Setiap hari PokCIk ikuti Perkembangan Kes ini....
Semalam gugur 2 orang Pewira Negara...
Hari ini gugur lagi 5 orang...
Ya Allah berkatilah mereka yang gugur ini....
PokCik amat berbangga kerana duduk dinegara yang amat bertuah ini....
Terima kasih kepada semua anggota keselamatan Negara yang bertugas dengan mengadaikan Nyawa mereka sendiri.....

Kepada mereka yang sedang berpolitik sekarang....
jangan lah menjadika isu ini sebagai bahan Politik anda.....
Siapa kita tanpa mereka yang sanggup bergadai nyawa demi negara.....
janganlah jadi si Celaka yang pandai menaguk di air yang keroh......
janganlah jadi bacul kerana inginkan kemenangan dengan jalan keji seperti ini.....
PokCik pun tengok semua berita...dari internet.....dari semua saluran TV.....tak kira dari pihak mana....namun PokCIk berfikir dan menilai setiap apa yang diperkata..

Al fatihah untuk anggota Malaysia yang terkorban......

Terima Kasih Kerana Menjaga PokCIk didalam negara ini......
Jasa anda hanya Allah sahaja yang boleh membalas.....



Jaga-jaga....
Siapa tak bagus dalam buat kerja akan dibuang.....

Begini rupanya statistik perjawatan mengikut kumpulan perkhidmatan.......

kita tengok pulak Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam


  1. Sektor pendidikan = 400,000 Guru
  2. Sektor pertahanan = 300,000 Askar
  3. Sektor keselamatan = 100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3)
  4. Sektor kesihatan = 50,000 Doktor + Jururawat
Jika nak kurangkan penjawat awam yang mana satu yang akan banyak dikurangkan?....
terang lagi bersuluh......Cikgu le......
Lepas ini cikgu-cikgu di Malaysia kena jaga-jaga....Budak tak pandai salah cikgu...tak layak jadi cikgu....so buang la.....

Lepas tu kurangkan Pulak tentera....Sebabnya pembakang ada cakap yang Tentera banyak membazir duit.....makan rasuah....beli kapal selam buat tukun...siap kau tentera....

Polis dan Doktor tak boleh kurangkan.....nak kena guna mereka-mereka untuk merawat dan tangkap orang degil-degil......

nak tahu lebih lanjut...baca la sendiri.... klik sini

What ever...PokCIk kena menjalankan tanggungjawab PokCik...
Siapa majikan PokCik..... dia PokCik ikut......
Nak buat apa pening-pening pasal ini....
Kita ada akal...fikir lah sendiri....
Pasal Politik ini semua orang nak betul...
Pemimpin dia betul..pemimpin sana salah.....
Tapi bab Agama tak jaga......
Bab bangsa tidak dipeduli.....
Pasal Politik Bangsa Kita bergaduh..berpuak-puak....
Satu Agama tapi kerana Politik putus saudara.....
Bangsa lain berpolitik jugak.....
Tapi bab bangsa dan agama mereka cukup jaga....
Bangsa kita ini ajer yang meludah ke langit kena muka sendiri lepas tu orang lain meludah pun dia buat tak tahu jer.....
Tak nak cakap lebih-lebih....
Orang kita ini Telinga Panas...nak marah ajer tahunya.....nanti pOkCIk update entry khas untuk bangsa kita.....Tunggu yer....
Kalu rajin mai follow PokCIk dan tahu le nanti.....
PokCik sedang mengumpul bukti-bukti sikap dan budaya orang kita.....




Boleh Bantu saya dalam Pertandingan membuat Laman/Portal?
Budak sekolah Rendah Belajar jadi pailang
Ingat Senang nak jaga budak ker?
Cakap senang la..mai cuba dulu...
Assalammualikum....

Hari yang amat memeningkan.....
Kemalasan mendatang bertubi-tubi....
Semua kerja malas nak buat....So ingat nak merancang dulu....

First :
  1.  Siapkan sijil-sijil budak Bola....( jabatan kedekut budak dah main bola pun tak sediakan sijil....)
  2. Siapkan RPH harian...isnin kena hantar.
  3. Fikirkan dan rancangkan serta siapakan kertas kerja Program pembudayaan ICT sepanjang tahun disekolah.
  4.  Meating dengan Pentadbiran secara tertutup Rancangan Pembudayaan ICT disekolah.
  5. Pastikan Program FROG berjalan dan disebarkan dengan jaya.
  6. Siapkan Soalan-soalan PBS untuk ujian UBS minggu satu lagi. ( Masak PokCIk.....subjek Dunia Sains dan Teknologi dari tahun 1 sampai 3 , budak ada 300....nak tanda nanti memang pengsan)
  7. Jawab forum UPSI. 
  8. Cari maklumat untuk Tugasan UPSI.
  9. Siapkan album Coustemer yang dah lama tinggal.
  10. Update blog-blog sekolah.
Semuanya kena siap dalam masa 1 minggu ini bermula dari hari ini.
Doa-doakan semuanya berjalan seperti yang dirancang .
Ingat senang ke nak jadi Cikgu...

Budak-budak sekarang ini memang kuat terpengaruh dengan filem......
Sampai menjawab soalan pun boleh terbayang......
apa nak jadi la....?.....
Budak, sekolah, Pening, ragam, Kerja, Latihan Sekolah
Inilah PokCIk nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur berkat sabar masih digagah
Kena cool, dan kontrol amarah

Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad

Beralih pula budak lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah cikgu nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
nanti ada pulak yang melayang ke dinding

Nak tahu sekarang ni ramai cikgu yang sakit
Sungguh, PokCik bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit

 Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah


sodap betul seloka yang PokCik jumpa ini dari saudara abgshah...
PokcIk edit sikit-sikit seloka dia yer....
jangan marah.....
Mari kita kenal siapa Abg Shah ini....

PokCik pun sependapat dengan Penghantar SMS ini.....
Tapi kalau tak hantar anak ke sekolah satu kesalahan....
So caranya adalah bagi surat kepada KPM untuk memaklumkan yang mereka ingin ajar anak sendiri...
dah tu Biarlah Ibubapa murid ini yang mengajar anak mereka.....
mereka bagi latihan...mereka ngajar sendiri....
masa peperiksaan baru hantar ke sekolah untuk ambil peperiksaan atau ujian....
kalau gagal ke...kalau lulus ke......mereka tak boleh nak marah cikgu-cikgu lagi.....

Orang sekarang mungkin tak paham satu pekara......
jika anak bijak pandai tapi tak ada adap dan budaya yang baik tak guna jugak.....
Jika tak pandai bergaul pun tak guna jugak.....
Apa ingat budak-budak boleh ikut ke cakap ibubapa bila dah besar nanti...
sejauh mana mereka boleh menerima pendapat orang bila mereka dah ada fikiran sendiri nanti.....
Bolehkah mereka membezakan yang mana baik dan yang mana buruk jika tiada pengalaman.....

Ingat semua Cikgu suka-suka ke marah budak?......
ingat Kerajaan bagi muka dengan ibubapa, Cikgu-cikgu kena takut ker?....
dah terang mereka cikgu...tahu lah mereka buat kerja mereka..
Mereka dah ngadap beribu-ribu karenah dan perangai budak tahu lah mereka apa yang baik dan apa yang tidak baik.....
kerana ibubapa seperti inilah maka sudah ramai cikgu-cikgu yang mengajar sekadar buat kerja sahaja.....budak dapat ke tidak,paham ke tidak, teruk ke tidak lantaklah.......bukan urusan mereka...sebabnya kenapa jadi begini.....SEBABnya adanya isu-isu dari ibubapa tentang pekara sebegini......

Fikir-fikirlah lah yer....
gaji kami tidak banyak seperti yang didengari....
kerja kami tidak semudah yang dibualkan......
kami pun manusia biasa...kami pun ada perasaaan...kami pun ada anak bini....
dan kami pun RAKYAT MALAYSIA.......

Bagi pOkcIk senang ajer....
Salah tetap salah.....
Kena tetap kena....
nak cakap apa ke....nak report ke...nak masuk dalam majalah or paper seluruh negara sekali pun..nak kutuk ke...nak hina ke....nak gaduh ke....
PokCIk tetap akan mendidik anak bangsa PokCik dengan cara budak sendiri...
Jika kena tegas maka tegas lah...Jika dia payah benar nak ikut aturan ditetapkan maka sakitlah dapatnya........
jika budak ok tidak ada masalah siapa yang nak marah?....
bebananan Dibahu kanan PoKCik agama PokCik....bahu kiri PokCIk anak bangsa PokCik....
ingat senang dan mudah ke nak jadi cikgu.....