Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

" Hari ini PokCik telah mengahadiri Kursus Sistem Pengurusan Sekolah. Ini adalah merupakan salah satu Program ajakan ke 7 pembangunan program pendidikan di malaysia. "
Jadi hari ini kita akan berkenalan dulu dengan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS).
SPS, Sistem Pengurusan Sekolah,
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. 
Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). 
Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti
Apakah objektif SPS?

Objektif sistem ini dilaksanakan di sekolah adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini.

keistimewaan SPS jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang terdahulu?

Sejak sekian lama, pihak sekolah hanya memberikan maklumat dan data kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pihak sekolah sendiri tidak mempunyai sistem untuk merekod maklumat dan data untuk urusan pentadbiran di sekolah. Dengan ini, SPS merupakan sistem yang dapat membantu pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya.

sistem sokongan yang lain dibangunkan bersama SPS?

SPS merupakan sistem pengoutomasian bagi dua bidang utama di sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran (SPP) yang akan dipasang bersama SPS (seperti yang terkandung dalam spesifikasi tender) sistem ini mampu memberi manfaat kepada guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah format SPS dapat membantu sekolah?

SPS mengandungi modul-modul yang dibina atas kehendak dan keperluan sekolah dan KPM. Sebagai contoh, Modul Peperiksaan disediakan bagi tujuan meneliti kemahiran dan perkembangan murid. Selain itu Modul Maklumat Murid dibina bagi tujuan rekod dan data ini dapat diguna oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Oleh kerana sisitem ini berjaya dilaksanakan dengan jaya disekolah rintis oleh KPM sejak dari tahun 2009 maka pada tahun ini ( 2013 ) Semua sekolah di Malaysia akan menjalani latihan khas bagi menggunakan sistem ini dan ia akan menjadi Sistem Rasmi untuk kegunaan semua pihak ( murid,ibubapa,guru dan pihak jabatan dan KPM )...

# masalah yang pertama yang timbul semasa kursus hari ini adalah Sistem ini tak boleh nak masuk. Terkejut kot...So kursus hari ini jadi setengah hari...dan akan disambung apabila sistem dah stabil dan dah boleh lgin...harapan PokCIk pihak KPM akan menyelesaikan isu server ini sebab ini baru guru admin masuk login...belum guru-guru lain....belum murid-murid...belum ibubapa lagi......
# benda baru memang macam ini...so kita semua harus bersabar yer.....memang akan timbul macam-macam masalah nanti....sama-sama kita membantu antara kita bagi menjayakan program pendidikan di Malaysia ini....



2 comments:

Mummy MM said...

Nice sharing

damien said...

info berguna untuk tugasan saya.. terima kasih :)