Asslammualikum......
Satu tips yang PokCIk amat berminat.....
Hope PokCIk dapat cuba menikuti segala tips yang diberikan ini.....
Bagi PokCIk murid-murid PokCik adalah anak PokCIk sendiri....
Banyak yang nak kena Repair ni....
This is time to change.......
Jom layan sampai habis artikel ini....
Anak adalah amanah dan anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka
yang bergelar ibu bapa perlu memeliharanya dengan penuh tanggungjawab,
dengan memenuhi haknya dalam segenap aspek mengikut kemampuan
masing-masing.
Dalam memperkatakan tanggungjawab terhadap anak, ia membabitkan
ruang lingkup yang luas, bukan hanya membabitkan soal memberi makan
minum, pakaian dan keselesaan tempat tinggal, tetapi turut
menyentuh
aspek pendidikan.
Pendidikan boleh dibahagikan kepada dua
jenis, secara formal seperti menghantar mereka belajar di sekolah dan
tidak formal, misalnya
menunjuk ajar mereka di rumah dengan norma dan
gaya hidup terpuji.
Mengulas mengenai aspek ini, seorang tokoh ilmuwan Islam, Ibnu Sina
ada berkata: “Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan anak
melakukan nilai dan norma yang baik dalam suatu jangka masa lama
sehingga dia biasa melakukan perbuatan yang baik tadi.” Sayid Sabiq
pula berkata: “Pendidikan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi
jasmani, akal, rohani, emosi dan sosial sehingga menjadi anggota
masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya.” Pepatah mengatakan,
melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Memang sesuai peribahasa itu
kerana jika kita mahu anak kita orangnya berbudi pekerti baik, ajarlah
sewaktu mereka kecil. Sekiranya daripada kecil sudah terbiasa dengan
adab dan sopan santun, tahu menghormati orang tua, suka menolong, rajin
dan berdisiplin, besar nanti pun begitulah hendaknya, insya-Allah.
Tetapi jika terbiasa dengan anasir negatif, secara adat demikian jugalah
apabila dewasa kelak, melainkan diberikan hidayah untuk mendapat
pimpinan ke jalan kebenaran dan kebaikan.
Imam Ghazali ada
mengingatkan kita dengan penerangan berikut: “Anak adalah amanah atas
ibu dan bapa.
Jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan
membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. “Jika dibesarkan dalam
suasana tidak baik dan dipersia-siakan seperti haiwan, menderitalah dia
dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang
dipertanggungjawabkan itu.” Oleh itu, sebagai ibu bapa sempurnakanlah
amanah itu dengan sebaik-baiknya dan berilah bimbingan dengan kaedah
terbaik dan
jangan bertindak melampaui batas dibenarkan sehingga melukai
emosi dan jasmani anak kita. Memang, sekalipun anak kita masih kecil
dan belum banyak mengerti,
emosinya juga harus dijaga. Kita perlu
berhemah dalam memberikan teguran dan menghadapi ragamnya, bukan
diperlakukan sesuka hati.
Nabi SAW sendiri menunjukkan
teladan kepada kita. Pada suatu hari ketika Baginda berada di masjid,
tiba-tiba terbang seekor burung hinggap dan berbunyi dengan nyaring.
Kejadian itu menimbulkan pertanyaan kepada Baginda. Baginda pun
berkata kepada sahabatnya: “Cari anak burung yang diambil oleh seseorang
dan pulangkanlah kepada ibunya yang sedang merayu-rayu itu.”
Mendengar permintaan Baginda itu, sahabat pun bergegas keluar untuk
mencari dan seketika kemudian mereka berjumpa dengan seorang budak yang
sedang bermain dengan anak burung itu, lalu dibawanya berjumpa Baginda.
Rasulullah SAW kemudian melepaskan anak burung itu terbang ke arah
ibunya dan Baginda berkata kepada budak itu dengan nasihat yang lembut
supaya tidak mengapa-apakan makhluk lain dan jangan sesekali melakukan
kerosakan. Malah, Baginda SAW juga pernah terserempak dengan
sekumpulan kanak-kanak yang sedang menangkap burung dengan menggunakan
lastik, lalu ditegur perbuatan berkenaan dengan kaedah berhemah dan
penuh hikmah. Baginda berkata kepada kumpulan kanak-kanak itu:
“Jangan gunakan lastik kerana ia tidak membantu menangkap burung, tetapi
hanya membutakan mata dan mematahkan gigi.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim) Justeru, melalui dua kisah itu diharapkan boleh menambahkan
kesedaran kepada kita selaku ibu bapa untuk
lebih bertanggungjawab, peka
dan sensitif terhadap hak anak, supaya dengan itu mereka berasa lebih
dihargai.
Penulis adalah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah
Sumber : Harian Metro (21/3/2013)
Bersama-samalah kita mengambil ikhtibar....