Ini adalah artikel dari hmetro yang PokCIk baca hari ini....
terasa nak copy dan paste pulak sebagai perkongsian antara kita semua...
wahai lelaki-lelaki.....baca dan faham kan betul-betul....
tak salah cemburu TAPI biar bertempat.....
tips, Tips rumah tangga, tips suami isteri, tips panas baran, cara sejukkan hati suami, pasangan cemburu, cara atasi masalah cemburu panas baran , ciri-ciri cemburu buta
Penting ego tu TAPI biarlah kena pada masanya.....
yang paling penting jangan lah kaki dan tangan naik bila nak selesaikan masalah.....Dayus namanya...sedar-sedar sikit.....
Bila dah marah jaga sikit bahasa tu...kerana satu perkataan yang buruk akan diingati selalu.....

yang paling penting.........Bukan susah nak minta maaf.......
Dah minta maaf kena lah ingat selalu.......jangan diulangi lagi....
Yang paling penting...kalau dah angin satu badan....sabar banyak-banyak...fikir salah diri sendiri dulu...baru salah orang lain....Caranya keluar dan fikirkan dengan tenang....

Nah baca artikel ini .....semoga ia bermanfaat....

"Kalau perempuan cemburu, masih banyak ‘jalan keluar’ yang boleh difikirkan, setidak-tidaknya mereka beremosi dan inginkan kepastian saja. Lepas dijelaskan atau dipujuk, sejuk hati membara tadi."

Tapi lain pula kalau lelaki yang cemburu. Itu lebih berbahaya dan jauh menakutkan kepada kekasih mereka kerana kebarangkalian yang mampu difikirkan lebih banyak dan membabitkan fizikal.
Mana tidaknya, cemburu itu didorong oleh sikap panas baran dan gemar menuduh tanpa usul periksa. Kebiasaan lelaki jenis begini adalah mereka yang ego dan sukar mengaku kelemahan diri.

Walaupun masih ada baiknya dalam sifat lelaki jenis ini seperti penyayang, bijak memikirkan soal masa depan, hebat merencana hubungan dan seorang yang taat pada janji, namun kelemahannya ini mungkin membuatkan mereka jenis lelaki yang perlu dijauhi.

Panas baran adalah sikap yang sukar dibuang dan ego adalah penyakit yang akhirnya akan merosakkan sesebuah hubungan. Itu adalah realiti dan hakikat dalam banyak kes percintaan sebelum ini.

Hujung kepada semua sikap ini adalah cemburu. Lelaki jenis ini terlalu sayangkan kekasihnya hingga tidak boleh membenarkan mereka bergaul dengan lelaki lain walaupun kawan sekerja atau kawan lama di sekolah, perlu memberitahu setiap pergerakan, 24 jam bersama hingga tiada ruang untuk diri sendiri dan mereka selalu berasa curiga dengan bayang-bayang sendiri.

Lebih 90% lelaki jenis ini gemar menuding kesalahan kepada kekasihnya selain salah anggap dan memaki hamun. Kemudian selepas menyedari salah itu berpunca daripada mereka, mulalah pujuk kembali dengan menabur ayat cinta.

Hanya separuh daripada jumlah lelaki jenis ini akan sudi melafazkan kata maaf dan selebihnya menggunakan helah lain untuk menutup kesalahan diri.

Fikirkan kembali, adakah ini calon paling layak untuk memimpin anda ke akhir hayat atau hanya akan menambah kekusutan saja? Ingat, sikap dan sifat adalah dua perkara berbeza dan dalaman seorang lelaki seperti panas baran tidak boleh diubah sebaliknya hanya mampu diredakan dengan motivasi berterusan.

Apa kriteria lelaki cemburu dan rutin tabiat mereka?

Lelaki jenis ini adalah kaki siasat. Awal perkenalan, pasangan mungkin ditatang bagai minyak penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun lama-kelamaan ada saja yang tidak kena.

Kalau boleh dia cuba mengawal setiap pergerakan. Ke mana, dengan siapa dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda. Jika ada, anda akan disiasat dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan pasangan mengalahkan pihak berkuasa. Anda mungkin berasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.

Lelaki cemburu ini juga adalah jenis yang sentiasa curiga dan sentiasa menganggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan teman wanitanya.

Sukar baginya untuk mempercayai, tambahan pula apabila pasangan sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka yang mengganggu adalah lelaki yang lebih bergaya atau kacak. Itu sudah menyentuh keegoannya.

Walaupun tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, dia tetap merasakan yang pasangan cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang boleh anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

Tidak perlu terang atau jelaskan kerana lelaki jenis cemburu ini tidak akan mendengar alasan anda kerana baginya, rasa kurang selesa itu akan mengganggu tumpuannya sekali gus menyifatkan anda mula lupa akan dirinya.

Paling menakutkan dan fakta lelaki jenis cemburu adalah mereka panas baran. Suami atau teman lelaki yang anda kenali dengan lebih mendalam mungkin mempunyai perangai yang suka marah.

Salah sedikit saja tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Panas baran ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin akan mendatangkan padah, silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.

Panas baran itu hanya sementara dan kemudian ­apabila marahnya reda, dia mula sedar kesilapan dan cuba memujuk anda kembali. Tapi kepada mereka yang sudah menjadi mangsa penderaan atau pukul, bolehkah maaf itu memulihkan kembali perasaan dan tekanan itu?

Lelaki jenis cemburu juga adalah individu yang tidak pernah puas. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada saja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar kesalahan.

Susah untuk memuaskan hatinya. Sikap ini akan membuatkan pasangan berfikir, kenapa si dia harus ­begini dan apakah salah anda. Pada satu tahap ­pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. ­Namun setiap daripada kata-kata anda tidak ­diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.

Jika teman lelaki atau suami anda jenis yang kuat mengongkong, dia juga adalah jenis lelaki yang kuat cemburu dan anda perlu lebih berhati-hati. Dahulu­nya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa saja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi.

Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut.

Orang zaman sekarang menggelarkan senario itu ‘punch card’ seperti pekerja kilang atau pejabat yang mana perlu memberitahu teman lelaki apa saja aktiviti anda. Jika dikatakan tidak, maka jawapannya tidak.

Peliknya, si gadis-gadis ini pula akur mendengar arahan itu tapi tidak pula mendengar nasihat ayahnya dulu.

Lelaki jenis ini juga adalah gemar mengambil kesempatan. Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya perlu diikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu.

Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara mengenai diri anda. Ini akan digunakan agar anda tidak dapat lari daripadanya.


Buang rasa negatif

Cemburu tandanya sayang tapi kerana cemburu buta, sayang boleh melayang. Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh.

Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu teramat, itu jadi tidak normal dan boleh mengganggu hubu­ngan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik daripada kita.

Tetapi lama-kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri daripada si dia yang suka cemburu buta. Jika anda seorang cemburu buta, perlu dipertimbangkan untuk mengikuti semua langkah ini bagi memastikan kekasih hati tidak terlepas atau mula bosan dengan anda.


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa menyebabkan anda berasa terlalu cemburu. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri? Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang daripada mulut anda itu tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik daripada anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan. Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesuka hati tapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan daripada rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan Elakkan daripada menyalahkan pasangan jika berlaku perselisihan faham. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikannya dengan cara baik tanpa membabitkan perasaan cemburu buta. Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa optimis Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tapi harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya mempergunakan kepercayaan yang diberikan kepada anda. Jika disalah guna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik Tak rugi jika anda mempunyai motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat daripada pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain daripada menarik nafas dalam-dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

9. Hentikan perbandingan Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan menyeksa sendiri dengan perasaan negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif itu, bila masa pula anda nak berasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda miliki.

10. Belajar daripada kesilapan Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.
Status ini PokCik print Screen dari satu Facebook kawan-kawan PokCik...Suatu hari sebelum menjelang Peperiksaan di salah sebuah Universiti di Malaysia......

Kisah Benar : Maha Kuasa Allah

ini merupakan kisah benar-benar yang terjadi....Maha Kuasa Allah...tak rugi jika kita berbuat baik biarpun semasa kita susah atau pun berkeadaan tersepit...jadikan lah ikhtibar bersama.....


1. Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang  soal selidik dan statistik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah
(A)   Biografi                
(B)   psikometrik                                       
(C)   psikoanalitik                                      
(D)   historiometrik

2. Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu kefasihan, keanjalan, keaslian dan huraian. Keanjalan bermaksud kebolehan
(A)  menyusun idea yang unik dan luar biasa.
(B)  melihat sesuatu dari perspektif berlainan.
(C)  menghasilkan idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
(D)  untuk memperbaiki  idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya lebih jelas.

3. Kanak-kanak berupaya untuk menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama atau tokoh sejarah. Kenyataan di  atas  merujuk kepada kecerdasan
(A) interpersonal    
(B) intrapersonal                     
(C) visual-ruang      
(D) verbal-linguistik

4. Wirda seorang kanak-kanak yang suka melukis. Dia seringkali  mendapat ilham secara tiba-tiba lantas membuat lakaran dalam buku lakarannya atau membuat catatan tentang ideanya itu. Berdasarkan model proses kreativiti oleh Graham Wallas, pernyataan di atas sesuai pada peringkat
(A)  intimasi                               
(B)  iluminasi                             
(C)  verifikasi                             
(D)  pengeraman

5. Pengurusan imaginasi merupakan ciri kreativiti yang penting kerana ia
(A) merupakan aktiviti permainan mental yang diarahkan untuk memfokus dan menghasilkan sesuatu yang asli
(B) terjadi secara kebetulan di mana idea yang awal mungkin akan mengalami perubahan atau diganti sama sekali.
(C) merupakan idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu tanpa dipengaruhi oleh idea orang lain.
(D) biasanya memberi sumbangan dan pastinya idea ini dikekalkan berbanding idea yang kurang berguna

6. Mengapakah kanak-kanak suka kepada aktiviti seni seperti melukis, mendengar muzik dan menari?(A)Faktor genetik ibu bapa yang diperturunkan kepada anak-anak.
(B)Kanak-kanak sering terdedah kepada rangsangan di persekitaran.
(C)Peranan ibu bapa yang suka anak-anak terlibat dalam bidang tersebut.
(D)Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan dengan kecenderungan dominan pada otak kanan.

7. Mengikut Viktor Lowenfeld (1947), lukisan kanak-kanak di atas merujuk kepada peringkat
(A)skematik              
(B) penaakulan                        
(C) praskematik                       
(D) awal realism

8. Pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual dalam aspek emosi yang diluahkan melalui seni. Berdasarkan pendekatan psikoanalitik, bagaimanakah seseorang guru dapat mengaplikasikan teori tersebut dalam pengajarannya?
(A) Guru menggalakkan murid menghasilkan karya seni untuk dipamerkan.
(B) Guru menggalakkan murid melukis dan menceritakan kembali tentang karyanya.
(C) Guru menggalakkan murid membimbing kawan-kawan dalam menghasilkan karya seni visual.
(D) Guru menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal    murid.

9. Pada usia 2-4 tahun, perkembangan artistik kanak-kanak berada pada peringkat tidak bersifat realistik. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah cenderung menconteng
(A) menghasilkan symbol                                             
(B)  lorekan gambar pemandangan
(C) garisan terkawal dan tidak terkawal                 
(D)  melukis figura dengan cara yang betul

10. Enam elemen asas dalam seni visual ialah
(A) garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan tona
(B) rupa, bentuk, garisan, jalinan, ruang  dan warna
(C) ruang, garisan, bentuk, perspektif, jalinan dan rupa
(D) jalinan, rupa, bentuk, garisan,ruang  dan keseimbangan

11. Pernyataan yang manakah paling tepat tentang Kaedah Orff?
(A)Pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal
(B)Kaedah yang menggabungkan tiga konsep iaitu solfej, rentak Cheve dan Curven
(C)Pergerakan badan menggunakan ruang sedia ada serta mengikut rentak muzik
(D)Muzik harus sentiasa diubah supaya kanak-kanak mendengar, mengenali dan menghayati muzik

12. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-me-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik. Kaedah pembelajaran muzik di atas lebih sinonim kepada tokoh muzik seperti
(A) Carl Orff                               
(B) Zoltan Kodaly   
(C)  Michael Carmen 
(D)  Emile Jaques Dalcroze

13. Kemahiran muzikal berkembang mengikut tahap umur kanak-kanak. Pada umur dua tahun, kanak-kanak telah mempunyai  kemahiran
(A)bertindak balas terhadap bunyi dan suku kata suara manusia
(B)meniru dan mengikut melodi yang kompleks serta mencuba peralatan muzik
(C)mengawal suara nyanyian mereka, menikmati lagu-lagu ringkas dan bergerak mengikut rentak muzik
(D)menyanyikan pelbagai lagu, membezakan bunyi yang berlainan dan mengaitkan dengan pergerakan tertentu

14. Semua orang mempunyai keupayaan mempelajari dan menggunakan muzik dengan kreatif. Hubungan rapat antara muzik dan bahasa sebagai alat berkomunikasi. Pendidikan muzik haruslah merangkumi aspek fizikal, sosial, mental dan emosi.

Apakah yang dapat anda rumuskan berdasarkan aspek kecerdasan muzik dalam teori Kecerdasan Gardner?

(A) Satu daripada Sembilan kecerdasan yang ada pada manusia.
(B) Kepekaan terhadap unsur-unsur yang  berkaitan dengan bunyi dan muzik.
(C) Boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
(D) Membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami makna yang  dihasilkan oleh bunyi.

15. Sosio drama merujuk kepada aktiviti
(A) cerita-cerita dongeng dan kepahlawanan.
(B) menekankan skrip dan aksi watak di sekeliling mereka.
(C)yang tidak mementingkan prop dan persekitaran seperti situasi sebenar.
(D)kanak-kanak bermain sebagai ibu bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.

16. Kemahiran yang perlu ada pada seseorang kanak-kanak untuk menjalankan permainan sosio dramatik ialah

I berlakon            II berunding           III berbincang            IV bersoaljawab           V bekerjasama

(A)  I, II dan III sahaja     
(B)  I, III dan IV sahaja           
(C)  III, IV dan V sahaja           
(D)  I, II, III, dan V sahaja

17. Stoking, sarung tangan, beg kertas, sampul surat .

Bahan di atas sesuai sekali untuk menghasilkan boneka jenis

(A)  Boneka tali  
(B) Boneka jari 
(C)  Boneka batang 
(D)  Boneka tangan

18. Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menggunakan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah ialah
I.             melibatkan kanak-kanak secara aktif
II.            mengambil kira kebolehan kanak-kanak
III.           menyediakan bahan-bahan dengan lengkap
IV.          mengambil kira tahap kemahiran bahasa kanak-kanak
V.            mengambil kira tahap kecekapan kanak-kanak dari aspek fizikal

(A) I, II dan III sahaja
(B)  I, III dan V sahaja
(C)  II, III dan IV sahaja
 (D)  I, II, IV dan V sahaja

19. Sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, membantu mengenal dan memahami diri sendiri dan memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh penulis, penerbit dan pengedar buku dalam usaha menarik minat kanak-kanak membaca?

I.             Kaedah pemasaran yang berkesan.
II.            Buku yang diterbitkan mesti berkualiti.
III.           Banyak bahan bacaan banyak di pasaran.
IV.          Bahan-bahan bacaan mudah diperolehi di pasaran.
V.            Sesuai dengan kegemaran, minat dan peringkat pemikiran kanak-kanak.

(A) I, II dan III sahaja       
(B) II, III dan IV sahaja         
(C) I, II, IVdanV sahaja              
(D) I, III, IVdanV sahaja

20. Dalam merancang pengajaran yang berkesan, guru perlu memikirkan beberapa langkah yang sesuai untuk menyediakan bahan dan peralatan. Apakah criteria yang perlu diambil kira oleh guru semasa memilih bahan dan peralatan?

I.  Memilih tajuk yang sesuai      
II. Memilih bahan yang  menarik                              
III. Memilih bahan yang berkualiti            
IV. Menentukan tahap kesukaran                           
V. Meminimakan penggunaan bahan

(A)  I, II, dan III sahaja   
(B)  I, II dan IV sahaja  
(C)  I, II, IV dan V sahaja   
(D)  I, III, IV dan V sahaja

Soalan Latihan KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Ramai orang diluar tidak sedar akan masalah ini. Ada antara kita yang tidak sedar bahawa dirinya pernah mengalami masalah ini. bila diingatkan semula PokCik merupakan salah seorang yang mempunyai msalah ini suatu ketika dahulu. Namun dengan bantuan Motivasi dari keluarga dan masyarakat sekeliling PokCik dapat keluar dari masalah ini.

Biarpun simtom-simtom nya masih ada lagi pada diri PokCIk pada PokCik kini....antaranya adalah....PokCik sukar untuk mengingati sesuatu yang dibaca dalam jangka masa yang lama....PokCIk terpaksa membuat latihan secara amali untuk memahami dan menulis nota ringkas atau membaca sehari sebelum peperiksaan.....ini kerana PokCik mempunyai daya ingatan yang amat singkat...jika nak ingat lama PokCik terpaksa membuat sesuatu itu secara berterusan atau pun menjadikan ianya tebiat PokCIk.....baru boleh ingat....PokCik juga sukar untuk memahami jika diberi penerangan yang ringkas tanpa dihuraikan apa yang disampaikan.....PokCIk start tahu membaca dan menulis sejak berumur 12 tahun dan dapat mengusai subjek matematik sejak dari umur 15 tahun....lambatkan...

PokCik bersyukur kerana pokCik hidup didalam kelompok masyarakat yang sentiasa memberikan nasihat dan motivasi tanpa putus sehingga PokCik melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Malaysia. Siapa sangka seorang manusia yang lembab boleh jadi Cikgu......so think Positif yer.....
Disleksia. Aphasia Disgraphia iv) Arithmetic difficulties

DEFINISI KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DIFFICULTIES)

kanak-kanak yang ”specific difficulties” adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran yang normal.

JENIS-JENIS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Learning Difficulties dalam kalangan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam pelbagai jenis kategori bergantung kepada masalah major yang dialaminya. Jenis-jenis learning difficulties adalah berbeza-beza iaitu :

i) Oral language difficulties
Terdapat dua jenis di dalam Oral Language Difficulties iaitu Dysphasia dan Aphasia.
Dysphasia adalah merujuk kepada sebahagian ketidakupayaan untuk memahami percakapan dan kesukaran untuk bercakap.
Aphasia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk memahami, memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam percakapan dan gaya penulisan.

ii) Reading difficulties
Reading Difficulties pula merupakan tambahan yang terbahagi kepada disleksia dan alexia.
Sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami apa yang dibaca adalah dikenali sebagai Disleksia.
Alexia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaa untuk membaca, menulis ataupun menterjemahkan bahasa.

iii) Writing difficulties
Writting Difficulties pula terbahagi kepada Dysgraphia dan Agraphia.
Disgraphia merupakan sebahagian ketidakbolehan untuk menulis.
Agraphia pula merujuk kepada ketidakbolehan untuk menulis secara keseluruhan.
Masalah penggambaran semula merujuk kepada ketidakbolehan untuk membayangkan semua imej huruf atau perkataan.
Formulation dan Syntax Disorder adalah ketidakupayan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mengeja pula, mereka ini akan menghadapi masalah dalam membaca atau menulis.

iv) Arithmetic difficulties

Kanak-kanak yang mengalami Arithmetic difficulties pula ialah mereka bermasalah dalam mengasingkan angka atau siri angka. Di dalam Arithmetic difficulties terdapat dua kategori iaitu Dyscalculia dan Acalculia.
 Dyscalculia merupakan sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan.
 Acalculia pula ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan.

Kebanyakkan masalah anak didik PokCik mempunyai hampir keseluruhan simtom-simtom ini...Tahapnya PokCik tak tahu lagi...namun pokCIk akan mencuba yang terbaik bagi membantu mereka...Cuma Pesan PokCik kepada semua ibubapa yang ada di Malaysia ini sedarlah bahawa bukan suatu tugas mudah membantu mereka ini tanpa kefahaman dari anda...
Tips Ibubapa anak hiperaktifPermasalahan yang dialami oleh kanak-kanak yang dilahirkan secara biologinya adalah normal dan sihat. Permasalahan biasanya timbul disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan keluarga, trauma, pendedahan pergaulan dengan komuniti dan masyarakat yang kurang berdisiplin dan lain-lain. 

Permasalahan pencapaian akademik yang ketinggalan khususnya dalam prestasi pencapaian persekolahan berbanding rakan sebaya merupakan Penyumbang kepada masalah tingkahlaku menyimpang.

  • Faktor psikologi merupakan penyumbang kepada permasalahan yang timbul khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial. 
  • Faktor ini pula bagi kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan seharian dan sering berhadapan dengan hubungan yang dianggap keliru di antara mereka dengan ibu bapa mereka. 
  • Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif. 
  • ibu bapa perlu mengenali kelebihan dan bakat anaknya dan membantu anak dalam bersosialisasi. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.
  • Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. 
  • kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang meningkat, ibu yang merokok dan mengambil alkohol, terkena sinar X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif. 


Sesungguhnya anak adalah anugerah Tuhan yang paling berharga buat manusia. Pokok pangkalnya adakah kita menghargainya dengan sebaiknya...Pikir-pikirkan lah yer....
Blogger 'hantu' diharamAda baca paper Berita Harian hari ini tak?....
Blogger kena letak identiti mereka yang sebenar pada blog mereka selepas ini....
Ini supaya semua pemilik Blog dan web lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka terbitkan.....

Satu langkah yang baik kerana selepas ini akan kurang sikit blogger-blogger hantu yang suka sangat menerbit sesuatu yang tidak sepatutnya....walaupun kita tahu bahawa ini tidak akan dapat meyekat mereka....sebabnya banyak cara untuk meyembunyikan identiti didalam dunia internet ini......what ever ianya satu langkah yang baik dari pihak kerajaan.

hope kita sebagai blogger janganlah suka-suka mengeluarkan fakta atau artikel yang boleh menyebabkan perpecahan bangsa kita sesama sendiri demi KUASA yang diidamkan....


Berita Penuh anda boleh baca dibawah.....


Dicopy dari Bharian.Com

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

“Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

“Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

‘Kesan rama-rama’

“Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan ‘kesan rama-rama’,” katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

“Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.