Ini adalah entry sebelum maghrib untuk hari ini....
sedang PokCik pening mencari mood untuk membuat assingment pembelajaran PokCIk terjumpa satu artikel/pengalaman yang amat menarik minat PokCIk untuk dikongsikan.....

Ya....inilah hakikatnya zaman sekarang....
Sikap perangai bangsa kita......
PokCIk sendiri merasainya kerana memang PokCIk berada di zon yang amat dekat untuk menilai dan memahami situasi yang berlaku kini....Jom layan dan fikir-fikirkanlah.....

"Suatu petang semasa cuti semester, saya mengambil sedikit masa mengganti ibu mengajar kelas pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak yang datang belajar di madrasah As-Syakirin. Jumlahnya tidak kurang dari 20 orang. Langkah pertama turun dari tangga rumah, saya terbayang suasana pengajian Al-Quran pada zaman masih kanak-kanak. Kami semua tekun membaca mahupun mengeja. Kalau ada yang nakal sekalipun, pasti tak berani untuk menakal di hadapan tok guru yang merangkap datuk dan nenekku tika itu. Kalau ada suara sumbang yang bukan dari suara bacaan ayat suci, maki hamun melebat hinggap ditelinga. Tak kurang juga yang didenda. Rotan kasih sayang dan cubitan ramah mesra menjadi rutin kami.

Selepas mengaji, biasanya kami mengutip kayu api untuk memenuhi ruang simpanan kayu di dapur tok guru. Khidmat kerana membalas jasanya mengajar dan mendidik kami. Khidmat mulia yang telah hilang di zaman Hadhari.

Inilah suasana pengajian zaman 80 dan 90-an. Tapi jangkaan saya meleset apabila hinggap di telinga saya bingit suara hilai ketawa dari tingkat atas madrasah dua tingkat yang menempatkan kelas itu. Sangka saya, mungkin ketiadaan guru menyebabkan mereka sedikit bebas. Sekali lagi jangkaan saya meleset, rupanya makcik saya sudah lama disana. Budak-budak berlari ke sana ke mari. Dengan sedikit herdikan yang tidak seberapa, mereka terdiam seketika. Mungkin wajah asing saya mengejutkan mereka.

Saya duduk dan memanggil beberapa orang dari mereka untuk diajar. Salah seorang memberi alasan “tok baco lagi” pekat dalam loghat kelantan. Alasan begini tidak pernah diterima pada zaman kami. Bahkan kalau ada, mahunya dihalau balik kerumah. Dasar pemalas menjadi gelaran. Saya bertolak ansur. Sedang asyik mengeja-eja beberapa kalimah, bising kembali membingit di telinga. Herdikkan saya bukan lagi herdikan biasa, agak lantang. Lantaran mereka bergurau dan bermain-main sewaktu ‘guru’ ada di hadapan mereka.

Akan tetapi apa yang tidak dijangkan berlaku, remaja awal belasan tahun di depan saya berhenti mengaji dan bergurau dengan rakan disebelahnya. Marah saya bukan kepalang. Keduanya didenda berdiri.

Esoknya ibu memanggil saya, bertanyakan khabar peristiwa semalam. Saya memberitahu keadaan sebenar. Ibu menasihati saya agar berlemah lembut dengan budak zaman sekarang. Saya kepelikkan. Bukankah dengan cara ini kami dididik dahulu. Rupanya bapa remaja yang saya denda itu datang memarahi ibu saya lantaran anaknya didenda. Memalukan katanya. Anaknya dihantar untuk belajar, bukan untuk didenda.

Mengajar dan mendenda dipisahkan jauh dari proses mendidik. Patutlah makin ramai cerdik pandai, makin jauh masyarakat dari nilai-nilai islam. Sedangkan Nabi mengajar untuk merotan anak yang tidak sembahyang bila mencecah umur 1o tahun. Remaja yang saya denda itu sudah belasan tahun.

Rupanya zaman telah berubah. Tiada lagi istilah mendidik. Guru-guru hanya diupah untuk mengajar sahaja. Bukan mendidik untuk menjadi manusia berguna. Tidak ada istilah nasihat, yang tinggal hanya MOTIVASI. Tidak ada lagi ungkapan denda yang kini diambil alih sebagai dera. Guru-guru semakin hilang wibawa, bisu, kaku dan lesu akibat tekanan maha besar dari mereka yang tidak mengenal nilaian sebenar didikan dalam islam.

Patutlah kerajaan Malaysia menukar nama JPN dari Jabatan Pendidikan Negeri kepada Jabatan Pelajaran. BESAR kesannya kepada masyarakat melayu, terutama masyarakat kampung dan desa yang dahulunya mengamalkan sikap kesatuan. Tidak ada istilah anak sendiri. Yang ada sikap tolong menolong dalam perkara kebaikkan, termasuk dalam soal mendidik anak. Kalau dahulu, ibu berterima kasih jika ada orang lain yang memarahi saya, lantaran kenakalan saya. Tapi kini nilai murni sebegini tidak dapat diamalkan lagi. Perasaan sombong dan pentingkan diri sendiri menebal dalam masyarakat termasuk di desa.

Masyarakat desa sudah semakin jauh dari nilai murni yang diajarkan oleh islam. Apatah lagi yang berada jauh dalam kesibukan bandar. Patutlah bohsia dan bohjan makin ramai, mat rempit semakin mengganas, mata gian makin menggila, gejala maksiat merata, rogol bermaharjalela. Ibubapa hanya boleh menjaga dan mendidik anak sendiri. Anak sendiri hanya boleh dididik oleh ibubapa sahaja.anak orang lain, aku tak perlu kesah, anak aku, kau jangan kacau. Tahulah aku menjaganya. Itulah hakikat suara masyarakat apabila jauh dari nilai islam.

Inilah kesan apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berlandaskan apa yang diajar oleh islam. "

Kredit : http://www.hasanhusaini.com/2007/10/suatu-petang-semasa-cuti-semester-saya.html

walaupun entry ini sudah lama, namun ianya adalah bukti kukuh yang menunjukkan sikap bangsa kita... Jika bangsa lain pokCIk tak boleh cakap apa-apa....namun ianya berkait rapat dengan cara dan sikap bangsa kita....

Jika diperhatikan pada situasi sekarang pun sudah jelas menunjukkan bangsa kita yang paling hebat mengumpat dan mengutuk sesama kita. Bahasa hina menghina jelas terpampang disemua laman sosial....tak percaya buka facebook anda sekarang...Comfrim ada bab hina menghina antara kita....semuanya kerana Politik...dah macam orang yang tidak diajar tentang adap dan budi bahasa...kemana hilangnya adap timur kita....dimana hilangnya adap bahasa kita?....

Timbul pula isu pelajar bergaduh dan membuli sampai dirakam....anda fikirlah sendiri...semuanya berpunca dari kita sendiri yang ajar anak bangsa kita hebat sesama kita...bangsa dan agama dipermainkan.....sifat sayangkan negara menjadi medan menunjukkan sifat kurang ajar kita....

pokCIk tak nak cakap or membebel benda yang kita semua dah tahu...
nanti dijadikan isu.....kan musim orang mencari salah sekarang ini....
ada akal fikirlah sendiri.....dah besar semuanya...bukan budak-budak.....
cakap banyak-banyak nanti ada yang marah pulak....orang kita sekarang mana boleh lebih-lebih....
yang penting adalah kita kena ingat satu pekara....
setiap komen yang dipaparkan dilaman-laman sosial bukan hanya kita sahaja yang baca...tapi ramai...termasuk anak-anak kita......
mereka belajar dari apa yang kita tulis dan kata.....
mendidik adalah tugas kita semua bukan hanya tugas pendidik yang digelar guru@cikgu sahaja.....
Apa kata anda tentang fakta ini?.....
inilah yang menakutkan PokCIk.....


pengajaran dan pembelajaran aktiviti komputer dan ict
Bagi menyatakan sama ada kehadiran pelbagai aplikasi komputer ini menjejaskan emosi dan sosial kanak-kanak, ia bergantung kepada cara menggunakannya. Ia boleh membawa kesan positif sekiranya digunakan dengan betul dan kesan negatif sekiranya tidak dikawal ibu bapa.

Berbanding pengajaran secara manual, komputer dapat menarik minat kanak-kanak terutama pada kesan bunyi dan grafik yang memaparkan pelbagai warna. Dalam hal ini kanak-kanak menjadi pemerhati orang dewasa dan berkeinginan melakukannya. Perisian bersesuaian dapat memupuk minat kanak-kanak kepada permainan kreatif, menguasai pembelajaran dan penyelesaian masalah.

“Ini kerana kanak-kanak boleh mengikut rentak dan tindakan orang dewasa. Mereka boleh mengulangi proses atau aktiviti seberapa kerap dan membuat eksperimen menerusi pelbagai cara. Mereka juga boleh bekerjasama dengan rakan lain dan orang dewasa untuk membuat keputusan dan berkongsi penemuan dan reka cipta yang ditemui,” katanya.

Menurut Prof Bustam, berdasarkan penyelidikan didapati penggunaan komputer boleh mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian secara latih tubi. Ini terbukti menerusi satu kajian dijalankan terhadap penggunaan perisian latih tubi di bilik darjah yang menunjukkan kanak-kanak mengalami penurunan 50 peratus daripada segi kreativiti.

“Sekiranya mereka menggunakan bahan perisian secara terbuka, ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka. Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,” jelasnya.

Ramai ibu bapa memberikan pelbagai perisian sama ada dibeli atau dimuat turun menerusi Internet. Penggunaan komputer tanpa menilai kandungan bahan perisian akan meninggalkan kesan negatif terhadap emosi dan sosial.

Dalam hal ini, ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan kulit muka depan yang tertera bahan perisian tanpa membuat tinjauan kandungan terlebih dulu. Seharusnya pemilihan bahan hendaklah bersesuaian dengan tahap usia dan nilai budaya setempat.

“Pastikan perisian seperti isi kandungan, grafik dan bahasa digunakan sesuai mengikut tahap umur dan perkembangan anak-anak. Sebelum membeli permainan video atau dimuat turun di Internet baca isi kandungan di dalamnya. Pastikan ibu bapa melihat terlebih dulu bahan di dalamnya sebelum membenarkan anak-anak bermain,” katanya.

Elakkan memberi pendedahan dengan unsur keganasan. Didik kanak-kanak bahawa komputer hanya sebagai salah satu alat pembelajaran saja.

Kebanyakan kanak-kanak boleh duduk bermain di hadapan komputer disebabkan ganjaran dan tawaran dalam permainan itu. Oleh kerana adanya sifat ingin tahu yang tinggi justeru mereka bermain berterusan sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu. Lama-kelamaan mereka menjadi ketagih dengan permainan komputer.

“Sekiranya ketagihan itu berterusan, kecerdasan interpersonal (hubungan sesama manusia) mereka tidak akan berkembang. Ini kerana mereka hanya duduk bermain tanpa menggunakan otak. Mereka juga akan memikirkan bagaimana dapat menang. Daripada sudut sosio emosi, kanak-kanak akan mempunyai sifat pentingkan diri sendiri dan tidak ingin mengalah.

“Sekiranya perkara ini diadaptasi dalam kehidupan seharian sebagai contoh di tadika, kanak-kanak seperti ini tidak mahu berkongsi barang permainan dan jika menyertai pertandingan, mereka akan cuba mendominasi pertandingan itu tanpa rasa ingin kalah,” katanya.

Selain itu, meluangkan banyak masa di hadapan komputer akan menyebabkan kurang masa berkomunikasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa.

“Pada hal kemahiran komunikasi pada usia kanak-kanak sangat penting bagi membangunkan kemahiran sosial mereka seperti memerhati, mendengar dan berbual dengan orang lain,” katanya.

Lebih penting permainan video yang tidak dikawal boleh mendedahkan unsur seksual dan keganasan serta memberikan kesan negatif kepada perlakuan dan pemikiran kanak-kanak malah mereka turut menjadi mangsa seksual di Internet.

Sumber : Hmetro
Salam satu Malaysia....

Lama dah rasanya poKcik tidak mengupdate blog ini dengan cerita-cerita dunia poKcik....
Diwaktu ini PokCik masih kebigungan dengan seorang anak PokCik berbangsa india yang TERamatlah pendiam dan begitu susah untuk mendengar suara dia....

Apa yang pastinya adalah dia memang tak paham cakap melayu....
Dia memang tidak mahu berkawan atau bergaul dengan orang melayu or bangsa lain yang terdapat disekolah ini.
Dia selalu sangat tak hadir ke sekolah....
PokCik ada sekali jumpa emaknya dan bertanya khabar dan bertanya tetang budak ini dan pokCik dapat simpulkan bahawa memang keluarga ini kurang bergaul dengan bangsa lain. dari cara percakapan sahaja kita dah boleh menilai.
murid kanak-kanak pelajarSatu soalan cepu emas pada emaknya adalah kenapa dia tidak hantar ke sekolah jenis kebangsaan tamil. emaknya menyatakan bahawa dia mahu anaknya ke sekolah kebangsaan ini kerana mahu anaknya fasih berbahasa melayu....emmm....tak tahu nak cakap apa...semua orang ada alasan tersendiri...

Kesian pokCIk pada budak india ini...
dah 3 bulan lebih disekolah ini namun masih tiada perkembangan positif..
PokCik ajar dia moral....dalam seminggu ada 6 masa bersamaan 3 jam seminggu.....
dalam seminggu dia mesti tak hadir 2 atau 3 kali.....so macam mana tu....dah tanya guru kelas budak ini dan cikgunya menyatakan bahawa emak budak ini cakap dia sakit tak sihat...tak kan setiap minggu kot....satu persoalan.....

PokCik pernah menghadapi masalah budak india yang tidak berkomunikasi seperti ini...tapi dah 3 ke 4 tahun yang lepaslah..sekarang dah tak lagi dah..budak tu pun dah tahun 5 dan 6 sekarang...walaupun mereka tak lah fasih sangat tapi boleh lah kenal dan faham dengan baik bila orang cakap dalam bahasa melayu.
masa itu pokCIk ajar Bahasa Melayu untuk kelas KIA2M ( sekarang LINUS ) dan semestinya masuk hari-hari ke kelas yang sama....kelas sebegini memang kelas yang paling belakang dan paling low sekali..paham-paham sendirilah....
PokCik ambil masa sampai 6 bulan untuk berkomunikasi sahaja....belum membaca dan menulis lagi...kalau bagi latiha  menulis memang hancur lah...membaca apatah lagi...dibulan ke 7 baru mereka boleh kenal huruf sebabnya mereka dah boleh berkomunikasi. So senang lah mereka nak belajar apabila diajar....

Namun kini PokCik mengadap lagi masalah yang sama.....
Budak india tak tahu nak cakap or nak paham percakapan melayu....
PokCIk cuba membantu namun dia selalu tidak hadir...
setiap strategi yang PokCik rancangkan comfrim tak jadi kerana setiap yang pokCIk plankan harus dilaksanakan setiap hari dan secara berterusan jika tidak memang tidak boleh lah.....

Semalam dia tak datang setelah bercuti seminggu......hari ini dia datang.....
Pergh....PokCIk dengan dia dah cakap macam ayam dengan itik....
nasib baik hari ini budak-budak guna makmal komputer...senang nak tumpu pada dia.....
yang lain buat kerja...pokCik cuba berkomunikasi dengan si mamat yang tak mahu buka mulut...
bayangkanlah suruh dia tekan kekunci huruf pun jenuh...sekali cakap sekali ingat....siap suruh berdiri.....bangun.....duduk....tu pun tak paham jugak...nasib lah ada seorang lagi budak moral india.....dialah tukang translate.....sampai budak tu pun gelak-gelak tengol cara PokCIk berkomuniksi dengan si mamat ini.....

Wahai anak murid ku yang tersayang....cepatlah paham....kalau tidak pengsan cikgu....Peksa dah dekat ni.....
Buka la mulut.......cepatlah faham cakap melayu....dan paling penting datang lah sekolah selalu...........
Cikgu dah pening....Pening...pening.....



Sepanjang cuti sem 1 penggal 1, PokCik dan Pengawas ICT tahun 6 dibantu oleh seorang Pelajar lama PokCik dari Sek Menengah telah melakukan aktiviti membuat carta dan peraturan untuk makmal komputer sekolah poKcik....

Idea dan pandangan mereka PokCik ambil 100% dan design pokCIk yang reka....
So kerja mereka hanyalah memotong dan melekat berdasarkan idea mereka...

Logiknya aktiviti ini......
Logiknya adalah untuk menilai sejauh mana tahap kreativiti mereka....
Logiknya adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap pemikiran mereka.....

Apa hasilnya....
Hasilnya.......Mereka hanya memikir mudah didalam melakukan sesuatu kerja....contohnya sewaktu memotong kertas....memang hancur.....senget-senget dipotong kertas.....walaupun dah ditegur namun kesalahan yang sama juga diulang....didalam bab menampal pula......habis kotor kertas yang ditampal walaupun dah diajar teknik menampal yang betul.....
Didalam melaksanakan kerja-kerja ini PokCik lebih banyak menjadi fasilitator dari membuat.....murid ini yang melakukan kerja dan PokCik hanya memantau dan mengarahkan mereka serta menegur berdasarkan kesalahan mereka......
Murid terlalu takut untuk meluahkan idea....hanya ddi hari ke 4 baru murid berani mengeluarkan idea mereka.....itu pun setelah PokCIk melepaskan prinsip ketegasan PokCIk ( inilah ilmu baru yang PokCik dapat...Ketegasan menyebabkan budak-budak tersekat pemikiran mereka)

Inilah hasil kerja mereka.....
kreatif dan kritis
100% kerja dilaksanakan oleh murid

hasil kerja budak sekolah rendah
Carta Pertama yang disiapkan

Sifat kreatif dan kritis
Carta ke 2 yang berjaya disiapkan

carta organisasi
Carta dilekatkan di depan makmal oleh murid sendiri
Murid-murid ini membuat carta organisasi sekolah dan peraturan makmal komputer...dan ini adalah merupakan risiko yang perlu pokCik tanggung kerana orang luar akan menilai berdasarkan hasil kerja yang dipaparkan....So pokCIk ambil pendekatan dengan membuat tag siapa yang membuatnya seperti dibawah :
pentingnya tag name ini
Tag nama yang menghasilkan bahan ini.

Yang pastinya PokCik bangga dengan mereka kerana mereka bersungguh-sungguh menyiapkan carta ini walaupun bahan-bahan yang digunakan tidak mencukupi dan PokCIk terpaksa merayau mencari bahan yang boleh diguna semula.......So inilah hasilnya.....

PokCik nak semua orang tahu bahawa budak-budak pun boleh melakukan pekara yang kretaif dan kristis jika kita memberi peluang kepada mereka....dan jangan terlalu mementingkan hasil kerja yang sempurna dari seorang murid sekolah rendah kerana  mereka akan tertekan...hargailah hasil kerja mereka dengan sebaiknya kerana ia dapat memberikan kesan positif kepada murid ini dimasa depan....

What ever...2 carta ini mengambil masa 5 hari untuk disiapkan.....
Syabas anak-anak ku....
Pada 21 Oktober 2011 yang lepas, beberapa gambar mengenai seorang pelajar sekolah rendah di hunan mendukung adik lelakinya di kelas telah tersebar luas. Ramai yang menangis apabila mendengar kesusahan yang dihadapi oleh pelajar ini. Ramai rakyat China menderma untuk membantunya.

Menurut jurugambar sebenar gambar ini, Lu Qixing. Gambar yang diambil bertarikh 29 julai 2011 berlokasi di kelas sekolah rendah Shanjiang Town, Hunan, China. Pelajar tersebut terpaksa menjaga adiknya kerana ibu bapa mereka bekerja di luar hunan. Manakala datuk dan neneknya pula terlalu sibuk menguruskan ladang mereka. Oleh yang demikian, si kakak tersebut membuat keputusan untuk membawa adik tercinta ke sekolah agar dia dapat menjaganya. Si adik dilaporkan mengalami kekurangan zat berkhasiat yang menyebabkan kepalanya begitu besar.
kanak-kanak, tertekan, motivasi kanak-kanak
 Walaupun dah lama pekara ini berlaku namun ia memberi seribu pengertian...
Bersyukurlah kita kerana dinegara kita tidak mengalami pekara sebegini..
Pihak kerajaan kita sentiasa mengambil berat akan isu-isu seperti ini. Bersyukurlah anak didik ku kerana anda berada dizon yang amat selesa...Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia kerana kerjaan kita tidak akan membiarkan anak-anak kita terabai dan memastikan semuanya cukup dan selesa untuk masa depan anak-anak kita. 
Bangunlah wahai warga Malaysia yang masih tidak mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Dan pekara ini memang berlaku, Dientri akan datang PokCik akan ceritakan apa yang PokCik telah alami didalam membantu murid-murid yang selalu ponteng dan malas ke sekolah...kebenaran tetap kebenaran cuma kita sahaja yang selalu tidak memandang berat akan hal ini. Dan dibandar besar seperti diKuala Lumpur ini memang banyak kes nya.... 
Apakah bezanya ketua kerani dengan Cikgu?....

Apakah perasaan seorang cikgu apabila dipertikaikan kerjanya?....

Apakah perasaan seorang cikgu apabila dia melakukan pembelian barang-barang untuk kegunaan anak murid satu sekolah....PokCik ulang sekali lagi....satu sekolah.......bermakna semua murid menggunakan barang tersebut..... dan perbuatan dia dipertikaikan....cikgu itu menggunakan duit yang diperuntukkan untuk Panitia dia......bukan dia guna dari sumber lain....

PokCik tahulah yang dia control duit sekolah....
tapi simpan duit sekolah banyak-banyak dan tidak digunakan nak buat apa?...
dah terang-terang Jabatan turunkan duit untuk kegunaan sekolah....
Bukan untuk disimpan.....cukup tahun pulangkan balik....
Apa ingat kami ni kemaruk sangat ke dengan duit semua tu ker?....

Dari cara dia bercakap PokCik dah faham sangat dia memperkecilkan kami.....
Selama ini PokCik hanya dengar dari membe-membe PokCIk tentang perangai dia ni....
Tapi hari ini depan Guru besar dia memperkecilkan Cikgu yang sesunguhnya antara yang terbaik didalam sekolah ini.....
PokCik bekerja dengan semua orang...PokCik tahu mana yang bagus mana yang tidak....
pokCik tahu mana yang terbaik dan mana yang sekadar kerja cari makan sahaja.....

Selama ini PokCik hormat semua orang yang berada disekolah ini.......
Pak guard sampai lah ke murid-murid.....
tapi cara kerani ini menyebabkan PokCik tidak boleh respek dia......

Dengan cara kerani ini  makan PokCik terpaksa buat cara susah untuk dia bekerja......
PokCik tidak akan bertolenransi lagi.......Kerana dia benar-benar memperkecilkan kami sabagai warga pendidik......

Kami berkerja separuh mati demi anak bangsa kami...
waktu cuti kami ramai yang tidak pulang ke kampung...
semuanya kerana kerja pengkeranian yang kami terpaksa buat.....
kami tetap datang ke sekolah biarpun budak tak ada.....
Guru tahun 6 hadir mengajar kelas tambahan walaupun budak yang hadir tak sampai separuh.....

Jika setakat ketua Kerani yang tahu mengira duit dan mempertikaikan apa yang kami lakukan lebih baik jadi kerani kewangan di Kementerian Pendidikan atau di Jabatan Pendidikan......
tak siapa yang nak marah.......
kalau setakat duduk dikerusi empuk dibawah aircond buat kerja kira-kira pokCik pun boleh buat .....

dari isnin hingga hari ini PokCik gembira dan happy sangat buat kerja disekolah waktu cuti.....
Tapi kerana kata-kata ketua kerani ini, mood poKCik terus hilang.....PokCik memang begang gila....sampai tak boleh buat kerja......

Setakat kerani dari Kementerian Pendidikan yang naik pangkat ketua kerani disekolah ini dah berani nak bercakap tentang krealibiliti seorang cikgu.......
memang buta hati.....
memang buta jiwa.....
dan memang orang tua yang tidak tahu erti hormatkan orang lain.....
Perghhhhhhhh.......

Terlajak perahu boleh undur....
terlajak kata memang tersemat dalam hati selamanya......

Selama PokCik bekerja tidak pernah sekali PokCik pertikaikan kerja orang lain.....
Tak pernah PokCik jatuhkan air muka orang lain....walaupun Tukang Sapu disekolah PokCik....
tapi hari ini seorang Ketua Kerani telah pertikaikan dan menjatuhkan air muka seorang cikgu yang PokCik tahu akan kesungguhannya didalam kerjanya dan tanggungjawabnya pada anak bangsa.....

Nak Buat Aduan/Laporan?.....
jangan bermimpi.....
kerani, menyindir guru depan guru besarnak mengadu dengan siapa?....
KPM?....Jabatan Pendidikan Negeri?.....PPD...?...or PKG.....
kalau mengadu apa yang kami akan dapat?......
Apa tindakan yang akan dikenakan?....
Satu sahaja yang akan mereka buat....
Cikgu kena Profesional........
Perghhhh..........

What ever.....
PokCIk dan rakan-rakan seperjuangan kami akan terus mendidik anak bangsa kami dengan penuh tanggungjwab.....
kami akan terangkan dan buka mata mereka tentang adap dan  dan pentingnya sikap hormat menghormati tanpa mengira kedudukan kita sebagai manusia......
kami akan ajarkan mereka tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan mereka.....Tekanan dari Pihak Kementerian, Jabatan or PPD tidak akan kami peduli.....

Hari yang cukup Panas biarpun hujan dari tengah hari tadi.....