Satu persoalan yang menjadi tanda tanya?......

Siapa dapat jawab dengan tepat?....
Tahu tak makna perkataan Pofesional?....
Apakah ciri-ciri seorang profesional?.....
apakah perbezaan sekolah kebangsaan dan swasta?.....
Apakah perbezaan sistem sekolah kebangsaan dengan jenis sekolah jenis kebangsaan...lebih-lebih sekolah kebangsaan cina?......
Apakah perbezaan sekolah dikampung, dipendalaman dan dibandar?....
Apakah sekolah dibandar lebih hebat seperti di uar uarkan?

PokCIk kecil kan spek sikit.....
Kita tengok sekolah rendah ajer.....Sek Men tak tahu sangat apa ceritanya.....
kita tengok sekolah rendah di bandar...di luar bandar pokcik tak tahu apa cabarannya....
Adakah semua sekolah dibandar hebat?.....adakah semua murid-murid yang ada dibandar lebih banyak kelebihan?sebabnya terdedah kepada pelbagai informasi yang terkini dan lebih maju....
Apakah suasana disekolah rendah yang mejoritinya muridnya terdiri dari rumah rumah flet or setinggan sama dengan sekolah rendah yang murid-muridnya terdiri dari rumah-rumah teres dan banglow?.....
Adakah pemikiran semua ibubapa sama tanpa mengira latar belakang?.....

Kita tengok pulak dari sudut yang dikatakan profesional?.....
Profesional?......wah begitu gah perkataan ini....
Namun adakah kita sedar bahawa guru bukan melaksanakan tugas yang melambangkan profesional?....
kenapa? sebabnya guru bukan hanya mengajar sahaja.....guru adalah segala galanya.....
Kerani pun dia.....tukang kebun pun dia.....polis pun dia......juruletih pun dia.....pak guard pun dia....nak pendek kan cerita pun semua lah dia yang buat.....
Guru harus menggunakan pendekatan yang profesional apabila membuat sesuatu..nak profesional macam mana kalau dah budak sendiri teruk sangat....teruk dari segi apa?....ADAP DAN BUDI BICARA...SIKAP HORMAT MENGHORMATI..kalau salah or kalau ada aduan comfrim kena tembak punya......nombor satu yang tembak adalah ibubapalah....kemudian guru besar pulak...kemudian jabatan...kemudian KPM pulak......
SEBABNYA....Guru kena bertindak profesional dalam apa keadaan sekalipun.....walaupun maruah kita dipijak-pijak....walaupun kita dihina.....
So bagi yang dah jadi Guru or baru nak jadi guru mental kena kuat ibarat besi yang tak lebur.....kerana tiada siapa yang akan pertahankan kita kecuali kita buat kerja kita secara profesional walaupun hakikatnya kita tahu sikap dan cara profesional itu tidak akan menyelesaikan masalah...

kita tengok disekolah pinggir bandar yang biasanya terdapat banyak rumah-rumah flat....
tahukah kamu bahawa murid-murid kebanyakkanya tidak mempunyai adap dan sikap hormat menghormati serta jati diri yang kuat......tahukah anda?......sekolah dah dianggap macam tempat mengasuh ajer....cukup masa ambik anak balik....pergi pulak sekolah agama...selesai semua dah....
budak tak pandai salahkan guru tak pandai mengajar.....guru makan gaji buta.....kerja balik awal pun nak berlagak....makan duit haram sebab anak dia tak pandai....budak bergaduh sikit nak masuk campur....pasal pensil pun boleh jadik kes...cakap anak dia kena buli...hakikatnya dia tak kenal perangai anak dia dah macam tut...................(tak baik cakap bukan bukan)......

Nak pandai macam mana kalau dah masa belajar pun dia boleh berangan......buat aktiviti yang menarik sikit dia boleh bermain-main.....Guru tegur adalah dalam 5 minit boleh tahan.....kalau dah setiap 5 minit nak tegur masak la guru tu......bukan guru ajar 5 or 6 orang dalam kelas......nak kawal 20 pun pening apatah lagi yang 38 or 40 orang dalam satu kelas....ini tak masuk bab buku teks...buku latihan...buku kerja......di area rumah flet ini kena pandai-pandai la...sebabnya kalau minta beli buku kerja or buka tambahan memang payah...silap-silap kena marah pulak nanti......

whatever la......
PokCIk nak terangkan disini bahawa......
Kita jadi guru kena la ikhlas...biar lah apa pun orang cakap orang nak tuduh kita....kita kena mengadap jugak.....Ingatlah bangsa kita di bahu kiri kita...agama kita di bahu kanan kita.....
profesional or tidak jangan dipedulikan kerana kita lebih kenal tempat kita.....
bab ibubapa...tak payah layan sangat....buat pekak ajer....kalau dia lebih-lebih jangan layan sangat anak dia...biarkan ajer..... simpan bukti-bukti......Sebab ibubapa hanya tahu komplen ajer....bukan dia tahu masalah kita.....Terimalah satu hakikat bahawa ibubapa belum tentu sedar bahawa sifat mereka banyak diwarisi oleh anak dia melalui tindak tanduk mereka sendiri......kalau buruk perangai mereka buruk la anak dia....kalau baik mereka baik la anak dia...budak belajar dari perlakuan orang dewasa dan masyarakat disekeliling mereka.....

.......ini sekadar luahan apabila pokcik makin rasa tertekan sekarang......
-----------------------Hope membantu jika sudi-------------------------------







Mari kita konal dulu sikit-sikit tentang perlawanan ini...
Berada pada kedudukan ke-106 dalam Ranking FIFA jelas menunjukkan pasukan Qatar berkelebihan ditambah bermain ditempat sendiri. Namun falsafah hebat FAM iaitu "Ranking TIDAK PENTING" mampu dibuktikan, sudah pasti pasukan Qatar akan mengalami kesulitan yang amat besar apabila melayani kunjungan skuad Harimau Malaya kelak.
Seramai 26 orang pemain telah dipanggil oleh Fahad Thani berbanding Rajagopal 'The Scientist' yang hanya memerlukan 24 orang pemain sahaja. Saad Al Sheeb yang berusia 22 tahun dan baru sahaja memiliki 3 penampilan antarabangsa hampir pasti menjadi penjaga gol utama berikutan persembahan semasanya yang amat memberansangkan. Pemain pertahanan penuh pengalaman iaitu Bilal Mohammed yang berusia 26 tahun akan mengetuai barisan 'Back 4' Qatar. Dengan rekod 4 gol dalam 61 penampilan antarabangsa, beliau merupakan antara nadi penting untuk pasukan Qatar.


Selain itu, negara Qatar juga turut melaksanakan Program Naturalisasi seperti Indonesia dan Singapura. Program ini dikenali sebagai PNR1Q iaitu Program Naturalisasi Rakyat 1 Qatar.  Mereka telah menjadikan pemuda Uruguay yang berusia 29 tahun iaitu Sebastian Soria sebagai warganegara Qatar yang sahih lagi sah. Soria adalah penyerang utama Qatar buat masa ini dengan rekod jaringan 26 gol dalam 66 penampilan buat pasukan ini.

Antara senarai pemain yang dipanggil oleh Fahad Thani (lagi 2 orang gagal dikesan) adalah 
  • Qasim Burhan
  • Baba Malik
  • Ibrahim Majed 
  • Abdulkareem Hassan 
  • Mahdi Ali
  • Ibrahim Ghanem 
  • Mohamed Mousa 
  • Khaled Muftah
  • Yousif Muftah 
  • Khalid Abdulraouf 
  • Hamad Ismail Ahmed Yassir 
  • Talal Al Balooshi 
  • Hassan Al Haidous 
  • Abdulaziz Al Sulaiti
  • Abdulaziz Hatem
  • Younis Ali
  • Mohammed Al Sayed 
  • Khalfan Ibrahim
  • Majed Mohammed
  • Yousef Ahmed
  • Jarallah Al Marri
Jika dilihat pada rekod pertemuan peringkat senior antara Malaysia dan Qatar, kelebihan jelas berpihak kepada Qatar. Sepanjang 5 pertemuan, Malaysia hanya mampu seri 3 perlawanan manakala tewas dalam 2 perlawanan yang lain. Amat mengerikan.


Apa sekalipun PokCik tetap mahu tengok game ini esok...kalah menang bukan cerita....yang penting sekali Harimau malaya harus bermain dengan baik dan bersemangat...
Hakikatnya PokCik tahu...Siapa nak kalah?.......
Kalau dah kalah memang dah adat tetapi biarlah kalah dengan berMARUAH 


Sumber diperolehi : Mata Pena Si Hitam
Jatuh la pulak.......
jatuh teruk pulak tu......
0.21 mata pulak....banyak tu
perghhhh.....begang gila.....
geng lain semua naik result
dah la blaja jauh.....Assingment susah pulak tu.....
Dah cuba yang terbaik...ini lah hasilnya...al maklum la PokCik ini lembab sikit orangnya...dah sejak azali memang macam ni.....
 Mood Kecewa sekarang dah muncul.....ah malas nak pikir......
apakah akan jadi apabila di SEM 3 nanti?......
naik or turun?.....

Cuti 3 hari macam tak bercuti saja rasanya. Mana taknya...Sabtu dan ahad ada job jadi Photographer bersama MH Kamera team.Penat tapi puas...Tu yang penting...banyak pengalaman hidup yang dapat ditambah apabila menceburi diri dalam bidang ini.
Whatever dihujungpen.blogspot.com

Semalam...Isnin yang agak memenatkan....Pagi ada majlis sikit didewan..sampai 2 jam majlisnya.....Dengar Big Boss berceramah ajer dah penat...Bukan geng-geng ajer yang mengantuk....budak-budak pun sama...Sampai tertidur pun ada....al maklum la perhimpunan pagi seperti ini memang bosan...Sebabnya tidak boleh diberitahu.....nanti tak pasal-pasal dikatakan tidak profesional......Namun hakikatnya terpaksa juga berpura-pura jugak macam ambil tahu tapi tak dengar pun sangat apa yang dibebelkan........

Habis majlis tu ngadap pula  kelas terus menerus...penat sesangat sampai nak minum air pun sampai terkejar kejar....
whatever semuanya berjalan lancar. Jadual makmal siap dah untuk 4 minggu. Tinggal kemaskan ajer makmal...Dah macam sarang tikus...Tengoklah cuti raya cina nanti...ingat nak kemas masa tu....untuk semalam dah satel semua....

Habis kelas semua lepak pula dalam kantin.....minum nascafe ais adik fi sambil perhatikan budak-budak balik dan bersiap seperti biasa untuk mengeluarkan suara petir marah budak yang baju tak masuk dalam baju....Datang Pak amid bagi tahu malam ada kelas nadi....Perghhh.....Apa pun tak stanby untuk kelas malam nadi ni....Dari jam 8 sampai 10 pulak tu....tahun 6 lagi.....dalam kepala ni boleh ke ngajar tahun 6 ni...lagi pun dah lama tak ngajar tahun 6....
Whatever sebagai pendidik PokCIk kena sentiasa bersedia walau pun keadaannya....

So masa dinantikan telah tiba....Kelas nadi ni PokCIk nak gunakan cara lain dari yang lain....PokCIk kena ajar subjek sains tahun 6...antara subjek yang paling dibenci oleh budak-budak sini...tak tahu la nape...mungkin susah kot...So masa membebel sampai setengah jam...marah-marah dan cuba buka minda budak-budak....PokCik nak guna blog sebagai pLatfrom untuk mereka belajar dan membuat nota...

Langkah-langkahnya ajar mereka buat email sendiri menggunakan gmail dari enjin carian google....senang sikit nak jar sebab dah berpuluh tahun pokCik ini menggunakan platfrom google ini....so tahu la serba sidikit kelebihan dan kekurangan enjin carian jenis ini...
Nak ajar bukak@register  email pun payah ya Robbi......sampai sentengah jam tak siap-siap...dah siap ada lupa password...baru buat dah lupa password...perghhhh sabo-sabo ajer hati ini....ada pulak yang dah mengodek sampai diubah background email tu.....ni yang darah nak naik ni....tak suruh buat dia dah buat....sabo lagi,nak sejuk kan hati cakap ajerlah yang mereka terlalu excited sangat....habis semua tu ajar pula buka akaun Blogspot. then ajar lah buat entry yang pertama....nak buat entry yang pertama sampai tak cukup masa.....bukan susah pun just tulis tentang diri mereka ajer....tu pun payah....dari sini dah nampak mereka memang lemah dalam mengarang dan membuat karangan.....so masa habis begitu ajer.....
Whatever BukuNotaElektronik mereka siap tu yang penting....nanti PokCik listkan nam blog-blog budak-budak ni yer....

Balik rumah layan cerita SNIPER sampai habis dan layan internet kejap then terus terlelap sampai bagu lewat hari ni....hahahahaha...
Whatever semuanya yang berlaku adalah diatas kehendakNYA




Entry ini PokCik copy daripada merepekgila.blogspot. PokCik copy supaya ia boleh sihare dengan sesiapa yang nak baca. PokCIk copy entry ini adalah sebab nak ikut apa yang dicadangkan ini. Hope berjaya la nanti. Al maklum la PokCik ni baru jugak dalam proses paham memahami dengan benda-benda macam ini.

jom layan


Terdetik hati untuk berkongsi kepada pembaca/pengunjung tentang tip-tip ataupun cara tingkatkan trafik ke blog dengan cara mudah. Ramai para blogger yang baru bertumbuh kurang mengambil berat tentang trafik blog ni . Main taip aje apa yang rasa nak luah .

Sesungguhnya tidak semua pekara yang kita boleh berkongsi di blog / alam maya . Ada limitnya juga. Persoalanya sekarang macam mana nak dapat trafik tinggi setiap hari ?

1. Join Contest / Segmen 
- Memang berkesan dengan cara join segmen/contest ni . 'Alah kalau join pun bukannya nak menang' . Motif masuk contest/segmen semata-mata nak menang saja? Tukarlah niat anda lain ye. ;) . Faedah dia banyak kalau join contest/segmen ni .

- Merapatkan lagi silaturahim antara para blogger , boleh kenal-kenal dengan rakan blogger yang lain. Di samping itu bolehlah tarik trafik masuk ke blog kita, siap ada backlinks lagi tu (hehe)

2. Ping Entri di mana-mana sahaja
-Rajinkan diri tu ping entri di mana-mana selepas update tu . Mahupun di facebook,twitter,dan busuk ping dan seangkatan denganya lah . Tapi pingje.org menjadi pilihan wa yang tetap sebab trafik yang masuk memang masyuk gila (hehe)

3. Blogwalking
- Blogwalking ni memang jantung hati trafik blog lah . Kalau tak blogwalking ke blog orang lain, sudah pasti blog anda tak akan hidup . Bila blog tak hidup mulalah nak merungut yang takda siapa yang masuk blog .


Mana yang penting yer?.......Flower atau orang memberi feedbacak pada entry kita?....
cer citer sikit pada sesiapa yang faham




 

Pasukan Negara tumbang lagi di bumi iraq.
Tidak mengapalah kerana ini adalah perlawanan persahabatan sebelum menentang Qatar nanti.
PokCik amat mengharapkan kita sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan kita walau dalam apa keadaan sekali pun.

Ingatlah Sukan adalah satu cara mengeratkan perpaduan. Janganlah asyik mengutuk dan menghina saja. tak elok.

Terimalah kekalahan dan kemenangan adalah adat permainan. Kita orang Timur bukan Orang barat. jangan Taksud sehingga tidak memikirkan perasaan dan harga diri orang lain. Siapa nak kalah bila bermain?....Kalah menang adat permainan.. Kita penyokong perlu sentiasa memeberikan sokongan kepada pemain kita...Kuasa pemilihan jurulatih terletak pada Badan induk FAM....Kuasa pemilihan pemain terletak pada jurulatih....Kuasa memberikan kepuasan kepada kita adalah pemain sendiri....

Kesimpulannya berseronoklah bila menonton bola sepak atau apa-apa permainan dan bukan membuat kita merasa benci sehingga melakukan pekara yang tidak sepatutnya kita lakukan...

P/S : Minggu depan PokCik dah start melatih bebudak untuk game MSSKL pulak...