Penilaian Rakaman Video Mikropengajaran



Pendidikan ialah satu proses mengubah tingkah laku, memperbaharui pengalaman dan memberikan fakta atau ilmu kepada murid-murid.    Dengan  ilmu ini akan membezakan murid yang belajar dan tidak belajar sebagai mana firma Allah  yang bermaksud, “ Katakan olehmu wahai Muhammad adakah sama orang mengetahui ( Belajar) dengan orang yang tidak mengetahui ( Jahil).    Bukan mudah bagi guru untuk memberi kefahaman  kepada murid-murid.    Oleh sebab itu, perancangan yang teliti adalah sangat penting dan guru benar-benar telah memahami cara murid belajar untuk memudahkan guru memilih pendekatan dan teknik yang berkesan.    Tiada siapa yang boleh mencadangkan cara pembelajaran dan pengajaran yang terbaik namu hakikatnya guru berkenaanlah yang benar-benar kenal dan mengetahui murid-muridnya dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang berkesan untuk murid-muridnya.
            Matlamat akhir pendidikan di negara ini adalah untuk membentuk setiap murid yang mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai wargannegara dari segi jasmani , emosi,  rohani dan intelek, kreatif dan inovatif dan bersedia menhadapi cabaran dan peluang dalam dunia yang berubah.    Kita guru adalah golongan yang telah diberi  tanggungjawab mengembang dan membangunkan potensi  yang ada di dalam diri murid-murid kita.    Pengenalan elemen ICT dan EMK merupakan tambahnilai yang diingini agar murid yang kita hasilkan bertaraf dunia.
            Dalam rakaman tersebuat aspek guru mengajar adalah jelas,  perkara yang lebih penting lagi selain  daripada guru mengajar ialah adakah murid belajar.    Aspek murid belajar kurang jelas apa yang saya dapati hanyalah murid mendengan dan mendapat maklumat.    Tiada usaha mencungkil idea  murid berdasarkan pengalaman yang mereka miliki.    Dalam pengalaman harian mereka  air dan mungkin juga kertas adalah benda yang digunakan untuk bersuci.    Guru tidak langsung mencabar minda murid-murid atau mencungkil kemahiran  KBKK.     Cukup sekadar guru merangsang minda murid-murid dengan membanding beza antara suci dan bersih.    Benarkan dan izinkan murid-murid kita berfikir.     Seperkara yang langsung saya tidak gemari ialah apabila meneliti rakaman tersebut, habit guru yang terlalu suka murid-murid menyambung  sebutannya sebagai contoh  bersu……ci…. diikuti oleh semua murid.    Situasi sebegini telah berlaku sejak saya   darjah 1 pada tahun 1973 hampir  40 tahun yang lalu tidak berubah lagikah guru-guru kita, mungkin dulu… kini… dan selama-lamanya?    Saya tiada pengalaman mengajar di sekolah rendah sejak menjadi guru pada tahun 1990 hingga 2009 mengajar di Sekolah Alam Shah, SM Chong Hwa dan SMK Wangsa Melawati bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.      Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Akademik dan kini  bertugas sebagai pegawai di JPWPKL.    Berpengalaman sebagai auditor di OCBC setelah tamat Diploma In Accountancy ITM, sedikit sebanyak pengalaman membantu saya sebagai guru, Alhamdulillah 2 kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM.    Kita guru-guru perlu berani berubah, bertindaklah di luar lingkungan dan berani membuat perubahan.
            Antara aspek-aspek mikropengajaran yang boleh dikenalpasti :
i.                    Tiada set induksi, guru hanya menyatakan kita sambung pelajaran lalu, rutin biasa guru.
ii.                  Kemahiran menyoal yang lemah, guru feed jawapan dan ada kalanya murid menjawab beramai-ramai, membosankan bagi pelajar yang cemerlang dan kreatif.    Kita guru telah mencantas potensi murid-murid kita.
iii.                Pengurusan bilik darjar dan amalan mesra murid tidak diamalkan , pengetua saya pernah berkata berikan 2 hingga 3 minit untuk tune minda murid untuk hadapi mata pelajaran baru, lihat keadaan kelas , kebersihan, susun atar meja, kerosakan perabot ,kehadiran atau jika ada pelajar yang keluar.    Hal-hal yang saya sebutkan ini penting sebagai langkah keselamatan semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.    Mungkin ada pelajar yang ponteng kelas, ponteng sekolah, sakit , pelajar yang murung daripada kebiasaannya, Ustazah ini tidak peduli langsung.
iv.                Ada alat bantuan pengajaran tetapi tidak mencukupi untuk penglibatan kesemua murid.     Dalam 2 aktiviti kumpulan yang saya perhatikan guru buat kerja yang tidak berkaitan dengan procedure aktiviti kumpulan.     Semasa aktiviti kumpulan guru sepatutnya pergi ke setiap kumpulan dan  memantau , ustazah ini  saya  dapati buat kerja lain, menulis di papan putih.    Ini tidak betul.   Dalam rakaman itu juga  menunjukkan ada pelajar yang tidak fokus ( ada yang jadi penumpang sahaja) sibuk melihat orang yang membuat rakaman atau buat kerja sendiri, kerana tidak diberi arahan tugasan yang lengkap dan tepat.    Lebih malang ada murid yang tiada pensil, meminjam dari rakan.    Tiada teguran dari Ustazah dan aspek kawalan tidak cukup,    Jika murid buat kesalahan perlu ditegur dan buat correction segera.    Sekali lagi dinayakan bahawa aspek perancangan dan pengurusan aktiviti amatlah penting, arahan perlu jelas.   Apabila ada perbincangan kumpulan ada aktiviti dan ada laporan hasil dapatan task yang dibuat dalam bentuk pelaporan dengan menulis di papan putih.
v.                  Dalam mencapai objektif pengajaran ustazah mengguakan 2 saringan iaitu soalan dan menjawab soalan struktur.     Seprekara lagi yang ingin saya tegur  ialah tentang   cara soalan struktur dijawab oleh murid, jangan kutip soalan ketika ada murid lain sedang menjawab , hal ini akan menganggu.     Lihat dalam procedure peperiksaan awam kertas jawapan dikutip apabila semua selesai menjawab dalam jangkawaktu yang diberi.    Mungkin pada sesi refleksi pembelajaran dan pengajaran yang ustazah telah buat  akan dapat data berapa orang pelajar mengetahui, keliru atau tiadak tahu langsung apa yang ustazah ajar.
            Dalam kes ini, saya ingin memberi tumpuan dan ulasan yang lebih tentang aspek pengendalian induksi set.   Set induksi merupakan bahagian terpenting dalam persediaan pengajaran.     Apabila murid-murid telah kita set atau arahkan minda tumpuan mereka, ini bermakna mereka telah bersedia untuk belajar dengan perkataan lain set induksi adalah menyediakan murid-murid untuk menghadapi perkara yang baru.    Tugas guru adalah membawa fikiran murid-murid kearah mind set yang satu, sama dan betul.    Set induksi perlu JELAS dan TEPAT tentang apa yang akan berlaku selanjutnya.
            Antara bentuk-bentuk set induksi yang boleh guru-guru gunakan ialah:
i.                    Menceritakan kebaikan yang akan diperolehi.
ii.                  Memberi penjelasan tentang apa yang akan dipelajari
iii.                Kaitkan dengan kehidupan harian, ehwal semasa, peluang kerjaya, peluang dan cabaran, dan bidang keusahawanan juga mungkin
iv.                Guru  mewujudkan situasi dan berikan andaian apa akan berlaku atau soalan-soalan.
v.                  Buat aktiviti seperti simulasi, apa akan terjadi apabila kita ketiadaan air
vi.                Tunjukkan gambar, objek,kartun,cerita, atau anecdote,
vii.              Kaitkan dengan pelgalaman sedia ada atau pelajaran lepas.
viii.            Wujudkan naluri ingin tahu atau unsur-unsur suspense
Tujuan set induksi ini boleh disebut dalam akronim STEP:
(S)Start- alu-alukan murid-murid kita dalam suasana mesra dan kasih sayang seorang guru, tenangkan mereka dan tarik perhatian mereka juga tentang isu-isu berkaitan
(T)Transacts- fahami hasrat, keinginan dan citarasa murid-murid kita kaitkan dengan pembelajaran yang lalu.
(E)Evaluate-  rancang dan nilai keinginan murid-murid kita dan apakah kenyataannya, expectation vs reality atau ilusi vs reality.
(P)Progress-   memulakan isi pembelajaran



Bagi Perrott set induksi bertujuan :
i.                    Memberi focus yang baru kepada murid, kerana sebelum kita memulakan pengajaran ada guru mata pelajaran lain telah mengajar.
ii.                  Bergerak dari perkara lama kepada isu baru
iii.                Sediakan bentuk pengajaran yang berbentuk searching what will happen
iv.                Mulakan pengajaran dengan memberi konsep, prinsip atau amalan baru.
Kesimpulannya, kita sebagai guru perlu cekap menilai  malah meneliti murid-murid kita adakan mereka bersedia atau sebaliknya, gunakan konsep Headcount , kita kenal setiaap murid kita.    Jangan mulakan pembelajaran  jika mereka tidak bersedia untuk belajar.    Perbuatan meneruskan pembelajaran dan pengajaran akan menjadi  sia-sia jika pelajar tidak bersedia , akhirnya guru akan marah apabila murid tidak memberi  perhatian,  guru juga menjadi tidak focus, mood pelajar hilang dan mereka benci pada guru.    Apabila murid benci pada guru, mereka akan ponteng kelas atau ponteng sekolah.    Kerana kejahilan guru, pelajar menjadi mangsa.   Inilah realitinya.    Fikir-fikirkanlah.

0 comments: