Kepentingan TGFU

MENGAPA TGFU DIANGGAP PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)
            TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya murid-murid dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid.  
            Melalui TGFU, murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

KELEMAHAN SUKAN BERPASUKAN BERBANDING DENGAN SUKAN INDIVIDU

Albert carron(1993) telah menggariskan beberapa faktor yang boleh menggugat kesepaduan sesuatu pasukan. Antaranya adalah Percanggahan tentang matlamat pasukan iaitu matlamat pasukan yang kurang jelas akan menyebabkan pemain mudah tersalah anggap.

Kekerapan pertukaran ahli juga faktor yang boleh menggugat kesepaduan pasukan adalah satu kelemahan. Pasukan yang kerap menukar pemain, khususnya dalam pasukan yang memerlukan setiap pemain bersama-sama beraksi seperti bolasepak, hoki dan bola jaring akan menyebabkan pemain keliru serta tertanya-tanya. Pemain akan menjadi kurang selesa kerana mereka tidak dapat mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan yang lain, tertanya –Tanya tentang nasib mereka sendiri dan mereka tidak pasti apa yang diingini oleh pihak pengurusan. Akibatnya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan menurun.

Kelemahan yang lain adalah perebutan kuasa dalam . Fenomena ini akan memecah belahkan kesepaduan asukan kerana para pemain akan berpecah belah kepada beberapa kumpulan.Tumpuan akan menjurus kepada perebutan kuasa dan bukannya tugasan serta matlamat pasukan. Kesannya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan terkikis.
Kelemahan komunikasi dalam pasukan juga merupakan kelemahan sukan berpasukan. Kekurangan komunikasi yang berkesan akan menyebabkan matlamat pasukan tidak tercapai di akhir musim. Ini kerana matlamat pasukan tidak dapat difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Kelemahan dalam sukan berpasukan adalah sering berlaku pertelagahan dalam pasukan.Kurangnya interaksi dalam pasukan akhirnya akan mengurangkankeberkesanan serta kesepaduan pasukan.Selain itu, antara faktor lain yang boleh menggugat kesepaduan pasukan adalah pemain kurang jelas dari segi peranan yang dimainkannya. Pemain yang tidak tahu tentang perananya dalam pasukan adalah ibarat layang-layang putus tali. Mereka tak dapat memberikan prestasi yang terbaik kerana kurang jelas tentang ekspektasi pengurusan serta rakan sepasukan terhadap mereka.Mereka juga tidak tahu apa dan siapa yang boleh membantu mereka menangani masalah pasukan. Akibatnya, pemain akan bertindak sendirian sehingga menjejaskan pasukan.

Kelemahan  sukan berpasukan juga merujuk kepada masalah pertembungan personaliti . Dalam situasi yang agak genting sering kali berlaku pertembungan personaliti sesama sendiri di kalangan pemain diantara pemain dengan pemain serta jurulatih. 


KEPENTINGAN PROSEDUR KEEMPAT DALAM MODUL TGFU

Kepentingan TGFUCara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas  adalah  sukar.
Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang hendaK dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.

Kepentingan jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek akan sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan, Setiap situasi perlu diambil kira seperti kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yang penting. Kepentingan yang lain adalah mencarai jalan yang terbaik untuk melakukan perubahan dan membuat pilihan yang menepati kehendak keadaan pada saat yang kritikal.


Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan. Menurut falsafah TGfU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan.

0 comments: