Ini adalah entry sebelum maghrib untuk hari ini....
sedang PokCik pening mencari mood untuk membuat assingment pembelajaran PokCIk terjumpa satu artikel/pengalaman yang amat menarik minat PokCIk untuk dikongsikan.....
Ya....inilah hakikatnya zaman sekarang....
Sikap perangai bangsa kita......
PokCIk sendiri merasainya kerana memang PokCIk berada di zon yang amat dekat untuk menilai dan memahami situasi yang berlaku kini....Jom layan dan fikir-fikirkanlah.....
"Suatu petang semasa cuti semester, saya mengambil sedikit masa mengganti
ibu mengajar kelas pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak yang datang
belajar di madrasah As-Syakirin. Jumlahnya tidak kurang dari 20 orang.
Langkah pertama turun dari tangga rumah, saya terbayang suasana
pengajian Al-Quran pada zaman masih kanak-kanak. Kami semua tekun
membaca mahupun mengeja. Kalau ada yang nakal sekalipun, pasti tak
berani untuk menakal di hadapan tok guru yang merangkap datuk dan
nenekku tika itu. Kalau ada suara sumbang yang bukan dari suara bacaan
ayat suci, maki hamun melebat hinggap ditelinga. Tak kurang juga yang
didenda. Rotan kasih sayang dan cubitan ramah mesra menjadi rutin kami.
Selepas
mengaji, biasanya kami mengutip kayu api untuk memenuhi ruang simpanan
kayu di dapur tok guru. Khidmat kerana membalas jasanya mengajar dan
mendidik kami. Khidmat mulia yang telah hilang di zaman Hadhari.
Inilah
suasana pengajian zaman 80 dan 90-an. Tapi jangkaan saya meleset
apabila hinggap di telinga saya bingit suara hilai ketawa dari tingkat
atas madrasah dua tingkat yang menempatkan kelas itu. Sangka saya,
mungkin ketiadaan guru menyebabkan mereka sedikit bebas. Sekali lagi
jangkaan saya meleset, rupanya makcik saya sudah lama disana.
Budak-budak berlari ke sana ke mari. Dengan sedikit herdikan yang tidak
seberapa, mereka terdiam seketika. Mungkin wajah asing saya mengejutkan
mereka.
Saya duduk dan memanggil beberapa orang dari mereka untuk
diajar. Salah seorang memberi alasan “tok baco lagi” pekat dalam loghat
kelantan. Alasan begini tidak pernah diterima pada zaman kami. Bahkan
kalau ada, mahunya dihalau balik kerumah. Dasar pemalas menjadi gelaran.
Saya bertolak ansur. Sedang asyik mengeja-eja beberapa kalimah, bising
kembali membingit di telinga. Herdikkan saya bukan lagi herdikan biasa,
agak lantang. Lantaran mereka bergurau dan bermain-main sewaktu ‘guru’
ada di hadapan mereka.
Akan tetapi apa yang tidak dijangkan berlaku,
remaja awal belasan tahun di depan saya berhenti mengaji dan bergurau
dengan rakan disebelahnya. Marah saya bukan kepalang. Keduanya didenda
berdiri.
Esoknya ibu memanggil saya, bertanyakan khabar peristiwa
semalam. Saya memberitahu keadaan sebenar. Ibu menasihati saya agar
berlemah lembut dengan budak zaman sekarang. Saya kepelikkan. Bukankah
dengan cara ini kami dididik dahulu. Rupanya bapa remaja yang saya denda
itu datang memarahi ibu saya lantaran anaknya didenda. Memalukan
katanya. Anaknya dihantar untuk belajar, bukan untuk didenda.
Mengajar
dan mendenda dipisahkan jauh dari proses
mendidik. Patutlah makin ramai
cerdik pandai, makin jauh masyarakat dari nilai-nilai islam. Sedangkan
Nabi mengajar untuk merotan anak yang tidak sembahyang bila mencecah
umur 1o tahun. Remaja yang saya denda itu sudah belasan tahun.
Rupanya
zaman telah berubah. Tiada lagi istilah mendidik. Guru-guru hanya
diupah untuk mengajar sahaja. Bukan mendidik untuk menjadi manusia
berguna.
Tidak ada istilah nasihat, yang tinggal hanya
MOTIVASI. Tidak
ada lagi ungkapan
denda yang kini
diambil alih sebagai dera. Guru-guru
semakin hilang wibawa, bisu, kaku dan lesu akibat tekanan maha besar
dari mereka yang tidak mengenal nilaian sebenar didikan dalam islam.
Patutlah kerajaan Malaysia menukar nama
JPN dari Jabatan
Pendidikan Negeri kepada Jabatan
Pelajaran.
BESAR kesannya kepada masyarakat melayu, terutama masyarakat kampung
dan desa yang
dahulunya mengamalkan sikap kesatuan. Tidak ada istilah
anak sendiri. Yang ada sikap tolong menolong dalam perkara kebaikkan,
termasuk dalam soal mendidik anak. Kalau dahulu, ibu berterima kasih
jika ada orang lain yang memarahi saya, lantaran kenakalan saya. Tapi
kini nilai murni sebegini tidak dapat diamalkan lagi. Perasaan sombong
dan pentingkan diri sendiri menebal dalam masyarakat termasuk di desa.
Masyarakat
desa sudah semakin jauh dari nilai murni yang diajarkan oleh islam.
Apatah lagi yang berada jauh dalam kesibukan bandar. Patutlah bohsia dan
bohjan makin ramai, mat rempit semakin mengganas, mata gian makin
menggila, gejala maksiat merata, rogol bermaharjalela. Ibubapa hanya
boleh menjaga dan mendidik anak sendiri. Anak sendiri hanya boleh
dididik oleh ibubapa sahaja.anak orang lain, aku tak perlu kesah, anak
aku, kau jangan kacau. Tahulah aku menjaganya. Itulah hakikat suara
masyarakat apabila jauh dari nilai islam.
Inilah kesan apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berlandaskan apa yang diajar oleh islam. "
Kredit :
http://www.hasanhusaini.com/2007/10/suatu-petang-semasa-cuti-semester-saya.html
walaupun entry ini sudah lama, namun ianya adalah bukti kukuh yang menunjukkan sikap bangsa kita... Jika bangsa lain pokCIk tak boleh cakap apa-apa....namun ianya berkait rapat dengan cara dan sikap bangsa kita....
Jika diperhatikan pada situasi sekarang pun sudah jelas menunjukkan bangsa kita yang paling hebat mengumpat dan mengutuk sesama kita. Bahasa hina menghina jelas terpampang disemua laman sosial....tak percaya buka facebook anda sekarang...Comfrim ada bab hina menghina antara kita....semuanya kerana Politik...dah macam orang yang tidak diajar tentang adap dan budi bahasa...kemana hilangnya adap timur kita....dimana hilangnya adap bahasa kita?....
Timbul pula isu pelajar bergaduh dan membuli sampai dirakam....anda fikirlah sendiri...semuanya berpunca dari kita sendiri yang ajar anak bangsa kita hebat sesama kita...bangsa dan agama dipermainkan.....sifat sayangkan negara menjadi medan menunjukkan sifat kurang ajar kita....
pokCIk tak nak cakap or membebel benda yang kita semua dah tahu...
nanti dijadikan isu.....kan musim orang mencari salah sekarang ini....
ada akal fikirlah sendiri.....dah besar semuanya...bukan budak-budak.....
cakap banyak-banyak nanti ada yang marah pulak....orang kita sekarang mana boleh lebih-lebih....
yang penting adalah kita kena ingat satu pekara....
setiap komen yang dipaparkan dilaman-laman sosial bukan hanya kita sahaja yang baca...tapi ramai...termasuk anak-anak kita......
mereka belajar dari apa yang kita tulis dan kata.....
mendidik adalah tugas kita semua bukan hanya tugas pendidik yang digelar guru@cikgu sahaja.....