AsasUntuk Menghasilkan Sebuah Majalah Sekolah

Assalammualaikum.....

Seperti yang dijanjikan sebelum ini PokCik akan membuat entry berkenaan penghasilan majalah sekolah berdasarkan pengalama pertama PokCik dalam pembikinan awal hingga diterbitkan Majalah Sekolah PokCik.

Pekara pertama yang kita mesti lakukan apabila ingin menghasilkan sebuah majalah sekolah ini adalah Kita harus mempunyai hati yang kuat dan pengorbanan masa yang cukup banyak. Minat memang kena ada.kalau tak ada minat memang tidak akan mempunyai hati yang kuat. dan yang paling penting adalah kena ada seorang mentor yang mempuyai pengalaman dalam pembinaan majalah ini. macam PokCik mentor pokCIk adalah dari Sekolah yang menjuarai pertandingan membuat majalah.

Untuk mendapatkan idea dan reka bentuk majalah ini bukan susah mana pun...Cuma kena banyak mengkaji dan melihat hasil-hasil majalah sekolah lain dan juga majalah-majalah yang terdapat dipsan. Kena bentukkan dulu konsep majalah yang kita inginkan. Majalah PokCIk ini diadaptasikan berdasarkan majalah sekolah yang pernah menang pertandingan membuat majalah sekolah. PokCIk tiru dari segi konsep dan susun atur gambar.(Maklumlah budak baru belajar)..

Jika ingin membina majalah dengan cara mudah beberapa kemahiran asas penggunaan software kena lah ada antaranya :

  1. Adobe Photoshop atau yang seangkatan dengan nya. Ini bagi mengedit gambar. ( Khasnya gambar kelas dan gambar-gambar yang melibatkan kekuatan sesebuah majalah.
  2. Adobe Illustrator atau yang seangkatan dengannya. Tujuannya adalah supaya vector@kerawang@garisan macam border yang menggunakan format ai dapat digunakan didalam photoshop. ini penting dalam pembuatan kerawang diside bar dan sebagainya.
  3. Adobe Indesign. Ini lah perisian yang paling penting didalam penghasilan majalah secara mudah. Ada asas dah cukup untuk menghasilkan majalah sekolah yang beratus muka surat tu. Perisian ini yang digunakan untuk membentuk sebuah majalah sekolah.


Dalam menghasilkan majalah sekolah PokCik, PokCik banyak sesangat menyedok idea dan konsep dari majalah lain dan internet. Untuk mencantikkan gambar dan menerangkan gambar atau membuat kerawang atau mencari PSD  atau mencari apa-apa bahan dalam penghasilan majalah ini semua PokCIk download secara percuma dari internet.

PokCik menggunakan Adobe Photoshop CS 6( editing gambar ), Adobe Illustrator CS 6 ( kerawang dan border ) dan Adobe Indesign CC ( Penghasilan majalah utama).

Jika inginkan majalah yang cantik gambarnya dan tidak pecah semasa printing kita haruslah memastikan semua gambar berkualiti 300dpi. Termasuklah dengan background dan kerewang yang dijadikan gambar pegun.

Dah ada semua ini maka benda yang awal sekali harus dibuat adalah mengumpul segala bahan yang akan ada didalam majalah sekolah itu kelak. Buat satu folder khas untuk majalah sahaja...didalam folder itu letak semua bahan dan juga apa-apa sahaja yang berkaiatan dengan majalah yang bakal dibina. Jangan diasingkan. Ini supaya bahan yang dibina tidak hilang didalam tapak Indesign kelak. Contohnya macam gambar dibawah :

Create Folder khas majalah :

Asas untuk menghasilkan sebuah majalah sekolah
Folder khas majalah


Dalam folder majalah asingkan lagi folder mengikut kesesuaian. Tips mudah adalah, asingkan setiap bahagian mengikut kegunaannya. Contohnya bahan gambar aktiviti satu folder, bahan gambar staf dan cikgu cikgu satu folder, bahan untuk border or background satu folder dan sebagainya mengikut kesesuaiannya.

Asas untuk menghasilkan sebuah majalah sekolah
Semua bahan majalah dalam satu folder khas

Mula-mula memang pening, tapi lepas melalui segala kesusahan kerja akan menjadi mudah. yang penting hati kena kuat yer...Try buat dulu...Esok lusa PokCik masuk pulak bab ke 2 dalam penghasilan sebuah majalah sekolah.

PokCik tunjukkan Hasil editing menggunakan Adobe Photoshop yang telah pokCIk buat :

Selepas :
Panduan Menerbitkan Majalah Sekolah
Gambar sudah diedit dengan cara mudah

Sebelum
Panduan Menerbitkan Majalah Sekolah
Gambar Asal tanpa editing

Backgroud belakang pokcik download dari internet. PokCik Potong gambar dan gabungkan backgroud dengan gambar yang poKCik ada. Backgroud dibelakang tu adalah gabungan dari 3 jenis PSD yang didownload dari internet. tulisan pun download dari internet. Ini contoh ajer...dientry akan datang POkCik akan tunjukan macam mana nak hasilkannya. Dari backgroung ini maka 7 gambar pasukan elit dapat disiap dalam masa 15 minit ajer. Yang backgroud tu ambil masa 5 hari (hehehe budak baru belajar, belasah ajer)...

Ok nantikan bab ke 2 dalam menghasilkan sebuah majalah sekolah.

P/S : Maaf kualiti tulisan memang tidak memuaskan. pokCIk lebih suka menulis/menaip apa yang terlintas secara spontan dalam kepala pokCIk.

Bahagian Kedua : Klik Sini

11 comments:

Mummy MM said...

Steadylah majalah sekolah cikgu. Siap photoshop lagi. Majalah sekolah saya biasa2 jew tapi saya sayang. Masih lagi saya simpan. Kadang-kadang teringin gak nak tengok muka saya time dekat majalah tu. Macam rimau. Hahaha.

Unknown said...

TQ...sebab tu lah PokCIk sehabis baik.....Kerana Majalah ini adalah memori...tidak sama bila dilihat di fb atau discreen komputer.....PokCIk habiskan masa banyak kepada majalah ini.....Sayang anak murid buat majalah yang akan dikenang oleh mereka sampai bila-bila

Cikgu Abah said...

fuh...terima kasih..atas maklumat hebat ini..

Unknown said...

boleh share tak link download photoshop ?

i'tsOurlife said...

salam. print dimana ?

Unknown said...

Serdang....Harga nya Oklah jugak...Sebab Full Colour...

Putera Ke-3 said...

salam.. saya ada buat majalah.. semua buat dalam bentuk a4 je.. last skali baru nak gabungkan dalam a3.. tapi masalahnya nak buat muka surat.. main depan belakang muka surat jadi pening.. mcm mana nak buat? saya betul2 nak berguru bab2 ni.. boleh beri tunjuk ajar..trima kaseh

Unknown said...

Dekat mana download semua tu free? Seharian carik tak dapat dapat yg betul2 boleh bukak. Bantulah dakuuu pokcik

Unknown said...

Jika rajin download tapi internet kena laju...ada yang free ada yang berbayar...kalau free kena yang siap crack nya sekali(Pirate)...Paling mudah beli sahaja DVD installernya dikedai komputer....semua ada dalam dvd tu installernya tu.....

Unknown said...

Gunakan aplikasi apa yer

Aril said...

terima kasih atas perkongsian ilmu pokcik