Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan essensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
 
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca, menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklah diperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktiviti kokurikulum).
 
Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
  • Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
  • Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
  • Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
  • Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
  • Apa itu ilmu?
  • Apakah sumber-sumber pengetahuan?
  • Apa yang diketahui oleh manusia?
  • Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
  • Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
  • Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
  • Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
  • Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
  • Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
  • Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
  • Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
Set 3

1. Manakah antara berikut merujuk kepada komponen standard kompetensi pengetahuan dan kefahaman seperti yang dinyatakan di dalam Standard Guru Malaysia ?
I. Pengurusan bilik darjah
II. Kandungan ilmu pengetahuan
III. Kandungan mata pelajaran yang diajar
IV. Sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum

A: I dan II sahaja
B: I , II dan III sahaja
C: II, III dan IV sahaja ( ms/47 & 48)
D: I , II , III dan IV sahaja

2. Dasar pendidikan wajib dan dasar pendidikan percuma merupakan contoh-contoh dasar pendidikan yang berkaitan dengan _______

A: taraf pendidikan (ms 67)
B: jurang pendidikan
C: peluang pendidikan
D: tahap persekolahan

3. Manakah di antara berikut merujuk kepada contoh menulis objektif tingkah laku yang eksplisit? Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :
A: Menyedari pentingnya perpaduan rakyat
B: Menerangkan lima prinsip Rukun Negara
C: Menghayati keindahan lagu Malaysia Gemilang
D: Memahami pengajaran daripada sesuatu cerita yang dibaca.

4. Apakah tindakan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar pembangunan pendidikan ?
A: Penilaian
B: Pengesyoran
C: Pengawasan (ms 63)
D: Penstrukturan

5. Apakah ciri utama kurikulum tersembunyi ?
A: Diajarkan di dalam bilik darjah.
B: Ada penilaian untuk mengukur prestasi murid
C: Muncul dalam pembinaan potensi secara tidak terancang.(ms 117)
D: Dirancang oleh pihak sekolah untuk membangunkan daya intelektual murid.

6. Metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik adalah cabang-cabang falsafah. Epistemologi adalah persoalan tentang _____________________
A. Nilai estetik
B. Hakikat di sebalik alam nyata
C. Kebenaran ilmu dan pengetahuan (ms 16)
D. Perkara yang dilihat melalui pancaindera


7. Siapakah di antara tokoh berikut yang mentakrifkan pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran?
A. Plato
B. Socrates (ms 17)
C. Aristotle
D. John Dewey

8. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat tersebut iaitu : __________
I. Menambahkan peruntukan pembangunan luar Bandar
II. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama
III. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang
IV. Meningkatkan pembangunan potensi pelajar ke arah berprestasi tinggi

A: I dan II sahaja
B: I dan IV sahaja
C: II dan III sahaja ( ms 78)
D: III dan IV sahaja
  
 
9. Pendidikan menjadi pemankin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada pembangunan negara?
I. Pendidikan menyedarkan rakyat tentang pembangunan.
II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima oleh rakyat.
III. Rakyat yang berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas.
IV. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran untuk pembangunan

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.


10. Manakah antara berikut merupakan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui satu sistem pendidikan yang memperuntukan perkara-perkara yang akan memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara?
I. Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya.
II. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
III. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
IV. Pendidikan bersepadu, menyeluruh, seimbang dan harmoni.

A. I, II dan III sahaja.
B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

11. Guru adalah ‘role model’ yang sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru mestilah kelihatan kemas dalam penampilan dan berpakaian, sopan dalam tutur kata dan tingkah laku dan berakhlak mulia.
Apakah cabang falsafah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?
A. Logik.
B. Metafizik.
C. Aksiologi. (ms 16)
D. Epistemologi.

12. Pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa konsep bahawa perkembangan potensi individu adalah secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu.
Manakah antara berikut ialah implikasi kepada konsep tersebut?
I. Perkembangan bersepadu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
II. Konsep meritokrasi dalam mendapatkan pendidikan.
III. Penerapan nilai murni dalam pengajaran semua matapelajaran.
IV. Penubuhan lebih banyak institusi latihan kemahiran untuk melatih tenaga kerja.

A. I dan IV sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I dan III sahaja (ms 24&25)
D. II dan III sahaja