Dah seminggu pokCik layan lagu ini.....
Aku Tetap Aku....Nyayian dari kumpulan XPDC.....
Aku Tetap AkuCukup mendalam maksudnya.....
Sampai dalam blog sempit macam ini pun PokCik letakkan jugak....
Nak kongsikan dengan sesiapa yang membaca entri ini......

Memang lagu ini kono dengan situasi yang PokCik sedang alami......
semua sebab salah faham...dan salah faham apabila kita diam kita dicas pulak salah kita.....
Semuanya sebab mulut.......
Hakikatnya tiada apa-apa pun yang berlaku......sampai semua orang pandang kita ini serong......pandang kita ini mulut busuk.....cop kita ini penyebar cerita......thats ok....
Dia sibuk bercerita ....kita diamkan sahaja.......lama-lama senyap la.....Orang lain?......lantaklah...Susah kita dipandang serong...Senang kita dihimpit.....Standard lah kan.......manusia.....Lebih-lebih lagi kaum yang sebangsa ini...payoh nak cerito kang ada pulak yang putar belit fakta lagi......

what ever.....memang salah PokCik pun kot...begurau tak kena tempat......tak kena isu.......Kan dah besar.....so jalan ceritanya PokCik kena lah....maklumlah salah bergurau dengan Jeneral.......kan dah di Cop.....Whatever PokCIk bukan seperti apa yang diperkata...bukan penyebar seperti diperkata....Cerita orang lain PokCIk malas nak campur...dengar boleh...campur dan sebar...minta maaf, not my stail.......

Satu pengajaran yang berharga PokCIk dapat.....Jangan bergurau hal-hal yang sensetif.....jangan bergurau depan orang yang memang dia tak suka.....Dan jangan bergurau dengan orang yang dah memang tahap jeneral......dia mula tak apa...tapi jangan kita...kang diCop pulak.....

What ever sabar ajerlah......
Jom layan lagu ini dan ambil iktibar.........

Cuba dengar betul-betul dan memang mendalam seni katanya.......




Perghhh...Penat dah ni......
Last kerja untuk malam ini setelah mengupdate blog Makmal Pokcik....

Check trafik VLE Frog untuk hari ini.....

VLE frog

Tepat jam 11.19 malam ini ada 2 orang student sedang online.....2 guru sedang membuat site untuk pembelajaran dan 1 orang ibubapa/penjaga sedang menyemak kerja rumah anaknya...

mungkin ramai yang tak tahu bahawa cara pembelajarn budak/murid sekarang sudah banyak berubah. langsung tak sama dengan dulu...ini adalah salah satu perubahan yang telah berlaku dan sedang berjalan sekarang ini.... pembelajaran secara maya menggunakan platfrom VLE Frog dibawah program 1bestarinet....

Nak tahu lebih lanjut lagi?....Klik disini http://1bestarinet.net/ ..... apakah VLE Frog?...klik sini http://makmalkomputerskp1.blogspot.com/2013/03/apakah-frog-vle.html . PokCik malas nak cerita panjang-panjang...tak pandai....

Budaya dan cara pembelajaran baru ini agak mudah namun pada peringkat permulaan ini memang banyak masalah nya....namun sekarng ini sudah banyak perubahan berlaku...semua masalah awal dah dapat diatasi dengan baik...Syabas KPM....

So....Dunia pengajaran dan pembelajaran dah berubah......
Murid mesti didik mengikut arus perubahan zaman yang serba canggih dan semakin terbuka.....
Cikgu-cikgu pun mestilah berubah juga.......

kurangkan mengkomplen......just buat dan laksana sampai mana yang termampu.....masalah memang banyak....kekangan memang berlambak...namun ianya harus diteruskan demi perubahan yang lebih baik kepada negara dan bangsa......Masalah dan kekangan akan cuba diatasi dari semasa ke semasa...bantuan sentiasa diberi oleh pihak yang berwajib....Just call or email pasti dibantu....PokCik buat benda ini pun separuh nyawa...dengan budaknya yang terlalu lemah ICT..dengan ragam cikgu-cikgunya...lebih-lebih yang otai-otai.....yerlah pokCik paham...orang lama.....dah expert dengan cara mereka tersendiri yang penuh seni dan kebaikkannya.....bila benda baru macam ini datang mereka agak pening lah...namun ianya bukan alasan dan halangan.....

Just do...jika kita tidak berubah macam mana anak didik kita nak berubah....jika kita tidak berubah macam mana masyarakat nak berubah......Just pandangan PokCIk ajer...jangan pulak ada yang terasa......Kalau salah PokCIk minta maaf siang-siang...

Perghhhh...Panjangnya merepek....dah lah jarang-jarang update blog...membebel pulak......i am sorry....Ok esok sambung lagi...banyak kes nak cerita lepas ini.......Semuanya tentang ragam pendidik, pendidikan dan orang yang didik....ini bukan blog nak cerita tentang informasi yer...ini blog peribadi yang digunakan untuk luahkan perasaan PokCik yang tak berapa nak stabil ini.....


Gedebak gedebuk sekejap sahaja masa berlalu....
Tanpa disedari sem 4 PokCik dah bermula....
dah sebulan pun PokCik tertinggal....Ini semua kerana lalai dan leka....
Bila ditengok dan dilihat pening dah kepala.......

Assignment datang lagi rupanya.......

CMP2011-Pengurusan Kokurikulum 

KAB3023-Teaching English For Young Learners 

KAB3043-Pengajaran Literasi: Awal Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu 

QGJ3023-Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia 

QGU3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 

KRP3013-Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 

baru nak order modul......
baru nak tengok-tengok assingment....
baru nak belek-belek soalan forum....
ah sudah.......masa berlalu dengan pantas rupanya......
Inilah akibat apabila dah tua baru nak belajar.......
dengan kerja harian yang berlambak lagi..dengan keluarga lagi....pergh...pening...pening....





Benda kecik pun boleh jadi besar macam ini....
Fikir-fikirlah oiii......
Jangan kerana segelintir mereka yang fanatik TIDAK bertempat ini negara ini menjadi sasaran pulak....
Sukan ini untuk menyatukan bukan memecahkan......
Kalau tidak ada yang mula tidak akan ada yang menyambung benda-benda buruk macam ini...

Bas Lions XII di Stadium Darul Aman sebentar tadi.Ini pasti menjadi bahan kutukan orang Singapura kepada orang Kedah pula selepas Sarawak dan Perak tempoh hari.Mengapa harus timbulkan provokasi???- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Dikala insan lain sedang lena dan nyenyak tidur PokCik bertungkus lumus menyiapkan Sistem Kemasukan Data terbaru dari KPM....

Sistem Pengurusan Sekolah......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Data yang perlu dimasukkan.....ada 21 jenis data.....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Semuanya kerana.....?......
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Kalau tak Puas hati lagi...tak tahulah....
SISTEM BARU DUNIA PENDIDIKAN, sistem pengurusan sekolah

Ini belum cerita tentang portal yang lain lagi......


What ever ini adalah kerja yang bakal dihadapi oleh semua warga pendidik yang telah bermula dari 3 tahun yang lepas lagi......

Jangan merungut kerana ini semua adalah bidang kerja seorang pendidik di zaman multimedia ini.....

Disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Inilah kerja PokCik.....Sampai pagi......Esok sambung lagi dan lagi dan lagi.......entah bila nak siap agaknya.....
Nak minta geng lain isikan.....Tak sampai hati lah pulak.....so terpaksa berkorban sikit demi kengkawan yang lain........

Al maklum la Cikgu sekarang ini bukan ada kerja pun......

Dikala ini hanya satu sahaja PokCik doakan....

YA ALLAH,AJARI KAMI. Ajari kami IKHLAS untuk 

dapat merelakan ketika kami harus KEHILANGAN.

 Ajari kami SABAR untuk bisa menerima ketika hati 

TERLUKA. Ajari kami TABAH menghadapi semuanya 

ketika kami dalam UJIAN. Ajari kami untuk tetap 

TERSENYUM menyembunyikan segalanya Ketika kami 

dalam MASALAH. Ajari kami untuk bisa BERSYUKUR 

atas segala nikmat yang kuterima ketika kami tengah 

BAHAGIA. Ajari kami ARTI Ikhlas dan Redha atas 

segala yang telah ENGKAU tetapkan.. Amin....




Salam satu Malaysia...
PokCIk amat tertarik dengan satu artikel Surat Khabar tentang Isu ini.....

Baca dulu sampai habis....

BUTTERWORTH - Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
   
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
   
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
   
"Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung," katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
   
"Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah," katanya.
   
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
   
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
   
"Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu," katanya. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-tahun-enam-trauma-akibat-dirotan-dan-dihalau-guru-1.130895

dah baca?.....
Macam inilah senang......
What ever we do remember one thing.....
The costumer always alright....

Ibubapa sentiasa betul dan berhak........
almaklum lah.....gaji cikgu ini kan dibayar oleh mereka.....

Berilah seribu alasan dan sebab cikgu ini tetap salah.....
Cikgu ini tetap telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Rakyat sendiri.......
"prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu"

Sabar yer cikgu........
PokCIk telah rasa apa yang Cikgu rasa......