Tugasan 1:
Proses dan perkembangan pembelajaran bahasa dan 2M adalah satu proses yang berterusan (continuous. Secara terperinci huraikan Perspektif Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dari perspektif:

a. Teori dan konsep
b. Langkah-langkah menggunakan KGBK
c. Kekuatan dan kelemahan KGBK
d. Isu dan cabaran KGBK

Tugasan 2:
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), iaitu pendekatan yang menggabungkan pendekatan abjad-fonik (bunyi) dan pendekatan seluruh perkataan. Pilih satu kemahiran mengajar perkataan suku kata dan hasilkan satu modul mengajar yang lengkap menggunakan KGBK yang mengandungi:

a. Senarai perkataan daripada suku kata yang dipilih
b. Langkah-langkah pengajaran
c. Satu contoh Rancangan Pengajaran Harian Bertema yang menggunakan perkataan yang dipilih.
d. Hasilkan buku bacaan bergred (yang menunjukkan suku kata dan perkataan yang dipilih)
Budak Pun tahu Politik

Siapa cakap budak tak tahu Politik....
nah... di editnya kaw-kaw punya......
budak ini memang kreatif namun tidak kena tempatnya.....
jika dilatih dan dipantau hasil budak ini
comfrim boleh jadi yang terbaik untuk benda-benda baik....


Kita Memang Malas

Artikel-artikel seperti ini selalu keluar dalam paper dan media sosial....
Namun berapa keratkah antara kita yang rajin dan suka membaca nya....
tahukah kita bahawa setiap apa yang dirancang dan dilakukan untuk pendidikan selalu di ketengahkan melalui media cetak atau media elektronik.....
Cuma kita sahaja yang malas nak membaca artikel seperti ini...Perasan atau tidak....
Seperti PokCik.....
Dulu memang malas nak membaca bab artikel macam ini....
Namun kini pOkCik rajin membacanya kerana ia dapat membuka minda kita....

Memang benar dalam membaca artikel seperti ini amat membosankan....
namun sedarkah kita bahawa ianya banyak memberi kan input dan maklumat terkini setiap apa yang terjadi dimasa kini....
Setiap yang diperkatakan ada kaitan dengan dunia masa depan....
Setiap yang tertulis mempunyai pelbagai maklumat yang dapat membuka minda kita....

Orang kita memang malas....
malas nak membaca.....jika rajin pun hanya membaca berita-berita pekara yang terjadi disekeliling kita.....seperti cerita rompakan, pembunuhan, cerita artis, cerita politik dan macam-macam lagilah....
kalau ruangan macam ini memang boleh kira dengan jari....

Pada pandangan pokCIk yang membaca ruangan seperti ini boleh dikira dengan jari.....
tapi kalau bab sukan,bab artis dan bab masalah sekeliling memang banyak....
Bukan tak boleh baca bab macam ini namun bab ilmu macam ini sepatutnya dibaca supaya kita dapat membuka ruang minda kita...kita banding bezakan dengan kehidupan kita....barulah dikatakan kita berfikiran terbuka dan positif.....

kita memang malas dalam bab ilmu macam ini......betul atau tidak terpulang pada anda.....
Kita hanya rajin membaca bila bab yang menglibatkan orang lain....senang cerita jaga tepi kain orang la.....



Rancangan yang paling PokCIk nantikan akhirnya muncul juga....
Raja Lawak Musim Ke 7.....
Rancangan ini memang PokCIk minat sebab boleh dijadikan tempat merelaxkan otak yang berserabut...
walaupun Lawak yang cuba disampaikan tak menjadi tapi kira boleh lah juga merelease kan Otak.....
Minggu Pertama macam biasa seperti tahun-tahun lepas.....membosankan....PokCik lansung tak ketawa malahan melopong ajr tengok peserta-peserta baru....Cuma tergelak sikit tengok gelajat pengacara Raja lawak tahun ini...JOZAN....
mybee baru persembahan pertama kot...Peserta yang menonjol dan berbakat semula jadi langsung tak ada.....
What ever kita layan ajer....

peserta Raja Lawak 7:
1. Kumpulan Bora-Singapura

2. Kumpulan Kintan- Selangor

3. Kumpulan Pahat- Putrajaya

4. Kumpulan Gamat-Perak

5. Kumpulan Taras- Perak

6. Kumpulan Okay-Selangor

7. Kumpulan Sakan-Perlis

8. Kumpulan Tuah-Kedah

9. Kumpulan Wala-Sabah

10. Kumpulan Xtra-Kedah

11. Kumpulan Ganu-Terengganu

12. Emy-Pahang

13. Ali-Singapura

14. Boy-Sabah


Pelikkan nama-nama kumpulan peserta inikan....whatever kita layan ajer....
Ini adalah entry sebelum maghrib untuk hari ini....
sedang PokCik pening mencari mood untuk membuat assingment pembelajaran PokCIk terjumpa satu artikel/pengalaman yang amat menarik minat PokCIk untuk dikongsikan.....

Ya....inilah hakikatnya zaman sekarang....
Sikap perangai bangsa kita......
PokCIk sendiri merasainya kerana memang PokCIk berada di zon yang amat dekat untuk menilai dan memahami situasi yang berlaku kini....Jom layan dan fikir-fikirkanlah.....

"Suatu petang semasa cuti semester, saya mengambil sedikit masa mengganti ibu mengajar kelas pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak yang datang belajar di madrasah As-Syakirin. Jumlahnya tidak kurang dari 20 orang. Langkah pertama turun dari tangga rumah, saya terbayang suasana pengajian Al-Quran pada zaman masih kanak-kanak. Kami semua tekun membaca mahupun mengeja. Kalau ada yang nakal sekalipun, pasti tak berani untuk menakal di hadapan tok guru yang merangkap datuk dan nenekku tika itu. Kalau ada suara sumbang yang bukan dari suara bacaan ayat suci, maki hamun melebat hinggap ditelinga. Tak kurang juga yang didenda. Rotan kasih sayang dan cubitan ramah mesra menjadi rutin kami.

Selepas mengaji, biasanya kami mengutip kayu api untuk memenuhi ruang simpanan kayu di dapur tok guru. Khidmat kerana membalas jasanya mengajar dan mendidik kami. Khidmat mulia yang telah hilang di zaman Hadhari.

Inilah suasana pengajian zaman 80 dan 90-an. Tapi jangkaan saya meleset apabila hinggap di telinga saya bingit suara hilai ketawa dari tingkat atas madrasah dua tingkat yang menempatkan kelas itu. Sangka saya, mungkin ketiadaan guru menyebabkan mereka sedikit bebas. Sekali lagi jangkaan saya meleset, rupanya makcik saya sudah lama disana. Budak-budak berlari ke sana ke mari. Dengan sedikit herdikan yang tidak seberapa, mereka terdiam seketika. Mungkin wajah asing saya mengejutkan mereka.

Saya duduk dan memanggil beberapa orang dari mereka untuk diajar. Salah seorang memberi alasan “tok baco lagi” pekat dalam loghat kelantan. Alasan begini tidak pernah diterima pada zaman kami. Bahkan kalau ada, mahunya dihalau balik kerumah. Dasar pemalas menjadi gelaran. Saya bertolak ansur. Sedang asyik mengeja-eja beberapa kalimah, bising kembali membingit di telinga. Herdikkan saya bukan lagi herdikan biasa, agak lantang. Lantaran mereka bergurau dan bermain-main sewaktu ‘guru’ ada di hadapan mereka.

Akan tetapi apa yang tidak dijangkan berlaku, remaja awal belasan tahun di depan saya berhenti mengaji dan bergurau dengan rakan disebelahnya. Marah saya bukan kepalang. Keduanya didenda berdiri.

Esoknya ibu memanggil saya, bertanyakan khabar peristiwa semalam. Saya memberitahu keadaan sebenar. Ibu menasihati saya agar berlemah lembut dengan budak zaman sekarang. Saya kepelikkan. Bukankah dengan cara ini kami dididik dahulu. Rupanya bapa remaja yang saya denda itu datang memarahi ibu saya lantaran anaknya didenda. Memalukan katanya. Anaknya dihantar untuk belajar, bukan untuk didenda.

Mengajar dan mendenda dipisahkan jauh dari proses mendidik. Patutlah makin ramai cerdik pandai, makin jauh masyarakat dari nilai-nilai islam. Sedangkan Nabi mengajar untuk merotan anak yang tidak sembahyang bila mencecah umur 1o tahun. Remaja yang saya denda itu sudah belasan tahun.

Rupanya zaman telah berubah. Tiada lagi istilah mendidik. Guru-guru hanya diupah untuk mengajar sahaja. Bukan mendidik untuk menjadi manusia berguna. Tidak ada istilah nasihat, yang tinggal hanya MOTIVASI. Tidak ada lagi ungkapan denda yang kini diambil alih sebagai dera. Guru-guru semakin hilang wibawa, bisu, kaku dan lesu akibat tekanan maha besar dari mereka yang tidak mengenal nilaian sebenar didikan dalam islam.

Patutlah kerajaan Malaysia menukar nama JPN dari Jabatan Pendidikan Negeri kepada Jabatan Pelajaran. BESAR kesannya kepada masyarakat melayu, terutama masyarakat kampung dan desa yang dahulunya mengamalkan sikap kesatuan. Tidak ada istilah anak sendiri. Yang ada sikap tolong menolong dalam perkara kebaikkan, termasuk dalam soal mendidik anak. Kalau dahulu, ibu berterima kasih jika ada orang lain yang memarahi saya, lantaran kenakalan saya. Tapi kini nilai murni sebegini tidak dapat diamalkan lagi. Perasaan sombong dan pentingkan diri sendiri menebal dalam masyarakat termasuk di desa.

Masyarakat desa sudah semakin jauh dari nilai murni yang diajarkan oleh islam. Apatah lagi yang berada jauh dalam kesibukan bandar. Patutlah bohsia dan bohjan makin ramai, mat rempit semakin mengganas, mata gian makin menggila, gejala maksiat merata, rogol bermaharjalela. Ibubapa hanya boleh menjaga dan mendidik anak sendiri. Anak sendiri hanya boleh dididik oleh ibubapa sahaja.anak orang lain, aku tak perlu kesah, anak aku, kau jangan kacau. Tahulah aku menjaganya. Itulah hakikat suara masyarakat apabila jauh dari nilai islam.

Inilah kesan apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berlandaskan apa yang diajar oleh islam. "

Kredit : http://www.hasanhusaini.com/2007/10/suatu-petang-semasa-cuti-semester-saya.html

walaupun entry ini sudah lama, namun ianya adalah bukti kukuh yang menunjukkan sikap bangsa kita... Jika bangsa lain pokCIk tak boleh cakap apa-apa....namun ianya berkait rapat dengan cara dan sikap bangsa kita....

Jika diperhatikan pada situasi sekarang pun sudah jelas menunjukkan bangsa kita yang paling hebat mengumpat dan mengutuk sesama kita. Bahasa hina menghina jelas terpampang disemua laman sosial....tak percaya buka facebook anda sekarang...Comfrim ada bab hina menghina antara kita....semuanya kerana Politik...dah macam orang yang tidak diajar tentang adap dan budi bahasa...kemana hilangnya adap timur kita....dimana hilangnya adap bahasa kita?....

Timbul pula isu pelajar bergaduh dan membuli sampai dirakam....anda fikirlah sendiri...semuanya berpunca dari kita sendiri yang ajar anak bangsa kita hebat sesama kita...bangsa dan agama dipermainkan.....sifat sayangkan negara menjadi medan menunjukkan sifat kurang ajar kita....

pokCIk tak nak cakap or membebel benda yang kita semua dah tahu...
nanti dijadikan isu.....kan musim orang mencari salah sekarang ini....
ada akal fikirlah sendiri.....dah besar semuanya...bukan budak-budak.....
cakap banyak-banyak nanti ada yang marah pulak....orang kita sekarang mana boleh lebih-lebih....
yang penting adalah kita kena ingat satu pekara....
setiap komen yang dipaparkan dilaman-laman sosial bukan hanya kita sahaja yang baca...tapi ramai...termasuk anak-anak kita......
mereka belajar dari apa yang kita tulis dan kata.....
mendidik adalah tugas kita semua bukan hanya tugas pendidik yang digelar guru@cikgu sahaja.....
Apa kata anda tentang fakta ini?.....
inilah yang menakutkan PokCIk.....


pengajaran dan pembelajaran aktiviti komputer dan ict
Bagi menyatakan sama ada kehadiran pelbagai aplikasi komputer ini menjejaskan emosi dan sosial kanak-kanak, ia bergantung kepada cara menggunakannya. Ia boleh membawa kesan positif sekiranya digunakan dengan betul dan kesan negatif sekiranya tidak dikawal ibu bapa.

Berbanding pengajaran secara manual, komputer dapat menarik minat kanak-kanak terutama pada kesan bunyi dan grafik yang memaparkan pelbagai warna. Dalam hal ini kanak-kanak menjadi pemerhati orang dewasa dan berkeinginan melakukannya. Perisian bersesuaian dapat memupuk minat kanak-kanak kepada permainan kreatif, menguasai pembelajaran dan penyelesaian masalah.

“Ini kerana kanak-kanak boleh mengikut rentak dan tindakan orang dewasa. Mereka boleh mengulangi proses atau aktiviti seberapa kerap dan membuat eksperimen menerusi pelbagai cara. Mereka juga boleh bekerjasama dengan rakan lain dan orang dewasa untuk membuat keputusan dan berkongsi penemuan dan reka cipta yang ditemui,” katanya.

Menurut Prof Bustam, berdasarkan penyelidikan didapati penggunaan komputer boleh mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian secara latih tubi. Ini terbukti menerusi satu kajian dijalankan terhadap penggunaan perisian latih tubi di bilik darjah yang menunjukkan kanak-kanak mengalami penurunan 50 peratus daripada segi kreativiti.

“Sekiranya mereka menggunakan bahan perisian secara terbuka, ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka. Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,” jelasnya.

Ramai ibu bapa memberikan pelbagai perisian sama ada dibeli atau dimuat turun menerusi Internet. Penggunaan komputer tanpa menilai kandungan bahan perisian akan meninggalkan kesan negatif terhadap emosi dan sosial.

Dalam hal ini, ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan kulit muka depan yang tertera bahan perisian tanpa membuat tinjauan kandungan terlebih dulu. Seharusnya pemilihan bahan hendaklah bersesuaian dengan tahap usia dan nilai budaya setempat.

“Pastikan perisian seperti isi kandungan, grafik dan bahasa digunakan sesuai mengikut tahap umur dan perkembangan anak-anak. Sebelum membeli permainan video atau dimuat turun di Internet baca isi kandungan di dalamnya. Pastikan ibu bapa melihat terlebih dulu bahan di dalamnya sebelum membenarkan anak-anak bermain,” katanya.

Elakkan memberi pendedahan dengan unsur keganasan. Didik kanak-kanak bahawa komputer hanya sebagai salah satu alat pembelajaran saja.

Kebanyakan kanak-kanak boleh duduk bermain di hadapan komputer disebabkan ganjaran dan tawaran dalam permainan itu. Oleh kerana adanya sifat ingin tahu yang tinggi justeru mereka bermain berterusan sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu. Lama-kelamaan mereka menjadi ketagih dengan permainan komputer.

“Sekiranya ketagihan itu berterusan, kecerdasan interpersonal (hubungan sesama manusia) mereka tidak akan berkembang. Ini kerana mereka hanya duduk bermain tanpa menggunakan otak. Mereka juga akan memikirkan bagaimana dapat menang. Daripada sudut sosio emosi, kanak-kanak akan mempunyai sifat pentingkan diri sendiri dan tidak ingin mengalah.

“Sekiranya perkara ini diadaptasi dalam kehidupan seharian sebagai contoh di tadika, kanak-kanak seperti ini tidak mahu berkongsi barang permainan dan jika menyertai pertandingan, mereka akan cuba mendominasi pertandingan itu tanpa rasa ingin kalah,” katanya.

Selain itu, meluangkan banyak masa di hadapan komputer akan menyebabkan kurang masa berkomunikasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa.

“Pada hal kemahiran komunikasi pada usia kanak-kanak sangat penting bagi membangunkan kemahiran sosial mereka seperti memerhati, mendengar dan berbual dengan orang lain,” katanya.

Lebih penting permainan video yang tidak dikawal boleh mendedahkan unsur seksual dan keganasan serta memberikan kesan negatif kepada perlakuan dan pemikiran kanak-kanak malah mereka turut menjadi mangsa seksual di Internet.

Sumber : Hmetro