1) ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

a) Sistem Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Penang Free School (1816) dan hanya menawarkan peringkat rendah dan peringkat menengah.

b) Sistem Pendidikan Melayu
Sistem pendidikan yang pada peringkat awal hanya menekankan kepada Al-Quran, asas membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran di teruskan ke peringkat lebih tinggi sekiranya ada pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran. Pada abad ke 19, wujud sekolah melayu yang lebih bertujuan untuk melahirkan nelayan dan petani yang lebih baik berbanding terdahulu. Namun, pembelajaran hanya dihadkan kepada 4 tahun sahaja. Menumpukan lebih kepada aspek membaca, menulis, mengira dan menganyam. Contoh sekolah awal yang wujud :

i) Sekolah Melayu Tasek Belanga (1856)
ii) Sekolah Melayu Penaga, Sekolah Melayu Permatang Pauh, Sekolah Melayu Bukit Tambun (1863)
iii) Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Melayu Batu Gajah (1884)

Pada abad ke 20, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) wujud daripada English Grammar School (1905) yang hanya dihadkan kepada golongan elite. Kewujudan ini bertujuan untuk membantu orang melayu memegang jawatan rendah dalam kerajaan seperti polis, kerani, pelayan pejabat dan sebagainya.

c) Pendidikan Cina
Sistem pendidikan cina mengambil kurikulum yang berorientasikan dari Negara China. Ini termasuk buku teks dan tenaga pengajar dari negara tersebut. Pada 1924, pendidikan cina telah mendapat bantuan daripada kerajaan.

d) Pendidikan Tamil
Ianya dilaksanakan di ladang-ladang getah dimana ramai kaum India tinggal. Sama seperti pendidikan cina, sukatan diambil daripada negara asal iaitu India. Ia menitikberatkan kepada membaca, menulis dan mengira (3M).


2) LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN

a) Laporan Barnes (1950)
Antara syor-syor dalam Laporan Barnes adalah :

i) menubuhkan satu corak sukatan rendah
ii) memansuhkan sistem vernakular dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama
iv) Tempoh bersekolah diseragamkan menjadi 6 tahun
v) Pendidikan adalah percuma untuk semua

b) Laporan Fenn-Wu (1951)
Syor-syor dalam laporan ini :

i) Penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama
ii) Menyokong untuk menggubal sistem pendidikan kebangsaan
iii) Sekolah cina di kekalkan tetapi sukatan disesuaikan denga persekitaran masyarakat tempatan.

c) Ordinan Pelajaran 1952
Ciri-ciri penting yang terkandung dalam ordinan ini ialah :

i) Sekolah Kebangsaan diperkenalkan dengan dwibahasa secara beransur-ansur melalui kelas bahasa kebangsaan.
ii) Menghadkan kemasukan pelajar ke Sekolah Inggeris
iii) Mengembangkan Sekolah Menengah Vokasional

Namun begitu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana kemelesetan ekonomi pada waktu itu.

d) Laporan Razak (1956)
Merupakan ciri penting yang menjadi asas pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan:

i) hasrat membentuk satu sistem pendidikan bagi semua kaum
ii) hasrat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) hasrat mengadakan kurikulum alam sekelilin dan sukatan sama isi kandungannya
iv) memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan dengan sistem peperiksaan yang sama bagi semua pelajar

Syor-syor dalam Laporan Razak :

i) Menubuhkan 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
ii) Menukar sekolah yang ada kepada sekolah umum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib
iv) Menubuhkan satu jenis Sekolah Menegah Kebangsaan
v) Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu dengan sukatan dan jadual waktu yang sama
vi) Memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan meningkatkan pengetahuan rakyat

e) Laporan Rahman Talib (1960)
Syor-syor dalam laporan ini :

i) Memberi pendidikan rendah percuma
ii) Naik darjah secara otomatik sehingga ke Tingkatan 3
iii) Mewujudkan Peperiksaan Penilaian Darjah
iv) Memperbaiki mutu pendidikan di sekolah vernakula
v) Meningkatkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional
vi) Menubuhkan Jemaah Nazir
vii) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
viii) Penggunaan bahasa rasmi dalam peperiksaan awam
viv) Menyediakan program latihan guru
x) Menyediakan pengajaran agama dan sosial

f) Laporan Kabinet 1979
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 1974 bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tugas-tugasnya meliputi :

i) Meneliti matlamat dan kesan sistem pendidikan
ii) Memastikan keperluan tenaga rakyat dan negara dipenuhi
iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu, displin dan terlatih

Syor-syor dalam laporan ini :

i) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Inggeris wajib diajar.
ii) Kurikulum dan peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia.
iii) Peluang pendidikan asas selama 9 tahun
iv) Kewujudan KBSR dan KBSM
v) Wujudkan pelbagai kemudahan pendidikan di universiti dan menggalakkan kegiatan ko-kurikulum
Falsafah Pendidikan Guru. (FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamatdan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat Pendidikan Guru
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abadke-21.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis  dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 

Objektif Pendidikan Negara
  • 1.      Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara
  • 2.      Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
  • 3.      Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan.
  • 4.      Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara
  • 5.      Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
  • 6.      Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asaS pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
        Falsafah Pendidkan Negara(FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi  seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara  juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. 
Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. 
Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis, adalah dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. 

Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.

Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu falsafah 'krisis' seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna.
Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal. 
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan essensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
 
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca, menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklah diperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktiviti kokurikulum).
 
Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.