Set 1

1.Bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa ilmu dengan penerimaan:
A.bahasa Jawa
B.bahasa Sanskrit
C.bahasa Arab
D.bahasa Inggeris

2.Penyataan yang benar tentang ciri-ciri utama bahasa Melayu Klasik ialah:
i)kurang menggunakan ayat aktif
ii)mengutamakan tulisan jawi
iii)ayat songsang banyak digunakan
iv)menggunakan kosa kata istana yang minimum
A. i dan ii
B. i dan iii
C.ii dan iv
D.iii dan iv

3. Sarjana Barat yang terkenal sebagai sarjana bahasa Melayu ialah
i) R.O Winstedt
ii) R/J.Wilkinson
iii) Francios Valentijn
iv) Frenerick de Houtman
A.i dan ii
B.i dan iii
C.ii dan iv
D.iii dan iv

4.
·         memantapkan ejaan
·         menghasilkan kamus
·         menyeragamkan tatabahasa
·         menyeragamkan sebutan
Dalam perancangan bahasa Melayu,proses di atas adalah:
A.penilaian
B.pemupukan
C.pembakuan
D.pengekodan

5.Di bawah adalah ciri-ciri laras sastera kecuali:
A.berunsur imaginasi
B.mementingkan kejituan
C.mengandungi unsur perlembangan
D.terdapat penyimpangan dari segi tatabahasa

6.Penyataan berikut benar tentang ciri wacana kecuali:
A.mempunyai tujuan
B.mengandungi maklumat baru
C.mempunyai maklumat yang bertentangan
D.pempunyai hubungan antara penutur dengan pendengar


 
7.Aminah seorang pelajar yang pintar di sekolahnya.Dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan 2011
Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi
A.sebab dan tujuan
B.sebab dan hasil
C.syarat dan hasil
D.sebab dan akibat.

8.kepimpinan
kepengetuaan
keberkesanan
kebijaksanaan
kata-kata di atas dibentuk melalui proses

A.penggandaan
B.Pengimbuhan
C.pemajmukan
D.pengguguran

9.Antara berikut kumpulan kata manakah yang dieja dengan betul?
A.subgolongan,hamba-Mu
B.kokurikulum,antiRusia
C.pro-Malaysia,eka-bahasa
D.ketujuh,1920an

10.Yang manakah kosa kata di bawah mempunyai imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit
A.tatasusila
B.rohaniah
C.geologi
D.automatik




11.
  • ·         tidak mementingkan struktur ayat.
  • ·         bersifat ringkas padat dan tepat.
  • ·         istilah-istilah dipinjam daripada bahasa inggeris.
  • ·         menggunakan binaan ayat yang panjang..
ciri-ciri di atas menepati laras bahasa........

A. iklan
B.undang-undang
C.media massa
D.syarahan

12.Retorik ialah:
A.menaakul hujah secara analogi
B.mengemukakan sesuatu berdasarkan logik
C.mengusulkan sesuatu dengan mengemukakan suatu perkara lain
D.seni pemakaian bahasa yang indah dan menarik

13.Pilih ayat yang tidak mengandungi kata majmuk:
A.Baju merah jambu itu milik adik
B.kebanyakan tetamu membawa buah tangan
C.mereka bekerja di bawah panas terik sejak semalam
D.Guru besar sekolah adik saya telah bersara

14.Yang manakah ayat menggunakan kata sendi nama dengan betul?
A.buku itu disusun di atas meja satu demi satu
B.kemalangan itu perlu dilaporkan pada polis
C.mereka sentiasa berbincang di antara adik-beradik
D.pengurus itu mengambil berat terhadap kebajikan pekerja-pekerjanya.

15.Ayat yang manakah bukan ayat majmuk?
A.kakak memandang saya sambil tersenyum
B.pelajar itu petah bercakap lagi hebat berpidato
C.kain yang dibelinya terlalu mahal,padahal ada yang lebih murah.
D.orang ramai sedang berlegar-legar di kawasan pameran itu.

16.Yang manakah merupakan sisipan kata adjektif
i)kemetot
ii)kelupas
iii)semerbak
iv)kelembung

A.i dan ii
B.i dan iii
C.ii dan iv
D.iii dan iv

17.Antara yang berikut,yang manakah ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya?
A.Guru sejarah kamu mana?
B.Berapak harga cincin itu?
C.Keadaan nenek awak bagaimana?
D.Sejak bilakah dia memegang jawatan itu?

18.Ayat-ayat berikut menepati struktur ayat pasif kecuali:
A.Hutang itu mesti kau jelaskan secepat mungkin
B.bebanan ini akan ditanggung oleh kita bersama-sama
C.Buku ilmiah itu telah dibaca pelajar sebulan yang lalu
D.Petang semalam,kakak kena saman kerana tidak memakai topi keledar.


19.Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk yang dieja dengan betul
A.Peraturan baru itu akan berkuatkuasa tidak lama lagi
B.Hilmi akan mengulang kaji pelajaran tiga jam sehari
C.Ceramah motivasi ilmu itu aka berakhir pada pukul 12.00 tengahari
D.Pihak urusetia perlu memastikan majlis perasmian itu berjalan lancar.

20.Yang manakah ayat tunggal:
i)Aqilah membeli baju yang berwarna biru
ii)Lemah-lembut sifat orang-orang timur
iii)masih teguh lagi bangunan sekolah itu
iv)Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.

A. i dan iii
B.i dan iv
C. ii dan iii
D.ii dan iv

21. #bahasa yang ringkas dan mudah difahami
# tidak mementingkan tatabahasa
# maklumat yang jelas dan disusun rapi
# ada unsur estitika
Ciri-citi di atas menepati laras bahasa.........
A.iklan
B.sastera
C.agama
D.media massa

22.# mengandungi usul atau gagasan
# mempengaruhi pembaca dan pendengar
# mempunyai bukti

Penyataan di atas menepati ciri retorik
A.pendedahan
B.penceritaan
C.penghujahan
D.pemerian

23.Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi?
A.ilmu bahasa yang mengkaji bunyi dan makna bahasa
B.ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa
C.ilmu yang mengkaji ayat-ayat dan bunyi bahasa serta fungsinya dalam bahasa
D.ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa,sintaksis,tanda baca dan perkataan


24.Antara yang berikut,yang manakah kata yang tergolong dalam akronim?
i)sukacita
ii)jenama
iii)sukarela
iv)jalurah
A.i dan ii
B.i dan iv
C.ii dan iv
D.iii dan ivA

25.Ayat yang manakah merupakan ayat majmuk pancangan keterangan
i) bayi itu merengek kerana ia lapar
ii)kanak-kanak itu berlari sambil menangis
iii) Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal
iv) keluarga nelayan itu miskin tetapi hidup mereka bahagia.

Jawapan : B

26.I.Musim hujan dingin
II.Musim kemarau panas
Sekiranya ayat I dan ayat II disatukan,ayat yang terhasil ialah ayat majmuk

A.pancangan keterangan
B.komplemen
C.relaatif
D.gabungan.

27."berteduhlah di bawah pohon yang rendang itu,"kata ibu
"rempah ratus itu sudah saya rendang tadi,"kata kakak

Perkataan 'rendang' dalam ayat di atas merupakan:
A.homograf
B.homonim
C.homofon
D.hiponim

28. I:Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak
II: Kecil jangan disangka anak,besar jangan di sangka bapa

Yang manakah padanan yang betul antara I dan II
A.Perumpamaan----- Perbilangan
B.Pepatah------ perumpamaan
C.Bidalan------- pepatah
D.Perbilangan------ bidalan


29.Antara yang berikut,ayat yang manakah menunjukkan pola ayat dasar yang terdiri daripada FN t FA

i)semalam abang termenung
ii)Buah durian itu sangat besar
iii)Sekawan burung terbang tinggi
iv)Anak kecil itu sedang menangis

A.i dan ii
B.ii dan iii
C.ii dan iv
D. iii dan iv

30.Semua yang berikut aialah contoh ayat majmuk pancangan .kecuali:
A.ketika mereka masih remaja,bakat kepimpinan mereka sudah terserlah
B.Amalan bergotong-royong masih diteruskan di kawasan desa
C.Dalam mesyuarat itu,mereka membincangkan banyak aspek penting.
D.Dia termenung panjang,seolah-olah ada perkara yang mengganggu fikirannya.

31.I kakinya terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya
II Lagaknya sebagai kaki pukul tidak lagi ditakuti oleh orang ramai
Kata kaki dalam ayat 1 dan ii aialah
i.polisemi
ii.sinonim
iii.homonim
iv.hiponim
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

32.Semua yang berikut adalah bidalan kecuali:
A.takut kerana salah,berani kerana benar
B.Kerbau dipegang telinga,manusia dipegang janjinya
C.Ingat sementara belum kena,jimat sementara belum habis.
D.Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.
 
P/S : Soalan ini akan memudahkan POkCIk untuk mengulangkaji pelajaran di U......
 
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KBK 3073.
KBK3073 (MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS) - 30 Soalan dan Jawapan

1.Apakah maksud kanak-kanak ADHD?
-masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan peribadi di sek.dan di tempat kerja. Desakan ini mungkin disebabkan desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.

2.Apakah ciri-ciri kecacatan pendengaran dan penglihatan?
a.penglihatan – mata juling,tidak boleh focus kepada sesuatu perkara,sering mengerdipkan dan menggosok  mata,mengelakkan mata dari terkena cahaya terang, selalu tersandung atau terlanggar objek apabila berjalan dll.
b.pendengaran –selalu berkhayal,kurang memberi perhatian di dalam kelas,butir percakapan yang tidak jelas, selalu bertanya, selalu terkejut apabila dihampiri dari belakang, lemah dalm pencapaianpelajaran khususnya yang berkaitan dengan bahasa dll.

3.Apakah perbezaan disfasia dan afasia?
a.afasia- gangguan pertuturan/ gangguan berbahasa
b.disfasia – gangguan perkembangan bahasa yang tidak sesuai dengan perkembangan kemampuan anak/otak

4.Apakah definisi pendidikan khas mengikut pandangan Salvin?
Pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental,emosi,dan tidak keupayaan fizikal atau penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

5.Apakah maksud kepelbagaian kecacatan?
Ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan yang melibatkan pendidikan,pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu dan kombinaasi ini tidak termasuk dalam pendidikan khas.(mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti mental,pendengaran,lumpuh dll)


6.Apakah falsafah pendidikan khas?
Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara. 
Ianya satu usaha yang berterusan bagi perkembangan optima seseorang individu yang berkemahiran,berdikari,berhaluan,boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri sendiri sebagai ahli masyarakat.


7.Apakah maksud cerebral palsi/palsi serebrum
Satu situasi pergerakan anggota badan yang tidak dapaat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat banyak gangguan kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. Ia boleh dikelaskan mengikut jenis-jenis tertentu iaitu spastik,atetosis dan ataksia.

8.Faktor-faktor kecacatan. Contohnya genetic. RH darah tidak sama. Apa sebabnya? Apakah kecacatan yang berlaku?
- RH tidak sama dan darah tidak bersesuaian. Kewujudan protin dalam sel darah yang menghasilkan Rh+ atau Rh- . Jika Rh ibu dan janin berlainan darah ibu akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin.
- Contoh kecacatan ialah penyakit kuning,lahir tidak cukup bulan dan kecacatan otak/mental.

9. Apakah alat-alat untuk kanak-kanak masalah pendengaran?
a.post aural aid(alat bantu belakang telinga)
b.body-worm aid(alat bantu dipakai pada badan)
c.in the ear aid (alat bantu dalam telinga)
d. bone conductor (konduktor tulang)

10.Kepelbagaian kecacatan melibatkan kekejangan otot.
-spastik

11. Faktor darah – jenis darah yang tidak sesuai yang menyebabkan kecacatan
-kecatan mental,penyakit  kuning dan lahir tidak cukup bulan.

12. Kanak-kanak masalah pendengaran
- 40dB – berapa meter(1 meter/3-5kaki)
-65dB – berapa meter?(tidak boleh mendengar/memerlukan bunyi yang kuat,perlukan amplifier)

13.Apakah kecerdasan naturalistic?
-melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam.Individu ini sangat perihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi.

14. Kelemahan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kenapa bermasalah dalam penulisan?
- tidak dapat mendengar atau tidak mendengar dengan jelas.

15.Masalah penglihatan rabun jauh dan rabun dekat.
-refractive disorder

16.Masalah penglihatan.
amblyopia –juling
-hypotropia-juling tegak ke bawah
-hypertropia-juling tegak ke atas
-esotropia-juling divergen
-exotropia atau eksotropia adalah mata juling di mana satu mata menyimpang keluar (menjauh dari hidung) sedangkan yang satunya normal.
-astigmatisme -kerosakan pada kanta mata,sejenis penyakit mata yang menyebabkan pandangan tidak terang.
-diplopia - adalah suatu kondisi di mana satu objek dianggap sebagai dua, juga disebut sebagai penglihatan ganda.


17.Kelayakan memasuki Sek. Pendidikan Khas.
     Pendengaran –disahkan oleh doctor pakar
     Penglihatan   - disahkan oleh doctor pakar

18.  Gartner – 8 jenis kecerdasan interpersonal dan intra personal. Apakah bezanya?
-Kecerdasan Interpersonal adalah berkait  rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalahberkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.  Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.
-Kecerdasan intra personal  adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individutersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.

19.Masalah pendengaran – darjah kepekakan (UNIT 6). 6.5 daripada…..

20.Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
-kaedah bahasa isyarat

21.Ciri-ciri motor kasar dan halus ADHD
-tingkah laku yang aktif dan melampau – terlalu aktif dalam aktiviti seharian. Tidak boleh duduk diam,bersikap agresif dan boleh mencederakan rakan-rakan.
-memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang – menghentak,memukul,membaling.Sasaran orang atau benda yang berhampiran.


22.cerebral  palsy/palsi serebrum – masalah ciri-ciri fizikal
spastik-ketegangan otot,mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang
pergerakan dengan sempurna dan lancar
Atetosis           - pergerakan writhing yang perlahan dan tidak dapat dikawal. Bahu,muka,kaki, tangan
dan lengan sasaran utama. Otot-otot tekak yang lemah menyebabkan pertuturan
payah  dan tidak jelas.Masalah pengawalan air liur.
     Aktasia              -kesulitan mengawal imbangan badan yang yang boleh dikesan dari perawakan dan
pergerakan seseorang spastik.Pergerakan yang kekok dan teragak-agak,pertuturan
yang kurang jelas,sentiasa meliuk-liukkan badan.Pendengaran turut terjejas.
     Hemeplegia    -tangan dan kaki di sebelah yang sama menjadi lumpuh dan lemah.

23. Kepelbagaian kecacatan fizikal  – mascular dystrophy. Apakah masalahnya?
Mereka yang mengalami masalah perkembangan otot sehingga menyebabkan pesakit menjadi lemah untuk bergerak dan pergerakan menjadi lambat apabila umur semakin meningkat.

24. tugas fisioterapi – jurupulih anggota. Apa tugasnya?
-bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.
Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.
Deskripsi Tugas
Seorang ahli fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. Ahli fisioterapi perlu:
·         kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia ;
·         pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan;
·         kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal;
·         menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, ”acupressure” dan manipulasi;
·         membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik
·         pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais, urut dan karan/elektrik.
·         menggunakan alat bantuan berjalan, ”splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan penjaga penggunaan alatan dengan betul
·         memberi pendidikan kepada pesakit.

25.Perkembangan pendidikan fasa ke dua 1948-1980. Apa yang berlaku di Malaysia?
-telah mengalami anjakan paradigma –kerajaan telah merangka satu dasar pendidikan nasional yang komprehensif dan menjadikan perkara mengenai pendidikan khas sebagai sebahagian daripada agenda penting dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf social dan ekonomi bagi golongan istimewa di Malaysia.
-Latihan kepada  guru-guru khas dimulakan pada 1962. Maktab perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur memulakan latihan bagi guru-guru khas masalah penglihatan dan pendengaran 1963.
-Unit Pendidikan Khas ditubuhkan.Kerajaan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan daripada persatuan yang mengendalikan pendidikan kanak-kanak cacat.
-Akta 1961 dasar pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dan memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas,menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid dll tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas.

26.Model Sosial.  Apa maksudnya?
-model sosial dapat diertikan sebagai suatu konsep yang berkaitan dengan hubungan sosial atau dengan kata lain, hubungan antara masyarakat dan komuniti yang sangat berkesan bagi menyelesaikan sesebuah permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Dengan adanya hubungan erat di antara masyarakat, pertelingkahan akan dapat dielakkan dan keharmonian dalam masyrakat dapat dikekalkan. Ia mengutamakan kea rah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan keperluan Oku diambil kira. Melibatkan ibubapa,sekolah ,masyarakatkepada program pendidikan khas.

27. Down Syndrom – apakah langkah pencegahannya?
-elakkan hamil ketika berusia 35 tahun ke atas dan buat pemeriksaan kromosom.

28. Soalan berbentuk situasi – berumur 17 tahun, mengikuti pelajaran..
….inklusif.

30. Ujian pendengaran (unit 6) –
a.distraction test (ujian tarikan)
-kanak-kanak akan didedahkan dengan bunyi-bunyian tanpa pengetahuan atau penglihatan mereka.Perhatikan samada ada atau tidak gerak balas terhadap bunyian tersebut.
b. speech test (ujian pertuturan)
-bertujuan memerhatikan kanak-kanak boleh memahami apa yang dituturkan seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap apa yang disuruh.