DEFINISI PERGERAKAN KREATIF

  • Penggunaan pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi
OBJEKTIF PERGERAKAN KREATIF
  • aspek fizikal : memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencapai kecergasan fizikal dalam aktiviti pergerakan yang mengandungi latihan-latihan jasmani serta aktiviti-aktiviti fizikal yang mencabar
  • kanak-kanak dapat memahami, menghargai serta memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan mereka
  • menyedari tentang potensi-potensi pergerakan, batas serta kemampuan mereka dalam melakukan pelbagai aktiviti pergerakan
  • sosio-emosi : belajar bekerjasama dan bertolak ansur dengan masyarakat yang lain - membina sikap, perasaan dan nilai positif kanak-kanak terhadap kesukanan, persaingan sumbangan aktiviti-aktiviti pergerakan dalam membangun kehidupan yang sejahtera. - memberi peluang kanak-kanak untuk gemar melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal, - dapat membina konsep kendiri yang kental dalam hubungannya dengan tubuh badan dan aktiviti fizikal di samping mempertingkatkan mutu disiplin kendiri dan keyakinan kendiri.
  • segi intelek : menambah pengetahuan dan mendalami pemahaman terhadap konsep-konsep pergerakan dan prinsip-prinsip pergerakan fizikal.- membina potensi gerakbalas dan bertindak secara kreatif terhadap tugas yang melibatkan pergerakan asas, gimnastik, kemahiran-kemahiran permainan, ritma dan gerak tari - memberi peluang kepada kanak-kanak memilih aktiviti pergerakan
4 UNSUR ASAS DALAM PERGERAKAN KREATIF


a. Tubuh badan
- Apakah yang dilakukan oleh tubuh badan atau bahagian-bahagian anggotanya?
b. Ruang
- Di mana dan bagaimana ruang digunakan dalam aktiviti pergerakan?
c. Daya
- Kualiti pergerakan.
d. Perkaitan
- Bagaimana pergerakan dihubungkaitkan antara bahagian-bahagian anggota tubuh badan dengan orang lain atau objek-objek?

Perkaitan Antara Individu Dengan Kelompak

4 kategori perkaitan iaitu:
i. Individu dengan individu
ii. Individu dengan kelompok
iii. Kelompok dengan kelompok
iv. Kelompok dengan individu

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
  • Kebebasan Pengucupan Idea dan Perasaan
  • Ritma
  • Kreativiti - elemen yang dinamik yang tersirat dalam jiwa kanak-kanak
KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF KEPADA KANAK-KANAK

  • Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
  • mengurangkan ketegangan emosi.
  • menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri



terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk menyediakan persekitaran yang boleh merangsang dan menjana kreativiti kanak-kanak, antaranya;


1. Persekitaran perlu sesuai dengan aktiviti yang dirancang.
2. Ruang persekitaran mudah dikawal dan diurus.
3. Peralatan yang disediakan mudah diambil untuk digunakan dan juga mudah untuk disimpan.
4. Persekitaran memudahkan pergerakan kanak-kanak.


Melalui aktiviti pergerakan kreatif, penilaian yang dapat dibuat adalah;
1. Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti pelbagai potensi kanak-kanak.
3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.

DYSPRAXIA - masalah penyakit yang berkait dengan masalah ketidakmampuan seseorang dalam mempelajari atau menggunakan kemahiran motor (pergerakan yang mempunyai koordinasi) .

RAWATAN UNTUK DYSPRAXIA - 
o  THERAPI OCCUPATIONAL - membentuk kemahiran khusus
o TERAPI BAHASA DAN PERTUTURAN - membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan berkesan
o LATIHAN PERCEPTUAL MOTOR - Melibatkan peningkatkan bahasa, visual, pergerakan & kemahiran pendengaran

SINDROM TOURETTE - gangguan pada saraf otak (neurological) yang menyebabkan berlakunya perkara- perkara yang tidak terkawal (spontaneous) seperti tingkah-laku dan kata-kata (Dianne K. & Nelson B, 2006). engalami tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang dilakukan secara tidak sedar oleh seseorang (spontaneous).

RAWATAN UNTUK SINDROM TOURETTE
  • Pembedahan neuro
  • Pemulihan tingkah laku dapat dilakukan melalui pembaikkan tabiat dengan bimbingan teknik-teknik menangani (Kids Health Organisation,2007)
  • Ubatan yang berkesan seperti dadah diperlukan bagi pesakit yang mengalami tics

  • meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam pergerakan
  • konsep asas - koordinasi, kelenturan, dan imbangan
  • Konsep Imbangan - kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti - aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncar serta meluncur.
  • Konsep Kelenturan - julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke eskstensi ataupun ekstensi fleksi - Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok - Eksetensi pula adalah pergerakan meluruskan - contoh : gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan. 
  • Konsep Koordinasi - pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggots badan dapat berfungsi secara bersepadu - contoh melambung dan menyambut apabila besar atau pundi kacang memerlukan keselarasan mata, tangan kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola. - terdiri daripada koordinasi kimia dan koordinasi saraf .

  •  Koordinasi kimia - bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin
JENIS-JENIS GIMNASTIK

  • enam gimnastik iaitu gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik trampolin, gimnastik paparan umum, gimnastik aerobik dan juga gimnastik akrobatik
  • Kemahiran Asas Dalam Gimnastik Artistik - Senaman Lantai, Acara Lombol,  Acara Palang, Kekuda Berpelana, Batang Titian, Acara Gelang, Acara Palang Tunggal
  • GIMNASTIK IRAMA - menggunakan elemen percampuran atau gabungan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian dan kemahiran memanipulasi peralatan.- Altan gelung, tali, reben, bola dan belantan - Keperluan Asas Dalam Gimnastik Irama.: Pakaian - leotard dan tights ataupun leotard sahaja., Kasut : kasut yang diperbuat daripada kulit atau kain bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau tergelincir, Tempat Latihan : 
  • Jenis-Jenis Latihan : warming- up ( panas badan),---> kalistenik dan aerobik (meningkatkan kekuatan dan ketahanan daya kardiovaskular) ,----> regangan otot(meningkatkan tahap kelenturan badan supaya sendi-sendi otot boleh menerima tekanan yang kuat dan dapat digerakkan ke tahap yang maksimum) aktif (dilakukan sendiri oleh gimnas) dan pasif ( bantuan rakan )  -----> pelaziman( meningkatkan daya fisiologi badan dalam memahirkan teknik-teknik pergerakan gimrama atau gimnastik irama) menekanakan kelenturan, kekuatan, ketahanan, kordinasi, muzik dan pencurahan perasaan.
  • GIMNASTIK TRAMPOLIN - empat acara iaitu individu, berirama, double mini, power tumbling. - 
  • GIMNASTIK PAPARAN/UMUM - pergerakan dalam gimnastik berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor
  • GIMNASTIK AEROBIK - memperlihatkan perkembangan kegiatan harian oleh individu tertentu sama ada dalam kumpulan atau persendirian - menitikberatkan kekuatan, kelenturan, dan kesihatan seseorang yang melakukannya - mementingkan kemahiran dan keseimbangan. - dilakukan dalam kawasan yang kecil - Masa yang digunakan juga hanya sedikit 60-90 saat sahaja - 
  • GIMNASTIK AKROBATIK - sukan kumpulan kompetitif di mana pasangan atau pasukan ahli-ahli gimnastik menjalankan rutin akrobatik- 
Definisi Gimnastik Pendidikan
  • satu pendekatan dalam pendidikan gimnastik. Gimnastik juga memberi tumpuan kepada pembelajaran dan juga perkembangan kanak-kanak
  • Konsep Gimnastik Dalam Pendidikan -memberikan tumpuan pembelajaran dan pengajaran segi iaitu gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak - meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. - memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dilakukan oleh murid - contoh pergerakan gulingkan badan dari depan ke belekanag dengan bertubi-tubi, bergerak setempat ke setempat yang lain. - gelung, tilam, riben peti tombol ,bangku essex, pemidang taiping dan sebagainya.
  • KEPENTINGAN GIMNASTIK DALAM PENDIDIKAN - mengembangkan pertumbuhan mereka baik dari segi kognitif dan fizikal - membantu kanak-kanak meningkatkan pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotif, bukan lokomotif dan manipulatif mereka - mampu melatih daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti , daya ketangkasan dan daya koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. - Menambahkan pengalaman belajar kepada kanak-kanak - Nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak - Sikap sabar, tidak mudah patah semangat dan bekerjasama dapat dipupuk - membantu mengembangkan bakat kanak-kanak supaya meminati sukan ini
  • KEPENTINGAN GIMNASTIK KEPADA KANAK-KANAK - aspek fizikal : menguatkan otot apabila melakukan aktivit seperti melompat melentur dan menampung berat badan, Tulang juga akan menjadi sihat, aspek kognitif : melatih otak -> kanak-kanak akan berfikir untuk melakukan gimnastik dan dan melatih tubuh mereka untuk menguasai gimnastik tersebut. segi sosial : boleh berinteraksi dengan kanak-kanak dalam kerja berpasukan dan berpasangan , ---> berkongsi pendapat dan berkerjasama 
  • ALATAN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK GIMNASTIK - Tali, Gelung, Belantan, Oktagon, Landing Mat, Bola, Reben, 

  • Pergerakan voluntari membawa makna lakuan motor berkemahiran yang merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Dengan kata lain pergerakan yang dilakukan dengan sengaja dan disedari.
  • Kemahiran generik dan kemahiran menentukan matlamat penting dalam melakukan pergerakan voluntari.
  • Terdapat dua kategori dalam pergerakan bayi iaitu kawalan kepala dan kawalan tubuh badan.
  • Pergerakan voluntari bayi amat bergantung kepada kestabilan yang terdapat pada sendi. Hal ini demikian kerana bayi memerlukan otot untuk mengetat dan mengecutkan sendi-sendi yang berfungsi untuk menstabilkan badannya.
terbahagi kepada empat konsep

Kesedaran Tubuh Badan
 -> pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan ntuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
-> merupakan pindahan berat antara anggota badan dan keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai

Kesedaran Ruang
-> merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan
-> ruang diri dan ruang am -> Ruang diri : ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan -> Ruang am : kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan

Kesedaran Beban
-> merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
->Terbahagi kepada dua iaitu halus ringan:(lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat)  dan berat kuat ; (lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.)

Kesedaran Masa
-> kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

JENIS-JENIS PERGERAKAN
-> Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan
-> berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari atau lompat sisi, lompat skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop

-> Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat.
-> berdiri, duduk,dan sebagainya

perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Lokomotor

  • kedudukan seseorang berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain- berjalan atau berlari dikenali  sebagai bergerak dan beredar
  • merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar  - melalui pergerakan seperti melompat dan berlari 
  • pergerakan yang banyak menggunakan ruang
bukan lokomotor
  • menggerakkan bahagian tubuh badan - tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah
  • menggunakan otot-otot atau motor kecil halus sendi buka-tutup dan pusing putar
  • kurang memerlukan ruang

budak sekolah rendah, masalah pembelajaran

Macam-macam budak sekarang ini....
Lain ditanya lain dijawab...
manalah cikgu nya tak berang.....
Cerdik memang cerdik......Tapi bab jawi ....hancus.....
First time baca.....Sakit hati.....
Second baca......salah siapa ini?.....
third kali baca.....Lawak nak pecah perut....

Sabar yer cikgu......




pokCIk ingatkan dah abis dah...Rupanya ada lagi....
Cukup-cukuplah tu....

bak kata melodi......
"Kurangkan konterversi....Tingkatkan Prestasi...Berdiri atas kaki sendiri "
Sambil baca sambil layan lagu...memang masuk mood membaca..tidak mahu dengar lagu klik ajer button pause player diatas...

Isu guru, Semua salah cikgu, Panduak menjadi guru, cabaran menjadi guru,

PokCik pernah baca laporan ini di surat khabar Berita harian pada bulan september 2013 (http://www.bharian.com.my/articles/Sikapgurupuncaponteng/Article/)  ...Namun PokCIk tak ambil port sangat la...Sebab yang cakap ini tahapnya Dr...So layan kan ajer......

Top-top buka Fb ada pulak isu ini diketengahkan.....Paham-paham ajer lah kan.....comfrim ramai yang mengamuk punya......
Isu guru, Semua salah cikgu, Panduak menjadi guru, cabaran menjadi guru,

nah Jumlah like 560 orang....Jumlah yang share 599 kali.......

Antara komen yang PokCIk syok layan Sambil tersenyum :

Bukan takat ponteng je...cikgu pun punca pelajar xminat blajar...gado..kongsi gelap...pengedaran dadah...buang anak...hubungan seks luar nikah..mat rempit...keretakan rumahtangga...pencurian moto dirumah ibadat pakej dengan selipar...eh bnyak lagila...cume mak bapak diorg je yang betul...

Suruh dr tu jd cikgu je..ngajar klas ujung skali, yg bdk2nye 50% mlayu 50% cina..pstu mmg jnis x nk blaja..buku x bwk..dlm beg ada pen sebatang je..dlm klas tdo @ buat bising memanjang...ckgu tegur dia lawan...mkin provoke ckgu..senang cter bdk2 total lost....ckgu dpt kawal klas bdk2 x bgaduh btumbuk pun dh bsyukur..tp yg dicanangkan zaman skrg ni, SEMUA SALAH CIKGU...

pelajar nakal akan bg jawapan yg sama....sy ponteng sbb....
cikgu tk mgajar
cikgu ajar boring
cikgu tk masuk kelas
cikgu membebel
cikgu garang
HARUSLAH dia jawab mcm tu.. utk lepaskan diri...takkan dia nk jwb mcm ni:
-sy malas
-sy nak main game guna handphone ..kt sekolah tkleh bw tepon
-sy nk sembang2 dgn kwn...sy nk hisap rokok...
Sekian terima kasih....

Biasa budak ponteng sbb :
1. Ibu bapa tak kisah dia gi sekolah ke tidak
-last2 anak jadi habit tak pi skol. Lebih suka tergolek atas katil atau main game atau jd mat rempit. 
2. Tak siap kerja sekolah 
- Gi skol cikgu tegur. Bila bertimbun tak siap..cikgu marah. Last2 takut gi skol. Budak terlalu manja n tak boleh di tegur...

- kalau kajian tanya budak..memang semua salah cikgu....


Ponteng kerana sikap guru....ADA BETULNYA..sbb bila murid tdo lam klas, guru kacau suh bgn blajar. Bila tak buat kerja, guru marah, paksa suh blajar, bila bg kerja rumah, msti kena siapkan, esok ckgu bk bincang..kalo tak siap, nnti kna marah lagi...ha..sbb tu la pelajar ponteng..bayangkanla, kalo ckgu ni tak mnegur n tak prihatin lgsung pd plajar, tdola, bisingla, tak pyh buat kerja, tak pyh siap kerja, tak pyh bncg kerja rumah, insyaAllah sentiasa penuhla kelas..takde yg ponteng..maklumla plajar ponteng sbb sikap guru yg suka marah..rasanya ckgu ni suka mrh2 tanpa sbb ke??biarla hanya Allah yg mengetahui segala2 dan sesungguhnya Allah itu maha adil dan tahu niat kita smasa mengajar dan mndidik murid..

yang Ini marah bebenor......
 En Hassan bin Bolt ni trauma dgn mereka yg bergelar guru ye??? Dr aritu bg komen negatif tentang guru... Pasal perkara ni...jgn dok kaji pelajar sahaja...meh kaji guru2... Kaji secara telus.... Jangan terkejut kalau puncanya nanti macam membuka pekung didada...dok ngata mcm2 punca semua guru..maafkan sy..IBU BAPA pun semakin cerdik ye..IBU BAPA YG ADA HUBUNG JALIN DGN PARA GURU AKN FAHAM SIAPA SEBENAR PUNCA SEMUA TU... kalau cikgu tertekan siapa puncanya??? Kalau cikgu terlalu sibuk aktiviti luar utk sekolah,daerah dn negeri. .siapa punca kuasa yg mengarahkn mereka keluar????kalau pelajar kurang pandai tk dapat perhatian..arahan siapa yg suruh semua tahap pelajar dimasukkn dalam satu kelas dgn mengenepikan aras pemikiran mereka ???? Nk melaksana PBS. .eviden nk kejar..silibus nk kejar... Semua terkejar2 hingga fokus mendidik itu hilang..siapa arahkan laksana semua perkara tu???? Belum lg kerja2 pengkeranian yg tk sudah2 tu...siapa punca kuasa yg mengarahkan???? Dengan dasar itu dn ini nk nampak cantik tp sipelaksana (guru)yg tonggang terbalik..salah cikgu gak???? Dr segi disiplin...siapa yg arahkan murid tk boleh itu dn ini...sampai dijeling pun tk boleh??? Owh pelajar lempang cikgu sebab kejutkan pljr jawab kertas exam tk plak diwar2kan...cikgu salahlh sebab kejutkan??? Bkn menengking pun..goyangkan bahu jer...kena ketuk kepala cikgu tu dgn botol air dek pljr tu...owh salah cikgu gak ker??? P&p tk menarik??? Lengkap sgt ker kemudahan sekolah yg ada????lcd cukup??? Lap top cukup??? Sy siap beli sendiri dgn duit gaji sendiri utk pelbagaikan p& p. .dh bdk tk minat...disiplin longgar....msh tk cukup usaha ka???? Salah cikgu???? Mcmmana nk buat persediaan mengajar klu ntah2 apa mcm2 bebanan bg cikgu pikul..mana masa nk bersedia utk p&p...??? Salah cikgu lagi kerrr??? TAK ADILLLL...tk cukup dicacaikan...institusi pendidikan dn jadi pusat jagaan semata2.. TUDING PADA GURU SEMUA PUNCA???!!!TAK ADILL SANGAT TAK ADIL!!!!

En Shukor Ahmad. ..bila situasi seisi rumah semua tk bangun lg tu salah guru kot..dh tu semua salah cikgu... Fakta perkara yg bermula dr rumah sampai mati pn akn disembunyikan..salah cikgu diwar2kan... 
Pn Hajjah Mardz betul tu...cikgu tidak boleh berpolitik disekolah..yg en samsudin dok kata pasai undi2 cikgu tu nape????...apapun hak mengundi adalah rahsia.. Nama pn cikgu..mereka cerdik menilai dn hak mereka. ..hak sbg warganegara!! Klu nk suh ikut satu parti shj baik tk yah ada mengundi..jadilh kuasa tentera dn diktator...brgkali itu yg dia mahukan...
En Samsudin Abd Kadir... Samada en pn ada masalah dendam dgn insan yg bergelar guru atau mungkn slh fhm politik yg mguris en Samsudin ni..satu jelh sy nk bgtau...TAJUK DN ISI KERATAN AKHBAR TERSEBUT TIDAK GOYAHKAN SEMANGAT GURU2 NI SEBAB YG BG REZKI ADALAH ALLAH!(JGN LUPA TU...REZKI TUAN PN ALLAH YG BERI) ... YG EN KATA KAMI NI TK TAHANLAH DGN KATA2...SEBENARNYA BUKAN TAK TAHAN CUMA KAMI BUKAN DAYUS!!! MEMBIARKAN PENINDASAN YG SEBENARNYA BKN SHJ MEMBERI KESAN KPD KAMI MALAH PEWARIS KEWARGANEGARAAN MALAYSIA...TERMASUKLAH KETURUNAN ANK BERANAK PINAK ENCIK Samsudin Abd Kadir NI... BUKAN GURULH NAMANYA KALAU GENTAR DGN KOMEN YG TK MEMBINA EN BAGI TU... SEDIKIT PUN TK MENJADI KUDIS KOMEN2 EN TU KPD KAMI.. DH BERAPA BYK ARTIKEL TENTANG GURU..SALAH GURU..ITU DN INI SEMUA YG NEGATIF TNTANG GURU TP KAMI MASIH TETAP 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' WLUPUN HATI2 KAMI DH TERGURIS DEK MEREKA2 YG NAMPAK CERDIK TP BUTA MATA HATINYA...KAMI MSH TETAP LAKSANAKN DASAR2NYA..EN NK TAU KENAPA??? SEBAB KAMI ADALAH GURU..ALLAH PANDANG MULIA PD INSAN YG BERGELAR GURU....PENGIKTIRAFAN ALLAH KPD GURU LBH TINGGI NILAINYA BERBANDING MANUSIA..KENAPA GURU2 MASIH KENTAL??SEBAB ADA ALLAH YG BERI KEKUATAN..KENAPA YG SALAH KAMI NK PERBETULKAN???SEBAB KAMI MEMEGANG AMANAH ALLAH DLM MENDIDIK DN MENGAJAR..DLM KUBUR NANTI ITU YG AKN DISOAL KPD KAMI TENTANG ILMU DN DIDIKAN YG KAMI BERI...YG DIATAS SANA PUN TKKN TERLEPAS DR SOAL JAWAB ALLAH BILA MEREKA MENJADI PEMIMPIN... KAMI NI DIBAWAHNYA...JADI APA YG BERI KAMI KEKUATAN??? HANYA ALLAH...




Tak kurang juga yang memberikan pandangan :
 ponteng sekolah adalah budaya terkini bukan lagi masalah... walaupun guru-guru yang memiliki personaliti yang berbeza tetapi mereka masih dengan visi yang sama..iaitu mendidik dan membina murid dgn sahsiah terpuji..kalau nak harap semua guru memiliki personaliti yang sama..kita kena wat klon guru..hihih...pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan... untuk jenis murid atau pelajar ni ...saya cadangkan sekolah perlu adakan kedai video game...panggung wayang kecik..taman rekreasi...air terjun dan lagun buatan manusia...tak payah ada bilik darjah...kita gantikan nama sekolah dengan taman tema sk.. atau smk...sure masalah ponteng akan jd sifar.. ayat dr penebang pokok...

Sebenarnya guru2 yg memberi komen bknlah beerti kami tidak boleh ditegur..pd guru2 yg betul2 murni nawaitunya..yg menjadikan profesion perguruan ini menjadi salah satu amalnya utk dibawa mati...berbakti kerna allah..berbakti kerana cintakn negara..berbakti demi ank bangsa...tp jgnlh kerna mgkin sikap segelintir guru itu lalu keluarkn kenyataan2 yg mengguris hati guru2 yg masih murni nawaitunya... Bersikap adillah..sebagaimana pelajar punya sebab mengapa ponteng dn punca2 yg diberi adalah sedemikian..cari dn kajilah pula apa punca guru tersebut jadi sedemikian.. Mewar2kn pkara sebegini bkn dpt menyelesaikan pun.. "BERDEBATLAH UTK MENCARI UBAT...BERBINCANGLAH UTK SAMA2 MENANG.. BUKAN MENUDING SANA DAN SINI" ...Jangan sampai anak bangsa kita hilang arah dek kerna kita dok membiarkan masalah yg tk sudah... SAya SYGKN ANK DIDIK SY..SY DH BERUSAHA YG TERMAMPU...TP JIKA MASIH SINIS PDNGAN SESETGH ORG TNTG GURU...TK MENGAPALAH...ALLAH MSH ADA UTKKU... ALLAH MELIHAT KESUNGGUHANKU...ALLAH MELIHAT SIAPA YG BENAR...ALLAH MELIHAT DIMANA KELEMAHANNYA... GURU2 JGN PATAH SEMANGAT!... INGAT ALLAH SELALU.... KPD ALLAH TEMPAT KEMBALI...DISANA NANTI SEADIL2 TEMPAT PERHITUNGAN YG TIADA MANUSIA BOLEH LARI DARINYA... 

 Nak tau juga ye... Apa cara menanganinya...? Boleh kata murid sekarang sukakan perhatian... Bilangan murid yg ramai dlm satu bilik darjah menyumbang kepada masalah yg kusut begini... Pengalaman sendiri, murid yg gemarkan perhatian cenderung akan bertanya guru semula perkara yg telah diajar... Kekadang dr step yg mula2... Sbg guru sy bersikap terbuka n x kisahpun terangkan semula... Tp yg hairannya bila kita explain secara one to one, walaupun kaedah sama yg kita terangkan di awal2 td, golongan ini lebih cepat faham... Jd apa masalah mereka sebenarnya? Merekalah generasi sekarang yg ditatang bagai minyak yg penuh, sukakan perhatian dan bila x dpt perhatian masalah2 lain timbul... Sy x salahkan pelajar walaupun adakalanya rasa mendidih dgn sikap begini, cuma sy terfikir kalaula satu bilik darjah isinya 20 orang murid pasti guru dpt beri perhatian pd mereka sepenuhnya... Cukup2la tunding jari pd guru... Perlu diingat kami bukan bersifat maksum... Bantulah kami mengharungi badai ini... Besarkanlah sekolah2... Kecilkan bilangan pelajar dlm setiap bilik darjah... Tp sapalah nak dengar pandangan sy, guru biasa yg kerjanya mengajar tulis, baca dan kira, hasilnya cuma murid yg berkemahiran 3M, bukannya terus jd doktor atau professor...

Tak larat pokCik nak copy and paste satu persatu.....cukup lah setakat ini ajer.....Yang penting setiap komen adalah sekadar luahan dari seorang Cikgu-cikgu biasa......Sendiri fikir dan ambil iktibar...
Bagi PokCik satu saja.......Artikel ini PokCik ambil sebagai panduan...yang betul diikuti...yang salah diperbaiki.....Tak guna salah menyalah.....Anak-anak kita tanggungjawab kita ( Masyarakat ) bersama.....

Yang Majikan Perbaikilah, fahamilah,mengertilah....
Yang Cikgu, perbaikilah apa yang sepatutnya diperbaiki....Usahalah setakat mana yang mampu....
Yang ibubapa...fahamilah,dan tolong menolong lah...
Yang Masyarakat.....bersatulah......kita hidup disebuah negara yang berbilang kaum....Kita harus sentiasa membantu antara satu sama lain supaya anak-anak kita tahu ertinya hidup ini.....Jangan kerana perbalahan antara kita akan hacur lah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini kelak.....

Yang Dr ini pun satu......nak keluarkan artikel pun fikirlah dulu....tak sesuai sangat dikeluarkan dalam paper isu-isu macam ini.....teruk benar ke golongan cikgu-cikgu ini......atau pun nak bagi ilham pada pelajar di Malaysia ini ilham untuk buat alasan......

What ever PokCik nak Kongsikan sesuatu tetang siapa CIKGU....

Erti sebenar seorang CIKGU:

C-cantik budinya,
I-inovatif praktisnya,
K-kreatif mindanya,
G-garang semangatnya,
U-unggul ilmunya.

Kalau nak kaya jangan jadi guru,
kalau nak glamour jangan jadi guru,
kalau nak banyak kerja jadilah guru,
kalau nak merasa kena marah dengan mak bapak budak jadilah guru.

Mak cakap Cikgu macam MAGGI makanan masa susah,
ayah cakap cikgu macam D"SEEKERS menakutkan,
atuk cakap cikgu macam ASTRO macam2 ada,
tapi saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga.

GURU,
dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru.

Hidup sebagai GURU tiap2 tahun dapat hadiah,
walaupun taknak kerja tetap kena kerah,
kalau merotan siaplah kau dapat padah,
tapi jangan teringin nak dapat anugerah.
Namun begitu hidup seorang guru sangat mudah,
dapat makan, pakai walaupun hidup tidaklah mewah
tapi cukup indah...

Ku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri,
Ku minta kupu-kupu diberinya aku ulat.
Aku kecewa dan sedih tetapi tetap bersabar...
Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik...
Begitulah caranya ALLAH mengasihi kita selalu.

Jadilah seekor lebah
MAKAN MAKANAN YG BAIK...
KELUARKAN BENDA YG BAIK
Jadilah seorang guru
yang ada VISI , MISI dan AKSI

There can be coffee without susu..
Nights without lampu..
Curry without lembu..
Burgers without keju..
But NOT school without cikgu.

Bad TEACHER complains,
Good TEACHER explains,
Better TEACHER demonstrates,
Best TEACHER motivates,
Great TEACHER inspires...

Wasalam.........




Dah seminggu pokCik layan lagu ini.....
Aku Tetap Aku....Nyayian dari kumpulan XPDC.....
Aku Tetap AkuCukup mendalam maksudnya.....
Sampai dalam blog sempit macam ini pun PokCik letakkan jugak....
Nak kongsikan dengan sesiapa yang membaca entri ini......

Memang lagu ini kono dengan situasi yang PokCik sedang alami......
semua sebab salah faham...dan salah faham apabila kita diam kita dicas pulak salah kita.....
Semuanya sebab mulut.......
Hakikatnya tiada apa-apa pun yang berlaku......sampai semua orang pandang kita ini serong......pandang kita ini mulut busuk.....cop kita ini penyebar cerita......thats ok....
Dia sibuk bercerita ....kita diamkan sahaja.......lama-lama senyap la.....Orang lain?......lantaklah...Susah kita dipandang serong...Senang kita dihimpit.....Standard lah kan.......manusia.....Lebih-lebih lagi kaum yang sebangsa ini...payoh nak cerito kang ada pulak yang putar belit fakta lagi......

what ever.....memang salah PokCik pun kot...begurau tak kena tempat......tak kena isu.......Kan dah besar.....so jalan ceritanya PokCik kena lah....maklumlah salah bergurau dengan Jeneral.......kan dah di Cop.....Whatever PokCIk bukan seperti apa yang diperkata...bukan penyebar seperti diperkata....Cerita orang lain PokCIk malas nak campur...dengar boleh...campur dan sebar...minta maaf, not my stail.......

Satu pengajaran yang berharga PokCIk dapat.....Jangan bergurau hal-hal yang sensetif.....jangan bergurau depan orang yang memang dia tak suka.....Dan jangan bergurau dengan orang yang dah memang tahap jeneral......dia mula tak apa...tapi jangan kita...kang diCop pulak.....

What ever sabar ajerlah......
Jom layan lagu ini dan ambil iktibar.........

Cuba dengar betul-betul dan memang mendalam seni katanya.......




Perghhh...Penat dah ni......
Last kerja untuk malam ini setelah mengupdate blog Makmal Pokcik....

Check trafik VLE Frog untuk hari ini.....

VLE frog

Tepat jam 11.19 malam ini ada 2 orang student sedang online.....2 guru sedang membuat site untuk pembelajaran dan 1 orang ibubapa/penjaga sedang menyemak kerja rumah anaknya...

mungkin ramai yang tak tahu bahawa cara pembelajarn budak/murid sekarang sudah banyak berubah. langsung tak sama dengan dulu...ini adalah salah satu perubahan yang telah berlaku dan sedang berjalan sekarang ini.... pembelajaran secara maya menggunakan platfrom VLE Frog dibawah program 1bestarinet....

Nak tahu lebih lanjut lagi?....Klik disini http://1bestarinet.net/ ..... apakah VLE Frog?...klik sini http://makmalkomputerskp1.blogspot.com/2013/03/apakah-frog-vle.html . PokCik malas nak cerita panjang-panjang...tak pandai....

Budaya dan cara pembelajaran baru ini agak mudah namun pada peringkat permulaan ini memang banyak masalah nya....namun sekarng ini sudah banyak perubahan berlaku...semua masalah awal dah dapat diatasi dengan baik...Syabas KPM....

So....Dunia pengajaran dan pembelajaran dah berubah......
Murid mesti didik mengikut arus perubahan zaman yang serba canggih dan semakin terbuka.....
Cikgu-cikgu pun mestilah berubah juga.......

kurangkan mengkomplen......just buat dan laksana sampai mana yang termampu.....masalah memang banyak....kekangan memang berlambak...namun ianya harus diteruskan demi perubahan yang lebih baik kepada negara dan bangsa......Masalah dan kekangan akan cuba diatasi dari semasa ke semasa...bantuan sentiasa diberi oleh pihak yang berwajib....Just call or email pasti dibantu....PokCik buat benda ini pun separuh nyawa...dengan budaknya yang terlalu lemah ICT..dengan ragam cikgu-cikgunya...lebih-lebih yang otai-otai.....yerlah pokCik paham...orang lama.....dah expert dengan cara mereka tersendiri yang penuh seni dan kebaikkannya.....bila benda baru macam ini datang mereka agak pening lah...namun ianya bukan alasan dan halangan.....

Just do...jika kita tidak berubah macam mana anak didik kita nak berubah....jika kita tidak berubah macam mana masyarakat nak berubah......Just pandangan PokCIk ajer...jangan pulak ada yang terasa......Kalau salah PokCIk minta maaf siang-siang...

Perghhhh...Panjangnya merepek....dah lah jarang-jarang update blog...membebel pulak......i am sorry....Ok esok sambung lagi...banyak kes nak cerita lepas ini.......Semuanya tentang ragam pendidik, pendidikan dan orang yang didik....ini bukan blog nak cerita tentang informasi yer...ini blog peribadi yang digunakan untuk luahkan perasaan PokCik yang tak berapa nak stabil ini.....


Gedebak gedebuk sekejap sahaja masa berlalu....
Tanpa disedari sem 4 PokCik dah bermula....
dah sebulan pun PokCik tertinggal....Ini semua kerana lalai dan leka....
Bila ditengok dan dilihat pening dah kepala.......

Assignment datang lagi rupanya.......

CMP2011-Pengurusan Kokurikulum 

KAB3023-Teaching English For Young Learners 

KAB3043-Pengajaran Literasi: Awal Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu 

QGJ3023-Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia 

QGU3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 

KRP3013-Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 

baru nak order modul......
baru nak tengok-tengok assingment....
baru nak belek-belek soalan forum....
ah sudah.......masa berlalu dengan pantas rupanya......
Inilah akibat apabila dah tua baru nak belajar.......
dengan kerja harian yang berlambak lagi..dengan keluarga lagi....pergh...pening...pening....





Benda kecik pun boleh jadi besar macam ini....
Fikir-fikirlah oiii......
Jangan kerana segelintir mereka yang fanatik TIDAK bertempat ini negara ini menjadi sasaran pulak....
Sukan ini untuk menyatukan bukan memecahkan......
Kalau tidak ada yang mula tidak akan ada yang menyambung benda-benda buruk macam ini...

Bas Lions XII di Stadium Darul Aman sebentar tadi.Ini pasti menjadi bahan kutukan orang Singapura kepada orang Kedah pula selepas Sarawak dan Perak tempoh hari.Mengapa harus timbulkan provokasi???- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Dikala insan lain sedang lena dan nyenyak tidur PokCik bertungkus lumus menyiapkan Sistem Kemasukan Data terbaru dari KPM....

Sistem Pengurusan Sekolah......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Data yang perlu dimasukkan.....ada 21 jenis data.....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Semuanya kerana.....?......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Kalau tak Puas hati lagi...tak tahulah....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Ini belum cerita tentang portal yang lain lagi......


What ever ini adalah kerja yang bakal dihadapi oleh semua warga pendidik yang telah bermula dari 3 tahun yang lepas lagi......

Jangan merungut kerana ini semua adalah bidang kerja seorang pendidik di zaman multimedia ini.....

Disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Inilah kerja PokCik.....Sampai pagi......Esok sambung lagi dan lagi dan lagi.......entah bila nak siap agaknya.....
Nak minta geng lain isikan.....Tak sampai hati lah pulak.....so terpaksa berkorban sikit demi kengkawan yang lain........

Al maklum la Cikgu sekarang ini bukan ada kerja pun......

Dikala ini hanya satu sahaja PokCik doakan....

YA ALLAH,AJARI KAMI. Ajari kami IKHLAS untuk 

dapat merelakan ketika kami harus KEHILANGAN.

 Ajari kami SABAR untuk bisa menerima ketika hati 

TERLUKA. Ajari kami TABAH menghadapi semuanya 

ketika kami dalam UJIAN. Ajari kami untuk tetap 

TERSENYUM menyembunyikan segalanya Ketika kami 

dalam MASALAH. Ajari kami untuk bisa BERSYUKUR 

atas segala nikmat yang kuterima ketika kami tengah 

BAHAGIA. Ajari kami ARTI Ikhlas dan Redha atas 

segala yang telah ENGKAU tetapkan.. Amin....




Salam satu Malaysia...
PokCIk amat tertarik dengan satu artikel Surat Khabar tentang Isu ini.....

Baca dulu sampai habis....

BUTTERWORTH - Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
   
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
   
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
"Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung," katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
   
"Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah," katanya.
   
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
   
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
   
"Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu," katanya. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-tahun-enam-trauma-akibat-dirotan-dan-dihalau-guru-1.130895

dah baca?.....
Macam inilah senang......
What ever we do remember one thing.....
The costumer always alright....

Ibubapa sentiasa betul dan berhak........
almaklum lah.....gaji cikgu ini kan dibayar oleh mereka.....

Berilah seribu alasan dan sebab cikgu ini tetap salah.....
Cikgu ini tetap telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Rakyat sendiri.......
"prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu"

Sabar yer cikgu........
PokCIk telah rasa apa yang Cikgu rasa......


Salam 1 Malaysia....

Lagi Maju Negara Lagi Mundur Pemikiran Kita Sekarang ini.....
PokCIk teramatlah sesal dan kecewa apabila semakin ramai golongan muda yang berani dan kurang ajar terhadap Negara sendiri.....
Sikap hormat menghormati diantara satu sama lain sudah semakin luput....

Lagi diberi kebebasan lagi hilang kewarasan.....
Dimana sikap sayangkan negara dan bangsa serta agama?....
Pandai bercakap namun tidak pandai berfikir?.....

Status komen oleh seorang Rakyat Malaysia ini teramatlah memalukan.....
Di alam siber ini ramai golongan sudah tidak terkawal didalam memberikan pendapat dan pandangnan....
PokCIk teramat berbaharap agar pihak kerajaan dapat mengawal kebebasan bersuara yang diberikan.....
kerana ianya semakin lama semakin teruk....

Sedarkah kita bahawa setiap apa yang tertulis dibaca oleh golongan muda yang belum cukup baligh lagi.....
Setiap apa yang kita tulis akan dijadikan satu bahan pembelajaran oleh golongan ini....
Ingatlah bahawa golongan muda dan masih bersekolah adalah golongan terbesar didalam dunia siber ini...lebih-lebih lagi budak-budak yang masih bersekolah....

Adakah ini nilai kemajuan yang kita inginkan......
adakah ini nilai kebebasan yang diberikan?......



Pandai bercakap namun dalam masa yang sama......


Dimana Akal Kita Sebagai Rakyat Malaysia?
PokCik teramat berharap Pihak Kerajaan dapat lebih tegas pihak-pihak macam ini....
tak kisahlah dia bawah umur or dah cukup umur......
Tak guna kita mendidik jika pekara ini dibiarkan berterusan....
ini kerana budak-budak sekarang lebih percaya pada dunia yang mereka baca dari mendengar hakikat yang sebenar....
Cegahlah sebelum menjadi parah......
Sayanglah negara ini sebelum ianya punah kerana anak bangsa kita sendiri......

Kisah ini PokCIk baca di facebook hari ini.....
Betul-betul menyentuh hati POkCIk....
Namun ianya memang realiti.....

Ramai Pihak diluar memandang kerja kami sebagai enteng dan mudah....
namun disebaliknya hanya warga cikgu-cikgu dan Allah sahaja yang tahu....

Pokcik Ingin Kongsikan kisah ini supaya kita semua mengambil ikhtibar....
Tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul.....ianya semua sudah ketentuan tuhan...

Kisah ini di Copy dan Paste dari facebook PokCIk melalui Kelab Guru Malaysia...
Kisah sedih, cabaran guru, cabaran cikgu, bebanan kerja seorang guru, bebanan seorang cikgu, tanggungjawab seorang cikgu dan guru

AL FATIHAH UNTUK ARWAH.. semoga jadi pengajaran buat kita....

Bebanan Dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. 

kami 'yg menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg x pernah surut sehinggakn kekadang keluarga Dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, subang jaya telah kehilangan seorang ank berumur 3 Thn yg lemas di dlm kereta. 

kisahnya, guru ini menghantar anknya ke rumah pengasuh. kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2x anknya yg masing2x berumur 4 Dan 3 Thn. tetapi Smlm hanya Si kakak yg dihantar ke rumah pengasuh manakala Si adik masih berada di seat Blkg. guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek >< pada kul 11.45 pg. guru itu x menyedari anknya berada di seat Blkg. guru itu mengambil Buku di Bhgn Blkg tetapi langsung x nmpk Si Ank td Dan terus MESYUARAT . 

selesai MESYUARAT pada kul 5ptg. ketika membuka pintu kereta Bhgn Blkg, Si Ank tlh kaku x bernyawa. paling menyedihkan ialah Ank patung kecil yg dipegang basah Dgn tangisan Si Ank. Si ayah bergegas dr p.pinang blk ke subang jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm Dan x dibenarkan keluar dr Rumah mayat kerana ibunya x benarkn postmoterm ke atas anknya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn tinggalkan anak2x kecil di dalam kereta. sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. insyaAllah , bagi Si ibu, Si anak td Akan menunggunya di pintu syurga. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yg akhirnya boleh dibawa blk Dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti...


Semoga cikgu ini tabah menghadapi dugaan Allah dalam perjalanan hidup ini. Bebanan yang kita tanggung sesungguhnya memang berat, buatlah semampu yang boleh dan jangan sesekali melakukan sesuatu di luar kemampuan sehingga menyebabkan kita terlupa kepada perkara lain yang turut memerlukan komitmen kita. PokCIk memahami kesibukkan cikgu ini kerana PokCIk juga  seorang cikgu...

Al-Fatihah.

Bonus Raya 2013, Pemberian Bonus Penjawat Awam Untuk Hari Raya Aidilfitri 2013, bonus
Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. 
Confirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat dan terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar beb. jgn tak kejar.. asyik kira duit jek kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus-bonus duit selama ni ?


Artikrl ini PokCIk Jumpa di Facebook....
Syok membacanya....
Dan ianya sungguh menginsafkan.....

Sekarang ini semua sibuk pasal bonus Hari Raya Tetapi hanya sedikit yang sibuk Bonus Pahala yang terang-terang dapat dibulan Ramadan ini....
Segala persoalan telah terjawab....
Sah lah kini bahawa 5 dan 6 Ogos 2013 ini merupakan cuti berganti untuk memanjangkan lagi cuti Raya bagi semua warga pendidik dan juga murid-murid di Seluruh malaysia...

Pekara ini telah dimaklumkan oleh Pihak NUTP didalam web rasmi mereka...
5 dan 6 Ogos 2013 Cuti Berganti Hari Raya

Cuti yang diberi ini akan diganti pada hari yang lain yang akan dimaklum kemudian kepada semua sekolah di Malaysia.

Kenapa perlu bercuti?....
5 dan 6 Ogos 2013 Cuti Berganti Hari Raya

kalendar di atas menunjukkan bahawa 5 dan 6 ogos 2013 merupakan hari persekolahan. Dengan budi bicara Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka cuti berganti ini diberi mengikut kesesuaian masa dan keadaan....