1:18 AM
oleh kerana tempat PokCik tiada padang dan tempat yang sesuai untuk latihan bola sepak maka PokCik terpaksa menggunakan segala ruang yang ada bagi menjalani latihan bola sepak.
Asas yang paling penting dalam bola sepak kanak-kanak adalah tendangan. latihan yang dilakukan ini adalah merupakan latihan asas yang dilakukan oleh pemain-pemain bola sepak sekolah PokCik...
latihan ini sentiasa diadakan pada waktu rehat. Ini kerana kekangan masa PokCik untuk melakukan latihan pada waktu petang dan cuti sekolah.( Petang pemain ada kelas tambahan dan sekolah agama, cuti pulak PokCik banyak terlibat dengan kelas tuisyen pelajar UPSR dan kerja Photografi wedding serta part time design.)
Kekurangan bukan alasan untuk kita maju. latihan diadakan diruang yang cukup sempit demi minta murid pada sukan bola sepak ini |
Tips latihan nya adalah :
- Pastikan pemain telah didedahkan asas menendang bola sepak
- pastikan pemain menendang menggunakan kaedah yang betul.
- kaedah ini mesti dimulakan dengan kaedah yang paling mudah dan dituruti dengan kadar kesukaran yang berbeza.
- PokCik menetapkan asasnya dengan cara 2 sentuhan dan dikuti 1 sentuhan.
- untuk latihan ini boleh dilaksanakan dengan cara menendang dengan kaki dalam, diikuti menendang dengan kaki luar.
- Ketika latihan ini dilaksanakan pastikan murid fokus pada sasaran dan sentiasa bersedia menerima semula bola yang datang.
- Sentiasa memberi motivasi kepada pemain ketika menjalani latihan.
Video latihan asas menedang
latihan ini dapat meningkatkan kekuatan menendang dan fokus pemain ketika menendang,membuat hantaran dan menerima hantaran.
12:19 AM
1:46 AM
1:09 AM
2:00 AM
Seperti kita semua maklum bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah membuat pengumuman mengenai perangkaan semula Bajet 2016 berdasarkan kedudukan kewangan semasa negara.Antara Intipati keseluruhan Pengubahsuaian Bajet 2016 dalam Belanjawan Negara. Pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 telad dibentangkan secara langsung di PICC Putrajaya bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga jam 1.00 petang Khamis 28 Januari 2016.
Berikut adalah isi penting pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016 lebih berpaksi kepada 2 tunjang iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan menjaga, memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat 11 isi penting pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet 2016
Berikut adalah isi penting pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016 lebih berpaksi kepada 2 tunjang iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan menjaga, memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat 11 isi penting pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet 2016
- Pertama: Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
- Kedua: Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8k/bulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015
- Ketiga: Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging.
- Ke-4: Berkuat-kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
- Ke-5: Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
- Ke-6: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders
- Ke-7 : Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
- Ke-8: Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
- Ke-9: Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
- Ke 10: Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakn pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
- Ke 11: Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU
- Pelancong dari China tidak perlu visa untuk ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Disember 2016, tertakluk syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
- Kerajaan juga teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016
- Biasiswa Pendidikan Tajaan JPA Diteruskan: Seperti Biasiswa JPA, Program Biasiswa Nasional, Program Bursary pelajar cemerlang, Program Biasiswa Kejuteraan di Jepun, korea, German, Rusia dan Program Biasiswa MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA tetap diteruskan.
- Peruntukan PTPTN sebanyak RM5 Bilion diteruskan kepada Mahasiswa yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS.
10:24 PM
5:12 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Projek kali pertama bersama murid tahun 4. Setelah bertahun meninggalkan p&p ditahap 2, kini kena ajar pulak...selama ini pokcik asyik bising sebab p&p bersama tahap 1 hanya 1 jam seminggu....tak cukup masa....kali ini tahap 2 pulak....lagi mencabar.....kena buat projek untuk nemperkukuhkan kefahaman budak terhadap p&p disamping menimbulkan minat yang mendalam terhadap subjek sains....
Projek pertama PokCik adalah Projek Paru Paru Manusia.....
Projek kali pertama bersama murid tahun 4. Setelah bertahun meninggalkan p&p ditahap 2, kini kena ajar pulak...selama ini pokcik asyik bising sebab p&p bersama tahap 1 hanya 1 jam seminggu....tak cukup masa....kali ini tahap 2 pulak....lagi mencabar.....kena buat projek untuk nemperkukuhkan kefahaman budak terhadap p&p disamping menimbulkan minat yang mendalam terhadap subjek sains....
Projek pertama PokCik adalah Projek Paru Paru Manusia.....
Hasil Kerja Pokcik
Hasil kerja murid dalam masa 1 jam..
Aktiviti yang dilaksanakan
Projek hari ini tak sempat nak dibentangkan kerana kesuntukkan masa. minggu depan baru pembentangan.
1:24 AM
8:19 PM
Biarlah gambar berbicara...
Murid ini berumur 11 tahun...
Boleh menulis tapi merangkak membaca...
PokCik menunggu hingga 1 jam....tapi tak siap siap..kerja dari semalam....hari ini dipaksa meniru oleh PokCik minta siapkan juga....sebab nak bagi adil pada semua orang yang lain....
Ini buat depan mata Pokcik......berbuih mulut minta cepat....tapi setakat gambar diatas saja dia mampu....
Serba salah.....tertekan.....Cikgu BM nya pun tak boleh buat apa....nak buat extra kelas....masalah pengangkutan....entah lah....tawakal sahaja.....
Ini baru salin nota sains yang ringkas....bayangkanlah jika bagi latihan atau ujian.....
Selamatkan lah anak-anak kita....jangan asyik sibuk anak orang lain dan masalah orang lain......
Stay strong.....demi anak sendiri dan anak bangsaku....
3:20 PM
Har ini PokCik Try buat FlipBook..
Nah Hasilnya...
Nah Hasilnya...
Masalah flip book menggunakan akaun blogger adalah ia lambat untuk loading kali pertama semasa membuka halaman flip blog ini. Next time kita cuba pulak guna third party server pulak.
Kedua-dua flip yang ditunjukkan adalah merupakan hasil kerja pokcik didalam membuat Photobook dan majalah sekolah 2014
1:05 PM
Anda hadapi masalah Error Application (0x0xc000005) pada window 7.
Apabila hadapi masalah ini semua aplication tak boleh dibuka dan akan mengeluarkan massage yang tertera pada gambar diatas.
Komputer Pokcik pun hadapi masalah yang sama. Setelah bertanya kepada mr google masalah diatas dapat diselesaikan. Dan disini PokCik akan berkongsikan cara untuk mengatasinya.
Langkah-langkah :
1. Wajib matikan/offkan window update secara automatik.
2. Pergi ke update history
3. Klik kanan dan uninstall semua update terbaru anda. Kemudian restart komputer anda. Insyaallah komputer anda akan kembali normal seperti sediakala.
6:34 PM
Gegar Vaganza musim ke 2 muncul kembali. Satu rancangan realiti yang ditunggu tunggu. Rancangan yang di pengacarakan oleh pelawak negara Nabil Ahmad dan jihan muse.
Senarai perserta tahun 2015 ini adalah :
- Zul Handy Black
- Acong Sweetchild
- Nizam Laksamana
- Amir U’kays
- Ezad Lazim (Exist)
- Nassier Wahab
- Ezlynn
- Faradhiya
- Siti Nordiana
- Haiza
- Sheeda
- Azian Mazwan Safwan
Penajanya seperti biasa adalah Vida Beauty Qu Puteh...ku putih ku putih barulah putih...hahahaha....
Jurinya seperti biasa jugak Dato Ramli Ms dan Dato Khadijah
9:20 PM