Assalammualikum.....
Salam Sejahtera......Salam 1 Malaysia.....
Rasanya masih belum terlabat untuk PokCik mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2015....
Seperti yang semua tahun 2014 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran pada rakyat Malaysia....Begitulah dengan PokCik sendiri....Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah memberikan PokCik pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk meneruskan kehidupan dengan izin daripada NYA yang Maha Kuasa.....Alhamdulilah.....
PokCik tak mahu bercerita tentang semua isu yang telah berlaku disepanjang tahun 2014 kerana semua dah tahu......
Yang pastinya adalah satu.....setiap Yang Berlaku ada Hikmahnya.....Ada Sebabnya.....semuanya adalah untuk kita sedari bahawa betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.....
Blog ini pun tahun lepas tak banyak diupdate....semuanya kerana kekurangan dan kelemahan dari diri PokCik sendiri.....
tahun 2015 ini Pokcik boleh melepaskan nafas lega kerana rasanya tanggungjawab PokCik agak kurang dan boleh menumpukan pada tugasan hakiki sahaja......Alhamdulilah.....
Walau apa pun PokCik amat berharap pada tahun ini PokCik dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan yang pernah pokcik lakukan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya....
Selamat Menempuh Tahun 2015.......
Semoga Allah mempermudahkan segalanya pada tahun 2015 ini dan pada tahun-tahun akan datang....
Ya Allah sesungguhnya padaMu aku sembah dan Hanya PadaMu aku berserah....
Amin ya obbal Al lamin.....
Lihat kanan...lihat kiri....lihat belakang....lihat depan......kita akan nampak kebenarannya akan pekara ini.....
PokCIk sendiri pernah bercakap akan isu pekerjaan ini dengan beberapa rakan bukan warga negara....Mereka menyatakan Malaysia Syurga Duit sebab peluang banyak disini dan mudah nak dapatkan wang.....Cuma perlu usaha dan rajin sahaja....bayangkan lah.....
Kisah benar seorang tukang sapu......Di Malaysia dia tukang sapu....Di indonesia dia mempunyai rumah banglo....kereta 3 biji...ada perniagaan sendiri...anak-anaknya belajar di luar negara.....PokCIk tanya...kenapa tak balik sana....kan dah senang.....Satu ayat ajer dia......Malaysia syurga duit....janji rajin usaha kita dapat...yang penting Malaysia mengajarnya erti kesyukuran kepada yang Maha Esa.....dan dia mengiyakan satu pekara.....Rakyat Malaysia ramai yang suka memilih....tapi bab yang tak memilih adalah bab berbelanja.....ini adalah peluang.......
Wallahhualam.......
p/s: lama tak berbloging....sebabnya....nantilah POkCik Cerita.....
Apabila dia memberi komen
Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..
Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....
So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50 |
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja |
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip |
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Dah baca surat khabar Harian Metro Ahad hari ini......
"Gurau tak bertempat"
Penyebab PokCIk beli paper hari ini........ikutkan PokCik memang tak suka beli Surat khabar.....PokCik lebih suka melihat dan membaca secara online sahaja. Namun kerana satu tajuk ini menyebabkan PokCIk mengeluarkan RM 2 untuk membelinya....
Bila dibaca memang ada benarnya....memang tepat Topiknya...
whatever tak tahu nak komen apa-apa.....apa yang diketengahkan memang ada kebenarannya dan pekara ini memang berlaku........
Tepuk dada tanya diri kita sendiri.....
Bukan mudah untuk mendidik ini......
macam-macam pantang larangnya.......
Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....
Murid sekarang..
YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
P/S;Belajar-belajarlah terima hakikat.....
Salah satu jawatan dalam sekolah adalah GD or Guru Disiplin...Pokcik baru dilantik tahun ini.....Alasannya pokcik garang......bebudak takut.....that is just alasan....
Dulu pokcik rasa GD ini senang....rupanya susah benar....banyak pantang larang.....GD setakat nama je GD tapi banyak limitnya.....
Banyak benar borang dan posedur nak kena buat sebelum,semasa dan sesudah sesuatu kes....walaupun kes kecik....rasanya dah macam Polis....
Dah 7 bulan pokcik pegang jawatan ini dan banyak yang pokcik paham.....paling penting bukan semua guru nak jadi GD ini....kebanyakkannya terpaksa dalam rela......whatever pokcik dah paham perasaan cikgu disiplin masa sekolah dulu.....student buat hal dia dapat nama....
Zaman kini lagi teruk.....parent lebih hentam sekolah jika anak mereka buat salah.....itu tak masuk lagi dalam pembelajaran......
Walau apa pun that its my job....i must do the best.....
P/S : resah,kecewa.......hari ini pokcik marah dengan agak keras my child at my school.....kes nya....mencuri......tak nak megaku walaupun barang itu ada didalam beg nya.....2 jam soal habis diputar cerita......last-last kantoi bila saksi yang dia bawa bocor rahsia apabila fakta tak sama.....baru dia nak megaku....berapi.....dah lah mencuri.....menipu pulak.....siap bawak kambing hitam.....bijak sungguh......entah sah atau tidak puasa pokcik ni.....biar pun kes dah satel dengan kehadiran penjaga namun hati pokcik tak tenang.....kenapa anak pokcik ini boleh jadi macam ini......kebijak sanaan yang salah guna.......kecewa dan sedih bila terpaksa berkeras didalam soal siasat.....
#idontwantthis