tips, motivasi

Nampak macam biasa saja kan...
Tapi cuba kalau kejadian ini terjadi depan mata...
Apa agaknya yang akan dilakukan oleh cikgu dia?...
gambar ini PokCik ambil diwall facebook anak didik PokCik...
benda kecik macam inilah yang akan menjadi ikutan kerana ia nampak kelakar..
namun sedarkah kita nilai-nilai murni semakin tidak bererti lagi kepada anak bangsa kita?...

Sampai bila?....
dah 7 tahun berlalu......
Dendam lama masih terkubu dihatimu....
Dendam yang engkau ciptakan sendiri......
Dendam yang engkau mulakan....
Dendam lama yang masih engkau anggap aku puncanya....

Hakikat dah terbukti....
Aku bukan punca segalanya......
Bukan aku yang memulakannya...
masa dan waktu telah membuktikannya....
5 tahun lamanya aku beri ruang...
5 tahun aku menantikan engkau berubah....
5 tahun aku tanggung segala yang engkau berikan....
Namun tiada apa yang berubah.....

Siapa yang rajin bercerita?....
Siapa yang selalu mengata?....
Siapa yang mengungkit cerita lama....
Siapa yang asyik bercerita tentang cerita lama.....
Siapa yang membuat cerita lama menjadi dendam tak terubat...
semuanya engkau

Benar....
kini aku sudah ada penganti.....
Benar...
dia tidak secantik engkau....
Benar....
dia tidak semanja engkau...
Benar....
dia tidak selembut engkau...

namun diketika aku memerlukan semangat...
dia disisi aku...
bila disaat aku kesusahan....
dia menghulurkan tangan...
bila di saat aku kekeliruan.....
dia ajarkan aku hakikat....
bila disaat aku rasa bersalah antara kita.....
dia sudi menjadi teman untuk aku meluah rasa.....
di saat engkau mencaci aku,menghina aku...
dia sentiasa membuat aku berfikiran terbuka.....

kini...
aku bahagia...
Kini...
aku tidak diragui...
Kini....
aku boleh menjadi insan biasa....
Kini....
Kemarahanmu menjadi kekuatanku....
Kini....
kebencianmu menjadi tanda wancana hidupku....
Kini.....
Dendammu menjadi penyuluh hidupku...
Sesungguhnya aku,engkau dan dia adalah manusia biasa......
aku terima apa yang engkau luahkan dengan hati yang terbuka....

Dibawah  adalah catatan terakhir dari beratus makian yang PokCik terima....
Bukan nak meminta simpati...
bukan nak menunjuk...
bukan nak mengata....
namun inilah balasan dari peristiwa silam....
PokCik manusia biasa....PokCik adalah manusia yang tidak boleh lepas dari kesilapan....
namun besar manakah ianya?....sehingga ianya menjadi dendam kesumat...
Hingga dihina,dimaki bertahun-tahun lamanya....tidak termasuk cerita-cerita dari yang tersebar tentang kejahatan yang tidak pernah PokCik lakukan...
namun ianya menjadi kekuatan PokCik untuk menyedari bahawa hidup ini kita harus menanggung segala akibat dari kesilapan kita....
Benar jauh didalam lubuk hati masih menyayangi dia.....jika tidak manakah PokCik tidak block account dia....cuma PokCIk tidak boleh friends dengan dengan dia kerana beribu pihak akan membaca makian dia....cukup sekali.....bukan pokCik takut tetapi pokCIk tak mahu dia membuat kesilapan yang sama...kesilapan yang memakan diri sendiri akibat dari dendam yang tidak berkesudahan...

Namun PokCik sedar akan hakikat PokCik sudah mempunyai tanggungjawab pada isteri dan anak pokCik.....PokCik teramat sayang akan mereka .....
Disebalik itu juga PokCIk masih tidak boleh melupakan apa yang terjadi peristiwa 7 tahun yang lepas....
PokCik amat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana begitu memahami situasi pokCik.....


Sebahagian dari catatan si dia.....
jadikanlah ikhtibar dan bukan ikutan...
Sesungguhnya PokCik langsung tidak marah malah menerima apa yang diperkatakan ini....

Kegunaan facebook

facebook

Motivasi



manusia anjing

hinaan

Catatan yang diterima dalam minggu ini
Hina sangatkah aku
 


What happen to Mat Yo ( Norshahrul Idlan Thalaha ).....
3 kali peluang depan mata tak boleh nak score?...
Pergh.....PokCIk tepuk dahi 2 3 kali tengok peluang yang terhidang depan mata.....
Mat yo seolah-olah telah hilang sengat dia.....
Adakah kerana dia tertekan or bebanan yang ditanggung didalam skuad kebangsaan ini....
Bangkit Mat Yo...bangkit demi nama Malaysia yang tercinta.....
Mat Yo hilang Sengat

Biarpun gol kemenangan terhasil dari hantaran Mat Yo namun ianya tidak mencukupi untuk membuktikan sesuatu yang menarik....
Sejak join Pasukan Johor Darul Takzim ini, PokCIk nampak prestasi Mat Yo makin kurang menyengat.....
what ever tahniah kerana semangat dan kegigihan Mat Yo amat PokCik banggakan....Kesungguhan nya begitu ketara dalam setiap game yang disertainya.......namun kesungguhan tidak cukup....skill tinggi pun tidak cukup jika tidak mampun menjaringkan gol selaku Penyerang Utama Pasukan harimau malaya.....
Mat Yo, pokCik harapkan sangat Gol dari penyudah Mat Yo.....

P/S : sedapnya jadi pengkritik..syoknya jadi Coach Keyboard ni.....Namun ini adalah pendapat PokCik sahaja....yang penting siapa yang bermain dipadang lenih tahu akan situasi mereka....

Keputusan/Video Malaysia VS Yaman
Kesalahan Yang Sama Diulangnya Pemain Malaysia
Game Kelayakan Piala Asia 2015 yang berlangsung di Stadium Shah Alam tadi nampak ok sikit....
Namun bagi pendapat PokCIk Malaysia masih terlalu lemah untuk menghadapi perlawanan antarabangsa seperti ini.
Kesalahan dan kelemahan yang biasa saja diulang oleh pemain Malaysia....
Semunyanya yang sama sahaja diulang....

Walaupun Pemain Malaysia menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi didalam setiap permainan mereka. namun ia tidak mencukupi bagi memastikan Malaysia adalah negara yang baik didalam permainan Bola Sepak ini.

Kesalahan sewaktu bertahan nampak sangat kelongarannya.....
Nampak sangat kelalaiannya.....
Kelalaian dan kelemahan ini merupakan masalah utama didalam pasukan negara...
PokCIk dah ikuti kesemua game Malaysia dan kesalahan yang sama diulang oleh Pasukan Negara.
Piala Asia 2015 kelayakkan malaysiaBiarpun kita mempunyai ramai pemain yang berbakat namun ia belum menjamin nama Malaysia akan gah di arena bola sepak antara bangsa....

Satu lagi kelemahan yang diulang dan tidak diperbaiki apabila kita mendahului pihak lawan....
pasukan Malaysia akan terus kurangkan tekanan bahagian serangan dan banyak sangat mengamalkan taktik bertahan dengan jurang gol yang amat kecil.
Selalu sangat jadi macam ini.....

Bahagian tengah pula kadang-kadang ok...kadang-kadang out terus....
tak stabil.....kenapa yer?.....

Whatever PokCIk tetap sokong Malaysia biarpun Pasukan kita kalah.....
PokCik tetap sokong Malaysia biarpun pemain kita teruk permainannya.....


Keputusan Malaysia yaman Piala Asia 2013 Semasa

MALAYSIA berjaya mengalahkan Yaman 2-1 pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Separuh masa pertama Malaysia dan Yaman terikat 1 - 1.

Separuh Masa kedua pula Malaysia dapat menjaringkan kemenangan melalui tandukan Khyril Muhyameen hasil dari hantaran Norshahrul idlan Thalaha

Penjaring:

 MALAYSIA: Azzamuddin Mohd Akil (26'), Mohd Khyril Muhyameen Zambri (75')
 YAMAN: Aiman Saleh Abd Al-Hagri (11')



GOL PERTAMA OLEH YAMAN

GOL PENYAMAAN MALAYSIA
GOL KEMENANGAN UNTUK 3 MATA PENUH MALAYSIA



Tahniah untuk kemenangan sulung Malaysia di arena Antarabangsa ini.
Motivasi

Buat baik orang mengata,
Buat jahat lagilah orang mengata,
Jadi buatlah apa yang Allah suka,
Biar buruk dimata manusia,
Asal baik dimata Pencipta