Bonus Raya 2013, Pemberian Bonus Penjawat Awam Untuk Hari Raya Aidilfitri 2013, bonus
Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. 
Confirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat dan terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar beb. jgn tak kejar.. asyik kira duit jek kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus-bonus duit selama ni ?


Artikrl ini PokCIk Jumpa di Facebook....
Syok membacanya....
Dan ianya sungguh menginsafkan.....

Sekarang ini semua sibuk pasal bonus Hari Raya Tetapi hanya sedikit yang sibuk Bonus Pahala yang terang-terang dapat dibulan Ramadan ini....
Segala persoalan telah terjawab....
Sah lah kini bahawa 5 dan 6 Ogos 2013 ini merupakan cuti berganti untuk memanjangkan lagi cuti Raya bagi semua warga pendidik dan juga murid-murid di Seluruh malaysia...

Pekara ini telah dimaklumkan oleh Pihak NUTP didalam web rasmi mereka...
5 dan 6 Ogos 2013 Cuti Berganti Hari Raya

Cuti yang diberi ini akan diganti pada hari yang lain yang akan dimaklum kemudian kepada semua sekolah di Malaysia.

Kenapa perlu bercuti?....
5 dan 6 Ogos 2013 Cuti Berganti Hari Raya

kalendar di atas menunjukkan bahawa 5 dan 6 ogos 2013 merupakan hari persekolahan. Dengan budi bicara Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka cuti berganti ini diberi mengikut kesesuaian masa dan keadaan....


Dugaan Umat Islam Di Bulan Ramadan

Dah baca isuini?....
No komen panjang-panjang....
Ini merupakan kesan-kesan yang telah lama di rancang...
isu demi isu.....PokCik sebagai seorang umat islam pun terasa amat sangat dengan isu ini...
Pihak yang sekongkol terus berdiam...yang berdalih terus berdalih...
Nyatakan lah seribu bukti atau fakta...ianya tidak akan mampu mengugat mereka....
kita ada akal dan fikiran yang waras...fikir-fikirkanlah...
Tiada angin Pokok tidak akan bergoyang....
sesungguhnya bersabarlah wahai umat islam yang diuji dengan pelbagai dugaan...jangan kerana isu seperti ini akan kuranglah nikmat bulan Ramadan dalam diri kita....
Biarlah Pihak yang diberi kuasa  untuk menyiasat kes ini.....

( bagi PokCik ini adalah salah satu cara yang digunakan sempena PRK di Kuala Besut, kerana isu seperti ini memang telah dilakukan seperti di PRU ke 13 yang lepas....Inilah kerja RED ARMY yang begitu profesional...Tak kata jika tiada fakta... )

...Selamat menunaikan Ibadah Puasa Di bulan Ramadan....
Bersabarlah....

Puasa, ramadan
Peristiwa Awal Ramadan
hari ini masuk Hari ke 3 semua umat islam berpuasa di Bulan Ramadan.....
Termasuklah PokCIk.....alhamdulilah sepanjang tiga hari ini PokCik dapat lalui Ramadan dengan penuh dedikasi dan kesyukuran.....
Dapat kurangkan bercakap....dapat menjalani ibadah puasa dengan baik...walaupun dalam keadaan kurang sihat sikit....

Dalam tiga hari sejak masuk bulan Ramadan ini ada beberapa pekara Pelik berlaku....dan PokCik rasa relax dan tak melatah macam biasa...sampai POkCIk pun pelik.....\

Antara Peristiwa Pelik yang Berlaku diawal Ramadan ini adalah :

1. Anak didik PokCIk memaki@mencerca cikgu nya melalui Facebook.....puncanya pasal sukan saja.....PokCIk tak ambil tahu tentang kes ini then hari ini Ibu murid ini call PokCik dan bertanya kenapa semua Guru Sekolah PokCik sindir-sindir dan layan budak ini macam penjenayah....

2. Plat belakang nombor motor pokcik hilang semalam.......hari itu tayar depan 1 set hilang....semalam no plat pulak....siap dengan sticker JKR ilang tu.....aduh....budak-budak sini miskin bebenar ker?...what ever PokCIk halalkan ajer lah...jangan dia guna nombor motor pokCik untuk buat jenayah sudah lah.....

3. Kereta PokCIk tetiba semput tengah jalan.....mula-mula ok...tapi tetiba saja asma menyerang kereta PokCik.....PokCik mana tahu pasal kereta-kereta ini...bawak tahu lah...so minta bantuan satu kedai jual tayar di OUG untuk tengok-tengok......1 melayu 1 cina...tahu apa dia kata?....ini kedai tukar tayar,kami tak tahu......yang melayu senyum sahaja cakap macam ini sambil cina itu makan depan melayu itu.....yang melayu tu lansung pandang PokCik sinis...tak apa ini bulan Ramadan........Semoga Allah membuka hati si Melayu ini...hati PokCik Kuat mengatakan melayu ini tak Puasa....(astarfirrulllah al azim)

(  Kedai Tayar Tepi BSN dan 7 eleven...betul-betul tepi simpang )..kalau ada masa pergilah lawat....

4. Dapat surat dari BTPTNKL meminta PokCik datang ke Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur untuk menyatakan masalah program VLE Frog...Pelikkan...punya banyak sekolah dalam Kuala lumpur ini, kenapa sekolah PokCik terpilih nak menerangkan status penggunaan VLE Frog...depan Pengarah Pulak tu...

( mana tai PokCIk ek?.......name tag POkCik letak kat mana Yer?......)
" Hari ini PokCik telah mengahadiri Kursus Sistem Pengurusan Sekolah. Ini adalah merupakan salah satu Program ajakan ke 7 pembangunan program pendidikan di malaysia. "
Jadi hari ini kita akan berkenalan dulu dengan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS).
SPS, Sistem Pengurusan Sekolah,
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. 
Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). 
Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti
Apakah objektif SPS?

Objektif sistem ini dilaksanakan di sekolah adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini.

keistimewaan SPS jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang terdahulu?

Sejak sekian lama, pihak sekolah hanya memberikan maklumat dan data kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pihak sekolah sendiri tidak mempunyai sistem untuk merekod maklumat dan data untuk urusan pentadbiran di sekolah. Dengan ini, SPS merupakan sistem yang dapat membantu pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya.

sistem sokongan yang lain dibangunkan bersama SPS?

SPS merupakan sistem pengoutomasian bagi dua bidang utama di sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran (SPP) yang akan dipasang bersama SPS (seperti yang terkandung dalam spesifikasi tender) sistem ini mampu memberi manfaat kepada guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah format SPS dapat membantu sekolah?

SPS mengandungi modul-modul yang dibina atas kehendak dan keperluan sekolah dan KPM. Sebagai contoh, Modul Peperiksaan disediakan bagi tujuan meneliti kemahiran dan perkembangan murid. Selain itu Modul Maklumat Murid dibina bagi tujuan rekod dan data ini dapat diguna oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Oleh kerana sisitem ini berjaya dilaksanakan dengan jaya disekolah rintis oleh KPM sejak dari tahun 2009 maka pada tahun ini ( 2013 ) Semua sekolah di Malaysia akan menjalani latihan khas bagi menggunakan sistem ini dan ia akan menjadi Sistem Rasmi untuk kegunaan semua pihak ( murid,ibubapa,guru dan pihak jabatan dan KPM )...

# masalah yang pertama yang timbul semasa kursus hari ini adalah Sistem ini tak boleh nak masuk. Terkejut kot...So kursus hari ini jadi setengah hari...dan akan disambung apabila sistem dah stabil dan dah boleh lgin...harapan PokCIk pihak KPM akan menyelesaikan isu server ini sebab ini baru guru admin masuk login...belum guru-guru lain....belum murid-murid...belum ibubapa lagi......
# benda baru memang macam ini...so kita semua harus bersabar yer.....memang akan timbul macam-macam masalah nanti....sama-sama kita membantu antara kita bagi menjayakan program pendidikan di Malaysia ini....



Berita Dari Berita Harian 29 April 2013


Bonus Raya Kakitangan Awam Dapat Setengah Bulan Gaji...

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. 

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan. 

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. 

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion. 

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. 

Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi. 

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 

Alhamdulilah...ada juga duit raya PokCik tahun ini........