PokCik amat berpegang kepada kata-kata ini....
kejayaan PokCik hanya boleh diperolehi melalui teguran dan nasihat....
PokCik tidak mahu berada ditakuk yang lama...
Marilah bersama PokCik wahai anak bangsa ku...
demi kemakmuran dan kesahteraan negara kita....
 
 

Assalammualikum.....

Satu peristiwa yang dah lama meletup kini......
PokCIk ditegur oleh seoarng AJK PIBG disekolah pokCIk kerana dikatakan agak tidak Profesional dikala bertugas walaupun ianya tidak diluahkan secara direct.....
Apabila Guru Ditegur Oleh ibubapa tentang Profesional
Then apa PokCIk jawab.?....
PokCIk accept apa yang diadukan / ditegur kepada PokCik dengan hati yang terbuka.....
Just setiap apa yang diperkatakan/ diadukan.ditegur itu PokCik akan jadi guide line dimasa akan datang....

Walaupun ianya agak berat nak diterima namun ianya harus ditelan dan disimpan supaya ianya jadi panduan dimasa akan datang.....

bagi PokCIk setiap cara yang PokCIk lakukan/perkatakan kepada budak  sekolah pokCIk adalah mengikut perancangan yang telah PokCik lakukan terlebih dahulu....

Caranya tidak lah keterlaluan sebabnya ianya dilakukan berdasarkan pemerhatian PokCIk kepada nilai-nilai yang ada pada kehidupan bermasyarakat murid......then pokCIk bercakap atas dasar laras bahasa yang biasa dilalui oleh murid......
Tak apalah cerita panjang pun bukan sesiapa nak paham.......
Semuanya PokCik yang tanggung.....
yang penting PokCik dah nampak perubahan yang PokCik nak.....

Budak-budak pun dah nampak perubahan yang Positif.....
Just do what the best...
Orang luar boleh cakap apa sahaja.....
namun orang yang membuat kerja yang merasa peritnya.....
teguran pibg kepada guru


Terima Kasih kerana menegur....
Kerana tanpa anda siapalah PokCik....
PokCik mendapat tahu cara PokCik memang berkesan...
Kepada ibubapa dan juga kepada budak-budak.....
ibubapa merasa resah kerana cara PokCik.....
Budak-budak semakin menunjukkan kesan Positif.......

P/S : Jika diikutkan peraturan yang termaktub hanya big boss dan guru kaunseling pokCik yang boleh menegur cara PokCik....selain itu tiada siapa boleh menegur....Namun pOKcik tak ambil port pun or terasa hati kerana PokCik tahu kerja PokCik kini sentiasa diperhati oleh SJK PIBG dan ibubapa.....
Standard lah benda buruk orang akan nampak...benda baik orang akan diamkan ajer....
Tidak semua benda buruk dan teruk itu adalah buruk...
dan tidak semua benda baik yang kita nampak adalah baik.....
Fikir-fikirkanlah.......
Apabila Guru Ditegur Oleh ibubapa tentang Profesional




Nampak pelik tak tajuk entry hari ini?....
Memang syok layan....tapi agak kebosanan sikit la...al maklum la tak minat....  bagi wakil yang sedap memang syok layan sampai tersenyum sorang-sorang.....  Pada pendapat PokCIk memang susah nak ajar budak-budak choral speaking ini.....  dari persembahan dan nada suara budak-budak ini memang memerlukan latihan yang banyak....  PokCIk tabik spring la Cikgu yang berjaya melatih budak-budak ini.....  bukan senang ooo......PokCik bukan nak bagi tahu apakah itu Choral Speaking pun.....
Just want share pengalaman PokCIk hari ini saja...

Choral Speaking.....Pernah dengarkan....Tapi tak ramai yang begitu berminat......
dan ada juga yang pernah dengar tapi tak pernah lihat....
Terdapat juga yang ternganga apabila mendengar perkataan Choral Speaking....

PokCIk kategori yang Pernah dengar taPi tak pernah lihat....
So hari ini PokCik beruntung sebab dapat melihat dan melihat sediri apakah itu Choral Speaking.....
PokCIk dijemput menjadi Photografer untuk pertandingan Choral Speaking peringkat zon bangsar pudu pada siang tadi.....

Memang syok layan....tapi agak kebosanan sikit la...al maklum la tak minat....
bagi wakil yang sedap memang syok layan sampai tersenyum sorang-sorang.....
Pada pendapat PokCIk memang susah nak ajar budak-budak choral speaking ini.....
dari persembahan dan nada suara budak-budak ini memang memerlukan latihan yang banyak....
PokCIk tabik spring la Cikgu yang berjaya melatih budak-budak ini.....
bukan senang ooo......

Kalau PokCIk kena ajar la....
memang hancur la...Sebab PokICk memang tak tahu apa-apa.....

Whatever....
Tahniah pada Sekolah yang menang....
Tahniah juga pada sekolah yang kalah...
Kerana bukan semua orang berani nak menyertai pertandingan seperti ini....
hanya mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi sahaja boleh menyertai....
lagi pun ianya bukan satu acara yang diminati...
betul tak?...

Ragam Minggu EXAM
 Adakah anda setuju?....
Inilah hakikat budak-budak kelas bawah yang PokCik ajar...
Ditegur pun dia buat dono ajer....
Perghhhhhh...sabo ajer lah.....
Kalau gagal siap kau......
Stanby ajer la Cikgu ko ni nak membebel satu jam......
Assalammualikum....

Exam dah Mula hari ini.....
PokCIk agak relax kejap....
Just budak-budak PBS ajer yang tak ada exam.....
Esok kena pergi ke IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas ) sebab dijemput menjadi Photographer untuk pertandingan Corel Speaking peringkat JPWPKL......3 kelas PBS terpaksa ditinggalkan...(Sesekali Mengular macam ini boleh gak releasekan tension)

Budak-budak PokCIk entah boleh jawab ke tidak?
Paper dah ada atas meja tadi....tapi PokCIk malas nak tengok-tengok......Takut.....
Esok-esok lah tanda......Risau jugak.....
Al maklum la budak-budak yang PokCIk didik ini dari kelas belakang....

Free-free hari ini mengadap program Frog.....buat buku log baru....layan sub kerja ict....masuk kan gambar dalam web picasa....update post di blog sekolah ( kalau rajin mai terjah dan follow http://skpetaling1.blogspot.com)....
Kalau bosan pergi kantin minum-minum dulu...then masuk balik makmal ICT pokCIk.....
tengah hari pun begitu.....banyak oooo kena pikir dan nak buat...Ingat Jadi Cikgu Senang ker?....

Balik dalam jam 3.45pm...Standard la PokCik hari-hari balik lambat.....mana boleh balik cepat....
dah masa menganjar sampai 28 waktu....tu tak termasuk kelas ganti untuk geng-geng yang tidak hadir......tak apa dah tanggungjawab.....

First Exam This Year...Balik pulak singgah pergi kedai motor cari rim dan tayar motor pokCIk yang kena tibai minggu lalu....entrynya disini  ( bukan salah pencuri )..
RM 310 untuk 1 set rim standard Yamah Ego, tayar depan 1, disk break , batang sub dan skru-skrunya la....Kira murah la.....dah servuy,tempat lain semua nak RM350 sampai RM450.....
Esok seorang Parent sudi memasangkannya untuk PokCIk.....Alhamdulilah....
satel membeli lepak kedai mamak dengan my wife tercinta.....sambil tunggu hujan berhenti....saja lepak-lepak macam muda-muda dulu.....

Dalam jam 5 sampai rumah...PokCIk terus boommmm tidor...megantuk beb.....
sebelum maghrib anak PokCIk kejutkan......aik baru 1 tahun 8 bulan dan pandai kejut abahnya....
dalam mamai kepala ini sempat terpikir...CEPATNYA ANAK ABAH INI BESAR YER.....
whatever inilah first EXAM for this Year.....

"Tajuk Orang Putih, Entrynya Melayu...hahahahahah"

Kesalahan Kita Didalam Mendidik
PokCIk teramat bersetuju dengan apa yang ditulis ini....
Dan PokCIk selalu Berpegang kepada setiap apa yang dinyatakan ini...
Namun perlulah diolah dan dimanipulasikan mengikut situasi dan keadaan sekitar...
Contony yang nombor 1 tu....

Maki hamun....PokCIk ada juga gunakan cara ini apabila marah budak..PokCIk selalu menggunakan laras bahasa dan tone nasi mengikut persekitaran kehidupan kanak-kanak ini..Seperti budak yang tegar, hati keras, dan nampak manja serta tidak boleh menerima teguran.....

Caranya adalah memberi penekanan kepada kesalahan yang selalu diulangi oleh mereka....namun diakhir sekali HARUSLAH dipulihkan semula dengan apa yang dah kita lakukan hari itu juga, jangan tunggu lama untuk pulihkan kanak-kanak ini...Ini dinamakan tekanan Psikologi keras secara berhemah.....Kemudian harus rapat dengan budak ini sehingga dia tahu perbuatan dia salah ( Sesetengah Kanak-kanak tidak boleh menerima teguran dan menganggap dirinya sahaja yang betul)....

Peringatan : Cara ini dilarang digunakan oleh ibubapa/penjaga kerana ia memang tidak sesuai untuk anda....Biarlah cikgu-cikgu yang biasa dengan Psikologi kanak-kanak yang melakukan...

Pekara 2 hingga 5 memang amalan PokCIk dengan budak-budak ini....
Sebab tu budak- budak masih suka apabila PokCik ngajar mereka walaupun mereka tahu PokCIk memang garang tahap GABAN punya.......Mereka paham akan pantang larang PokCIk......
Yang budak-budak tahun 1 masih dalam pembikinan lagi.....biasanya mengambil masa 6 bulan untuk PokCIk dan mereka saling paham memahami......

Yang paling penting:......JIKA DAH JANJI HARUS/WAJIB TUNAIKAN budak-budak ini lain tau perangainya.....

Kalau sekolah menengah PokCIk memang tak tahu....
Sesiapa ada pengalaman bolehlah share-share disini...