Gedebak gedebuk sekejap sahaja masa berlalu....
Tanpa disedari sem 4 PokCik dah bermula....
dah sebulan pun PokCik tertinggal....Ini semua kerana lalai dan leka....
Bila ditengok dan dilihat pening dah kepala.......

Assignment datang lagi rupanya.......

CMP2011-Pengurusan Kokurikulum 

KAB3023-Teaching English For Young Learners 

KAB3043-Pengajaran Literasi: Awal Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu 

QGJ3023-Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia 

QGU3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 

KRP3013-Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 

baru nak order modul......
baru nak tengok-tengok assingment....
baru nak belek-belek soalan forum....
ah sudah.......masa berlalu dengan pantas rupanya......
Inilah akibat apabila dah tua baru nak belajar.......
dengan kerja harian yang berlambak lagi..dengan keluarga lagi....pergh...pening...pening....





Benda kecik pun boleh jadi besar macam ini....
Fikir-fikirlah oiii......
Jangan kerana segelintir mereka yang fanatik TIDAK bertempat ini negara ini menjadi sasaran pulak....
Sukan ini untuk menyatukan bukan memecahkan......
Kalau tidak ada yang mula tidak akan ada yang menyambung benda-benda buruk macam ini...

Bas Lions XII di Stadium Darul Aman sebentar tadi.Ini pasti menjadi bahan kutukan orang Singapura kepada orang Kedah pula selepas Sarawak dan Perak tempoh hari.Mengapa harus timbulkan provokasi???- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Dikala insan lain sedang lena dan nyenyak tidur PokCik bertungkus lumus menyiapkan Sistem Kemasukan Data terbaru dari KPM....

Sistem Pengurusan Sekolah......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Data yang perlu dimasukkan.....ada 21 jenis data.....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Semuanya kerana.....?......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Kalau tak Puas hati lagi...tak tahulah....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Ini belum cerita tentang portal yang lain lagi......


What ever ini adalah kerja yang bakal dihadapi oleh semua warga pendidik yang telah bermula dari 3 tahun yang lepas lagi......

Jangan merungut kerana ini semua adalah bidang kerja seorang pendidik di zaman multimedia ini.....

Disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Inilah kerja PokCik.....Sampai pagi......Esok sambung lagi dan lagi dan lagi.......entah bila nak siap agaknya.....
Nak minta geng lain isikan.....Tak sampai hati lah pulak.....so terpaksa berkorban sikit demi kengkawan yang lain........

Al maklum la Cikgu sekarang ini bukan ada kerja pun......

Dikala ini hanya satu sahaja PokCik doakan....

YA ALLAH,AJARI KAMI. Ajari kami IKHLAS untuk 

dapat merelakan ketika kami harus KEHILANGAN.

 Ajari kami SABAR untuk bisa menerima ketika hati 

TERLUKA. Ajari kami TABAH menghadapi semuanya 

ketika kami dalam UJIAN. Ajari kami untuk tetap 

TERSENYUM menyembunyikan segalanya Ketika kami 

dalam MASALAH. Ajari kami untuk bisa BERSYUKUR 

atas segala nikmat yang kuterima ketika kami tengah 

BAHAGIA. Ajari kami ARTI Ikhlas dan Redha atas 

segala yang telah ENGKAU tetapkan.. Amin....




Salam satu Malaysia...
PokCIk amat tertarik dengan satu artikel Surat Khabar tentang Isu ini.....

Baca dulu sampai habis....

BUTTERWORTH - Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
   
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
   
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
"Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung," katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
   
"Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah," katanya.
   
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
   
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
   
"Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu," katanya. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-tahun-enam-trauma-akibat-dirotan-dan-dihalau-guru-1.130895

dah baca?.....
Macam inilah senang......
What ever we do remember one thing.....
The costumer always alright....

Ibubapa sentiasa betul dan berhak........
almaklum lah.....gaji cikgu ini kan dibayar oleh mereka.....

Berilah seribu alasan dan sebab cikgu ini tetap salah.....
Cikgu ini tetap telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Rakyat sendiri.......
"prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu"

Sabar yer cikgu........
PokCIk telah rasa apa yang Cikgu rasa......


Salam 1 Malaysia....

Lagi Maju Negara Lagi Mundur Pemikiran Kita Sekarang ini.....
PokCIk teramatlah sesal dan kecewa apabila semakin ramai golongan muda yang berani dan kurang ajar terhadap Negara sendiri.....
Sikap hormat menghormati diantara satu sama lain sudah semakin luput....

Lagi diberi kebebasan lagi hilang kewarasan.....
Dimana sikap sayangkan negara dan bangsa serta agama?....
Pandai bercakap namun tidak pandai berfikir?.....

Status komen oleh seorang Rakyat Malaysia ini teramatlah memalukan.....
Di alam siber ini ramai golongan sudah tidak terkawal didalam memberikan pendapat dan pandangnan....
PokCIk teramat berbaharap agar pihak kerajaan dapat mengawal kebebasan bersuara yang diberikan.....
kerana ianya semakin lama semakin teruk....

Sedarkah kita bahawa setiap apa yang tertulis dibaca oleh golongan muda yang belum cukup baligh lagi.....
Setiap apa yang kita tulis akan dijadikan satu bahan pembelajaran oleh golongan ini....
Ingatlah bahawa golongan muda dan masih bersekolah adalah golongan terbesar didalam dunia siber ini...lebih-lebih lagi budak-budak yang masih bersekolah....

Adakah ini nilai kemajuan yang kita inginkan......
adakah ini nilai kebebasan yang diberikan?......



Pandai bercakap namun dalam masa yang sama......


Dimana Akal Kita Sebagai Rakyat Malaysia?
PokCik teramat berharap Pihak Kerajaan dapat lebih tegas pihak-pihak macam ini....
tak kisahlah dia bawah umur or dah cukup umur......
Tak guna kita mendidik jika pekara ini dibiarkan berterusan....
ini kerana budak-budak sekarang lebih percaya pada dunia yang mereka baca dari mendengar hakikat yang sebenar....
Cegahlah sebelum menjadi parah......
Sayanglah negara ini sebelum ianya punah kerana anak bangsa kita sendiri......

Kisah ini PokCIk baca di facebook hari ini.....
Betul-betul menyentuh hati POkCIk....
Namun ianya memang realiti.....

Ramai Pihak diluar memandang kerja kami sebagai enteng dan mudah....
namun disebaliknya hanya warga cikgu-cikgu dan Allah sahaja yang tahu....

Pokcik Ingin Kongsikan kisah ini supaya kita semua mengambil ikhtibar....
Tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul.....ianya semua sudah ketentuan tuhan...

Kisah ini di Copy dan Paste dari facebook PokCIk melalui Kelab Guru Malaysia...
Kisah sedih, cabaran guru, cabaran cikgu, bebanan kerja seorang guru, bebanan seorang cikgu, tanggungjawab seorang cikgu dan guru

AL FATIHAH UNTUK ARWAH.. semoga jadi pengajaran buat kita....

Bebanan Dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. 

kami 'yg menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg x pernah surut sehinggakn kekadang keluarga Dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, subang jaya telah kehilangan seorang ank berumur 3 Thn yg lemas di dlm kereta. 

kisahnya, guru ini menghantar anknya ke rumah pengasuh. kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2x anknya yg masing2x berumur 4 Dan 3 Thn. tetapi Smlm hanya Si kakak yg dihantar ke rumah pengasuh manakala Si adik masih berada di seat Blkg. guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek >< pada kul 11.45 pg. guru itu x menyedari anknya berada di seat Blkg. guru itu mengambil Buku di Bhgn Blkg tetapi langsung x nmpk Si Ank td Dan terus MESYUARAT . 

selesai MESYUARAT pada kul 5ptg. ketika membuka pintu kereta Bhgn Blkg, Si Ank tlh kaku x bernyawa. paling menyedihkan ialah Ank patung kecil yg dipegang basah Dgn tangisan Si Ank. Si ayah bergegas dr p.pinang blk ke subang jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm Dan x dibenarkan keluar dr Rumah mayat kerana ibunya x benarkn postmoterm ke atas anknya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn tinggalkan anak2x kecil di dalam kereta. sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. insyaAllah , bagi Si ibu, Si anak td Akan menunggunya di pintu syurga. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yg akhirnya boleh dibawa blk Dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti...


Semoga cikgu ini tabah menghadapi dugaan Allah dalam perjalanan hidup ini. Bebanan yang kita tanggung sesungguhnya memang berat, buatlah semampu yang boleh dan jangan sesekali melakukan sesuatu di luar kemampuan sehingga menyebabkan kita terlupa kepada perkara lain yang turut memerlukan komitmen kita. PokCIk memahami kesibukkan cikgu ini kerana PokCIk juga  seorang cikgu...

Al-Fatihah.