Assalammualikum....

Penat betul hari ini....
Kelas tak banyak...Just 2 kelas....tapi kerja yang lain begitu banyak...
macam dah tak cukup masa sahaja....
ada sahaja kerja yang nak dibuat......
kelas banyak dengan kelas tak banyak sama saja.....

Ini belum tambah dengan assignment lagi......
forum langsung tak buat......
bila bukak internet saja comfrim terbukak facebook...portal sekolah.portal makmal....VLE FROG..cari bahan P&P....nak bukak myguru3?..bukak kejap tengok soalan then tutup semula......nak jawab macam mana kalau kepala ini semak dan asyik pikir tentang program sekolah sahaja....

Dah macam budak rasanya.....
disekolah kita ngajar budak...tak siap kerja comfrim kena marah budak tu.....
"macam mana nak pandai kalau tak belajar betul-betul?....macam mana nak pandai kalau kerja sekolah tak siap? " ini ayat yang PokCIk akan bebelkan pada budak.....

Tapi kalau kena tang batang hidung sendiri.....
malu tak terkata...kita cakap kat budak, kita balik yang buat.......
oh pokCik bagun dan sedarlah oiiii.......jangan pandai cakap tapi diri sendiri tak boleh nak buat.....
dah mcam sebijik macam budak...cuma bila belajar PJJ ini tak terasa lah lecture nak membebel...dah besar.....berani ke lecture nak bebel macam cikgu sekolah bebel kat anak-anak muridnya.....
Motovasi murid
kita tak sedar kita selalu hadapi benda yang sama sahaja...

Inilah hakikatnya diri kita ini.......
kita tak sedar kita selalu hadapi benda yang sama sahaja...yang bezanya hanya situasi dan keadaan sahaja......
Kematangan dan cara kita bertindak sahaja yang membezakan perbezaan antara kita.....







Sabar.....5 huruf 1 sebutan...Cukup MUDAH disebut Cukup SUSAH untuk dibuat...

Dihujung Pena, Dihujung Pen, Motivasi, Guru, CikguSabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

PokCik tak nak cerita panjang tentang pekara ini....
lihat dan perhatikan sahaja pekara ini....
Ini adalah hakikat.....
biarpun duduk di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini namun bukan semua mereka tahu akan perkembangan teknologi dan ICT....

PokCIk terpaksa melaksanakan tanggungjawab ini demi memastikan budak-budak ini tidak tercicir dari pekembangan teknologi dan ICT.....
Dengan sikap yang garang dan tegas PokCIk akan cuba habis baik demi mendidik mereka dan memastikan mereka tidak terlalu jauh....
budak-budak ini juga harus diperkenalkan dengan bahayanya penyalahan gunaan teknologi dan ICT....
Budak-budak ini harus di perkenalkan dengan kelebihan Teknologi dan ICT jika mereka pandai menggunakkanya....

Anda lihat sahaja gambar ini dan anda akan tahu menilai sendiri....
Pembelajaran Komputer
Tengok sahaja jari mereka.....anda sendiri menilai betapa takut mereka.....

Pembelajaran komputer dan masa depan
Kesungguhan mereka didalam pembelajaran mereka....nampak macam tak pernah guna langsung


Assalammualaikum.....

hari ini memang tak ada mood PokCIk....
entah kenapa?...pagi-pagi dah tak ada mood....
dah la semua Program PokCIk tak tahu....mentang-mentang la PokCik kena jaga lab dan jarang di bilik guru..So mana la PokCIk tahu setiap perkembangan yang berlaku....
Top-top kena amik gambar...mentang-mentang la PokCIk sahaja yang rajin bawak kamera buruk setiap hari ke sekolah....Pergh....sentap beb...poKCik memang sentap gila punya...begang...semuanya ada....dah macam kuli dibuatnya....

Setiap kali ada program nam PokCik ada di bahagian fotographer.....
PoKcik tak kisah lah sangat.... tapi belajar la amik hati sikit.....
bagi lah tahu awal.....bab orang lain boleh pulak bagi tahu......

Tambah lagi nak sakit hati lagi bila tengok seseotang ini...
lagi berbulu.....pandai cakap sahaja.....
Sabar, Puisi, Cikgu, Guru, Cabaran Gurukalau bab mengata memang bagi kat dia.....
kutuk orang bagi kat dia.....kalau orang kutuk dia marah bagai nak gila......
Pergh......sabor ajer lah.....
Mood oh mood....kenapa la kau tak baik hari ini.....

Whatever.....
apa poKCik try buat hari ini bagi meredakan sakit hati ini.....
Luahkan kat sini la.....
What ever yang berlaku PokCik kena belajar terima tekanan....
belajar terima kutukan...dan belajar tentang manusia yang suka mengata serta menerima ianya dengan hati terbuka....

Maaf jika terlebih kata...
ini hanya entry biasa...
mood oh mood ragam biasa...
apabila tekanan melanda....
What ever "sabar itu indah"


Inilah dia Pelamin yang PokCik cakapkan dalam entry semalam......Entry Hari Sabtu Jumaat dan Sabtu
Pelamin 3 panel...
apa macam besar tak pelamin 3 panel ini....
amik masa 2 jam nak pasang.....
Pelamin 3 panel ini diperbuat dari kayu dan beberapa besi....
nak pasang pelamin 3 panel ini agak rumit...
tanah/tempat nak pasang Pelamin 3 panel ini harus rata...
jika tak rata kena pandai-pandai adjust bagi rata jugak....
Berpeluh nak pasang pelamin 3 panel ini....
Pakej adaman murah 2013

Chong Jin Hui murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa . Sanggup derma RM180 hasil simpanan beliau kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan beliau sanggup lupakan hasrat gunakan duit tersebut untuk tujuan bercuti pada musim cuti sekolah nanti.

Chong Jin Hui murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa . Sanggup derma RM180 hasil simpanan beliau kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan beliau sanggup lupakan hasrat gunakan duit tersebut untuk tujuan bercuti pada musim cuti sekolah nanti. 

Status ini PokCIk dapat dari Facebook :
Dari tajuk entry ini jelas menunjukkan bahawa sikap sayangkan negara dan pepaduan antara kaum seharusnya dipupuk dari kecil lagi.
Janganlah menjadi sebahgian dari orang dewasa yang mempunyai akal namun tidak tahu nilai kebebasan dan keamanan....
Syabas adik Chong Jin Hui..... PokCIk amat berbangga dengan sikap adik...
Dan PokCik juga berasa malu kepada adik kerana sikap dan cara sesetengah orang dewasa yang tidak tahu menilai apakah itu semangat patriotisme......