Linus.....
dah lama tinggalkan dunia LINUS ini..tiba-tiba terkena jugak akhirnya setelah lebih 2 tahun bercuti dari dunia budak-budak yang lambat dan slow didalam pembelajaran ini....Sejak berkhidmat didalam dunia pendidikan ini PokCik memang terlibat didalam Program ini.....Namun pada hujung tahun 2010 poKCik dah tak terlibat lagi sebab nya bukan Opsyen didalam Bahasa Melayu.....then diganti oleh seorang yang lebih berpengalaman....

namun pertengahan tahun ini tiba-tiba saja guru yang mengajar ini dinaikkan pangkat dan budak-budak ini kehilangan guru yang benar-benar pakar didalam bidang ini.....Oleh kerana berlakunya pertikaian dan perbalahan siapa yang nak mengajar budak-budak ini maka PokCik terpaksa meninggalkan semua subjek yang poKcik ajar untuk memastikan budak-budak ini tidak terabai.....

Bukan senang nak ajar budak-budak ini oiiii......lebih-lebih lagi 2 kelas yang PokCik cover....kelas tahun 1 ada 25 orang...kelas tahun 2 ada 17 orang.....25 campur 17 dah berapa?....kira lah sendiri....then mereka ini semua mempunyai permasalahan didalam pembelajaran......

walaupun PokCik berpengalaman didalam mengajar murid-murid seperti ini namun setelah bertahun tidak mengajar mereka PokCik jadi blur.....tak tahu nak mulakan dari mana.....jadi kosong....

So dihari pertama persekolah setelah bercuti untuk penggal pertama ini PokCIk memulakannya dengan mengasing tempat duduk mereka dulu......yang teruk duduk depan yang ok sikit duduk belakang...Hope betul la......esok tak pikir lagi nak mula dari mana.....blur...blur...blur.....

Nak tahu apakah LINUS yang pokCIk peningkan ini.....
Klik gambar dibawah.....susah oo ngajar budak-budak ini ooo...kebanyakkan mereka mempunyai masalah pembelajaran dan juga IQ yang rendah......lebih-lebih lagi PokCik bukanlah dari Opsyen BM dan juga tidak mempunyai kelayakkan yang sepatutnya untuk mengajar mereka...namun kerana pengalaman pokcik yang lepas PokCik gagahkan jugak menerima tugas yang MAHA berat ini demi kasih sayang pokCik pada anak bangsa PokCik di sekolah kebangsaan ini.....


program LINUS

Pelik tapi benar....
Eat that frog...dalam bahasa melayunya makan katak itu.....
pokCIk nak sharing satu buku yang nipis tapi berbaloi membacanya......teramat berbaloi...
sebabnya ianya memberi kita cara cuba keluar dari kemalasan kita sendiri.....
cara penulisannya amat santai dan mudah difahami serta amat santai pabila membacanya.....
semua isi yang dinyatakan amat tersusun dan setiap tajuk mempunyai kaitan antara satu sama lain...lepas baca satu tajuk comfrim nak ke bab lain pulak......
Yang paling penting ianya memang amat berguna pada kita....

Buku ini ditulis oleh Brian Trancy dan ianya merupakan kisah benar bagaimana beliau boleh berjaya dalam dunia perniagaan dan hidupnya dengan mengamalkan 21 langkah mudah mengalahkan kemalasan dan menyiapkan tugasan yang ada dengan jayanya....dan PokCik akan cuba menikutinya satu demi satu...apa kat anda pun Cuba bersama-sama PokCik.......Kat bawah ini PokCIk ada capture beberapa gambar buku ini dan juga 21 langkah untuk membunuh kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih efektif.....nak tahu lagi kena la beli buku ini......

Wajah depan Buku

21 bab yang amat berharga

21 rahsia buku ini

Rahsia lagi

21 Rahsia lagi





Pertama 
fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini...

Kedua
Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.

Ketiga
Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....

Keempat
Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita

Kelima
Pertama   fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua  Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga  Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Keempat  Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita     Kelima  Pertama fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita     Keenam  Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana     Ketujuh  Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....  wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita

Keenam
Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana

Ketujuh
Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....

wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....




Tips Naikkan Rangking Blog dan Alexa, Tips Blogging, Tips Blogger, Segmen
Antara beberapa tips untuk menaikkan page rank blog ini :

  1. Daftar dalam google ( DONE )
  2. Daftar dalam bing dan yahoo ( DONE )
  3. Gunakan ping auto ( Tak Paham )
  4. Buat meta tag dan pasang keywords ,jangan target keywords yang pendek,gunakan keywords yang panjang.( Dalam Usaha )
  5. Kongsikan ke Digg,Twitter,Facebook ( DONE )
  6. Jadikan Tajuk Posting Mesra seo dengan cara menggunakan tag H1 ( SEDANG BELAJAR )
  7. Pelbagaikan jenis penulisan dalan blog contoh
Besarkan Tulisan
  1. Gunakan Nombor
  • Gunakan Tanda Titik
Gunakan Blockquote

Tambahan yang berguna:
  1. Buat satu fan page khas untuk blog
  2. Masukkan Boranng Subcriber dari www.feedburner.google.com
  3. Masukkan Autoresponder
  4. Buat sitemap dalam blog
PokCIk Pinjam entri ini dari blog saudara dwenrasid...

Hope akan naiklah view dan rangking blog ini....
Apakah Program LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Tahun ini PokCik tak banyak dapek hadiah dari anak murid PokCIk.....
PokCik tak kisah sangat pun.....
al maklum la PokCIk ini garang dan cukup tegas pada tahun ini......
ramai dah kena denda dan dimarah PokCik atas pelbagai masalah disiplin dan nilai adap yang tidak baik....

Hadiah Hari Guru
Ini sahaja hadiah yang anak murid PokCik bagi tahun ini...sikit kan...tapi Oklah dari tak ada...sekurang-kurangnya ada jugak.....

Dalam hadiah-hadiah ini ada 2 hadiah yang paling berharga buek PokCik....
Hadiah pertama....
APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
PokCIk di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012

Tak sangka Pulak terpilih untuk tahun lepas....PokCIk tak harapkan sangat anugerah ini sebab sebelum ini markah prestasi tahun-tahun sebelum 2012 pokCIk agak teruk diberi oleh seorang GB yang amat tidak menyukai PokCIk....namun GB baru PokCik bagi jugak then dah rezeki pokCIk dapek jugak.....

hadiah kedua...

Kenaikan pangkat DG29 ke DG 32
Pokcik dapat naik pangkat dari 29  ke DG32...
Alhamdulilah....dapek juga....segala kerisauan akibat markah prestasi yang diberikan oleh GB yang tidak profesional itu tidak diambil kira kot...sebab tu PokCIk dapat jugak naik pangkat.....

Dan Pokcik amat ingin kan hadiah dari anak-anak didik pokCik yang paling berharga.....iaitu kejayaan dalam hidup dan masa depan mereka...inilah hadiah yang paling berharga  PokCik inginkan dari anak didik pokCIk....