Showing posts with label Nota Ulangkaji. Show all posts
Showing posts with label Nota Ulangkaji. Show all posts
Falsafah Pendidikan Guru. (FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamatdan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat Pendidikan Guru
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abadke-21.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis  dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 

Objektif Pendidikan Negara
  • 1.      Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara
  • 2.      Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
  • 3.      Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan.
  • 4.      Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara
  • 5.      Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
  • 6.      Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asaS pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
        Falsafah Pendidkan Negara(FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi  seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara  juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. 
Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. 
Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis, adalah dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. 

Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.

Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu falsafah 'krisis' seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna.
Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal. 
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan essensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
 
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca, menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklah diperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktiviti kokurikulum).
 
Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
  • Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
  • Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
  • Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
  • Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?
Set 3

1. Manakah antara berikut merujuk kepada komponen standard kompetensi pengetahuan dan kefahaman seperti yang dinyatakan di dalam Standard Guru Malaysia ?
I. Pengurusan bilik darjah
II. Kandungan ilmu pengetahuan
III. Kandungan mata pelajaran yang diajar
IV. Sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum

A: I dan II sahaja
B: I , II dan III sahaja
C: II, III dan IV sahaja ( ms/47 & 48)
D: I , II , III dan IV sahaja

2. Dasar pendidikan wajib dan dasar pendidikan percuma merupakan contoh-contoh dasar pendidikan yang berkaitan dengan _______

A: taraf pendidikan (ms 67)
B: jurang pendidikan
C: peluang pendidikan
D: tahap persekolahan

3. Manakah di antara berikut merujuk kepada contoh menulis objektif tingkah laku yang eksplisit? Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :
A: Menyedari pentingnya perpaduan rakyat
B: Menerangkan lima prinsip Rukun Negara
C: Menghayati keindahan lagu Malaysia Gemilang
D: Memahami pengajaran daripada sesuatu cerita yang dibaca.

4. Apakah tindakan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar pembangunan pendidikan ?
A: Penilaian
B: Pengesyoran
C: Pengawasan (ms 63)
D: Penstrukturan

5. Apakah ciri utama kurikulum tersembunyi ?
A: Diajarkan di dalam bilik darjah.
B: Ada penilaian untuk mengukur prestasi murid
C: Muncul dalam pembinaan potensi secara tidak terancang.(ms 117)
D: Dirancang oleh pihak sekolah untuk membangunkan daya intelektual murid.

6. Metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik adalah cabang-cabang falsafah. Epistemologi adalah persoalan tentang _____________________
A. Nilai estetik
B. Hakikat di sebalik alam nyata
C. Kebenaran ilmu dan pengetahuan (ms 16)
D. Perkara yang dilihat melalui pancaindera


7. Siapakah di antara tokoh berikut yang mentakrifkan pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran?
A. Plato
B. Socrates (ms 17)
C. Aristotle
D. John Dewey

8. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat tersebut iaitu : __________
I. Menambahkan peruntukan pembangunan luar Bandar
II. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama
III. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang
IV. Meningkatkan pembangunan potensi pelajar ke arah berprestasi tinggi

A: I dan II sahaja
B: I dan IV sahaja
C: II dan III sahaja ( ms 78)
D: III dan IV sahaja
  
 
9. Pendidikan menjadi pemankin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada pembangunan negara?
I. Pendidikan menyedarkan rakyat tentang pembangunan.
II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima oleh rakyat.
III. Rakyat yang berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas.
IV. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran untuk pembangunan

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.


10. Manakah antara berikut merupakan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui satu sistem pendidikan yang memperuntukan perkara-perkara yang akan memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara?
I. Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya.
II. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
III. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
IV. Pendidikan bersepadu, menyeluruh, seimbang dan harmoni.

A. I, II dan III sahaja.
B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

11. Guru adalah ‘role model’ yang sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru mestilah kelihatan kemas dalam penampilan dan berpakaian, sopan dalam tutur kata dan tingkah laku dan berakhlak mulia.
Apakah cabang falsafah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?
A. Logik.
B. Metafizik.
C. Aksiologi. (ms 16)
D. Epistemologi.

12. Pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa konsep bahawa perkembangan potensi individu adalah secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu.
Manakah antara berikut ialah implikasi kepada konsep tersebut?
I. Perkembangan bersepadu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
II. Konsep meritokrasi dalam mendapatkan pendidikan.
III. Penerapan nilai murni dalam pengajaran semua matapelajaran.
IV. Penubuhan lebih banyak institusi latihan kemahiran untuk melatih tenaga kerja.

A. I dan IV sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I dan III sahaja (ms 24&25)
D. II dan III sahaja
Set 2

1. Matlamat sistem pendidikan bagi memupuk perpaduan negara dijalankan dengan cara
i. Menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
ii. Mengurang jurang perbezaan dalam perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan di antara kawasan-kawasan.
iii. Mencantumkan sistem-sitem pendidikan di Sabah dan Sarawak dengan sistem kebangsaan.

iv. Membenarkan kelas-kelas sosial yang berbeza tarafnya berlanjutan
A. i, ii
B. i,ii,iii
C. i,ii,iii,iv
D. ii,iii

2. pilih kenyataan yang tidak merupakan syor Laporan Rahman Talib 1960.
A. Mengadakan peperiksaan awam di sekolah dalam satu bahasa rasmi sahaja.
B. Mengadakan pengajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak
C. Mengadakan satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka kepada semua kaum
D. Menubuhkan sekolah lanjutan

3. Pilih kenyataan yang tidak merupakan syor Laporan Rahman Talib 1960.
A. Menubuhkan sekolah lanjutan
B. Mengadakan pengajaran rendah percumaan untuk semua kanak-kanak
C. Mengadakan peperiksaan awam di sekolah dalam satu bahasa rasmi sahaja
D. Mengadakan satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka kepada semua kaum

4. Pada zaman penjajahan Inggeris murid-murid di sekolah Inggeris banyak didadahkan kepada cara hidup dan adat resam orang-orang Inggeris. Walaupun begitu, murid-murid masih tidak lupa akan bahasa dan adat resam ibunda. Ini adalah kerana sekolah mepunyai unsur
A. Kesinambungan
B. Pengekalan
C. Penggabungjalinan
D. Pembaharuan

5. Faktor yang tidak merupakan faktor penghalang dalam usaha menggalakkan perpaduan ialah
A. Prejudis
B. Aras kepercayaan
C. Materialism
D. Diskriminasi

6. Gerak kerja kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah bertujuan untuk
i. Membenarkan murid-murid bercampur gaul dengan bebas
ii. Melatih murid-murid supaya bertanggungjawab
iii. Memupuk sifat kepimpinan murid-murid

iv. Melahirkan semangat bertandingan secara melampau
A. i,ii,iii
B. i,ii
C. iii,iv
D. i,ii iv

7. Peranan sekolah sebagai satu institusi sosial di negara kita meliputi semua yang berikut kecuali
A. melanjutkan unsur-unsur kebudayaan semasa yang sesuai
B. mengekalkan warisan kebudayaan yang dihargai
C. mewujudkan satu masyarakat yang berteraskan kebudayaan kaumnya
D. menapiskan unsur-unsur kebudayaan yang tidak diingini

8. Faktor berikut bukan merupakan pengaruh sosial terhadap pencapaian persekolahan seseorang murid
A. Kumpulan sebaya
B. Ideology
C. Aspirasi sekolah
D. Kedudukan sosioekonom

9. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya keciciran
i. Sosioekonomi
ii. Tidak terdapat kemudahan prasekolah
iii. Tidak ada dorongan ibu bapa
iv. Sistem elitis

v. Kekurangan guru sains
A. ii,iii
B. i,ii,v
C. i,ii,iii,iv
D. i,ii


10. Persekolahan merupakan satu proses pemasyarakatan kerana sekolah
A. Menyediakan pengajaran yang selaras dengan kehendak masyarakat
B. Membimbing seseorang itu memperolehi corak tingkah laku yang diterima masyarakat
C. Melengkapkan seseorang individu dengan ilmu pengetahuan yang dikehendaki masyarakat
D. Membekalkan tenaga manusia terlatih sejajar dengan kehendak masyarakat

11. Bagi mempupuk perpaduan, perkara-perkara berikut ditekankan di dalam sistem pendidikan di Malaysia,kecuali
A. Dasar Asimilasi Nasional
B. Dasar Pendidikan Kebangsaan
C. Dasar Bahasa Kebangsaan
D. Dasar Ekonomi Baru

12. Yang manakah dari berikut yang merupakan murid-murid belajar di pondok sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu?
i. Mengkaji ayat-ayat Quran
ii. Menghafaz huruf abjad Arab

iii. Menafsir ayat-ayat Quran
A. i,ii
B. tiada satu pun
C. ii, iii
D. i,ii,iii

13. Pada zaman penjajahan Inggeris di negara kita, empat aliran bahasa digunakan dengan tujuan
A. Memupuk perpaduan di antara kaum yang berbeza
B. Memperkembangkan kebudayaan Inggeris di Tanah Melayu
C. Memajukan semua kaum ke satu tahap kemajuan yang sama
D. Memenuhi kepentingan dasar pemerintahan Inggeris dan persekolah kaum masing-masing

14. Yang manakah bukan kenyataan benar mengenai sistem pendidikan sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu?
A. Selain daripada pelajaran kitab suci al-Quran, murid-murid juga belajar sedikit Bahasa Melayu
B. Kurikulum adalah hanya terhad kepada pelajaran teks Quran sahaja
C. Sistem pendidikan adalah pendidikan tak formal
D. Kaedah mengajar yang digunakan adalah kaedah menghafaz

15. Matlamat utama Jawatankuasa Kabinet ditubukan ialah untuk
A. Memastikan sejauh manakah bahasa Malaysia digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan
B. Mengkaji sebab-sebab berlakunya keciciran
C. Mengkaji cara-cara mencegah keciciran murid-murid
D. Mengkaji sejauh mana sistem pelajaran dapat melahirkan tenaga rakyat yang diperlukan serta satu masyarakat yang bersatu padu

16. Bidang tugas Laporan Kabinet ialah
A. Mengesyorkan kenaikan darjah dilakukan secara automatic
B. Mengkaji semula perkhidmatan, ganjaran dan status guru
C. Mengkaji dasar pendidikan kebangsaan dan memastikan sistem pendidikan tersebut memenuhi matlamat negara
D. Mengesyorkan supaya umur tamat sekolah titingkatkan kepada 15 tahun

17. Sosialogi pendidikan membolehkan seseorang bakal guru memahami
i. Proses pengajaran-pembelajan di sekolah
ii. Peranan sekolah dalam sesbuah masyarakat
iii. Ciri-ciri sekolah sebagai satu institusi

iv. Cara-cara pengeloloan sesebuah sekolah
A. ii,iv
B. iii,iv
C. ii,iii
D. i,ii

18. Di antara yang berikut, manakah yang bukan merupakan faedah penggunaan teknologi dalam pendidikan?
A. Dapat menumbukan minat murid-murid
B. Dapat menjadikan suatu pelajaran itu lebih bermakna
C. Dapat menyeronokkan murid-murid walaupun objektif pelajaran tidak tercapai
D. Dapat membantu murid-murid membentuk konsep dengan jelas



19. Masyarakat boleh difahamkan sebagai sekumpulan individu
i. Yang bersatu padu disebabkan mereka mempunyai ideology matlamat dan nilai-nilai yang sama
ii. Yang hidup dalam satu kawasan dan mempunyai cara hidup yang sama
iii. Yang mempunyai persamaan dari segi fizikal dan bahasa pertuturan
iv. Yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, ekonomi dan sosial
A. Ii,iii
B. I,iv
C. I,ii
D. Ii,iv

20. Pengekalan dan pembaharuan sesebuah masyarakat merupakan fungsi-fungsi sekolah yang penting kerana
A. Masyarakat memerlukan unsur-unsur yang stabil dan berubah bagi kewujudannya
B. Masyarakat maju harus menerima perubahan
C. Sekolah mendukung ideology politik yang ada unsur-unsur baru di dalamnya
D. Ahli-ahli masyarakat sekolah ada kalanya kekal da nada kalanya berubah.

21. Ciri-ciri berikut perlu ditekankan dalam dalam pembentukan sikap kewarganegaraan
i. Percaya kepada Tuhan
ii. Bersemangat patriotik
iii. Bersemangat kekitaan

iv. Bersemangat semasa menyanyi
A. ii,iii
B. i,ii
C. ii,iii,iv
D. i,ii,iii (jawapan)

22. Pendidikan adalah alat yang paling utama untuk
A. Mewarisi nilai-nilai budaya
B. Menigkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan
C. Menghasilkan perbuahan sesial sejajar dengan perubahan dalam masyarakat
D. Memupuk perkembangan individu dan kewarganegaraan yang sejajar dengan aspirasi dan ideology negara


23. Di antara yang berikut, manakah yang bukan kesan daripada cadangan-cadangan Laporan Kabinet?
A. Pengajaran pemulihan mula ditekankan di sekolah-sekolah
B. Wujudnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah
C. Pelajar sekolah vokasional berpeluang memasuki universiti
D. Kemudahan-kemudahan prasekolah mula disediakan

24. Perguruan belum diterima sebagai satu profesion kerana ia tidak
A. Memerlukan ilmu dan kemahiran khas
B. Memerlukan latihan khas
C. Tidak mempunyai kod etika
D. Mempunyai autonomi dan autoriti mebuat keputusan berkaitan dengan profeisonnya

25. Kenyataan manakah yang berikut bukan merupakan cita-cita Rukun Negara?
A. Mencapai perpaduan yang lebih erat
B. Mengetapikan tradisi-tradisi yang tidak relevan
C. Mencipta satu masyarakat yang adil
D. Memelihara satu cara hidup demokratik