Hakikatnya kita ini...maksud aku manusia lah...termasuklah orang yang sedang membaca ini yer....Lebih seronok mengatakan sesuatu yang negatif tentang orang lain dari bercerita tentang kebaikkan orang lain....

betul tak....jangan nak menyangkalkannya yer....tak banyak sikit pun mesti ada betul tak?....

Terimalah kenyataan ini dengan hati dan akal yang terbuka yer....Jangan nak marah pulak....
Contohnya "dia tu dulu masa sekolah memang jahat betul tapi sekarang daj jadi ahli perniagaan yang berjaya tu....

tak pun..."perangai dia dulu macam setan, macam mana boleh jadi cikgu yer?"....

Namun jarang kita kita dengar orang cakap " dia berjaya sebab dia memang kuat berusaha dari dulu lagi"....tak pun "dia mesti boleh jadi cikgu yang baik sebab dia banyak pengalaman dari sejak zaman sekolah lagi, harap-harap dia boleh didik anak bangsa dengan berjaya kelak"....

Beginilah sifat kita kan.....tidak memikirkan kesan atau perasaan orang apabila bercakap. Tidak mahu berfikir sebelum bercakap...

Hakikatnya oramg tidak akan faham dan selalu salah anggapan pada mereka yang selalu ingin berusaha ke arah kebaikan. Tolongnya tak ada...kutuk lagi banayak adalah....itulah masyarakat kita....Tepuk dada tanya IMAN....

Cuba kita renungnkan..."kita memang suka memperkatakan hal orang lain, tapi sentiasa menutup kelemahan kita sendiri" ( DR Tuah )
Inilah rupa Bilik kemahiran Hidup Sek Aku....
Dah tak ada bilik lain...
Setakat ini saja yang ada...
Lepas tu pula dijaga oleh guru wanita...
walauapa pun keadaannya ianya masih beroperasi dengan seadanya juga...
Kewajipan mesti dilaksanakan....
 

Kerusi murid kelas digunakan sebabnya memang tak ada kerusi khas bilik KH
Sempit...tapi boleh gak la muat 40 orang student walaupun macam sardin..
Ini lah meja guru nya...sadiskan...
Ini bukan barang pameran macam kat muzium yer...jangan salah anggap
Sekurang-kurangnya budak2 tahu ini bukan kambing...

Walaupun keadaan bilik ini amat menyedihkan dan tidak sesangat la sesuai untuk belajar namun ianya masih wajib digunakan demi ilmu yang amat diperlukan oleh warga pendidik.

Satu benda yang aku tabik adalah....
walau pun guru yang mengajarnya wanita namun dia masih menggunakan bilik ini bagi mendedahkan studentnya dengan benda/barang yang sebenar...walaupun aku selalu nampak dia masuk ngajar guna baju kurung...
jangan masa berkebun pun guna baju kurung udah la yer....
Apa ke bendanya Disleksia ni?....

Perkataan ini memang asing bagi orang kebanyakkan.Tapi tidak bagi warga pendidik di Malaysia atau didunia. ini. Makna Disleksia :

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya. ( WIKIPEDIA )

Apakah tanda-tandanya pula?:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
 Puncanya pula darimana ? :

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. ( WIKIPEDIA )

Sememangnya penyakit ini amat merunsingkan warga pendidik. ramai ibubapa tidak menyedari atau tidak dapat menerima anak mereka adalah pengidap penyakit ini.

Disleksia ini sebenarnya tidak teruk sangat di Malaysia ini. semuanya boleh dikawal. Tapi warga pendidik dan ibubapa serta masyarakat kenalah berganding bahu dengan mendidik mereka ini...

Hakikatnya :  Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


Apabila saya suruh anak murid ini tulis, maka saya pun dapat mengesan sesuatu...Cuba kita lihat apa yang tak kena.Apakah ini disleksia?

 Cuba perhatikan jari yang memegang pensil ini...


Cuba pula tengok tulis mereka


Untuk mendidik budak-budak disleksia ini guru perlulah benyak bersabar....
Guru perlu mengajar mengikut aras merka dan jangan cepat mengalah kerana salah satu kelemahan budak-budak ini adalah mereka seorang pelupa.So kira nya mereka lupa apa yang guru ajar itu pekara biasa..
Mereka memang mengambil masa yang lama untuk paham...
Kebiasaannya murid tahun 1 yang menghidap sintom ini akan memerlukan guru yang penyabar dan tidak berputus asa untuk mendidik golongan ini....



i.              Menilai rakaman Video satu  sesi pengajaran. Pelajar perlu menilai dengan memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam rakaman video tersebut.


Salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat didalam rakaman video pengajaran ini adalah  Kemahiran menerang. Kemahiran menerang adalah  salah satu daripada komponen dalam kemahiran mikropengajaran yang harus dikuasai oleh guru . Kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman pelajar serta pelajar dapat mengikut arahan. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi,atau motivasi penyoalan ,variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat bantu mengajar pengukuhan, penutup,menerang dan sebagainya.
Kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengajaran seseorang guru.  Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid, ia biasanya digunakan pada peringkat perkembangan sesuatu proses pengajaran. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru boleh  memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru untuk mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid dengan jelas.
Dalam kemahiran ini telah  menggunakan dengan cara  memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran seperti  menerangkan pengertian bersuci  dengan memberikan beberapa contoh jenis air  yang boleh ditemui disekeliling murid melalui pengalaman sedia ada murid dan juga melalui persembahan multimedia yang digunakan sebagai bahan sumber untuk pemahaman murid. Guru ini juga  menerangkan sambil mendemonstrasikan alat yang tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru ini telah  menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada persembahan multimedia yang disediakan. Guru ini telah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran didalam kelas ini.
Tujuan utama guru perlu menguasai Kemahiran Menerang ini adalah supaya guru dapat Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Ia juga akan dapat memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Disamping itu juga sesuatu isi  pembelajaran murid dapat  dihuraikan melalui sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Kemahiran Menerang ini juga dapat menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
Guru ini telah mengikuti Prinsip-Perinsip Panduan dalam Kemahiran Menerang yang di mulai dengan merancang  aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang amat sesuai. Contoh-contoh ilustrasi dan sumber pengajaran  yang  disediakan amat menarik dan telah disediakan terlebih dahulu. Aktiviti penerangan yang dilaksanakan oleh guru ini  tidak terlalu lama. Jika penerangan dilakukan terlalu lama kemungkinan murid –murid  ini akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dan  mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. Guru ini juga bijak dalam menggunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru tentang topik yang diajar.
Guru ini juga telah menggunakan perkataan dan istilah untuk menerangkan kepada murid juga adalah  berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu dan murid dapat mengikutnya pengajaran dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan berserta dengan penerangan yang dilakukan adalah amat berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti penerangan oleh guru. Selepas aktiviti penerangan dilakukan , guru ini telah menggalakkan murid bertanya perkara-perkara yang murid  tidak faham.
Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang ini akan memberikan kesan yang amat positif seperti
  • Murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.
  • Murid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.
  • Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru kerana penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.
  • Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar  yang digunakan ia dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid  serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.
  • Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Komponen Kemahiran Menerang yang telah digunakan amat jelas. Guru ini telah menggunakan Pengunaan Contoh didalam proses penerangannya seperti contoh sumber yang mencukupi dan ini dapat memberikan input dengan menyeluruh dan ada bahan bukti. Contoh sumber  yang digunakan adalah amat sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid. Contoh sumber yang  jelas dan menarik digunakan sepenuhnya. Ini  kerana murid sukakan benda yang menarik dan berwarna-warni.
Pengurusan Kemahiran Menerang juga dilaksanakan dengan baik. Idea pengajaran  dikembangkan secara teratur dan  murid tidak keliru dengan isi yang disampaikan oleh guru.Variasi rangsangan yang dilakukan oleh guru ini telah berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap pelajaran. Penerangan lisan dilakukan dengan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.
Dengan menguasai kemahiran menerang ini maka isi-isi penting dapat dinyatakan secara bertulis supaya murid akan dapat mengingat dengan lama. Manakala Isi-isi pelajaran disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang difahami oleh murid. Semasa akhir kemahiran menerang ini digunakan penyataan penutup mestilah  ringkas,tepat dan jelas.
Secara keseluruhanya kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam sesuatu mikropengajaran. Ada pelbagai jenis penerangan iaitu menerang secara penaakulan, interpretatif dan diskriptif. Terdapat 5 komponen menerang. Komponen pertama ialah ayat pembukaan, Ini bagi mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian pelajar. Komponen kedua adalah isi kandungan atau intipati yang merupakan perkara penting yang ingin disampaikan kepada pelajar. Komponen ketiga dalam kemahiran menerang ialah kata penghubung atau penanda wacana. Ini bagi menunjukkan perkaitan antara isi kandungan pelajaran. Komponen keempat ialah ayat penutup atau ringkasan. Komponen terakhir ialah soalan yang menaksir kefahaman pelajar. Ia berbentuk soalan pendek bagi menilai kefahaman pelajar. Guru juga boleh bertanya soalan berbentuk retorik iaitu "faham tak?"
Prinsip utama dalam kemahiran menerang ialah gunakan kejelasan iaitu menggunakan ayat yang spesifik dan mengelakkan kekaburan dan tidak relevan. Prinsip lain ialah, gunakan penegasan seperti menggunakan intonasi yang berbeza, penunjuk, pergerakan atau gerak isyarat. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar dengan mewujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman. . Dalam kemahiran menerang juga, guru perlu menunjukkan urutan atau kesinambungan antara isi pengajaran agar pelajar memahami apa yang diajar dengan mudah.
 

LAPORAN ANALISIS 1

Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual (20%) Pelajar diminta mengenal pasti 4 (EMPAT)
keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran dan rakamkan gambarnya.secara statik (bukan video). Pelajar diminta menganalisis keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar tersebut untuk dikaitkan dengan 4 (EMPAT) disiplin/mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Analisis adalah berkaitan:
i. penjelasan kepada keadaan/situasi/fenomena/ senario dalam gambar tersebut;

ii. topik/subtopik apa yang terdapat dalam tiap-tiap disiplin/mata pelajaran yang dipilih yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/ senario tersebut (sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/ Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran);

iii. huraian bagaimanakah keadaan/situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan
pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik tersebut;

iv. cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/ fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.


Ringkasan Pemarkahan:

Gambar keadaan/situasi/fenomena/senario = 1 mrkh
Huraian keadaan/situasi/fenomena/senario = 1 mrkh
Laporan analisis berkualiti = 3 mrkh
Jumlah = 5 mrkh
Keseluruhan: 4 m.pelajaran x 5 mrkh = 20 markah

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : Minggu 10

LAPORAN ANALISIS 2

Perbandingan Kurikulum Mengikut Era (20%) Pelajar diminta memilih 1 (SATU) disiplin/matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah diMalaysia. Pelajar diminta membandingkan disiplin/ mata pelajaran tersebut mengikut era Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) aspek-aspek daripada:

i. dimensi horizontal (skop/liputan, kesepaduan/integrasi dan imbangan)

ii. dimensi vertikal (urutan/sekuen dan kesinambungan/ kontinuiti)

Pelajar juga diminta memberi pandangan/ulasan dan cadangan masing-masing berkaitan disiplin/matapelajaran tersebut.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : Minggu 10
TUGASAN 1

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan:
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
 b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : (29/4/203 –5/5/2013)

TUGASAN2

Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan;
 a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner
b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas
 c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas.
d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak- kanak pintar cerdas.

Tarikh Akhir Hantar Tugasan : (29/4/203 –5/5/2013)