Budak, sekolah, Pening, ragam, Kerja, Latihan Sekolah
Inilah PokCIk nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur berkat sabar masih digagah
Kena cool, dan kontrol amarah

Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad

Beralih pula budak lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah cikgu nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
nanti ada pulak yang melayang ke dinding

Nak tahu sekarang ni ramai cikgu yang sakit
Sungguh, PokCik bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit

 Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah


sodap betul seloka yang PokCik jumpa ini dari saudara abgshah...
PokcIk edit sikit-sikit seloka dia yer....
jangan marah.....
Mari kita kenal siapa Abg Shah ini....

PokCik pun sependapat dengan Penghantar SMS ini.....
Tapi kalau tak hantar anak ke sekolah satu kesalahan....
So caranya adalah bagi surat kepada KPM untuk memaklumkan yang mereka ingin ajar anak sendiri...
dah tu Biarlah Ibubapa murid ini yang mengajar anak mereka.....
mereka bagi latihan...mereka ngajar sendiri....
masa peperiksaan baru hantar ke sekolah untuk ambil peperiksaan atau ujian....
kalau gagal ke...kalau lulus ke......mereka tak boleh nak marah cikgu-cikgu lagi.....

Orang sekarang mungkin tak paham satu pekara......
jika anak bijak pandai tapi tak ada adap dan budaya yang baik tak guna jugak.....
Jika tak pandai bergaul pun tak guna jugak.....
Apa ingat budak-budak boleh ikut ke cakap ibubapa bila dah besar nanti...
sejauh mana mereka boleh menerima pendapat orang bila mereka dah ada fikiran sendiri nanti.....
Bolehkah mereka membezakan yang mana baik dan yang mana buruk jika tiada pengalaman.....

Ingat semua Cikgu suka-suka ke marah budak?......
ingat Kerajaan bagi muka dengan ibubapa, Cikgu-cikgu kena takut ker?....
dah terang mereka cikgu...tahu lah mereka buat kerja mereka..
Mereka dah ngadap beribu-ribu karenah dan perangai budak tahu lah mereka apa yang baik dan apa yang tidak baik.....
kerana ibubapa seperti inilah maka sudah ramai cikgu-cikgu yang mengajar sekadar buat kerja sahaja.....budak dapat ke tidak,paham ke tidak, teruk ke tidak lantaklah.......bukan urusan mereka...sebabnya kenapa jadi begini.....SEBABnya adanya isu-isu dari ibubapa tentang pekara sebegini......

Fikir-fikirlah lah yer....
gaji kami tidak banyak seperti yang didengari....
kerja kami tidak semudah yang dibualkan......
kami pun manusia biasa...kami pun ada perasaaan...kami pun ada anak bini....
dan kami pun RAKYAT MALAYSIA.......

Bagi pOkcIk senang ajer....
Salah tetap salah.....
Kena tetap kena....
nak cakap apa ke....nak report ke...nak masuk dalam majalah or paper seluruh negara sekali pun..nak kutuk ke...nak hina ke....nak gaduh ke....
PokCIk tetap akan mendidik anak bangsa PokCik dengan cara budak sendiri...
Jika kena tegas maka tegas lah...Jika dia payah benar nak ikut aturan ditetapkan maka sakitlah dapatnya........
jika budak ok tidak ada masalah siapa yang nak marah?....
bebananan Dibahu kanan PoKCik agama PokCik....bahu kiri PokCIk anak bangsa PokCik....
ingat senang dan mudah ke nak jadi cikgu.....










Hari ini budak-budak bola PokCik kalah di pusingan suku akhir kalah mati di Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSKL.....
Namun PokCik terAMATlah berbangga dengan mereka semua....
mereka kalah bukan kerana mereka lemah.....Tetapi kerana mereka tiada Luck@rezeki.....
Kalah 1-0 dengan sekolah yang mempunyai padang bola sepak yang sebenar.....Padang yang mempunyai rumput....latihan yang cukup.....
Tidak seperti budak-budak poKcik...

Mereka lebih banyak berlatih di padang yang bertar.....bukan tar biasa...tapi tar yang hitam dan berbatu.....Jika jatuh comfrim berdarah punya........itu pun terpaksa berlatih secara sembuyi-sembunyi diwaktu p&p...kalau petang budak-budak pergi sekolah agama.....
Mereka hanya berlatih selama 2 hari sahaja dipadang  bola sepak awam yang teruk.....Padang yang dah macam sawah.....sebab apa 2 hari sahaja...Sebab sekolah agama.....Dah bagi surat kepada ibubapa dan sekolah agama, mereka stay kena pergi sekolah agama juga....kalau tidak ibubapa mereka marah....
Padang Bola sepak, Keputusan Perlawanan, MSSKL, budak-budak tidak ada padang, latihan dipadang bertar, padang yang tidak sesuai, berdarah, 1 murid 1 sukan
Disinilah tempat budak bola PokCik berlatih....Parking kereta merangkap padang bola sepak. Lepas itu terpaksa pula bergilir dengan sukan lain untuk guna....tak cukup dengan itu terpaksa berlatih dengan berhati-hati supaya tidak jatuh dan bola yang disepak tidak kena kereta guru-guru......

Pokcik teramat berbangga dengan mereka  kerana mereka kalah dengan cara yang teramat baik.....
Mereka kalah dengan cara BERMARUAH.......
Mereka melawan....mereka berusaha....mereka buat sampai jadi...mereka tidak mengalah.....
apabila habis waktu permaianan mereka menangis....menangis kerana gagal......menangis kerana nasib tidak menyelebihi mereka.....

PokCIk tahu mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.....
Semua diceritakan oleh guru yang mengantikan PokCik...
Semasa sampai disekolah Mereka tidak berani memandang pokCik...mereka teramat kecewa.....
bila PokCik datang dekat dengan mereka, mereka senyap kelu seribu bahasa...
walaupun PokCik tidak dapat menyertai mereka namun PokCik dapat melihat riak wajah mereka yang teramat kecewa.....PokCik tidak senyum lansung...kenapa?.....
kerana inilah cara pokCIk mengekalkan perbuatan respek budak pada PokCik.....
biar mereka takut dan kecewa......PokCik hanya cakap beberapa ayat sahaja :

"kalah tetap kalah"......
"kamu semua balik, mandi, makan dan tidur.....Lupakan apa yang terjadi hari ini, lupakan game tadi, lupakan bola untuk hari ini,just tidur sepuasnya, esok kita jumpa"....
Lepas habis cakap pokCIk terus blah gitu ajer......
Mungkin mereka menyangka PokCIk marah dan kecewa dengan mereka......
Dan memang itu yang PokCik nak mereka rasa
namun HAKIKATnya pokCIk teramat berbangga dengan mereka kerana mereka Kalah Dengan Bermaruah.......

Team kali ini  PokCIk berjaya mencapai target yang disasarkan......
iaitu bermain dengan semangat demi sekolah...bukan hanya untuk seronok seronok sahaja....
Bila bermain biarlah bersungguh-sungguh.......biarlah bermati-matian....
Kalah menang adat pertandingan tapi yang penting Jika Kalah biarlah Kalah Bermaruah....
Jangan jadikan alasan kita tiada padang dan waktu latihan yang mencukupi sebagai alasan....
semua boleh berjaya jika kita berusaha dan bersemangat untuk menang......

Ayat yang paling penting PokCik selalu ulang adalah "MARUAH SEKOLAH DIBAHU KAMU"....
"KAMU BAWA NAMA SEKOLAH".....jika kalah biarlah kalah dengan cara yang paling bermaruah......dan mereka berjaya melaksanakannya.....

Sesungguhnya dengan tekanan seperti ini barulah anak-anak buah PoKcik ini sedar akan betapa pentingnya menjaga MARUAH......
Biarlah apa orang nak kata...biarlah orang mengata PokCik ini tegas dan garang tidak bertempat.....
tapi yang penting PokCIk dapat sedarkan mereka betapa pentingnya MARUAH...apa itu MARUAH....betapa susahnya menjaga MARUAH.....

Esok lepas meating ICT...PokCik akan balik ke sekolah dan ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan betapa PokCIk beruntung mempunyai anak-anak seperti mereka.....
Syabas anak-anak ku.......Sesungguhnya kamu semua adalah yang paling hebat sekali didalam sekolah ini.....









Dia dah keluar....
Pening kepala PokCIk nak menjawabnya.....
al maklum la PokCIk terJun bidang......
Dari Sains terjun Pendidikan Awal Kanak-Kanak.....
Poning-poNing....

Nah soalannya.....siapa dapat bantu boleh lah tolong jawabkan.....

1.  Bincangkan dan beri pendapat tentang halatuju Pendidikan Awal Kanak-kanak yang sedang berkembang di Malaysia. ( halatuju?....halatuju?.... apa yang dimaksudkannya ini?...nak ikut spek mana?)

2.  Konvensyen Hak Kanak-kanak (Children’s Right Convention): Kepentingannya kepada kanak-kanak.Bincangkan. (Pulak...Kanak-kanak pun ada Konvensyen ker?)

3.  Bincangkan mengenai kelebihan dan kelemahan Model Montessori. (Model kereta PokCik tahu la)

4.  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pembantu rumah asing melambung dan menghempas dan menganiaya seorang bayi ketika ketiadaan ibubapanya di rumah. Sebagai salah seorang ahli masyarakat yang prihatin, berikan cadangan untuk menangani isu ini.(yang ini boleh la sikit...kasi hentam kaw-kaw punya)
Assalammualaikum......

PokCik tak senang duduk hari ini.....
Buat semua kerja tak jadi.....
Risau kan budak-budak bola PokCIk.....
Entah kenap budak-budak ini meletop pulak tahun ini...
Jangkaan PokCik meleset sekali pada kemampuan budak-budak ini....

mana tidaknya masa latihan memang teruk cara game mereka.....
masa perlawanan persahabatan kalah sampai 3-0.....lansung tak dapat menyerang.....
masa bertahan lansung tak betul......pergh.....marah betul PokCIk.....
Sampai PoKCik  cakap dengan budak-budak bola ini mereka just sertai untuk tournament ini hanya untuk suka-suka.....comfrim kalah punya.....sebab memang game mereka teruk tahap maksimum.....

Keajaiban siapa yang tahu...
Masa game sebenar mereka boleh pulak main.....
tak la bagus mana pun....tapi nampak la jugak cara permainan bola tu.....

Game pertama lawan sekolah Tamil yang memang teruk permainan mereka....
sekolah PokCik menang 3-0....
Dalam game ini memang mereka boleh main tapi teruk jugak la....
Sepatutnya mereka boleh menang besar lagi...tapi mereka tak boleh buat...
banyak peluang disia siakan....
Sekolah Tamil ini lansung tidak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah PokCik.....
PokCIk begang betul.....habis main PokCik brain wash la mereka walaupun mereka menang.....
habis mengamuk dengan budak-budak ini, pakar psikologi pokcIk pulak cool kan balik mereka.....
terang dengan cara yang baik apa yang PokCIk cakapkan tadi.....

Game kedua yang paling PokCik tak sangka..
sekolah ini memang ke atas tuan rumah....1-0....
walaupun mereka menyerang habis-habisan namun budak-budak dapat bermain dengan baik...
clear ball....kemudian buat counter attack dari sayap...
hasilnya dapat satu gol dari pemain PokCik yang gemuk.....
Gol hasil dari tendangan plessing yang cantik masuk betul-betul penjuru atas gol....
Selesai perlawanan dalam kumpulan untuk hari isnin....

Hari ini 26/2/2013...
Budak-budak pergi tanap kelibat PokCIk hari ini....
Sebabnya PokCik ada kerja yang kena selesaikan....dah tak dapa nak elak.....
lagi pun PokCIk nak beri peluang pada jurulatih baru budak-budak ini mengenal mereka dengan lebih dalam lagi.....
Rupanya apa pun tak dapat....sebabnya hati tak senang fikir kan budak-budak disana ...
Buat apa pun  tak senang hati.....buat apa pun tak jadi.....
tapi alhamdulilah budak-budak ini dapat bermain dengan baik walaupun tiada PokCik disisi....
jurulatih baru mereka mungkin dan serasi dengan mereka walaupun baru beberapa hari turun melatih mereka...
Mereka menang 1-0 keatas lawan terakhir mereka hari ini.....
Dengan kata putusnya Sekolah PokCIk adalah juara Kumpulan tanpa ada bolos lansung....
Walaupun mereka menang namun PokCik tetap Tegas dengan mereka dan mencari salah mereka juga....
Ini kerana PokCik adalah tekanan kepada mereka dan rakan pokCIk akan mengCOOLkan mereka semula....

Esok hari terakhir kami.....
Perlawanan suku akhir dengan siapa PokCIk tak tahu...
PokCik mengharapkan doa dari rakan-rakan semua...
Dan harapan PokCik budak-budak bola ini dapat bermain dengan baik dan menang perlawanan kalah mati ini...

Janji PokCik yang tidak diketahui oleh budak-budak ini adalah......
PokCik akan belanja mereka makan jika dapat pergi sampai ke peringkat akhir....
Biar mereka tahu akan hakikatnya PokCIk teramat bangga dengan mereka kerana mereka mempunyai semangat juang yang tinggi......
mereka boleh bermain walaupun tidak sebaik mana pun....
PokCik bangga dengan mereka kerana mereka tahu apa itu permainan bola sepak walaupun sekolah pokcik hanya ada padang bertar yang menjadi parking kereta guru-guru.....
Syabas anak-anak ku....
Cikgu cukup bangga dengan kamu biar pun kamu tahu cikgu hanya seorang yang suka marah-marah dan menekan kamu.....

PokCik tak bawak bola or kertas or buku untuk catatan kerana menyangka mereka tidak boleh bermain bersungguh-sungguh. Hanya kertas terbuang dan pen marker yang dah nak habis dakwat sahaja ada untuk merancang strategi.Namun semua terbukti bahawa cikgu salah tentang semangat kamu.....Cikgu minta maaf dan memang cikgu salah......


Sesi membebel dan memberi tekanan kepada budak-budak......what ever Cikgu amat berbangga dengan kamu semua....

Dah baca artikel ini?....
bagi ibubapa or penjaga or mereka yang dah punya anak dan belum bersekolah or orang-orang muda...mai dengar apa yang poKCik nak cakap.....

Amboi senang betul petikan ini dikeluarkan.....
Dah tanya ke semua guru-guru?....dah buat penyelidikan menyeluruh ke?....
memang benar tidak ada beban pada guru-guru yang memang komitmen pada bidang sukan...macam PokCik.....PokCik boleh membahagikan masa antara sukan dan akademik....namun bagi mereka yang dipaksa bagaimana?.......dah guru tidak cekap didalam bidang sukan nak buat macam mana?.....nak ajar apa kalau tiada pengalaman....Ingat yer sukan memerlukan amali dari teori.....

Satu lagi kalau dah sekolah yang mementingkan akademik sahaja macam mana?.....
Bab Sukan setakat melepaskan batuk ditangga...latih budak tapi tak kemana?.....nak buat apa?....
Bab akademik memang banyak Program dan dana yang dibekalkan....masa boleh diambil bila-bila masa....
bab Sukan?.....kena pandai-pandai la....dana tak cukup....masa lagi la......
Fikir-fikirlah yer....

PokCIk malas nak ulas pekara ini banyak-banyak.....
bagi POkCIk sukan  dan akademik kena seimbang...
Cuma bab bebanan tugas itu PokCik tak setuju.....
Kami guru-guru seMalaysia memang dah dibebankan dengan pelbagai masalah...tambah lagi dengan bebanan sampingan...sehingga ada antara kami yang stayback disekolah.....
Namun mereka-mereka ini tidak pernah mengeluh...orang kutuk kamu diamkan ajer....
Pastu keluarkan pulak tajuk artikel seperti ini?.....pergh........

Satu lagi....
Persoalan ini harus dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia?.....
Berapa ramai ibubapa/penjaga faham akan kepentingan sukan?....
Adakah ibubapa/penjaga faham akan adanya murid yang hebat didalam bidang sukan tapi tidak dibidang akademik.....
Jangan samakan dengan atlet-atlet yang dibimbing oleh majlis sukan yer...mereka lain....

Walau apa pun, PokCik percaya guru-guru semua mahu yang terbaik untuk anak-anak murid mereka.....
Mereka sanggup korbankan apa sahaja demi kecemerlangan anak bangsa mereka....
Fikir-fikirlah sebelum keluarkan kenyataan yer....
Minta maaf pada yang terasa....