Pencuri, motor hilang, skuter, disk skuter hilang, bukan, salah

Assalammualiukum.....
Nampak tak apa yang pelik?.....
Tayar, Sport Rim dan Break Disk motor skuter kena "tibai"@curi pagi tadi....
Semalam PokCik balik rumah dalam jam 12.30 pagi....sebab ada Job Photographer....
Pagi ini dalam jam 8.00 pagi ini, mak Cik depan rumah bagi tahu 1 set roda depan skuter PokCik hilang...

Dengan muka blur dan masih mamai lagi PokCik tak mampu nak cakap apa-apa...
PokCIk hanya boleh anggap "dah bukan rezeki PokCIk...nak buat macam mana".
dah lama duduk sini, ini kali pertama terjadi pada PokCIk.....
tak apalah....
bukan salah pencuri ini...dah memang motor ini memang tidak di solek atau di rantai depan dan belakang.......
Bukan salah Polis....dah memang PokCik lalai....

inilah ujian Allah pada PokCik untuk hari ini.....
Mungkin sebab PokCIk ponteng tutorial di UPSI...
mungkin sebab poKCik ada sakitkan hati sesiapa kot.....
dan bermacam kemungkinan lah.....
tapi inilah tanda Allah sayang pada pokCik.....Dia nak Pokcik sedar

Kepada pencuri ini.....
tak apalah "dah memang rezeki anda".....
anda memang cekap buat kerja....(kalau bukak busnes bab-bab bukak benda terkunci ini pasti anda kaya dah sekarang)
PoKcik tak boleh cakap apa-apa.....
Kalau nak Pulang kan...pulangkanlah.....
cuma pokCIk berdoa semoga si pencuri ini akan berubah dan janganlah ambil hak orang lain lagi....
kesian ooo.....
PokCik maafkan Pencuri ini.....

Yang peningnya.....
mana nak cari set rim,tayar dan disk break depan sahaja ni?.....berapa harganya?...
macam mana nak pergi kerja esok....tak kan nak bawak kereta?...pergh...semak kepala....
kalau kena meating dijabatan or ppd macam mana nak pergi?.....tak ke " masak" bawak kereta nak redah "JEM" kuala lumpur ini?.....

macam-macam dalam kepala ini....
tapi yang paling penting apa HIKMAH yang pokCik dapat pada pagi ini??....
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya....
setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya dan keburukan pada kita.....

Yang pastinya pagi ini kena servey harga dan upah pemasangnya.....
semak....semak...memang semak......
lepas sattel masalah kereta...motor pulak yang kena......






PokCIk ambil isu ini melalui wall seorang sahabat Facebook PokCik.....
Sahabat PokCIk pun ambil dari mana entah......
Apa yang menarik minat PokCik adalah isu PBS ini....
apa ingat jadi cikgu senang ker?.....

bagi anda yang bukan cikgu just baca dan paham...jangan ambil port apa-apa...(inilah bebanan cikgu)
hanya kami yang mengadap PBS sahaja tahu apa masalahnya....
bagi yang cikgu jadi ini sebagai cabaran kita....
Setiap apa yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan baik......
setiap tanggungjawab haruslah dipikul...
Tugas kita memastikan anak bangsa kita terdidik dengan baik....
walaupun pernah keluar isu PBS membuat anak jadi pasif

Pada pendapat pOKcik inilah luahan dari seorang pendidik yang tertekan....
PokCIk selalu berada ditempat cikgu ini....
dan untuk mengawal bebanan dan tekanan pokCik hanya beristifar...
dan hanya membayangkan anak-anak bangsa yang PokCIk didik...
tugas harus dilaksana...tanggungjawab harus digalas.....akurlah pada arahan...
mula-mula memang la susah...dari susah kita jadi senang......
(hakikatnya PokCIk belum buat lagi fail-fail PBS untuk 6 kelas X 34 orang yang PokCik ajar..pening...pening....pening...)



Setiap warga PENDIDIK,PPD,JPN,KPM sampai menteri wajib baca.....Najib pun jangan lupa baca...
Sumber: j-QAF batch 2011

Luahan hati seorang guru..
** Saya ambil daripada wall seorang sahabat.

Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …
Contoh
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar


2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)


3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu


4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu


5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)


6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)


7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)


8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …


9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…


10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.


11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …


12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)


13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.


14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?


15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!


16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …


17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS


18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …


19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…


20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …
Nota ini di tukar kepada Format jpeg kerana PokCIk malas nak letak slide share dalam blog ini.
konSep blog ini adalah santai dan cool....
hope nota dari pensyarah ini akan membantu pokcik dalam menyiapkan tugasan yang diberikan....

Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR

Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum KLSR, KBSR dan KSSR






















KRP3013, Model Tylor, Skop Liputan, Kesepaduan, KLSR, KBSR

Soalan :
Pelajar diminta memilih 1 (SATU) disiplin/mata pelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah diMalaysia. Pelajar diminta membandingkan disiplin/ mata pelajaran tersebut mengikut era Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) aspek-aspek daripada:
 
i. dimensi horizontal (skop/liputan, kesepaduan/
integrasi
dan imbangan)

ii. dimensi vertikal (urutan/sekuen dan
kesinambungan/ kontinuiti)


  • Kesinambungan - merujuk pengulangan secara vertikal elemen-elemen utama kurikulum
  •  Urutan - merujuk pengalaman-pengalaman yang dibina daripada elemen kurikulum tetapi dalam bentuk yang lebih luas dan terperinci.
  • Integrasi - Menyatukan beberapa pandangan seperti menyelesaikan masalah dalam matematik dan juga dalam disiplin-disiplin yang lain.
  • Objektif, kurikulum, susunan unit-unit kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian.

Nota kaki :

Model Kurikulum dan Pengajaran tyler.
Rujukan: Ralph W. Tyler, Basic Principles of Curriculum and Instruction, University of Chicago Press, Chicago, 1949.

Terjemahan: Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

Kepaduan, UPSI, nota
KRP3013, Model Tylor, Skop Liputan, Kesepaduan, KLSR, KBSR


Curriculum is defined as ‘learning experiences’ which refers to the learners’  active interaction with the environment.
The teacher can facilitate students’ learning by ‘organizing appropriate  learning environments’.

Organization of teaching units
(Rujukan: Tyler,  Bab 3)

Criteria for effective organization of teaching units 

1 Continuity (kesinambungan)
vertical reiteration (repetition-ulangan) of major curriculum topics and elements, eg reading and writing skills in geografy or science - continuing opportunity for these skills to be practised and develop.

2 SEQUENCE (turutan)
Related to continuity. Increasing depth and breadth (memperdalam dan memperluaskan) of the curricular element, eg reading more complex geografy materials or maps. A topic is repeated but treated at greater depth or breadth.

3 INTEGRATION ( integrasi )
Horizontal relationship ( hubungan horizontal ) of elements in the curriculum – the learning experiences. Eg matematical skill is also used in geografy, science and maths – across subjects; or similar concepts (eg. interdependence of people) appearing in a
number of subjects.

Model Tyler menyatakan dalam merancang susunan unit-unit pengajaran berkesan. Guru perlu mengambil kira kriteria DI ATAS


  • Kesinambungan - merujuk pengulangan secara vertikal elemen-elemen utama kurikulum
  •  Urutan - merujuk pengalaman-pengalaman yang dibina daripada elemen kurikulum tetapi dalam bentuk yang lebih luas dan terperinci.
  • Integrasi - Menyatukan beberapa pandangan seperti menyelesaikan masalah dalam matematik dan juga dalam disiplin-disiplin yang lain.
  • Objektif, kurikulum, susunan unit-unit kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian.


PokCIk tak nak campur dalam hal ini......
kan musim Politik sekarang ini....
betul ke....tidak ke itu bukan tajuk cerita....
ceritanya kita lebih tahu apa tanggungjawab kita.....
kita dah besar dah tahu mana baik mana buruk....
kalau dah nak menang macam-macam fakta yang timbul....
Samapi PokCik pun tak tahu dah nak menilaikan mana yang betul dan mana yang salah....
PokCik jugak bukan ahli politik....sebab PokCIk memang tak minat dalam bab-bab ini....
dan sememangnya tidak layak untuk berpolitik.....
pOkcik lebih minat pada kerjaya PokCik...mendidik budak-budak sekolah rendah sebaik mungkin.....

PokCik bukan nak Buat sangat entry ini....
tapikan......ada benda yang tak kena dengan gambar ini......
hati ini keras betul nak buat entry ini.....

pokCik jumpa gambar ini masa tengah jalan-jalan di dunia maya ini....
dari mana PokCik dapat jangan tanya ler......kalau dah tahu dan boleh agak diam-diam ajer udah la...kang ada yang bising-bising, tuduh macam-macam pulak....
niatnya mencari cerita terbaru dilahad datu ajer.....
Tapi jumpa gambar ini pulak.....
cuba perhatikan betul-betul daun torup tu?.....
Cuba tengok kedudukannya?.....
Cuba perhatikan betul-betul......
PokCik tak nak cakap apa-apa or ulas apa-apa......
anda yang menentukannya.....
Sebabnya PokCik pun ada jugak asas photoshop ini......
pokCik kan photograher jugak dan suka edit-edit gambar.....
so asas mengedit dan manipulasi gambarkan kena ada.....

Betul ke tipu anda nilaikanlah sendiri.....
just say pelik or tidak......





Layan facebook then jumpa Fakta ini...
PokCIk teramat berbangga dengan semua anggota keselamatan negara ini...
Bukan semua tahu erti Terima Kasih dan bersyukur.....
Namun bagI pokCIk tiada kat dapat diluahkan...
Hanya ucapana Terima Kasih diungkapkan kerana berkorban nyawa anda demi keselesaan kami rakyat Malaysia..

PERKARA YANG PATUT ANDA TAHU MENGENAI  MILITARY OF MALAYSIA

 1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme.

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia. Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan.  Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS . Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. 

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api. ini amat memalukan mereka.

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika. hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati.

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu.Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA".(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dengan bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

Percaya atau tidak bukan tajuk cerita....namun inilah tugas-tugas dan peranan mereka didalam menjaga keamanan negara Malaysia dan membanggakan Malaysia di mata Dunia