Demokrasi adalah merupakan satu cara kita bebas bersuara dan dapat menerima sesuatu pendapat dan pandangan mengikut kesesuaian masa dan keadaan semasa.......Begitu juga didalam mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi....

Diplomasi adalah pertimbangan terhadap sesuatu pekara....Pekara ini juga memainkan peranan penting didalam kemajuan dan pembagunan sesuatu organisasi.....

PokCIk dah mengadap benda ini lama dah....Mengapa perlu bersikap ego dengan mementingkan diri.....lebih-lebih pihak pentadbiran.....Semua orang yang dah lama bekerja tahu apa itu Peraturan.....namun ada dalam sesetengah pekara dan isu pentadbiran haruslah memilih jalan yang terbaik didalam memastikan sesuatu kejayaan itu diperolehi.....

Kepentingan Demokrasi, Demokrasi Sekolah, Demostrasi Jalanan, Kenapa, Update Entry, Dihujung Pen, Pen, Hujung Pen, Pen Merah
Demokrasi dan diplomasi memang penting namun ada masanya ia akan menyusahkan jika digunakan pada keadaan yang tidak kena masanya.....Tak salah jika Pihak atasan bersikap demokrasi didalam mendengar pendapat dan pandangan orang bawah...Bukan semua orang atas tahu buat kerja orang bawah......ini hakikat.....

Diplomasi pula memang satu prinsip yang harus dipegang oleh semua pihak...namun adakah semua tahu menggunakannya dengan baik dan bijak......

Fikir-fikirkanlah......Kekuatan sesuatu organisasi lebih banyak bergantung kepada kerja kumpulan daripada kerja perseorangan.....jadi  sesiapa yang menjadi pentadbir haruslah bijak didalam menangani setiap masalah orang bawahannya.....Bukan senang nak jadi pentadbir......

Hari yang cukup Membegangkan......ini semua pasal birokrasi yang tak kena tempat......


Pentaksiran Berasaskan Sekolah......
Agak mudah lah bagi orang sering menggunakan sistem macam PokCIk ini....
Tapi masalahnya adalah ianya stay tak stabil....time dia tak stabil tu yang kepala ini keluar asap....
time orang Free dia tak boleh bukak....Time orang tengah sibuk lah dia ok pulak.....
So jalan ceritanya bukak tengah-tengah malam.....mula-mula ok...lepas itu "kiok" balik.....

Mula-mula buka.....keluar ini dulu...kalau siang memang keluar menatang ini ajer....
Sistem SPBS

Biar lah dulu.......
Bila malam pula dia ok pulak......buleh bukak.....
dapek la isi sikit-sikit......
Sistem SPBS

nak simpan ajer dia keluar balik macam ini lagi.....
Sistem SPBS
Bila back dia ok......boleh save...kemudian isi lagi...simpan lagi dia keluar lagi...kena back semula...setiap proses nak load amik masa 1 minit ke 2 minit.....
aduh....sakit le ini macam......bila mau habis ini....
nak menangis pun dah ada ni....
Memang sudah dijangka kan bahawa Piala Super telah disambar oleh Pasukan dari seberang tambak iaitu LionsXii yang telah mebenam Felda United dengan 4-0. Kemenangan itu disaksi sendiri oleh penyokong mereka di Stadium Jalan Besar. 

Juara Piala Super  2013
Piala Super 2013, juara piala super 2013

Musim sukan Tahunan Sekolah dah bermula.....Dari minggu lepas lagi.....
Semua aktiviti sedang giat dijalankan...Semua murid diberi peluang untuk menyertai acara yang dipertandingkan....
So kegembiraan budak-budak memang tak terkata...bermain untuk menang lah katakan.....
Bila muncul sahaja musim sukan macam ini hati PokCik mulalah gelisah.....
Ini kerana keadaan padang  di sekolah PokCIk.....

Inilah Keadaan Padang di sekolah PokCik...tengah-tengah padang...dibahgian tepi semuanya parking kereta.....
padang sekolah, latihan rumah sukan, padang tar, sekolah tiada padang

Aktiviti inilah yang paling risau....
Lumba lari, berlari dipadang, pertandingan lumba lari

Bayangkanlah jika budak jatuh.....paling sikit luka tangan dan kaki....paling teruk dah terang-terang ke hospital.....
kecederaan serius, budak sekolah luka
Inilah kesan apabila budak jatuh....yang ini tahap teruk sebab dia jatuh tersembam.......punyalah risau cikgu-cikgu jangan dicakap.....sampai ada yang pucat lesi...takut tengok keadaaan budak ini......Hampir semua cikgu membantu merawat dan memberi semangat kepada budak ini...Lepas rawatan awal oleh cikgu-cikgu terus bawa ke hospital......Masa ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan semua cikgu-cikgu yang ada.....biarpun  masing-masing nampak tenang namun jauh dilubuk hati masing-masing jelas kerisauan melalui  wajah masing-masing......

Apabila cikgu yang membawa budak ini pulang semula ke sekolah dialah yang jadi sasaran geng-geng PokCIk bertanya keadaan budak ini......Soalan yang paling banyak ditanya adalah : " mak ayah budak ini cakap apa-apa tak"?..... Satu ajer yang mak ayah budak ini cakap...kenapa perlu buat latihan sukan dipadang tar?....carilah padang berumput...... Sebagai cikgu sekolah ini kami memang selalu diajukan dengan persoalan yang pelik-pelik......apa yang kami buat adalah diam dan hanya mengangguk kan sahaja apa yang diperkata dan minta maaf......ini lah jalan terbaik...nak penjelasan lanjut kenalah jumpa Big Boss kami......

Walaupun persoalan ini tak logik untuk ditanya kami tetap akan memahaminya......ini kerana kami juga ada anak dan memahami perasaan mak ayah budak ini......ada dikalangan cikgu yang anak mereka juga bersekolah disini....masuk bahagian juga.....dan jika ini berlaku kami akan paham situasi kerana keadaan sekolah ini......

Kenapa Persoalan ini tidak Logik ditanya kepada kami.......
padang rumput, padang rumput kecil, lontar peluru

padang rumput, lompat jauh, sukan sekolah, sukan tahunan, lompat jauh

nampak gambar diatas?.....inilah satu-satunya kawasan yang berumput...memanjang ke belakang.......gambar 1 dari depan tempat lontar peluru....gambar 2 yang kebelakang sikit tempat lompat jauh...logik ke nak buat sukaneka disini?......Ditempat ini jugalah cikgu-cikgu mengajar dan membuat aktiviti berdasarkan kajian lapangan bersama budak-budak........

Kenapa tak guna padang lain.....
Disekitar kawasan sekolah kami ada satu ajer padang awam yang berumput......jaraknya lebih kurang 4 KM.....Kena merentasi haiway yang besar....dan juga padang itu tidak berpagar.....takkan setiap kali nak latih budak kena bawa ke situ......

masalah sukan ini sebenarnya banyak melibatkkan banyak tahap 1( tahun 1,2 dan 3) dari tahap 2( tahun 4,5 dan 6)....ini sebabnya untuk acara balapan budak tahap 2 berlatih padang tar ini juga.......tapi melakukan acara di padang yang disewa dari sekolah lain....so tak susah sangat....lagi pun budak-budak tahap 2 ini dah paham sangat situasi padang dan bahaya padang ini.....so mereka lebih berhati-hati dan tidak taksud sangat......

masalahnya budak-budak tahap 1 ini.....dah tak ada tempat lain dah nak dijalankan....jika dibawa acara sukaneka ini bersama sukan tahunan tahap 2 makanya masa dan budjet besar amat diperlukan disamping masalah kawalan budak......Bukan senang oiii nak jaga budak tahap 1 ini.....dia orang kalau nasihat 5 minit ajer boleh dengar kalau tak ada cikgu...takkan cikgu kena jadi guard pulak nak kawal budak-budak ini....banyak kerja nak buat semasa acara kejohanan berlansung......So acara sukaneka ditahap 1 terpaksa juga diadakan disekolah berpadangkan tar.......

Apa yang PokCIk telah lakukan......
Setiap kali sebelum budak-budak melaksanakan aktiviti sukan ini PokCik akan cakap hal keselamatan dan pekara yang akan terjadi apabila mereka jatuh jika tidak berhati-hati........macam biasalah PokCik tak akan cakap baik-baik punya....memang garang dan tegas......
PokCIk juga akan pantau setiap gerak geri budak-budak semasa aktivti dilansungkan......antaranya...budak yang bermain tepi longkang, main baling batu, main kejar-kejar, main tolak-tolak, main polis entri dan macam-macam lagi lah........

What ever kami juga risau dan takut apabila melakukan aktiviti melibatkan padang ni.....kerana kami sedar akan risikonya....kami kena juga melaksanakan ia dengan baik dan jaya kerana ia adalah salah satu Program wajib Kementerian Pendidikan Malaysia....kami hanya melaksanakan apa yang mapu dilaksanakan mengikut kemampuan kami....bukannya suka-suka nak buat.....

Lagipun buka kita semua tidak tahu, sukan dan permainan merupakan aktiviti nombor 1 budak-budak....kalau kita halang apa akan jadi pada budak-budak ini?......Dah lah sekolah ini akademik pun tidak berapa bagus......tak kan dalam sukan pun tak nak bagus juga...mana tahu jika disekolah ini mampu melahirkan atlet bertaraf bintang dengan hanya berpadang macam ini saja......

Nak dapat padang baru?.......
kat mana nak buat?....nak letak padang berkarpet?.....mana nak cari duit.......nak minta derma dari ibu bapa....ini bukan sekolah dikawasan elit...ibubapa disini semuanya cukup-cukup makan saja.....bekas kawasan setinggan dahulunya yang kini jadi kawasan flat......nak minta dana?....dengan siapa kami nak mintak?....ada ke yang nak bagi...Peruntukkan yang diberikan hanya cukup untuk menjalankan aktiviti p&p dan aktiviti sekolah sahaja........kami pernah tanya berapa Kos nak buat padang berkarpet.....Kosnya yang paling murah jika diukur padang ini menelan belanja RM 800 000.......

Dengan keadaaan padang macam ini dan risiko yang kami hadapi ini kami semua percaya satu pekara sahaja....jika kita ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab kita maka Allah akan sentiasa melindungi dan membantu kita......Setiap yang berlaku ada hikmahnya....Ini baru cerita padang dan sukan...belum cerita perangai budak-budak dan parentnya.....

Hanya dihujung pen ini sahaja PokCik mampu luahkan apa yang terpendam dan tersirat....Ya Allah Kuatkanlah Semangat hambamu ini dan Juga Rakan-Rakan Seperjuangan ku.....Amin.....


Ini sifat yang benar-benar dilihat oleh GPK KoKo PokCik.......
PokCIk amat heavy didalam melakukan atau melaksanakan sesuatu kerja PokCIk termasuklah apabila didalam mendidik......

Apakah yang dimaksud Heavy itu?....

Heavy ini adalah pabila bercakap PokCik selalu megeluarkan suara yang kuat.....Suara yang boleh didengari sebatu jauhnya......PokCIk juga selalu menggunakan strategi mengugut budak-budak bila menekan kan sesuatu pekara atau isu.......Pabila melaksanakan hukuman PokCIk akan bertindak masa itu juga......contohnya Pabila PokCIk mengawal budak supaya diam dan ada yang tidak boleh mendengar arahan itu maka masa itu PokCik akan terus menjatuhkan hukuman......

Didalam Proses pengajaran dan Pembelajaran pulak PokCIk banyak atau selalu menggunakan startegi tekanan dan denda.....dah lah suara kuat...garang.....ditambah dengan cara PokCIk mendidik yang penuh dengan hukuman jika berlaku kesilapan yang berulang......

Sebab itulah PokCIk antara guru yang mampu mengawal murid-murid didalam bilangan yang ramai didalam satu majlis atau perhimpunan tidak kira dimana ia diadakan.....

Sifat heavy PokCik ini ada keburukan dan kebaikannya.....
Sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan......
sebab itulah KPM jalan aktiviti Guru Penyayang....
Sekolah PokCIk memang jalankan Program ini disepanjang tahun.....Dan PokCIk merasakan PokCik adalah antara guru yang Paling tidak Penyayang.....Sebabnya kalau PokCik penyayang maka punah lah nilai disiplin yang PokCik pupuk dengan sifat Heavy PokCik ini.....

What ever.....PokCIk tetap memegang Sifat Keprofesionalan seorang guru itu.....namun ada sesetengah pekara PokCIk tidak lurus sangat dengan apa yang diunjurkan ( Sedangkan lampu merah pun orang langgar inikan pula benda-benda macam ini).......Dan PokCik akan cover semua ketakutan dan kebencian dengan cara tersendiri......

"Cikgu merupakan seorang yang amat heavy didalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab......but ianya memberikan kebaikan yang banyak kepada sekolah dan memudahkan segala urusan rakan-rakan yang lain.....But sifat heavy ini tidak boleh didalam dunia pendidikan sekarang....Bukan semua ibubapa dapat menerima......Tapi bagi saya la.....Cikgu teruskan dan kami akan membantu cikgu dengan cara menasihati menggunakan nama dan sifat cikgu ini......Kami mengenali cara cikgu lebih dari orang lain....."
cikgu garang, cikgu marah, cikgu heavy, cikgu jahat, pendidikan di mal;aysia

Ayat ini masih terpingga didalam telinga PokCik.....
Siapa yang mahu dibenci......siapa yang tak mahu disayangi.....
namun biarlah dibenci asalkan ianya membawa kebaikan sepanjang hayat mereka......Janganlah kerana disayangi namun ianya membawa kecelakaan dan penyesalan seumur hidup....









Tips, Sukan, 1 Murid 1 Sukan, senyum, Tips Belajar, Motivasi

Apa macam?...boleh kah anda buat macam budak ini?....
Sambil melompat sambil senyum.....nasib tak gelak ajer...hehehehehe

Koleksi Gambar PokCIk yang lain  anda Boleh lawati di : http://kamera-jamil.blogspot.com