Pelik tapi benar....
Eat that frog...dalam bahasa melayunya makan katak itu.....
pokCIk nak sharing satu buku yang nipis tapi berbaloi membacanya......teramat berbaloi...
sebabnya ianya memberi kita cara cuba keluar dari kemalasan kita sendiri.....
cara penulisannya amat santai dan mudah difahami serta amat santai pabila membacanya.....
semua isi yang dinyatakan amat tersusun dan setiap tajuk mempunyai kaitan antara satu sama lain...lepas baca satu tajuk comfrim nak ke bab lain pulak......
Yang paling penting ianya memang amat berguna pada kita....

Buku ini ditulis oleh Brian Trancy dan ianya merupakan kisah benar bagaimana beliau boleh berjaya dalam dunia perniagaan dan hidupnya dengan mengamalkan 21 langkah mudah mengalahkan kemalasan dan menyiapkan tugasan yang ada dengan jayanya....dan PokCik akan cuba menikutinya satu demi satu...apa kat anda pun Cuba bersama-sama PokCik.......Kat bawah ini PokCIk ada capture beberapa gambar buku ini dan juga 21 langkah untuk membunuh kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih efektif.....nak tahu lagi kena la beli buku ini......

Wajah depan Buku

21 bab yang amat berharga

21 rahsia buku ini

Rahsia lagi

21 Rahsia lagi





Pertama 
fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini...

Kedua
Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.

Ketiga
Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....

Keempat
Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita

Kelima
Pertama   fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua  Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga  Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Keempat  Buat senarai pekara yang pasti kita lakukan untuk mencapai matlamat kita     Kelima  Pertama fikirkan dan nyatakan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini,Kedua Tulis semua yang kita mahukan dalam hidup kita...Ini kerana manusia lebih mudah bertindak diatas benda yang kita nampak bukan sekadar berfikir dan berimanigasi sahaja.Ketiga Tetapkan tarikh bila kita boleh mencapai apa yang kita inginkan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita     Keenam  Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana     Ketujuh  Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....  wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....Susun semua perancangan yang dirancang dengan baik supaya mudah diikuti mengikut kemampuan kita

Keenam
Bertindak......buat......jangan sekadar tulis dan sampai masa hilang entah kemana

Ketujuh
Bertekad dan fikir positif dengan melakukan setiap apa yang dirancang sehingga mencapai matlamat yang kita tetapkan.....

wah ini sudah baik...apa kata jika anda yang membaca ini bersama-sama PokCIk melaksanakan langkah ini untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam apa yang kita lakukan....




Tips Naikkan Rangking Blog dan Alexa, Tips Blogging, Tips Blogger, Segmen
Antara beberapa tips untuk menaikkan page rank blog ini :

  1. Daftar dalam google ( DONE )
  2. Daftar dalam bing dan yahoo ( DONE )
  3. Gunakan ping auto ( Tak Paham )
  4. Buat meta tag dan pasang keywords ,jangan target keywords yang pendek,gunakan keywords yang panjang.( Dalam Usaha )
  5. Kongsikan ke Digg,Twitter,Facebook ( DONE )
  6. Jadikan Tajuk Posting Mesra seo dengan cara menggunakan tag H1 ( SEDANG BELAJAR )
  7. Pelbagaikan jenis penulisan dalan blog contoh
Besarkan Tulisan
  1. Gunakan Nombor
  • Gunakan Tanda Titik
Gunakan Blockquote

Tambahan yang berguna:
  1. Buat satu fan page khas untuk blog
  2. Masukkan Boranng Subcriber dari www.feedburner.google.com
  3. Masukkan Autoresponder
  4. Buat sitemap dalam blog
PokCIk Pinjam entri ini dari blog saudara dwenrasid...

Hope akan naiklah view dan rangking blog ini....
Apakah Program LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Tahun ini PokCik tak banyak dapek hadiah dari anak murid PokCIk.....
PokCik tak kisah sangat pun.....
al maklum la PokCIk ini garang dan cukup tegas pada tahun ini......
ramai dah kena denda dan dimarah PokCik atas pelbagai masalah disiplin dan nilai adap yang tidak baik....

Hadiah Hari Guru
Ini sahaja hadiah yang anak murid PokCik bagi tahun ini...sikit kan...tapi Oklah dari tak ada...sekurang-kurangnya ada jugak.....

Dalam hadiah-hadiah ini ada 2 hadiah yang paling berharga buek PokCik....
Hadiah pertama....
APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
PokCIk di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012

Tak sangka Pulak terpilih untuk tahun lepas....PokCIk tak harapkan sangat anugerah ini sebab sebelum ini markah prestasi tahun-tahun sebelum 2012 pokCIk agak teruk diberi oleh seorang GB yang amat tidak menyukai PokCIk....namun GB baru PokCik bagi jugak then dah rezeki pokCIk dapek jugak.....

hadiah kedua...

Kenaikan pangkat DG29 ke DG 32
Pokcik dapat naik pangkat dari 29  ke DG32...
Alhamdulilah....dapek juga....segala kerisauan akibat markah prestasi yang diberikan oleh GB yang tidak profesional itu tidak diambil kira kot...sebab tu PokCIk dapat jugak naik pangkat.....

Dan Pokcik amat ingin kan hadiah dari anak-anak didik pokCik yang paling berharga.....iaitu kejayaan dalam hidup dan masa depan mereka...inilah hadiah yang paling berharga  PokCik inginkan dari anak didik pokCIk....



PokCik jenis tak suka masuk dalam hal-hal politik ini.....
kalau bab agama lagi lah.....al maklum la PokCIk ini bukannya dikalangan golongan ulamak.....
namun PokCIk mempunyai tanggungjawab kepada bangsa dan agama pokCIk......

Sejak akhir-akhir ini lebih-lebih sejak bermula PRU dan selepas PRU 13 ini, banyak sangat pekara yang telah berlaku dan menyebabkan PokCik jadi takut sangat.....
Dengan perhimpunannya....
namun ianya semakin jelas dan jelas.......

PokCIk tanya abah PokCIk dikampung tentang isu-isu pekara yang berlaku sekarang......
dan abah hanya cakap satu pekara sahaja.......
jangan mengelabah...just tengok dan perhati dan abah cakap, PokCIk akan tahu apa yang PokCIk perlu buat.....

benarlah satu ketika dulu abah pernah cakap Pak lah ( Mantan PM ) membuat kesilapan yang cukup besar kerana melepaskan Anwar Ibrahim....PokCIk tanya kenapa pulak......dia hanya diamkan sahaja....satu pekara sahaja dia cakap.....negara akan huru hara...islam akan dipemainkan...melayu akan diperkudakan..pemuda akan dipergunakan..kita lihat dan tengok.....

Semasa itu PokCIk tak paham....PokCIk cuma tahu Anwar adalah seorang pejuang melayu dan islam.....kerana PokCIk kagum masa muda-muda dia dah jadi pemimpin yang hebat hingga dapat membuat satu pakatan iaitu ABIM kalau tak salah PokCIk la.....dia pejuang islam lahkan....namun kini.....segalanya dah makin jelas...dan PokCIk dapat memahami apa yang abah cuba ketengahkan.....

Patutlah abah selalu pesan...jangan mudah melatah apabila mendengar......jangan mudah melenting apabila melihat......tetapi lihat dengar mata hati......fikir ke logikkannya....lihat dan fikir akan tindak tanduk serta perlakuannya.....solat dan minta ditunjukkan benda yang paling kecil namun besar hikmahnya......

Ketakutan diri PokCIk kini menyelubungi.......kerana menanti apa tanggungjawab yang akan diberikan pada PokCIk oleh abah......