajaran dan juga IQ yang rendah......lebih-lebih lagi PokCik bukanlah dari Opsyen BM dan juga tidak mempunyai kelayakkan yang sepatutnya untuk mengajar mereka...namun kerana pengalaman pokcik yang lepas PokCik gagahkan jugak menerima tugas yang MAHA berat ini demi kasih sayang pokCik pada anak bangsa PokCik di sekolah kebangsaan ini.....


program LINUS

Pelik tapi benar....
Eat that frog...dalam bahasa melayunya makan katak itu.....
pokCIk nak sharing satu buku yang nipis tapi berbaloi membacanya......teramat berbaloi...
sebabnya ianya memberi kita cara cuba keluar dari kemalasan kita sendiri.....
cara penulisannya amat santai dan mudah difahami serta amat santai pabila membacanya.....
semua isi yang dinyatakan amat tersusun dan setiap tajuk mempunyai kaitan antara satu sama lain...lepas baca satu tajuk comfrim nak ke bab lain pulak......
Yang paling penting ianya memang amat berguna pada kita....

Buku ini ditulis oleh Brian Trancy dan ianya merupakan kisah benar bagaimana beliau boleh berjaya dalam dunia perniagaan dan hidupnya dengan mengamalkan 21 langkah mudah mengalahkan kemalasan dan menyiapkan tugasan yang ada dengan jayanya....dan PokCik akan cuba menikutinya satu demi satu...apa kat anda pun Cuba bersama-sama PokCik.......Kat bawah ini PokCIk ada capture beberapa gambar buku ini dan juga 21 langkah untuk membunuh kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih efektif.....nak tahu lagi kena la beli buku ini......

Wajah depan Buku

21 bab yang amat berharga

21 rahsia buku ini

Rahsia lagi

21 Rahsia lagi





Pertama 
fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini...

Kedua
Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.

Ketiga
Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....

Keempat
Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita

Kelima
Pertama   fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua  Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga  Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Keempat  Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita     Kelima  Pertama fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita     Keenam  Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana     Ketujuh  Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....  wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita

Keenam
Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana

Ketujuh
Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....

wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....